Thursday, August 27, 2009

Islamophobia di bumi Malaysia

Islamophobia di bumi Malaysia



Islamophobia....


mungkin dahulu perkataan ini hanya kita dengar di media-media barat...ditujukan kepada orang-orang barat yang elergik kepada Islam...


Post 9/11 menyaksikan meletupnya sangsi dunia kepada masyarakat Islam, Islam itulah terrorist, Islam itulah extremist, Islam itulah Fundemantelist, Islam itulah ortodhox, Islam itu jugalah religious fanatism....


Namun Alhamdulillah, berkat ke'fobia'an barat inilah, masyarakat barat mula membuka mata akan apa bendakah Islam ini sebenarnya...terima kasih Bush, syukran chenney, thanx Rice, Islam is now the fastest growing religion in the earth (feewitt....)


Walaubagaimanapun, penyakit fobia ini ibarat virus H1N1, menular dari negara barat ke negara kita...Puncanya mungkin berlainan, namun simptompnye sama...


mereka-mereka yang terkena virus ini sangat pantang mendengar perkataan seperti syariah, hudud, qisas dan perkataan-perkataan lain yang ada bunyi arab padanya...walaupun kebanyakan mereka adalah dikalangan professional dan berpelajaran tinggi, namun malangnya otak mereka tidak tinggi untuk mengkaji perkara ini...


Kes Kartika dan pengharaman arak adalah dua contoh jelas akan betapa takutnya mereka2 ini kepada Islam.....atas nama human right yang mereka puja2 (tuhan baru mereka), tergadai habis state of sanity aqal mereka...sekiranya mereka bertindak mengkaji dengan lebih mendalam tentang apakah sebenarnya matlamat dan method hukuman2 ini tentulah mereka akan berlapang dada dan menganggap perkara ini jauh lebih baik dari apa yang mereka puja2 dari barat sana....Ya mereka ini adalah golongan yang confuse, xtahu membezakan westernization dan modernization...


Suka saya menyatakan bahwa mereka ini adalah non-muslim, jadi memang tabi'i mereka begitu sejak zaman nabi Muhammad s.a.w lagi, namun bagaimana pula dengan orang Islam kita yang sekian lama bersekongkol dengan kemaksiatan mereka ? dan intuisi saya merasakan bahwa virus-virus ini merebak kesini mungkin kerana sikap pemerintah yang suka mempergunakan tag 'agama' untuk mengenakan tahanan bagi mereka2 yang tidak sehaluan dengan kepentingan politik mereka...mungkin juga virus ini merebak kerana sikap golongan agama yang terlalu suka menghukum tanpa mendidik terlebih dahulu masyarakat tentang apakah rasionalnya dibuat demikian...jika ada suara2 yang menanya nescaya dijawab dengan nada yang lebih keras seperti "jangan cabar Islam", "kesabaran kami ada hadnya" dan "kami sedia berkorban demi Islam" apekebendenye ni ?


Dengan timbulnya isu sebegini, umat Islam seharusnya mengambil langkha pro-aktif dengan menerangkan kepada mereka-mereka yang 'belum faham' ini akan apakah hikmah disebalik perlaksanaan syariat Islam tersebut, bagaimanakah ianya dilaksanakan dan apakah kelebihannya berbanding cara yang dianjurkan barat....dengan ini mereka akan lebih memahami keindahan dan kesyumulan Islam dengan lebih mendalam...


Lihat saja dibarat...adakah pendakwah2 mengambil langkah emosi apabila Islam diserang ? sama sekali tidak, bahkan dengan platform inilah mereka me'nackle' hati2 yang belum faham ini tentang apakah Islam sebenarnya.....


Terpulanglah kepada anda.....(sudah jemu dengan taktik pihak2 yang cuba mengapi2kan perkauman dengan memperkudakan Islam, dah lapuk dah wei....)




1 comments:

Maira Humaira said...

im absolutely agree with you. good arguments there.