Saturday, December 27, 2008

Hadiah Untuk Para Pengunjung...

Hadiah untuk Para Pengunjung =) ....Terimalah seadanya...bosan-bosan, maen-maen ngan software baru...

Alamak, saya xtahu macam mana untuk antum download dalam full size, blogspot dh compress sendiri, kalau download jadi kechik je...jadi andaikata sape2 yg berminat (kalaulah ada), e-mailkan kepada ana - mamakspicy@yahoo.com =)



Peringatan 1


Peringatan 2






Generasi Tidak Solat, Generasi Kufur....

Generasi Tidak Solat, Generasi Kufur

“Garis Pemisah antara Islam dan kekufuran adalah solat”




Sekiranya diambil pandangan yang ekstrim dari barisan para ulama’, semestinya ianya datang dari al-Imam Ahmad Ibn Hambal yang menfsirkan hadith ini dengan mengatakan bahawa seorang Muslim yang tidak melakukan ibadah solat adalah kafir. Ali Karramallahuwajhah r.a juga menyatakan bahawa mereka yang tidak solat adalah kafir dan boleh dibunuh, dengan syarat diminta bertaubat selama tiga hari dan jika terus enggan, maka boleh dibunuh!.

“Solat itu dapat mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”
“Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”

Slogan-slogan yang dipetik dari Hadith Rasulullah diatas merupakan slogan-slogan popular dan sering kedengaran di dalam lingkaran masyarakat kita. Walau dalam kenikmatan solat yang dikecap ramai orang-orang beriman, terdapat ramai dikalangan kita yang merasakan solat itu sebagai suatu perkara yang teramat berat. Mungkin jika disuruh mengangkat kereta mereka lebih sanggup dari melakukan solat-solat fardhu, mungkin…

Pelik sungguh mereka-mereka ini, amalan yang menggembirakan dan memberikan kenikmatan seumpama solat itu pun mereka tolak, sedangkan Rasulullah dan para sahabat dahulu diceratakan amat kuat bersolat sehingga Anas bin Malik pernah menceritakan bahawa ketika satu malam beliau Qiam bersama Rasulullah, lamanya sehingga bengkak kaki Rasulullah s.a.w. Dalam kekalutan dan kehuru-haraan dunia sekarang juga, sangat pelik jika mereka tidak nampak bahwa solatlah formula paling berkesan untuk mengecap ketenangan dari seluruh keserabutan itu…

Masalahnya, tabiat mereka yang malas solat itu dirisaukan akan mempengaruhi anak-anak mereka kelak melalui anggapan bahawa ibu-bapa adalah contoh tauladan terbesar bagi anak-anak, jikalau ibu-bapa mereka pun tidak bersolat mudah sahaja bagi mereka mengekuarkan alasan untuk tidak solat “Mak Bapak aku pn xsolat, buat apa aku nk solat”.Tabiat ini kemudiannya akan berkembang mempengaruhi cucu-cicit mereka seterusnya membentuk satu pyramid keluarga yang tidak bersolat. Huh! Satu generasi yang tidak bersolat! Bayangkan, dengan hanya asbab seorang ayah atau ibu, seluruh generasi dibawahnya menjadi generasi yang tidak solat. Kalau diambil pendapat Imam Malik, maka generasi ini adalah generasi kufur..berat tu!.

Solat itu amatlah nikmat jikalau kita menghayatinya, marilah kita menyempurnakan ibadah solat kita..bagi yang sudah konstant bersolat, marilah kita imarahkan masjid-masjid, bagi yang masih tinggal-buat-tinggal-buat, maka cukup-cukupkanlah dan bagi mereka yang tidak bersolat, marilah kita elakkah kekufuran, jauhilah neraka jauhilah nanah dan darah sebagai minuman...

”Jangan Jadi Orang Bodoh...Mari Mengerjakan ibadah Solat!”


Ada apa dengan Negara Islam ?

Ada apa dengan Negara Islam ?









"Adakah garis ukur sebuah negara Islam itu hanya terikat dan sempit kepada perlaksanaan hukum hudud semata ?”

Sering jikalau persoalan ini diutarakan, akan timbul suara-suara berbaur emosi, rasionalnya, dan niat baik si penanya terus dibuang ketepi. Inilah aspek yang mengecewakan dari segelintir pendokong Islam masa kini.

Menjadi satu syarat kepada seorang Muslim yang sahih imannya untuk mengakui bahwa Hudud dan Qisas itu wajib dilaksanakan di setiap negara Islam. Perlu kita semua fahami bahwa hak menetapkan undang-undang dan peraturan adalah hak Allah yang paling utama dalam sifat Allah sebagai Illah kepada makhluk. Jadi apabila arahan hudud dan qisas diwartakan melalui surah Al-Baqarah ayat ke 178 dan Al-Ma’idah ayat 45, telah menjadi kekafiran kepada sesiapa yang mengingkarinya.

Penanya kepada soalan ini tidaklah mengingkari akan wajibnya hudud dan qisas itu sebaliknya beliau adalah seorang yang berfikiran luas, tajam dan jauh dengan berfikiran bahawa melaksanakan hukum hudud dan qisas tidak cukup untuk kita mengatakan negara itu adalah negara Islam. Berbalik pada konsep sebuah negara, sesuatu kawasan itu boleh dianggap sebuah negara apabila ianya mempunyai tanah dan sempadan, mempunyai penduduk yang mendiaminya, mempunyai kerajaan yang mentadbirnya dengan undang-undang dan perlembagaan.

Kita penat mengejar supaya undang-undang dan perlembagaan itu berteraskan hudud dan qisas namun lihat sahaja bagaimana realiti penduduknya. Apa guna andai kita berjaya melaksanakan hudud sekalipun jika rakyat di bawahnya masih lagi bergelumang dengan maksiat dan jenayah, ekonominya masih lagi berteraskan riba’ dan manipulasi, mentaliti rakyat masih pada kelas ke-3 dan orang-orang dzimmi yang tidak difahamkan tidak bersetuju ke atas perlaksanaannya ?.

Seolah-olah hudud dan qisas itu adalah segala-galanya dalam membentuk sebuah negara Islam, sedangkan terdapat banyak lagi faktor lain yang perlu diusahakan untuk menggarapnya. Dan apabila sang dzimmi atau jahil membantah, dibalas dengan kata-kata emosi melulu yang langsung tidak mendidik mereka supaya memahami bahawa kesemua syariat Islam itu adalah adil, cantik dan berkesan.

Sekali lagi saya menegaskan pendirian disini, bahawa sangat-sangat dibutuhkan akan syariat hudud dan qisas itu untuk dilaksanakan tetapi ianya bukanlah segala-galanya dalam membentuk sebuah negara Islam bukan juga pra-syarat tunggal dalam menentukan sebuah negara itu Islam atau tidak. Sungguh perhatikan juga realiti masarakat kita bagaimana, adakah seperti masyarakat Madinah dahulu ? Jikalau tidak persiapkan mereka dahulu dengan dakwah dan tarbiyyah!. Mahukah kita menjadi pemimpin Mekkah zaman awal Islam ? Rasulullah s.a.w menolaknya secara bulat-bulat.

Fitrah Islam itu sendiri tidak tertegak dengan majoriti, Lihat sahaja peristiwa-peristiwa sirah seperti perang Badar al-Kubra, perang khandak, perang khaibar, Fathul Makkah, Perang Andalus, Perang Al-Qadisiyyah, Perang menentang Rom dan Parsi, Perang pembukaan Constantinople, kesemuanya bilangan tentera Islam jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan tentera musyrik. Jadi apakah yang menjadi kayu ukur kemenangan Islam itu ?

Pendapat kami adalah keimanan yang teguh dan ketaqwaan yang mantap kepada Allah s.w.t; Pencipta seluruh alam, pemberi rezeki Yang maha esa lagi maha kuasa. Kekuatan itu terletak pada kualiti pendokongnya, bukan kuantitinya sebagaimana firman Rasulullah s.a.w bahwa umatnya diakhir zaman tidaklah sedikit bilangannya namun bagaikan buih diwaktu banjir.

Jadi bagaimana membentuk kualiti ini ?, tidak lain tidak bukan melalui proses tarbiyyah yang tersusun dan berterusan.











Ada apa dengan Hudud ?

Ada apa dengan Hudud ?




Islam turun sebagai satu risalah yang syumul, merangkumi segala aspek dalam kehidupan; baik ekonomi, politik, undang-undang dan ketuhanan. Dengan sebab itulah Islam disebut sebagai satu cara hidup/way of life, dan bukan hanya agama semata. Dengan cara hidup inilah negara Islam Madinah al-Munawwarah kemudiannya menumbangkan Rom dan Parsi “with a single blow” dan kemudiannya berkembang menjadi sebuah tamadun yang mendokong peradaban dunia selama beberapa kurun melalui ketamadunan Abasiyyah. Inilah kesan penerapan system Islam yang syumul dan praktikal. Terbukti sudah keberkesanan sistem yang diarahkan oleh yang Maha menciptaka alam semesta ini.


Islam juga datang untuk menyatakan bahwa terdapatnya pasangan kepada kehidupan di dunia iaitulah dunia akhirat, dengan itu juga Islam tidak pernah memisahkan sebarang persoalan kehidupan dengan persoalan agama, bukan seperti agama-agama sebelumnya yang serba kurang dan tidak layak dipanggil cara hidup. Bagi Islam, setiap perbuatan seorang makhluk itu sentiasa diperhatikan dan molek-buruknya oleh Allah s.w.t, dan perbuatan itu bakal dibalas dengan pembalasan yang setimpal di akhirat kelak.


Namun dengan terjajahnya dunia Islam selepas zaman pasca-Uthmaniyyah, penjajah-penjajah barat bukan semata berniat mahu mengaut keuntungan dari hasil bumi negara-negara yang dijajah, sebaliknya usaha mereka jauh lebih besar dari itu. Usaha menyelewengkan aqidah umat Islam bukan semata dilakukan dengan usaha kristianisasi sebaliknya benang-benang kotor lagi halus turut disulamkan kedalam hati umat Islam. Kefahaman tentang kesyumulan Islam oleh generasi sebelumnya perlahan-lahan dipudarkan olah para penjajah dengan menghadkan kefahaman Islam itu kepada peribadahan khusus semata. Sistem ekonomi, politik dan moral yang diperkenalkan Islam dianggap tidak wujud, tidak releven dengan zaman moden, lapuk dan mustahil untuk dilaksanakan. Negara Malaysia yang sebelumnya dibawah seliaan empayar Melaka juga tidak terelak dari mengena tempiasnya.


Turut diterapkan oleh penjajah bahawa segala apa yang dibawa dan dilakukan mereka adalah moden, “cool”, bertamadun dan perlu dituruti. Barat itu disinonimkan dengan kemodenan dan, justeru, lihat sahaja sikap umat Islam pada era paca-penjajahan dimana-manapun. Dari ideologi mereka sehinggalah pakaian mereka, semuanya dicedok dari barat manakala Islam itu hanya muncul di sejadah-sejadah dan hari-hari tertentu sahaja. Al-Quran dan kata-kata Rasulullah s.a.w dilupakan begitu sahaja dan yang diambil hanyalah sebahagian kecil darinya, terlalu kecil sehingga kadangkala tidak dapat dibezakan langsung seorang muslim dan seorang bukan muslim kecuali pada namanya.


Kesan pemikiran penjajah ini ternyata masih mempengaruhi pemikiran umat Islam kini walaupun suara-suara kebangkitan Islam semakin kuat bergema, fajar kian menjelma disebalik gerhana walau sinarnya masih malu-malu. Mari kita khususkan di Malaysia negara kita. Apabila YB Datuk Husam Musa menyuarakan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya di satu forum yang diadakan di Kota Bharu, seperti kebiasaannya, sudah dijangkakan media barua pengampu kerajaan akan sepantas kilat memainkannya, memanipulasiknnya.


Reaksi dari ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua digemakan melalui seluruh siaran mereka. Tidaklah menimbulkan kepelikan memandangkan mereka-mereka ini adalah golongan bukan Islam dan tidak belajar matapelajaran agama Islam dari darjah 1 sehingga Tingkatan 5. Tidak pula agama yang mereka anuti itu meletakkan sebarang tatacara undang-undang dunia justeru pilihan mereka hanyalah yang datang dari Barat. Namun yang menjadi kepelikan, kejelikan, dan kemarahan hati ini adalah apabila dari kalangan pemimpin-pemimpin Islam sendiri yang mengaku mengucap dua kalimah syahadah ini menentang idea tersebut dan mempersendakannya.


Sungguh pelik takkala mereka-mereka ini yang dikatakan belajar pendidikan Islam dari tahun 1 sehingga tingkatan 6 gagal memahami bahawa Hudud itu adalah arahan dari Allah s.w.t dan melaksanakannya adalah wajib. Beri’tiqad meragui undang-undang Allah ini sebagai suatu perkara yang wajib dilaksanakan adalah sama seperti beri’tiqad bahwa solat itu tidak wajib dilaksanakan, atau ibadah puasa itu adalah tidak perlu. Jadi apakah yang mereka belajar melalui pendidikan agama Islam di sekolah dahulu ? apakah tidak pernah mereka mendengar perihal perkara ini di masjid-masjid atau surau-surau atau di kuliah-kuliah pengajian ugama ? atau hati mereka terlalu gelap dengan kefasiqan untuk memahami perkara mudah ini ? Atau mungkinkah mereka-mereka ini golongan munafiqun ? wallahua’lam bissawar.

Al-Ma’idah:45 – dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.


Reaksi media perdana pula adalah teramat mengecewakan. Seharusnya mereka menggunakan saluran yang mereka ada untuk memahamkan masyarakat tentang apakah hukum hudud itu dan apakah kelebihannya dan kebaikannya apabila dilaksanakan. Namun, tidak terlihat walau sedikit pun perkara-perkata tersebut diusahakan media arus perdana sebaliknya, mereka lebih senang memanipulasikan kenyataan YB Husam Musa itu sebagai satu perkara yang kontroversi dan menunjukkan keretakan pakatan rakyat. Sudahlah dosa-dosa fitnah, manipulasi kenyataan dan ketidakadilan lampau masih belum mereka hapuskan, mahu menyebarkan perkara ma’ruf sebeginipun mereka gagal. Apa tidak punya aqal yang waras mereka ini ? atau kalam pena itu digerakkan syaitan ?.


Oleh itu, saya menyeru kepada kesemua mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai penggerak Islam, aktivis Islam, pejuang Islam atau apa sahaja gelarannya dari mana juga wadahnya, fokuskanlah usaha kita untuk memahamkan masyarakat akan maslahah setiap syari’at Islam itu, ternyata pemahaman itulah yang paling utama sebelum tertegaknya sebuah sistem. Jangan hanya melaungkan emosi-emosi di jalanan atau kepada rakan-rakan, sebaliknya kerja-kerja da’wah itu perlulah diutamakan.







Monday, December 22, 2008

Famous Quote from famous people - Part 2

Famous Quote from Famous peope - Part 2








"Kematian itu...sama ada kerana dibunuh atau kerana penyakit, ialah perkara yang sama..kite semua menunggu hari terakhir hidup kita..tiada yang berbeza..samaada ditembak Apache atau sakit jantung..saya memilih Apache" - Dr. Abdul Aziz Rantisi





"If any religion had the chance of ruling over England, nay Europe within the next hundred years, it could be Islam." - George Bernard Shaw




"I become more than ever convinced that it was not the sword that won a place for Islam in those days. It was the rigid simplicity, the utter self-effacement of the Prophet, the scrupulous regard for pledges, his intense devotion to his friends and followers and his intrepidity, his fearlessness, his absolute trust in God and in his own mission. These and not the sword carried everything before them and surmounted every obstacle”. - Mahatma Ghandi







"Merendahlah,
engkau kan seperti bintang-gemintang
Berkilau di pandang orang
Di atas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
Janganlah seperti asap
Yang mengangkat diri tinggi di langit
Padahal dirinya rendah-hina"
Ustaz Rahmat Abdullah






"Islam appears to me like a perfect work of architecture. All its parts are harmoniously conceived to complement and support each other; nothing is superfluous and nothing lacking; and the result is a structure of absolute balance and solid composure." - Muhammad Asad

Tanpa cintaku, tetaplah kau disana...aku tanpa cintamu, bagai layang-layang terputus talinya - Aku Tanpa Cintamu, Mirwana

Kejayaan Islam bukanlah sekadar mimpi, namun janji Allah yang akan pasti - Jalan Juang, Izzatul Islam

“The Will of Man Is Stronger Than Iron Bars." - Saudara Anwar Ibrahim

"Berikan aku sepuluh Pemuda, akan ku bisa menggoncang dunia" - Bung Karno

Sunday, December 21, 2008

Exam untuk para murabbi


Lembaga Peperiksaan University of Tarbiyyah



Sila Jawab Semua Soalan

Dilarang Meniru atau anda akan dikeluarkan dari dewan peperiksaan



Q1. Mengapakah sebagai seorang da'ie kita perlu berusaha dengan lebih laju pada masa ini ?

Melihat situasi semasa, jahiliyyah berada dimana-mana hari, kreatif dan semakin giat penyebarannya. Ejen-ejen jahiliyyah bagaikan tidak pernah tidur dan mereka mempunyai cukup kakitangan untuk bekerja selama 24 jam 7 hari seminggu. Staf-staf mereka juga bertaburan diserata dunia baik di pedalaman mahupun bandar. Kekuatan mereka lengkap dan cukup kuat, strategi mereka juga sangat-sangat tersusun. Tambahan pula, mereka memiliki pengalaman yang sangat luas dan dibantu oleh pakar-pakar yang sudah sedia berkhidmat sejak zaman nabi Adam iaitulah syaitan.

Sedangkan situasi semasa menunjukkan mereka-mereka yang cenderung terhadap agama semakin berkurangan dan gerakkerja para da'ie juga masih bermalas-malasan. "Hamasah" yang ditekankan Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna bagaikan ditelan Hamasah-hamasah untuk ke clubbing atau mendirikan band-band yang popular. Mereka yang membuat kerja juga berpecah belah atas perbezaan yang kecil dan ada antara mereka yang saling menyesatkan dan tidak kurang yang merasakan kelompok mereka sahaja yang betul.

Q2. Apakah contoh-contoh jahiliyyah ketara yang berada disekitar masyarakat kita sekarang ?

Antara contoh-contoh jahiliyyah ketara adalah seperti berikut:



  • Pergaulan bebas diantara jantina

  • seks bebas, alkoholisme dan penggunaan dadah

  • Budaya Clubbing dan berhibur secara berlebihan

  • Memakai pakaian yang membuka aurat dan menjolok mata

  • Menjauhi majlis-majlis agama dan majlis-majlis peringatan

  • Negara yang tidak melaksanakan undang-undang Allah

  • Mak Nyah dan Pengkid

  • Kes-kes jenayah

  • Mat Rempit

  • Pornografi

  • Tidak Solat

Q3. Apakah penyebab menularnya jahiliyyah ini pada para pemuda masa kini ?


Bagi saya, terdapat dua faktor yang mempengaruhi menularnya perkara ini kedalam jiwa para remaja, faktor yang pertama merupakan hebatnya penyebaran oleh ejen-ejen jahiliyyah melalui media yang pelbagai seperti internet, televisyen, radio dan konsert2 yang dianjurkan dan faktor kedua adalah kurangnya asas agama didalam jiwa remaja masakini.


Era globalisasi memudahkan media-media ini untuk sampai secara terus kepada remaja-remaja dan belia-belia. Tambahan pula filem filem dari barat dan negara kita sendiri memang menganjurkan perkara-perkara maksiat secara terang-terangan. Internet sebagai medium maklumat di hujung jari memudahkan perkara-perkara laknat ini untuk sampai kepada remaja secara pantas dan meluas. Promosi konsert-konsert pula memang hebat, langsung tidak tertanding oleh program-program agama yang dianjurkan beberapa kerat manusia sahaja dan teramat sedikit yang menyambutnya.


Faktor kedua menunjukkan bahawa institusi pengajian agama formal di sekolah-sekolah adalah gagal ditambah pula dengan sestengah institusi kekeluargaan yang kebelakangan ini langsung tidak menyumbang kepada pembangunan rohaniah anak-anak mereka. Kesannya apa sahaja pengaruh negatif yang diterima oleh belia zaman ini akan diterima bulat-bulat dan tidak pernah difikirkan dosa pahala baik buruknya. Tambahan lagi perkara begini bagaikan norma dalam masyarakat sekarang, Islam itu tidak muncul sebagai satu juara rohani manusia sebaliknya jiwa-jiwa yang kosong itu sering dipenuhi dengan perkara-perkara lain seperti video games, gosip-gosip, angan-angan duniawi dan musik-musik.


Q4. Cadangkan penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut ?



Pada hemat saya, faktor pertama dapat kita atasi dengan kita memberikan alternatif kepada belia-belia sekarang. Sering kita melarang mereka, mengatakan ini haram itu haram sebaliknya tidak memberikan sebarang solusi kepada mereka, kesannya jiwa mereka kosong dan mereka akan kembali kepada tabiat lama mereka semula. Kebelakangan ini, produk-produk Islamik bolehlah dibanggakan, kian banyak novel-novel Islamik yang boleh dijadikan bahan bacaan, muzik-muzik Islam dari Indonesia juga bolehlah menggantikan musik-musik barat sebagai halwa telinga para remaja, selain itu, penerbitan filem-filem seperti Sang Murabbi, Kiamat Sudah Dekat dan pelbagai lagi seleksi dokumentari bolehlah dijadikan titik tolak untuk menghasilkan lebih banyak karya yang seumpanya. Boleh disimpulkan disini bahwa perkembangan media-media Islam berbanding sepuluh tahun lepas adalah membanggakan, lebih berkualiti dan lebih meluas cuma jika ditingkatkan kuantitinya maka adalah lebih baik.


Faktor kedua merupakan faktor yang sangat-sangat penting. Institusi keluarga yang gagal mendidik dan kurangnya kefahaman Islam dalam hati remaja zaman ini boleh diatasi dengan teknik "Rumah Arqam bin Abi Al-Arqam". Institusi usrah dan tarbiyyah perlu diperkasakan dan penggerak-penggeraknya perlulah lebih aktif mempromosikan cara ini. Hal ini adalah kerana, dengan method inilah Rasulullah s.a.w dahulunya mendidik para sahabat yang akhirnya mempunyai satu keimanan yang mantap, ketaqwaan yang mendalam dan hamasah yang berapi-api. Method inilah juga yanng digunakan oleh Lenin dan Stalin dalam mengembangkan pengaruh mereka. Oleh itu, hendaklah kita yakin dengan jalan ini walaupun ianya kelihatan perlahan, tidak meluas audiensnya dan panjang tempohnya. Ayuh kita sebarkan method ini bagaikan menabur benih di bendang sawah.


Q5. Sejauh mana keberkesaan sistem usrah dan tarbiyyah ini ?


Istilah engineeringnya adalah "proven by mass industry". Kita lihat bahwa dengan jalan inilah akhirnya membentuk benih-benih manusia berkualiti yang akhirnya tumbuh berkembang dan berjaya menguasai dunia pada era abasiyyah. Lihat juga bagaimana Hitler memulakan kempen facismnya dengan bermula dengan satu kumpulan kecil yang beriman kuat akan fikrahnya dan mengembangkannya yang akhirnya berjaya menguasai sebuah negara dan menakluk beberapa negara laen. Diceritakan, pada akhir hayat Hitler, pemuda-pemuda ini masih setia disisi katil Hitler dan yakin teguh akan fikrahnya akan berjaya jua akhirnya.


Kemenangan Islam dan kesejahteraan dunia dibawah naungan Islam adalah sesuatu yang pasti, cuma adakah kita orang-orang al-mudassir, atau kita masih berselimut atau kita adalah Abu Jahal. Andai kita adalah golongan al-mudassir, maka hiduplah dengan cara ini dan perjuangkanlah hingga akhir hayatmu kerana sesungguhnya Islam itu tinggi makan Tinggikanlah.



Soalan Tamat

Friday, November 21, 2008

Apakah yang Lemah itu ?

Apakah yang Lemah itu ?








Manusia kalau kita bahagikan secara mudah unsur2 yang mempengaruhinya dalam kehidupan pastilah kita boleh bahagikan kepada empat pembahagian. Iaitulah Intelligentnya, emosinya, fizikalnya dan spiritualnya. Intelligentnya ditampung oleh objek putih yang tersimpan didalam kepala itu yang dinamakan otak, dijalankan oleh neuron-neuron didalamnya yang berbillion-billion jumlahnya. Emosinya yang sering berombak itu dikawal hatinya yang kechil itu,hati itu raja kata Rasul kita. keupayaan fisiknya, gagah atau lembiknya dia ditentukan jasad fizikalnya dan begitu juga spiritual kualitinya atau sebagai seorang muslim kita katakan sebagai iman dan taqwanya tersemat bersama ruhnya.




Dunia hari ini membuat satu kayu ukur bahwa nilai IQ itulah yang paling utama, sistem-sistem pembelajaran di sekolah, kolej mahupun universiti meletakkan bahwa andai dengan nilai IQ yang tinggi itu, seseorang mampu cemerlang didalam pembelajarannya dan seterusnya menggarap sehelai sijil berharga. Mereka-mereka yang mempunyai title Doctor, Professor mahupun Ir akan mempunyai satu status sosial yang tinggi dalam masyarakat dan dipandang tinggi oleh komuniti mereka. Namun seorang yang tinggi intelligentnya blum tentu seorang yg tinggi intelligentnya. Mengapa pula begitu ? Siapakah yang paling tinggi intelligentnya dikalangan kita mengikut Rasulullah s.a.w ? Iaitulah orang yang sentiasa mengingati mati dan mempersiapkan diri menghadapinya. Disini jelas kayu ukur Rasulullah bukanlah Harvard University atau Oxford University bukan juga London School of Economics, tetapi satu perkara maha besar yang mengubah fasa manusia dari fasa alam dunia ke alam barzakh. Orang yg bijak itu belum tentu bijak!.



"Those who have higher EQ level will have higher chance to be succesful in life" begitu kata pakar kaji manusia dari barat. Keupayaan mengawal emosi adalah satu aspek yang sangat penting bagi seseorang itu berjaya dalam kehidupannya, malah lebih penting dari IQ itu sendiri kata mereka. Benar, berapa ramai yg bijak pandai bergeliga tapi akhirnya mati digantung diri sendiri, mati terjun bangunan tinggi dan mati kerat nadi sendiri. Kalau tidak begitupun gagal mengawal tekanan kehidupan dan memilih satu haluan hidup yg salah, akhirnya; serenti, tanjung rambutan atau hilang arah tujuan. Namun, nilai berjaya bagaimanakah yg ditekankan Rasulullah s.a.w ? Sungguh, emosi itu dikawal hati, hati itu raja, dan raja yang beriman dan bertaqwa itulah yang akan membawa keamanan, kemajuan dan ketenteraman kepada negeri dan rakyatnya. Andai berjaya menggapai bintang dilangit tujuh sekalipun, berhasil memiliki ladang seluas planet musytari dan zuhal sekalipun, berjaya menawan hati 100 orang bidadari dunia sekalipun, namun andai hati tidak diisi keimanan dan ketaqwaan kepada Sang Pencipta kita yang esa, maka bahan bakar nerakalah kita di kehidupan kekal abadi nanti. Betapa sia-sianya usaha-usaha mereka tadi.



Memiliki susuk tubuh yang tegap merupakan idaman semua lelaki di seantero dunia tanpa khilaf!. Walau kaum perempuan di barat sana sedang menghadapi trend mempunyai bentuk badan skinny atau kurus, kaum lelaki tetap dengan pegangan zaman berzaman untuk mereka. seorang lelaki yang bertubuh kuat lagi sasa itu bukan sahaja mempunyai penerampilan yang menarik malah turut mempunyai keupayaan untuk memikul beban yang lebih berat, menikmati tenaga yang lebih dalam kehidupan seharian malah lebih susah untuk menerima penyakit. Memang memiliki tubuh yang kuat itu merupakan anjuran Rasulullah melalui Hadithnya yang berbunyi "Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah". Rasulullah sendiri disamping Imam Bukhari, Umar Al-Khattab dan Imam Hassan Al-Banna dikatakan memiliki tubuh yang tegap dan sihat. Namun dunia hari ini, lelaki-lelaki mengejar tubuh2 yang tegap dan sihat bukanlah bersandarkan Hadith yang dinyatakan sebelumnya sebaliknya adalah untuk memikat para wanita dan tidak salah dikatakan menyebabkan ria' timbul di hati mereka. Islam amat peka terhadap pembangunan aspek jasmani manusia agar proses transformasi yang dilakukan dapat melahirkan manusia yang seimbang, berilmu, berakhlak dan sihat seterusnya dapat melakukan tugas sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi dengan baik dan sempurna.




Namun, segalanya2 berpusat kembali kepada spiritual sesorang itu, kalaulah ianya memiliki IQ 300 sekalipun, EQ yang mampu menahan dugaan seberat gunung everest sekalipun, fizikal yang mampu memikul planet musytari sekalipun, andai imannya lemah, segala2nya rosak. Perhatikanlah sahaja bagaimana saintis2 yang kerjanya mengkaji kebesaran Allah dan keajaiban2 ciptaan Allah itu sangat sedikit dari mereka yang terbuka untuk Islam, kita lihat bagaimana beribu2 pelajar produk Harvard dan Oxford setiap tahun, setiap dari mereka adalah genius tapi kemanakah dihalakan kepandaian mereka, sekadar kepada dunia yg maha sementara, perhatikanlah juga bagaimana sosok tubuh sesasa Sazali Samad itu begitu bodoh menunjukkan auratnya dikhalayak ramai (satu dunia) dan sangat biasa bagi kita mendengar cerita akan sahabat2 kita yg berbadan sasa yg diceritakan mampu mengangkat kereta tapi akhirnya gagal dalam mengangkat kain selimutnya dikala azan subuh berkumandang. Iman didalam hati itulah tunjang kejayaan seseorang, rosak iman, rosaklah segalanya..buangkanlah saja IQnya, tolak ketepi EQnya, buang dalam tong sampah fizikal sasanya. Kerana akhirnya segala2nya bergantung pada iman, ingat matlamat kita bukan dunia tapi akhirat sana










Wednesday, November 5, 2008

Yusuf Estes Live in Malaysia

For a bigger view, kindly click at the picture

Sunday, November 2, 2008

Program ISOC




Thursday, October 23, 2008

Famous Quote from "Famous" People




Famous Quote from "Famous" People






  • "Mencari ikhlas itu umpama mencari seekor semut hitam di dalam pekat malam" - ayah kepada Ikrimah di satu tamrin






  • "Sangat penting untuk kita menekankan keimanan yg tinggi kedalam hati mad'u kerana pada akhirnya keimanan itulah yang akan memacu mereka untuk bergerak di dalam medan dakwah" - Ustaz Wamy merangkap Sang Murabbi pada satu sesi usrah



  • "Aku tidak sehebat Fahri" - Al-Akh Prof. Hussaini al-Malizi di shoutout Friendster-nya



  • "Semua orang nak jadi baik, sebab fitrah setiap manusia ni nak jadi baikkan, jadi dengan join usrah, korang dah dalam proses kembali ke fitrah" - Anak kepada seorang Pak Cik di Langkawi ketika mempromote usrah pada satu sesi Muhadharah



  • "We will only accept hadith from Sahih Bukhari and Sahih Muslim" - Bekas Treasurer dan Presisdent Islamic society UNIM



  • "Kita tak boleh rasa kita ada satu hakmilik dalam da'wah dan tiada seniority dalam da'wah" - Bakal Doktor IMU Seremban merangkap mantan President PPIM pada satu sesi daurah



  • "Bila datang seruan untuk berjihad, maka sahutlah, kerana seruan inilah yang menghidupkan kita" - Abang Ipar Taufik merangkap moderator Dakwah.info pada satu sesi usrah



  • "Kita sedar walau dalam kesyumulan jemaah kita, kita still ada kekurangan...klu antum nk lbih ruhi, keluarlah dengan jamaah tabligh, klu antum nk blajar hadith, blajarlah dengan geng2 salafi....tpi antum kena tahu priority dan tariqul da'wah kita adalah cara kita" - Pak Cik / U.Kay / UQY di satu sesi daurah Muntalaq



  • "We must go back to the basic purpose of university which is to develope people potential....listening to the lecture doesn't give any add on value to them....hence I do think that if we can do dat under Islamic Society, why must we go to the kuffar for all this thing ?" - Salman, student dari Canada ketika mengomen tentang akitivity soicety yg tidak membina modal insan katanya



  • "Kita didalam dakwah ini hendaklah menjadi seperti air yang mengalir...andai disekat / dihalang, still kita boleh mengalir melalui laluan yg laen...dan akhirnya kita still akan sampai ke destinasi kita" - Seorang akh dari Brunei yg kini studi di UIA



  • "zaman Rasulullah dulu kalu xpergi sembahyang di masjid, kena bakar rumah" - Al-Akh Unisel ketika berceramah dengan penuh semangat kepada seorang Pak Guard



  • "Bende ni antum nampak secara teori memang senang, tpi bile antum dah lalui baru antum tahu betapa susahnya nk jaga hati ketika dan selesai proses ta'aruf" - Murabbi agung UPM selepas sesi ta'aruf nye



  • "Saya akan sentiasa bersama platform yang menyediakan ruangan untuk saya memperjuangkan Islam, jadi andai DAP menyediakan platform untuk saya memperjuangkan Islam maka mungkin saya akan menyertai mereka...tpi saya tidak nampak ada halangan atau sekatan dari pihak atasan untuk saya memperjuangkan Islam buat masa ini" - Dr. Zulkifli Nordin ketika ditanya samaada beliau akan menyertai UMNO



  • "makan babi dengan xpakai tudung..mana lebih teruk ?" - Soalan dari seorang Super Murobbi dari Brunei pada satu sesi Tamrin






Tuesday, October 7, 2008

Letter From Prison

S U R A T D A R I P E N J A R A / LETTER FROM PRISON





Hidup ini, kita bagaikan sebuah banduan…didalam satu penjara besar, terperangkap didalamnya segala manusia, sedikit sahaja yg bebas diluar sana…

Aku didalamnya, jadi..pernah mereka yang diluar bercerita kepadaku..melalui pagar2nya, bahwa kita semua merupakan mereka-mereka yg tidak bersalah…namun kita kita adalah mereka yg terperangkap di dalamnya…aku pn tidak tahu siapa yg memenjarakanku, aku lahir2 sudah disini tempatnya…

Mereka2 diluar sana berseri2 wajahnya, ada kadang ku lihat mereka….sering saja tersenyum manis …kita kita ini, sering berkerut, kadang saja ketawa, sbab gila…dan kadang2 menangis…Bukanlah mereka diluar itu tidak berkerut, mereka juga tapi kerna pikirkan kita.

Sekali itu, seorang diluar sana cerita padaku, susah juga dia mau menghampiri pagar penjara, kadang warden ada mana mungkin dia lihat saja…Jadii haritu dia cerita, ada satu tiket untuk keluar, rahsia besar….tak ramai yg tau, senang saja..

Dia cerita, kita kena baca..satu buku tebal suci, dia kata kene baca dan faham....tak cukup dengan faham kite kena amalkannya….bagus juga bende yang die cerita tu, tpi die datang kadang2 je, kadang2 memang aku yg malas untuk berjumpanya..

Satu hari aku fakir dalam2 hendak juga berada diluar sana, bebas, merdeka, gembira, tersenyum…jadi aku amalkan apa yg dikata slow2, tpi bukan mudah dol…kat dalam penjara ni memang best, tpi kalut sket…

Tu lah…sesak betul penjara ni, ramai sangat orang….jalan laju2, kesana kemari, bangun mandi kerja tidur…

Catatan ni dibuat oleh aku sbb memang aku nk keluar dari penjara ni, adela dua tiga kawan aku yg aku dah cerita, ada yg berminat ade yg kata aku mimpi siang hari, ade yg selesa duduk dalam penjara, makan minum semua tanggung beres….tapi aku usaha jugak…

Bagi yg kat luar pagar sana yg ter’spak’ baca catatan ni responla…bagi e-mail ke, no phone ke..nnti aku kluar aku kontek korang…okeh! cow

Ketuanan Melayu : Dr. Sham Rahayu

KETUANAN MELAYU : DR. SHAM RAHAYU






Entah mengapa sejak kebelakangan ini sudah timbul ‘keberanian’ luar biasa daripada pelbagai pihak untuk mempertikaikan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Antara perkara yang semakin lantang menjadi perdebatan atau perbahasan ialah mengenai Perkara 153 berhubung keistimewaan orang Melayu.

Walaupun pihak-pihak yang berbuat demikian amat memahami ia sesuatu yang sensitif namun mereka tidak mempedulikan itu semua.

Sebaliknya satu demi satu hujah mereka keluarkan bagi menggugat apa yang sudah terpahat dalam Perlembagaan. Persoalannya wajarkah perkara seumpama itu terus menjadi pertikaian? Tidakkah ia sepatutnya dihormati memandangkan ia adalah satu Perlembagaan negara?

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Meloya, ZULKIFLEE BAKAR dan NORAINI ABD.RAZAK, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz secara terus terang menyifatkan, apa yang terjadi sekarang kerana orang Melayu dilihat lemah.

Malah katanya, kegagalan orang Melayu untuk berhujah mengenai intipati apa yang terkandung dalam Perlembagaan juga menjadi punca pihak lain mampu mempertikaikan apa yang sudah diperuntukkan.

Selain itu pada pandangan Dr. Sham Rahayu sikap generasi baru yang mahu memperjuangkan kesamarataan antara kaum juga turut menyebabkan segala yang ditetapkan oleh Perlembagaan mengenai orang Melayu semakin ‘terancam’.

Mingguan: Kenapa sejak kebelakangan ini perkara-perkara dalam Perlembagaan terus dipertikaikan?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau kita mengkaji sentimen sesetengah pihak pada masa ini ia memang menunjukkan mereka mahu melihat apa yang ada dalam Perlembagaan dan kemudian mempertikaikan kewujudannya tanpa mahu memahami kenapa ia diwujudkan. Apa yang sepatutnya orang ramai lakukan ialah bertanya kenapa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu diwujudkan, contohnya dalam soal hak keistimewaan orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153.

Kalau melihat sejarah bangsa kita dan pembentukan Perlembagaan sesetengah perkara itu harus diterima, ertinya tidak boleh dirobek atau diubah semata-mata untuk mengikut perubahan semasa. Bagi saya, dalam demokrasi ada ruang bagi membolehkan perkara dalam Perlembagaan diperbincangkan tetapi bukan sampai ke tahap yang boleh menggugat Perlembagaan itu sendiri. Ini termasuklah perbincangan yang menjurus ke arah provokasi seperti hendak membuang peruntukan Perlembagaan yang sedia ada.

Apakah peruntukan Perkara 153 dalam Perlembagaan itu keterlaluan melindungi orang Melayu sehingga menjejaskan bangsa-bangsa lain?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau kita mengkaji Suruhanjaya Reid, ia mengatakan kalau kita mengambil hak Melayu secara tidak terancang ia boleh meruntuhkan pembinaan bangsa dan negara. Atas sebab itu saya tidak bersetuju jika ada pihak mengatakan bahawa Perkara 153 memberi kelebihan melampau kepada orang Melayu.

Ini kerana sistem tersebut mesti bergerak dengan hak-hak munasabah terhadap bangsa lain. Suruhanjaya Reid merujuk salah satu terma Perlembagaan ialah menjaga kedudukan Melayu dan Islam serta menjaga hak-hak munasabah terhadap bangsa lain, jadi apabila kita menjaga kepentingan Melayu ini tidak bermakna kita mengabaikan bangsa lain. Untuk membina sebuah negara yang aman dan damai serta mewujudkan kestabilan politik kita memerlukan kesaksamaan dan keadilan.

Tetapi apa yang ditonjolkan seolah-olah orang Melayu mendapat segala-galanya sedang bangsa lain tidak mendapat apa-apa?

DR. SHAM RAHAYU: Saya berpendapat mengikut Perlembagaan orang Melayu diberi sedikit kelebihan atau keistimewaan tetapi dari segi aplikasinya mungkin tidak begitu ketara. Adalah tidak adil untuk mengatakan orang Melayu mendapat segala-galanya. Cuba lihat siapa yang mengawal ekonomi kita?

Kalau kita mengkaji laporan Suruhanjaya Reid mengenai Perlembagaan, kelebihan kepada orang Melayu diberikan sejak 1948. Pada tahun itu, orang British sendiri tidak pernah menyentuh soal Melayu dan Islam. Ini kerana ia menjadi subjek yang terlalu sensitif kepada British. Namun dalam masa yang sama terdapat terma bahawa bangsa lain tidak diabaikan.

Kenapa baru sekarang semua ini hendak dipertikaikan sedangkan ia sudah termaktub dalam Perlembagaan?

DR. SHAM RAHAYU: Punca utama kerana orang Melayu tidak pandai berhujah, kita tidak memahami sejarah sendiri. Kelemahan orang Melayu sekarang ialah tidak memahami kenapa diwujudkan keistimewaan dalam Perlembagaan. Atas sebab itulah kalau kita lihat ada di kalangan orang Melayu sendiri menentang Perkara 153.

Kalau kita merujuk pembinaan bangsa, adalah jelas semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berhak untuk merasa bangga menjadi rakyat negara ini tetapi ia tidak bermaksud kepentingan Melayu harus dilunturkan. Kita memahami sejarah menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang dianggotai oleh pelbagai bangsa tetapi kita tidak boleh mengenepikan kerangka asas pembinaan negara ini iaitu orang Melayu.

Seharusnya kita memberi pemahaman kepada bangsa lain kenapa terdapat peruntukan tertentu mengenai Melayu dan Islam dalam Perlembagaan.

Dalam soal Perkara 153 bukan mudah ia ditarik begitu sahaja. Ini kerana ia mempunyai hubung kait dengan peruntukan-peruntukan lain seperti keistimewaan raja-raja.

Kalau soal Melayu hendak ditarik balik apa yang raja ada lagi? Sedangkan institusi raja-raja bertanggungjawab terhadap dua perkara iaitu Melayu dan Islam. Institusi raja-raja dibentuk oleh Perlembagaan dengan tujuan mewujudkan kestabilan politik. Tetapi kalau soal Melayu ditarik dalam Perkara 153, ertinya raja pun tidak akan wujud. Keadaan itu kalau berlaku sudah tentulah akan menjejaskan kestabilan politik negara. Bagaimanapun kalau boleh soal mengenai Melayu ini tidaklah dibincangkan dalam suasana terlalu panas atau penuh provokasi. Tetapi dalam masa yang kita sudah tidak mampu menyembunyikan segala-galanya di bawah karpet. Masyarakat kita sudah mengetahui isi kandungan Perlembagaan. Oleh itu orang Melayu terutama pemimpin kita harus pandai berhujah dan memahami Perlembagaan tanpa sentimen politik.

Kita harus pisahkan antara isu politik dengan isu Perlembagaan. Kita perlu berbincang soal Perlembagaan secara akademik dan intelektual bukan provokasi. Saya lihat dari semasa ke semasa semakin banyak peruntukan Perlembagaan mengenai orang Melayu diganggu gugat. Dahulu ia bermula dengan Perkara 152 iaitu mengenai bahasa Melayu dan sekarang Perkara 153 pula.

Kalau pencabulan ini terus dibiarkan, ia akan menyebabkan porak peranda kerana sistem pentadbiran negara dan kestabilan politik akan terancam.
Dalam soal pemain dalam menjayakan peruntukan sedia ada, apakah ia berpunca dari kelemahan pelaksanaan?

DR. SHAM RAHAYU: Saya bersetuju kalau orang mengatakan masalah kita bukan dengan sistem tetapi pemain. Bagi saya membiarkan peruntukan-peruntukan itu dibincangkan secara provokatif mendatangkan masalah lebih besar. Dalam soal ini pemain harus memastikan peruntukan itu dijalankan sebagaimana yang dimaksudkan dalam Perlembagaan. Selain itu, mereka juga harus memantau sejauh mana peruntukan itu dilaksanakan.

Para pemain dalam sistem ini perlu berubah dan melihat balik apa yang mereka buat itu bertepatan dengan tujuan atau objektif Perlembagaan atau tidak. Ini bagi mengelakkan Perlembagaan hanya menjadi kosmetik.

Kalau Perlembagaan itu hendak dihormati ia harus dilaksanakan, masalahnya tidak ada penguatkuasaan jika ia dilanggar. Walaupun Perlembagaan bukanlah kanun keseksaan tetapi kita sudah membina satu konvensyen atau adat Perlembagaan yang harus dihormati.
Atas sebab itu kita memerlukan penguatkuasaan yang tegas ke atas pencabulan Perlembagaan. Kalau kita dilihat lemah dalam soal ini sudah pasti ada pihak yang akan melakukan provokatif untuk menolak apa-apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Di kalangan generasi muda adalah jelas mereka tidak menghiraukan mengenai pencabulan Perlembagaan ini?

DR. SHAM RAHAYU: Tidak dapat dinafikan bahawa generasi baru memperjuangkan kesamarataan. Saya setuju dengan pandangan bahawa akibat daripada perjuangan inilah berlakunya pencabulan Perlembagaan. Justeru kita harus melihat agenda di sebalik tindakan berkenaan.

Adakah asas kesamarataan itu menjadi benda yang kukuh? Kenapa kita analogi sistem kesamarataan kita dengan barat. Apa yang ada di negara kita terlalu unik. Sepatutnya kita pergi kepada keadilan bukan kesamarataan.

Saya rasa faktor utama yang menyebabkan kekeliruan ini berlaku kerana orang tidak faham apa konsep keadilan dalam sistem Perlembagaan kita. Kalau hendak bagi semua orang sama rata itu tidak adil. Lihatlah sejarah bangsa mana-manapun sudah pasti ada sesetengah golongan harus diberi keutamaan. Apa yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu tidaklah melampau. Jadi tidak perlulah lagi dipersoalkan mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini. Bagi saya mereka yang membangkitkan isu berkenaan mempunyai agenda politik.

Kenapa orang Melayu selalu dilihat bersalah apabila mempertahankan hak Melayu?

DR. SHAM RAHAYU: Apologetik. Orang Melayu terlalu berdiplomatik dengan sifat kemelayuan, sedangkan Melayu sebenarnya kuat dan hebat, tetapi sekarang ini kita terlalu apologetik. Sikap apologetik dan diplomatik, sikit-sikit minta maaf menyebabkan orang naik tocang. Sikap ini kalau dilakukan terlalu kerap orang akan bosan. Saya rasa faktor utama mengapa hak orang Melayu di sisi Perlembagaan sering dipersoalkan ialah tidak tegas dari segi penguatkuasaan dan sifat apologetik. Inilah dua karakter yang menyebabkan Perkara 153 dipijak, menyebabkan kedudukan orang Melayu dipijak sehingga orang Melayu rasa bersalah dan malu untuk mengaku kita sebenarnya ada keistimewaan.

Sekarang ini ada pula Melayu liberal yang juga mahu supaya diwujudkan kesamarataan?

DR. SHAM RAHAYU: Kelompok ini yang menjadi racun, saya sebut ini adalah Melayu yang makan Melayu, Melayu yang menjadi racun kepada Perlembagaan. Tidak mustahil mereka yang mencetuskan semua ini. Mereka yang nak jadi juara memperjuangkan hak sama rata, tanpa memahami sejarah Perlembagaan secara semangatnya. Mereka melihat Perkara 153 itu seolah-olah membawa pandangan buruk kepada Melayu, mereka rasa keistimewaan itu macam bantuan kepada orang cacat, benda yang buruk kepada orang Melayu. Ini menjadikan orang memijak Perlembagaan. Mereka ini tali barut yang menjadikan Perkara 153 dan orang Melayu sendiri bencikan keistimewaan Melayu. Kita tidak menafikan perkembangan mutakhir ini menunjukkan wujud dua Melayu iaitu Melayu liberal dan Melayu Perlembagaan..

Kita lihat suara untuk kesamarataan ini semakin berkumandang tetapi ia seolah-olah menjurus kepada bidang tertentu sahaja?

DR. SHAM RAHAYU: Masalah ini tidak akan selesai selagi kumpulan yang tidak berpuas hati ini menyatakan dengan jelas apa sebenarnya yang mereka mahukan. Kita lihat dalam pengambilan anggota polis terbuka kepada semua kaum tetapi adakah kaum bukan Melayu berminat menyertainya. Kita tidak pasti apa benda dan sektor mana yang mereka inginkan. Kalau nak juga keistimewaan Melayu ditarik balik tunjukkan bahawa keistimewaan ini telah menafikan mereka daripada mendapat hak-hak yang munasabah termasuk dari sudut ekonomi dan politik. Tunjukkan, barulah kita fikir Perlembagaan itu layak diubah.

Adakah Doktor melihat ada agenda lain di sebalik timbulnya cakap-cakap mengenai hak keistimewaan orang Melayu ini?

DR. SHAM RAHAYU: Saya melihat isu bukan agenda saja-saja atau demi kepentingan bangsa tetapi lebih kepada agenda politik. Sepatutnya semua pihak mesti membezakan antara politik dengan Perlembagaan. Jika kita lihat kedudukan bukan Melayu terutama dari sudut politik dan ekonominya amat memberangsangkan dan bukan sedikit kalangan mereka yang kaya raya di sebalik wujudnya Perkara 153 ini. Saya tidak nampak apa salahnya dalam sistem itu, cuma mekanisme itu yang perlu dilihat balik dan saya rasa Perkara 153 tidak boleh dikompromi dalam membina bangsa Malaysia. Kita tidak boleh potong Perkara 153 sampai bila-bila pun, kerana bangsa kita memerlukan safeguard (pengawalseliaan) iaitu Perlembagaan untuk mengawal Melayu.

Kita mesti ingat di dunia hanya di Malaysia yang wujud Melayu begini, di Indonesia sudah tidak ada, di Afrika Selatan juga tidak ada identiti Melayu sebegini. Kita yang masih tulen dan mempunyai keistimewaan kalau hendak dilihat Melayu di Singapura apa agaknya yang mereka ada.

Mungkinkah semua ini berpunca daripada kelalaian di pihak pelaksana Perlembagaan itu sendiri?

DR. SHAM RAHAYU: Saya tidak fikir kerajaan semasa begitu prihatin dengan apa yang terkandung dalam Perlembagaan. Jika diikutkan misalnya Perkara 152 mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi kerajaan memperkenalkan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Walaupun untuk menarik balik dasar itu melibatkan kerugian dari aspek perbelanjaan kewangan tetapi kalau hendak menghormati Perlembagaan kita kena kembali kepada dasar lama. Jika tidak orang akan melihat dasar Kabinet bercanggah dengan Perlembagaan, bercanggah dengan sejarah dan kehendak Suruhanjaya Reid itu sendiri.

Saya percaya jika banyak sangat orang persoalkan sesuatu dasar yang ada kait mengait dengan Perlembagaan maka pasti ada silapnya. Semua pihak patut lihat balik apa yang tak kena dan sepatutnya kita pulihkan perkara-perkara yang tidak betul ini secepat mungkin.
Berikut petikan Perkara 153 Perlembagaan

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa- apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.
Jangan prejudis kepada perkara 153


Senarionya sekarang Melayu cuma mempertahankan hak dalam Perlembagaan tetapi pada masa yang sama bukan Melayu menuntut tambahan hak, adakah ini bermakna akan berlaku kesamarataan yang sekali gus menjejaskan hak orang Melayu?

DR. SHAM RAHAYU: Apa yang kita faham akan sampai satu tahap di mana demokrasi seumpama barat yang menekankan kesamarataan akan berlaku di negara ini. Tetapi untuk proses tersebut menjadi kenyataan tidak diketahui bila masanya. Saya percaya tempoh 51 tahun biar pun ada pihak yang berpendapatan sudah tiba masanya untuk kesamarataan namun hakikatnya tempoh tersebut belum mencukupi. Paling penting untuk kita fikirkan ialah apabila tiba masa tersebut apa akan jadi kepada Perlembagaan kita?

Bukankah ketika itu Perlembagaan akan menjadi kosmetik?

DR. SHAM RAHAYU: Itu yang saya maksudkan. Kalau sampai ke tahap itu pasti akan timbul cadangan supaya Perkara 153 dimansuhkan daripada Perlembagaan. Mungkin kita akan sampai ke satu tahap di mana orang Melayu sendiri rasa tidak perlu lagi keistimewaan atau pun sampai satu tahap kerajaan kata kita tidak mampu mempertahankan Melayu lagi, mungkin satu kerajaan lain yang akan berkata begitu, maka ketika itu lepaslah orang Melayu macam anak ayam. Apabila berlaku keadaan seperti itu tentunya akan menimbulkan ketidakstabilan politik. Sebabnya saya melihat sejarah, mungkin orang kata apa yang dah berlaku biarkan berlalu, tetapi ada juga yang berkata, jika kita tidak belajar dari sejarah maknanya kita akan mencipta sejarah kejatuhan kita.

Walaupun Perlembagaan kita dikatakan living document, boleh berubah dari semasa ke semasa tetapi sebenarnya kesamarataan itu yang Suruhanjaya Reid mahu. Kalau kita baca semula laporan Suruhanjaya Reid sampai satu tahap tidak akan ada beza antara kaum-kaum di negara ini. Saya rasa ia terlalu ideal. Sampai macam mana kulit saya tidak akan jadi putih macam orang Cina, orang India tidak akan jadi sawo matang macam orang Melayu. Masalahnya sampai ke satu tahap kita bimbang Perlembagaan menjadi perhiasan dan ini yang perlu dimainkan oleh pihak yang menjaga Perlembagaan ini.

Jangan sampai satu tahap sama rata dan itu boleh membahayakan Perlembagaan dan kestabilan politik kita. Kita mencipta satu bentuk sistem Perlembagaan yang unik dan tiada mana-mana contoh Perlembagaan di dunia yang mempunyai ciri-ciri Perlembagaan kita. Cuma Malaysia sahaja di dunia ini ada Yang di-Pertuan Agong. Apabila saya baca laporan Suruhanjaya Reid saya tertanya-tanya adakah mereka faham keadaan di Malaysia ini atau mereka menggunakan minda Inggeris untuk menilai bangsa-bangsa yang ada.

Boleh Doktor berikan contoh wujudnya minda Inggeris dalam Suruhanjaya Reid?

DR. SHAM RAHAYU: Contohnya mereka berkata keistimewaan orang Melayu untuk substantial number of years – banyaknya itu amat subjektif, adakah 50 tahun cukup untuk membina bangsa kita, adakah 50 tahun cukup untuk orang Melayu matang. Kalau diikutkan sekarang memang orang Melayu itu matang tetapi dari segi keupayaan yang sebenar bolehkah orang Melayu berdiri. Sebab itu Perkara 153 ini tidak boleh dilepaskan kerana menyedari orang Melayu belum sampai ke tahap itu. Saya tertanya-tanya apa sangat yang bukan Melayu hendak sebenarnya. Adakah mereka tidak mendapat peluang pekerjaan, adakah mereka tidak mendapat kepentingan ekonomi, apa sangat yang disusahkannya tentang Perkara 153 ini. Lebih menyedihkan lagi apabila ada orang Melayu sendiri tidak mahu mempertahankan kedudukan Melayu.

Adakah ia mungkin disebabkan oleh kaum-kaum lain percaya bahawa kaum Melayu diberi keistimewaan keterlaluan sehingga hak menjejaskan hak mereka?

DR. SHAM RAHAYU: Kalau hendak kata mereka tidak mendapat legitimate interest (perkataan yang digunakan dalam Suruhanjaya Reid), kita sendiri lihat kedudukan kaum-kaum lain di Malaysia sekarang ini. Adakah mereka tidak diberi peluang sedangkan mereka boleh ‘survive’ malah dalam banyak bidang mereka amat berjaya. Kalau Melayu tidak diberi kedudukan ini adakah Melayu boleh survive, itu yang penting dan mesti kita tengok.

Saya juga tertanya-tanya adakah selama ini negara kita tidak aman dengan adanya keistimewaan orang Melayu. Adakah kita tidak gembira berada di Malaysia hanya kerana adanya 153 ini. Persoalannya apa susah sangat dengan 153.

Dalam buku Chinese Dilemma dan Chinese Contributions mereka bangkitkan tentang peranan mereka, sememangnya kita terima peranan mereka membangunkan Bank Negara misalnya, tapi mereka kena ingat ini adalah negara mereka dan itu adalah sumbangan mereka. Apa yang mereka tidak dapat di negara ini. Sistem pendidikan misalnya kita lihat Singapura hanya ada satu sistem, tetapi di sini semuanya ada. Perpaduan bangsa kita seperti yang dikatakan oleh Syed Naquib Al-Attas umpama jalur-jalur besi yang tidak boleh nak dicairkan kerana adanya prejudis. Adakah 153 menjadi satu isu untuk mereka prejudis kepada Melayu, saya rasa itu tidak adil untuk bangsa Melayu.

Sepatutnya mereka kena tunjukkan sejauh mana benarnya Dasar Ekonomi Baru telah menyekat legitimate interest mereka, kalau Lim Kit Siang kata orang Cina tidak diberi peluang sila perjelaskan peluang apa.

Mingguan Meloya

Thursday, September 25, 2008

Satu Cerita di Satu Daerah Terpencil….. Satu Suasana di “Serambi Mekkah”........


Satu Cerita di Satu Daerah Terpencil…..
Satu Suasana di “Serambi Mekkah”........


Kesibukan dengan program-program tarbiyyah dan Internship program tidak mengizinkan aku untuk melawat keluarga di Kelantan sana, datuk, nenek dan sepupuku. Sudah lama tidak dijenguk kampong halaman di Kelantan, rindu dihati memang menebal, tambahan lagi dengan kondisi datuk yang sakit. Hendak juga berbakti sehari dua.

Kesempatan kali ini tidak disiasiakan walaupun terpaksa meninggalkan beberapa tanggungjawab penting kepada rakan laen. Menyusuri bendang-bendang sawah menghijau dan alam semulajadi yang masih belum dicabul memang mengindahkan dan menyejukkan pandangan mata, kalaulah warga-warga kota sampai kesini pasti cemburu gila gila mereka.

Datukku yang dahulunya seorang imam di masjid kampungku terpaksa menyerahkan jawatannya kepada orang laen memandangkan keadaan dirinya yang tidak mengizinkan, berhentinya datukku dari jawatan imam di masjid itu menyebabkan masjid kian kosong…..kerana apa ? Disini pokok pangkal cerita bermula

Menyorot kembali sejarah politik Malaysia tahun 1998, tikamana Anwar Ibrahim dilucutkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri atas tuduhan liwat dan rasuah menyebabkan kegilaan kepada suasana politik Malaysia, NGO-NGO dan parti-parti politik yang dahulunya tidak pernah bersatu kini mampu bersatu di atas satu platform yang sama untuk satu tujuan. Begitu jugalah yang berlaku di daerah terpencil ini, kerancakan politik ketika itu menyebabkan munculnya dua golongan yang amat radikal memperjuangkan kepercayaan mereka, mereka yang pro-kerajaan dan mereka yang pro-pembangkang.

Kegilaan ini menyebabkan setiap isu dipolitikkan baik dari pembahagian baja, pemilihan ketua kampong sehinggalah ceramah-ceramah di masjid..Suasana ini cukup untuk menimbulkan satu suasana tegang dikalangan penduduk kampong yang rata-ratanya bekerja sebagai petani ini. Warung-warung kopi memang hangat dan panas dengan cerita-cerita politik, bidas membidas, hujah-hujah tajam, gossip-gosip dan kadangkala menimbulkan pertengkaran lidah.

Suasana yang cukup sengit sebegini akhirnya turut melemparkan efeknya kepada masjid kampong itu sendiri. AJK masjid yang rata-ratanya ahli PAS telah bertindak menyusun ceramah-ceramah di masjid dengan penceramah-penceramah dari parti pembangkang, dan tajuknya kadang-kadang memang politik dan tajam bagi pihak pro-kerajaan. Reaksi dari perkara ini adalah tertubuhnya masjid kedua dikampung nan-terpencil ini yang dicat biru pada dindingnya.

Namun sesetengah penyokong-penyokong kerajaan ini masih lagi boleh berkompromi untuk bersatu diatas satu masjid dek kerana imamnya, Yaacob bin Mat Seh, merangkap datukku yang terchinta yang menyembunyikan pendirian politik pro-pembangkangnya untuk kesatupaduan penduduk kampong. Justeru kelibat pak cik – pak cik dan mak cik mak cik BN masih lagi boleh dilihat di masjid itu kecuali pada hari yang dihadiri penceramah Pas. Program-program yang dianjurkan seperti maulid nabi, berbuka puasa dan tadarrus masih lagi menyaksikan kelibat mereka-mereka yang pro-kerajaan ini.

Situasi politik 1998 berlarutan sehingga ke hari ini, tidak ku tahu kenape tiada penyelesaiannya sehingga untuk bersatu diatas satu masjid pun mereka tidak mampu.

Hari ini, 1 September 2008, imam masjid ini bukan lagi datukku, justeru, kelibat kemasjid kembali berkurangan dek kerana mereka-mereka yang tidak bersetuju dengan perlantikan imam baru yang jelas pendirian politik pro-pembangkangnya….dikatakan juga beliau mengibarkan bendera Pas bersaiz XXL dirumahnya. Aduh apalah nasib masjid kampungku ini, dahla yang hadir pun yang dah tiada gigi dan tua bangka tunggu nak mati, kini sebahagian mereka-mereka ini pula turut meminggirkan masjid ini Penyelesaiannya ? aku pun pening memikirkannya……

Bercakap pasal Kelantan, teringat dua tahun lalu ketika nenekku meminta aku membawanya ke ceramah mingguan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di tengah-tengah Bandar Kota Bharu, memang menjadi rutin tok guru Nik Aziz untuk menyampaikan ceramah agama pada setiap pagi Jumaat di tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Aura Nik Aziz memang kuat, dan ternyata belaiu teramat disayangi penduduk Kelantan, manakan tidak, setiap minggu rakyat berpusu-pusu untuk mendengar ceramahnya sehinggakan sesak seluruh Bandar Kota Bharu. Memang sesak!, kalau tidak datang selesai solat Subuh jangan harap untuk dapat parking di sekitar bandar, berjalan 1-2 kilometer la jawabnya.

Apa yang menarik untuk dibincangkan disini adalah kurangnya kelibat orang-orang muda diceramah mingguan ini, mungkin pada masa ini kebanyakan dari mereka masih enak dibuai mimpi, entah Subuh ke belum mereka-mereka itu. Majoriti mereka yang menghadiri ceramah ini adalah mereka-mereka yang telah berusia, bertongkat, bergigi palsu, bercermin mata kerana rabun, dan berbagai-bagai lagi ragam.

Lantas timbul ketakjuban di fikiran memikirkan atuk-atuk ini sanggup menaiki bas walau dalam keadaan bertungkat hanya untuk menghadiri ceramah ini, nenek-nenek yang menyewa teksi datang dari jauh hanya untuk mendapatkan sepotong ilmu, warga emas yang telah pun bongkok memaksa diri mereka berjalan jauh untuk mendengar pengisian rohani…..mereka semua sudah menghampiri mati!

Dan dimana jasad-jasad muda yang masih segar bugar ? mengapa tidak disambut hangat program-program sebegini sedangkan mereka mampu memandu, menunggang motosikal dan tidaklah menjadi masalah untuk mereka menaiki bas ketempat sebegini....dimana kelibat mereka ¿ kemana perginya semangat-semangat mereka ¿ mengapa mereka tidak berminat untuk perkara sebagini ¿

Andaikata disitu dianjurkan satu konsert, cukup jika dipanggil band Hujan, nescaya saya percaya sesaklah bandar Kota Bharu itu, tetapi bukan dengan warga tua, tapi dengan generasi muda yang masih ranggi dan segar bugar.....

Dua cerita yang berbeza, satu situasi sama...tiadanya pemuda!. Gesaan untuk ikhwah dan akhwat untuk meningkatkan usaha kita, kita tidak selaju jahiliyyah! Ayuh kita gerak bersama =)

Wednesday, September 3, 2008

Ramadhan...untuk Ikhwah dan Akhwat

Ramadhan...Untuk Ikhwah dan Akhwat


Ramadhan menjelma lagi, kali ini ambang Ramadhan disibukkan dengan penganjuran konsert Avril Lavigne dan sambutan kemerdekaan negara yang Alhamdulillah agak sederhana pada tahun ini. Menjelang Ramadhan, pelbagai persiapan dilakukan umat Muhammad untuk menyambutnya, ada yg mempersiapkan ruhi mereka dan tidak kurang yang mempersiapkan fizikal mereka. Namun yang terbaik adalah persiapkanlah keduanya.

Ingin saya membawa pembaca sekalian kearah satu reality masyarakat yang perlu kita selami dan fahami dimana masyarakat dinihari tidak lagi memandang Ramadhan sebagai sesuatu yang besar dan tinggi, dirindui dan dicintai, diimpikan dan disanjungi sebagaimana yang ditunjukkan generasi pertama terdahulu. Ramadhan itu hanyalah bagai 11 bulan-bulan yang lain, tiada keistimewaan langsung padanya. Sesetengah dari mereka pula terlalu sibuk dengan persiapan untuk menyambut Aidilfitri pada bulan Ramadhan sehingga terlupa bahawa pada bulan itulah mereka sepatutnya membajak sehabis-habisnya untuk hasilnya dibawa kehari pembalasan kelak.

Hendaklah difahami bahawa Ramadhan itu bukanlah hanya sekadar berlapar dan dahaga disiang hari dan bertarawikh dimalam hari, ianya jauh lebih besar dari dua perkara tersebut. Mungkin terlalu banyak kelebihan-kelebihan dan fadhilat bulan Ramadhan yang telah diutarakan baik di peti televisyen, di corong-corong radio, dan dilaman-laman web, mungkin tidak perlulah post ini mengulang perkara-perkara tersebut. Maaf ye jika ada yang mengharapkannya.

Dari perspektif Ikhwah dan akhwat pula, Ramadhan sering dijadikan alasan untuk kurang bekerja, berasa lemah dimedan-medan, kurang produktif dan tidak aktif. Hendak focus untuk memantapkan ruhi kata sesetengah mereka. Sehingga usrah mingguan pun kadang-kadang terpaksa dibatalkan dan tidak dihadiri. Kalau diajak mukhayyam apatahlagi.

Menyusuri sejarah umat terdahulu, ternyata mereka bukan begitu, Ramadhan tidak pernah dijadikan alasan untuk mereka kurang bekerja dan berehat-rehat akibat kelaparan. Ramadhan ternyata menjadi pemangkin kepada mereka untuk lebih berusaha memenangkan agama Allah tanpa mengabaikan fadhilat-fadhilat Ramadhan itu sendiri. Justeru, disini dipaparkan beberapa contoh penting dari umat terdahulu untuk kita semua contohi moga-moga dapat memacu kita kearah gerakkerja yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang pada bulan Ramadhan.

Peperangan Badar

17 Ramadhan Tahun ke-2 Hijrah, berlakunya satu peperangan yang menentukan hidup matinya dakwah Islam di muka bumi ini. Peperangan dimana kaum muslimin menentang kaum kafir Quraisy dari Makkah yang diketuai oleh Abu Jahal.

Peperangan ini adalah peperangan pertama bagi umat Islam yang mana ianya disertai oleh 313 orang sahabat dengan 2 ekor kuda dan 70 ekor unta menentang tentera kafir yang berkekuatan 1000 orang, 100 ekor kuda dan 700 ekor unta. Bayangkan saja ikhwah dan akhwat sekalian bagaimana kaum mukmin yang ketika itu telah diatasi dari jumlah bilangan mereka serta kelengkapan perang mereka bertempur dibawah terik matahari ditengah padang pasir yang kering kontang itu. Walau dengan segala kekurang mereka, mereka tetap berjuang berhabis-habisan untuk menewaskan musuh-musuh Islam itu walau terpaksa bergadai nyawa sekalipun dan tidak pernah ada rasa lemah dan takut diadalam hati mereka walau dalam situasi yang genting sedemikian.

Akhirnya Allah memebrikan kemenangan kepada tentera Muslimin dalam peperangan sulung ini dengan Allah mengirimkan sepasukan malaikat untuk meneguhkan kaum muslimin dalam menghancurkan tentera kafir.

12. (ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka Tetapkanlah (hati) orang-orang Yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang Yang kafir Dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka" (Al-Anfal : 12 )

123. Dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

124. (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Engkau berkata kepada orang-orang Yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, Bahawa Allah membantu kamu Dengan tiga ribu tentera dari malaikat Yang diturunkan?," (Ali-Imran : 123 – 124)

Sebilangan 27 tentera musyrikin terbunuh dalam peperangan tersebut, pengajaran penting dalam peperangan ini adalah kekuatan keimanan umat Islam merupakan tonggak utama dalam menentukan menang kalah sebuah perjuangan itu bukanlah aspek bilangan dan kekuatan semata.

Pembukaan Kota Makkah dan pemusnahan patung-patung berhala


Tikamana umat Islam sedang sibuk bertempur dengan tentera Byzantine di bahagian utara, perjanjian Hudaibiyyah telah dikhianati oleh orang-orang kafir Makkah. Ini mendorong Rasulullah untuk bertindak dengan mengarahkan orang-orang Islam melakukan serangan secara besar-besaran untuk menakluk kota Makkah walaupun dalam kondisi menghadapi tentera Byzantine di utara dan umat Islam yang sedang berpuasa.

Tanggal 21 Ramadhan, walaupun dalam keadaan berpuasa, umat Islam akhirnya berhasil menakluk kota Makkah dengan keadaan aman dan damai, walaupun dahulu sesetengah sahabat disiksa dengan hebatnya ketika mereka masih di Makkah, mereka ternyata tidak bertindak membalasa dendam ke atas mereka-mereka yang melakukannya dahulu.

Kalimah tauhid akhirnya berkumandang di ruang angkasa Makkah menggantikan kepercayaan karut jahiliyyah,segala berhala disekitar Makkah dihancurkan tanpa meniggalkan satu sisa pun. Khaled Al-Waled seterusnya diutuskan ke pusat kekufuran untuk menghancurkan al-Lat, al-Mamat, As-Suwa dan beberapa berhala besar lain.

Penaklukan Andalusia (Sepanyol)

Ramadhan tahun ke 92 hijrah menyaksikan segerombolan tentera pimpinan Tariq bin Ziyad menyeberangi selat Gibraltar untuk dalam usaha mengembangkan dakwah Islam ke Eropah. Tibanya mereka di pantai, Beliau bertindak berdiri di atas bukit Karang dan berpidato. Dengan penuh semangat dan berapi-api, beliau memerintahkan seluruh kapal yang membawa tentera-tentera Islam untuk dibakar kecuali beberapa kapal kecil yang diatahkan untuk pulang meminta bantuan khalifah di utara Afrika.

Kita disini tidak untuk pulang, kita hanya punya dua pilihan, menakluk negeri ini, menetap disini dan mengembangkan Islam atau kita semua binasa (syahid)

100,000 tentera dibawah pimpinan Raja Rhoderick yang terkenal dengan kekuatannya di seluruh Eropah terpaksa bertahan berhabis-habisan untuk melawan gempuran tentera Muslimin yang bilangannya hanya 7,000 orang sahaja yang tika itu dalam keadaan berpuasa!. Dengan pertolongan Allah, sebilangan 5,000 tentera susulan dihantar khalifah dan akhirnya kemenangan berpihak kepada tentera Islam.

Kemengan Salahuddin Al-Ayyubi keatas tentera Salib Eropah

Bulan Ramadhan tahun 584 hijrah menyaksikan kemenangan besar-besaran tentera Muslim dibawah pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi ke atas tentera salibi Eropah. Tentera Salib yang ketika itu di bawah pimpinan King Richard the Lion Heart telah tumpas dibanyak medan pertempuran dan Syria akhirnya jatuh ketangan umat Islam dan keseluruhan tanah jajahan Syria jatuh ketangan umat Islam pada bulan Ramadhan.

Kemuncak dari pertempuran ini adalah umat Islam berjaya menawan kembali kiblat pertama mereka iaitulah Baitulmaqdis setelah mengalami petempuran yang maha hebat sebelumnya.

Kejayaan Menentang Tentera Monggol

Abad ketujuh Hijrah menyaksikan kebangkitan satu puak barbarik dari timur asia yang menghancurkan dan menghapuskan apa sahaja yang merintangi jalan mereka. Tembok besar cina sekalipun tidak mampu mematahkan kemaraan mereka. Genghis Khan yang menggelarkan dirinya "Cemeti Tuhan yang dikirimkan untuk menghukum mereka yang berdosa." Telah berjaya menumpaskan kerajaan-kerajaan Islam di Samarkand, Ray dan Hamdan. 70,000 nyawa terkorban dalam misi Genghis Khan ini.

656 Hijrah, cucu kepada Genghis Khan; Hulagu Khan meneruskan kempen datuknya, beliau berjaya menumbangkan pusat pemerintahan Islam ketika itu iaitulah Baghdad. Diceritakan sekitar1.8 juta umat Islam telah terbunuh dalam kempen menakluk Baghdad. Azan tidak dibenarkan untuk dilaungkan dan umat Islam dan Kristian di Baghdad diperlakukan seperti haiwan.

Penaklukan Baghdad tidak menghentikan misi Hulagu Khan ini, mereka maju menuju ke sisa-sisa tanah umat Islam ketika itu. Akhirnya, dalam pertempuran di Ain Jalut, Saifuddin Qutz telah berjaya enyatukan umat Islam ketika itu untuk menghadapi serangan tentera Monggol. Pertempuran yang berlaku pada 26 Ramadhan ini tidak menampakkan kemenagan akan berpihak pada pihak Islam, namun kemenagan dan kekalahan itu adalah hak milik Allah, akhirnya dalam keadaan tertekan dan berpuasa, umat Islam ketika itu berjya mematahkan serangan tentera Monggol di bawah pimpinan Hulagu ini, seluruh dunia merasa terkejut dan takjub di atas kemenangan umat Islam tersebut.

Cerminan Untuk Ikhwah dan Akhwat

Nah, tidak cukup lagikah contoh-contoh yang diutarakan diatas ? Bagaimana generasi terdahulu begitu mantap dan aktif ketika bulan Ramadhan. Begitu banyak kemenangan yang diberikan Allah kepada umat Islam pada bulan Ramadhan dengan syarat mereka sanggup berkorban demi kemenangan itu.

Hari ini lihat sahaja bagaimana keadaan umat Islam diserata dunia, di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Kashmir, di Chechnya, di Selatan Thailand, di Selatan Filipina, di Turki.....ternyata realiti umat kini sangat muram dan malap, di tambah pula dengan kurangnya usaha menyelamatkannya.

Jadi tanggungjawab itu ditangan siapa ? Di bulan Ramadhan yang mulia ini, berusahalah kita dengan kemampuan kita dan dengan pemahaman kita. Janganlah Ramadhan itu dijadikan alasan untuk kurang bekerja, namun pergunakanlah ianya agar dakwah kita lebih mantap dan berjaya.

Moga-moga Allah memberika kita keberhasilan di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. ”setiap masalah itu bermula dengan lemahnya cita2”- Muhammad Iqbal


Selamat menyambut Ramadhan buat semua pembaca, moga-moga dikurniakan barakah dan kebaikan oleh Allah s.w.t. Manfaatkanlah Ramadhan sebaiknya semoga kita termasuk dari orang-orang yang beruntung yang dikurniakan nikmatNya