1. Seluruh Negara-negara Islam bersatu dibawah Islamic Union; satu badan yang ditubuhkan untuk menyatukan kekuatan politik, ekonomi dan ketenteraan umat Islam. Berpusat di Kota suci Mekah, dan dengan keahlian lebih dari 70 buah Negara, kesatuan ini diketuai oleh seorang khalifah yang dilantik dengan bai’ah ketua-ketua Negara Islam.
2. Islamic Union ditubuhkan semata-mata untuk medaulatkan Allah s.w.t sebagai rabb dan ilah di muka bumi ini. Misi mereka adalah “membebaskan manusia dari penyembahan sesama manusia kepada penyembahan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya dan dari kezaliman sistem-sistem ciptaan manusia kepada keadilan Islam”.
3. Islamic Union menjadi kesatuan Negara-negara yang terbesar dalam sejarah, mengatasi European Union dan Soviet Union sebelumnya. Sumber-sumber asli seperti minyak & gas asli, minyak kelapa sawit, getah dan penternakan & pertanian menjadikan Islamic Union sebagai kesatuan paling berpengaruh dan paling kaya di dunia.
4. Amerika Syarikat dan sekutunya kehilangan pengaruh akibat runtuhnya system ekonomi kapitalis yang diniagakan dalam fiat money US dollar. Kesatuan Negara-negara yang bernaung dibawah Islamic Union untuk menggunakan dinar emas telah menyebabkan Federal Reserve Bank runtuh dan banyak institusi kewangan konvensional muflis. Kuala Lumpur menjadi pusat kewangan dunia menggantikan zurich kerana tindakan para pelabur membawa keluar modal dan simpanan mereka di Swiss Bank ke Bank Islam
5. Sistem zakat yang diagihkan secara adil diseluruh dunia menyebabkan perbezaan jurang antara kaya dan miskin di negara umat Islam merosot dengan mendadaknya. Bilangan penduduk yang miskin berjaya dikurangkan dan kadar inflasi yang stabil membolehkan pertumbuhan ekonomi yang sihat dan seimbang di seluruh Negara-negara Islamic Union. Negara-negara bukan Islam mula mengadaptasi system zakat keatas Negara mereka berkat keberkesanan perlaksanaannya di bumi umat Islam.
6. Keadilan dan keharmonian social di Negara-negara Islam menyebabkan bilangan muallaf bertambah dengan begitu pesatnya di seluruh dunia. Bandaraya seperti Kaherah, Kuala Lumpur dan Istanbul menerima kemasukan imigran yang begitu pesat akibat keamanan dan keadilan social yang terlaksana. Akibat kadar jenayah dan masalah social yang sangat rendah di seluruh Negara Islamic Union, Negara-negara bukan Islam mula merujuk kepada umat Islam supaya Hudud, takzir dan Qisas dapat dilaksanakan di Negara mereka mengikut kesesuaian tempat dan masa.
7. Negara-negara Eropah mula mengambil nasihat pakar-pakar dari Negara-negara Islam untuk merangka draft pembangunan social mereka. Kumpulan-kumpulan seperti Amnesty International dan Women Right Movement mula merubah dasar-dasar mereka supaya selari dengan dasar-dasar yang dianjurkan Islam.
8. Kejatuhan ekonomi US menyebabkan Israel dibiarkan terkontang-kanting tanpa bantuan kewangan. Perjuangan intifadha Hamas yang didokong oleh seluruh Negara-negara Islamic Union menyebabkan Israel hancur dan tanah Palestin dikembalikan kepada seluruh pelarian dan rakyat Palestin. Masjid Al-Aqsa kembali bebas dan tanah Palestin menjadi Negara yang aman untuk seluruh penganut Islam, Kristian dan Yahudi.
9. Bahasa arab menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan, bahasa ilmu dan bahasa utama dunia.
10.Mindanao, Selatan Thai, Chechnya, Kurdistan, Xinjiang dan Kashmir juga diberi kemerdekaan tanpa syarat oleh Negara-negara penakluk mereka hasil rundingan damai oleh diplomat-diplomat Islamic Union.
11. Damsyik dan Madinah menjadi pusat keilmuan dunia dengan keupayaan ilmuan-ilmuan dari dua kota ini untuk mengintegrasikan ilmu sains moden dan pengetahuan beragama. Penemuan-penemuan baru dalam sains pada hari ini menjadikan manusia bertambah iman keatas Allah s.w.t. Theory of evolution dan Creation of Nature by chance tidak lagi diguna pakai dalam buku teks sains moden sebaliknya dikritik sebagai penyelewangan terbesar dalam sejarah umat manusia terhadap lunas-lunas sains.
12.Pakaian yang tidak menutup aurat mula dipandang sebagai pakai orang tidak bertamadun. Pemakaian tudung dan jubah menjadi trend yang dominan di seluruh dunia. Jakarta menjadi pusat fesyen dunia.
13.Brotherhood Arts Berjaya menempa nama sebagai pengeluar pakaian paling berpengaruh di dunia dan menjadi jenama pakaian dengan nilai paling mahal. Coklat Aqsa Syariff pula dinobatkan sebagai jenama coklat paling diminati di seluruh dunia.
14.Nutritionist seluruh dunia mula menyarankan bahawa makanan halal sebagai makanan sihat dan amalan berpuasa sebagai amalan yang patut dilakukan seluruh manusia. Hospital-hospital dan pakar pemakanan mula menjadikan amalan makan Rasulullah s.a.w sebagai diet makanan terbaik. World Halal Forum dijadikan tempat paling popular bagi nutritionist seluruh dunia berkumpul bagi membincangkan masalah berkenaan pemakanan.
15.Islamic Nations Military Treaty (INMITRY), sebuah pasukan tentera gabungan dari seluruh negara Islam ditubuhkan bagi menjamin keamanan dunia. Pasukan gabungan ini akan bertindak berlandaskan undang-undang sejagat yang telah ditetapkan United Nation (UN) baik dari bidang politik, ekonomi, social dan ketenteraan. Pasukan ini juga akan bertindak mengikut adab-adab perang yang telah dianjurkan Rasulullah s.a.w, dan dengan itu, Islamic Moral Code for Military & war telah digunapakai sebagai undang-undang peperangan dan ketenteraan sejagat.
16.Islamic Propagation Center atau Markaz dakwah Islamiah didirikan di semua bandar di seluruh dunia bagi menyebarkan dakwah Islam. Individu-individu yang ber-IQ tinggi akan dipilih dari kecil dan di’tarbiyyah’ khusus dipusat-pusat tarbiyyah Islam agar mampu menyampaikan dakwah dengan effisien dan berhujjah dengan baik kepada masyarakat antarabangsa. Badan ini juga disokong dengan lujnah percetakan dan penerbitan dan multimedia yang menarik dan memiliki kreativiti yang tinggi. Badan ini mendapat sumbangan kewangan khas dari Islamic Union Funds for Better World.
________________________________________________________
Rasulullah berkata: Bagaimanakah engkau wahai Suraqah sekiranya engkau memakai mahkota Kisra Bin Hurmuz (Pemerintah Empayar Parsi) ?
Dalam keadaan tercengang dan terperanjat Suraqah bertanya: “Mahkota Kisra Bin Hurmuz ?”.
Rasulullah menjawab: “Ya, Mahkota Kisra Bin Hurmuz”
........
Setelah pintu istana Kisra dipecahkan dan rampasan perang dikumpulkan, Umar al-Khatab memerintahkan agar Suraqah Bin Malik dipanggil untuk dipakaikan mahkota Kisra berserta persalinan diraja Parsi.
Suraqah dengan linangan airmata berkata: “Wahai kekasih ALLAH, walaupun engkau telah tiada di dunia, namun engkau tetap menunaikan janjimu kepadaku. Walaupun engkau tiada engkau tetap membenarkan janjimu”
“Dari Nu’man bin Basyir dari Hudzaifah bin al-Yaman r.a., berkata: Rasulullah SAW., bersabda: Adalah masa Nubuwwah itu ada di tengah-tengah kamu sekalian, adanya atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Ia telah menghendaki untuk mengangkatnya. Kemudian adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak Kenabian (Khilafah ‘Ala Minhajin Nubuwwah), adanya atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila Ia telah menghendaki untuk mengangkatnya. Kemudian adalah masa Kerajaan yang menggigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya apabila ia telah menghendaki untuk mengangkatnya. Kemudian adalah masa Kerajaan yang diktator (Mulkan Jabariyyah), adanya atas kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya, apabila ia telah menghendaki untuk mengangkatnya. Kemudian adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak Kenabian (Khilafah ‘Ala Minhajin Nubuwwah). Kemudian (Nabi), diam”. (Musnad Ahmad bin Hanbal)
Let Us Dream =)
9 comments:
rasa macam baca novel faisal tehrani pulak..haha
SUBHANALLAAH. ALLAAHUAKBAR.
jazakallaah khayr wea.
aku terkesima baca.
SUBHANALLAAH.
paling best part brotherhood arts dengan coklat aqsa syarif tu.
=)
nice one. teruskan menulis.
jazakallah akhi =)
salam sahabat..kita sedia maklum..jika hilangnya bgsa israel maka kiamatlah dunia ini..jd apa yg diimpikan boleh dikejar tetapi tidaklah semua
Brotherhood Arts dan coklat Aqsa Syafiff. :)
Insya Allah.
Al-Fath akan tiba. :)
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment