Bersiap-siagalah
Pernahkah antum perasan atau amati akan loga al-ikhwan al-muslimin ?
Sekiranya antum amati, antum akan menemui sepotong perkataan dari bahasa arab yang berbunyi ‘wa’a’iddu’ pada bahagian bawah logo tersebut yang sekiranya diterjemahkan kedalam bahasa melayu (atau Malaysia) akan ditafsirkan sebagai ‘bersiapsiagalah’ atau ‘bersiap-sedialah’.
Perkataan ini dipilih oleh asy’syahid Hassan al-Banna bersandarkan sepotong ayat Qur’an dari surah al-Anfal ayat ke 60
60. Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
Ketika pertama kali saya mengamati ayat ini, terasa sedikit kejanggalan akan mengapa asy-syahid memilih sepotong perkataan dari ayat ini untuk diletakkan di dalam logo al-ikhwan yang semestinya menjadi bahan kibaran rasmi bagi anggota al-ikhwanul muslimin di seluruh pelusuk dunia. Terdapat lebih 6000 ayat lain yang boleh dipilih, semestinya terdapat sesuatu yang spesial yang ingin disampaikan asy-syahid disebalik pemilihan ayat ini.
Tambahan lagi, ayat tersebut mengarahkan kita menyiapkan diri dengan kekuatan persenjataan yang dapat menggerunkan pihak musuh, satu langkah yang semestinya hanya akan diambil sekiranya terdirinya sebuah daulah jika mengikut kefahaman manhaj al-ikhwan. Apakah signifikannya ayat ini untuk sebuah jamaah baru yang belum memiliki walau seinci daulah sekalipun semasa ianya didirikan ?
Namun, begitulah proses tarbiyyah ini mengajar kita, terkadang kita diberi bahan-bahan yang tidak terjangkau oleh aqal fikiran kita pada tika tersebut. Namun, para syuyukh berkata terimalah dahulu, biarkan ianya berlegar-legar disekitar “subconcious mind” kita terlebih dahulu, lambat laun, pabila meningkatnya usia kita di dunia tarbiyyah ini, fahamlah kita.
Al-Fahmu, aspek pertama yang diletakkan asy-syahid didalam rukun bai’ah. Kita boleh cuba membentuk kefahaman, namun, jarang sekali kita dapat meluruskan kefahaman. Setiap kader mempunyai kemampuan aqal masing-masing dan latar pengalaman masing-masing yang semestinya akan membentuk aspek kefahaman mereka. Mesejnya disini, saya menulis artikel ini berdasarkan kefahaman saya.
Super-Sub Player
Being not the best player in the field menjadikan kita seorang yang sering dipanggil ketika saat-saat yang diperlukan , ketika player utama injured, ketika player utama exhausted atau sekiranya terdapat perubahan strategi di saat-saat akhir. Itulah amal jama’I, itulah juga aspek takafful yang harus kita fahami. Apa yang penting, kesungguhan dalam menyelesaikan sesuatu tugas, bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.
Pemain gantian pasti dipandang enteng oleh sesetengah penyokong dan pasukan lawan, mereka sering dianggap 2nd grade player. Namun, sejarah membuktikan bahawa Ole Gunnar Solsjaer pernah memberikan kemenangan kepada pasukannya dengan menyumbat 4 gol dalam masa 11 minit yang pada penghujung kareernya, beliau diberikan taraf ‘legend’ oleh penyokong Manchester United walau hanya dengan bermian sebagai penyerang ke-3 pasukan sepanjang kareernya. Sejarah juga membuktikan Roger Milla, seorang pemain penyerang Cameroon berjaya menyumbang 2 gol ketika pasukannya ketinggalan 1 gol dibelakang England setelah dimasukkan pada separuh masa ke-2, beliau akhirnya diangkat sebagai ‘Best African Player of the Century”.
Menjadi pemain gantian memerlukan kita mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi. Boleh sahaja kita dipanggil untuk mengisi daurah 2 hari sehari sebelum program kerana penceramah asal ‘injured;, boleh sahaja juga kita diminta untuk mengisi satu tajuk yang mana kita sendiri belum pernah melaluinya secara formal dan mungkin juga kita akan tiba-tiba di’sms’ untuk mengisi program pada pagi hari itu juga kerana pengurus program ‘terlupa’ untuk memaklumkan lebih awal kepada kita.
SMS yang Menyedihkan
“Akhi, brngkali prmintaan ini prmintaan yg agak mustahil , tapi ana gagahkan juga menaip sms ini untuk brtanya jga pd nta ..kerana ana brkeyakinan pd pertolongan Allah,masih ada secebis pgharapan utk kami..ana dh hmpir putus asa sbenarnya..selama smggu ana mcari pganti pnceramah program daurah sehinggalah ke saat ini..smpaikan kpala ana brat/sakit utk memikirkannya lg..tp demi kebaikan adik2 XXX, Lillahita’ala, ana gagahkan juga..ana hanya nmpak, nta shjalah harapan TERAKHIR ana yg ada talent tuk smpaikan..bleh ke anta prepare utk smpaikan pada pagi esk hingga malam esk ? Boleh ke akh ? Maaf akh, ana dh pasrah, that’s y ayat sms ana camni..adeh”
Begitulah terbebannya ikhwah tersebut dalam usaha memenuhi tanggungjawabnya sebagai mas’ul program. Saya yakin pembaca sendiri dapat merasainya dengan hanya membaca SMS tersebut
Namun,
Program pagi esk…dan kerja terdapat 5 proposal dan 2 tender yang perlu disiapkan sebelum 5.45pm. Malam ini ada program ikhwah di UNIM sehingga pagi esk, memang agak mustahil untuk dipenuhi. Bukan kerana malas, tapi takut menzalimi pendengar yang semestinya mempunyai expectation tinggi terhadap program. Tambahan lagi, persediaan dari sudut ruhi dan fikri adalah ‘zero’.
Alhamdulillah, berkat connection yang ada, berjaya juga akhirnya menemui seorang ikhwah super yang sanggup menggantikan diri ini. Alhamdulillah terlepas juga beban saudara kita tersebut. Didoakan supaya program berjalan lancar dan berjaya mencapai matlamat
LA Tahzan Innallah ma’ana
"Dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa meringankan seseorang Muslim dari salah satu kesedihan dunianya, maka Allah akan meringankan salah satu kesedihan di akhirat nanti. Barangsiapa memudahkan jalan bagi orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan jalan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa menutupi rahasia seorang Muslim, maka Allah akan menutupi celanya di dunia dan di akhirat. Dan Allah tetap menolong seseorang selama seseorang itu menolong saudaranya." (HR MUSLIM)
Wa’a’iddu – Teguran untuk Mohd Shazwan b. Ab Halim
Great Power Comes Great Responsibility
Kita ditarbiyyah untuk memounyai power,
Bayangkan sekiranya SuperMan terlupa untuk membawa costumenya ketika berlakunya rompakan bank di Metropolis, atau cuba bayangkan juga sekiranya Batman terlupa untuk mengisi minyak Batmobile kepunyaannya ketika Joker sedang cuba meracuni punca bekalan air di Gotham City.
Namun ternyata bahawa semua superhero ciptaan barat ini sentiasa mempunyai kesiapsigaan yang tinggi terhadap tugas mereka. Leka sesaat, mungkin sahaja kisah mereka berakhir dengan pengakhiran yang memilukan bagi penggemar wayang gambar.
Begitulah tarbiyyah ini, kita ditarbiyyah dari ‘zero’ untuk menjadi seorang ‘superhero’ yang sentiasa perlu bersiapsiaga walau dalam apa situasi dalam usaha menyelamatkan umat ini. Tiada istilah tidak bersedia baik dari sudut fikri, ruhi atau jasadi. Kenangkan saja kisah Handzalah yang menyahut seruan jihad pada malam perkahwinannya, kenangkan juga kisah Umar bin Abdul Aziz tikamana beliau diangkat sebagai khalifah kerajaan umayyah walau tanpa ada persiapaan sedikit pun dari dirinya untuk mendokong posisi itu sebelumnya dan ambillah ibrah dari kisah Ali karramallahuwajhah dalam kisah penghijarahan Rasulullah s.a.w, beliau senantiasa bersiap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan dalam menegakkan deen-al-haq ini.
Syaitan, jahiliyyah dan thaghut, kombinasi musuh yang nampak dan tidak nampak ini tidak pernah berhenti dan letih dari menjalankan tugas mereka mewarnakan dunia ini dengan kegelapan dan menjauhkan manusia dari Allah s.w.t, dengan itu, para da’ie sentiasa perlu mempunyai keisapsiagaan yang tinggi pada setiap saat untuk mengalahkan musuh agama Allah ini dan meletakkan kembali Islam sebagai rahmatan-lil-alamin.
Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan jahat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya” – (al-hijr 15:39)
Di dalam satu permainan bola sepak, walaupun terdapat seorang pemain dari satu pasukan yang tidak cukup cergas dan tidak bersedia dalam menghadapi perlawanan itu, tentulah permainan itu menjadi 10 melawan 11 kerana ketidakcergasan seorang pemain di dalam padang hanya membawa malapetaka kepada sesebuah pasukan tersebut sekiranya pemain tersebut tidak ditukar.
Ghuraba’ dan Realiti Masyarakat
Islam adalah satu manhaj inqilab, ianya membawa manusia dari satu fasa jahiliyyah kepada fasa ma’rifah. Fasa ma’rifah yang membawa individu tersebut mengenal segalanya; penciptanya, tujuan penciptaannya, pengakhirannya dan tabiat kehidupan seluruhnya.
Manhaj inqilab ini akan membawa manusia berbeza dari manusia yang belum mengadaptasikan sepenuhnya konsep manhaj ini kedalam kehidupan mereka justeru membawa mereka sedikit berbeza dengan mereka-mereka diluar sana (konsep bola besi)
“Sesungguhnya Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka thuuba (beruntunglah) orang-orang yang asing” (HR Muslim).
Sungguh, tarbiyyah ini bukanlah mengkehendakkan kita mengasingkan diri dengan mereka-mereka diluar sana, namun tabi’inya, cara pengurusan masa kita, pengurusan pembahagian kewangan kita, minat kita dan prinsip kita akhirnya akan membataskan kita dengan mereka.
Disinilah titik dimana masyarakat mula sedar tentang siapakah kita sebenarnya, dan disinilah titiknya dimana ikhwah dan akhwat mula dipikulkan tanggungjawab bahawa kita telahpun dipilih masyrakat secara tidak formal sebagai ‘ustaz’ atau ‘ustazah’ walau tidak bertauliah.
Mungkin sahaja kita akan dilamar untuk menjadi AJK Ketua Pemuda Masjid,
Mungkin sahaja kita akan dilantik sebagai pakar rujuk dalam bidang agama dikalangan rakan kita,
Mungkin sahaja kita akan di suruh untuk memimpin majlis bacaan doa selamat dan solat hajat pejabat kita,
Mungkin sahaja kita akan dipanggil tikamana rakan sekolej kita dirasuk jin
Mungkin sahaja kita akan dipanggil untuk membacakan doa pengantin kerana ustaz yang sepatutnya membaca lewat hadir
Mungkin sahaja kita akan diminta untuk memberi tazkirah ketika permulaan mesyuarat,
Mungkin sahaja kita dipilih sebulat suara untuk mendokong jawatan exco-agama pejabat kita,
Segalanya mungkin,
Kerana sedarlah ikhwah, apabila kita berbeza, kita sudah pun menjadi perhatian masyarakat.
Oleh itu, Wa’u’iddu! Bersiapsiagalah!
Disclaimer
Artikel ditulis dengan kefahaman penulis berdasarkan pengalaman dan marhalah tarbiyyah yang sedang beliau lalui sekarang.
4 comments:
Ana suka
pergh wea baca doa kawin. ape yg dibaca?
harith..harith..ish3
Post a Comment