Wednesday, February 10, 2010

PHYSICAL ENERGY - Watts

PHYSICAL ENERGY - Watts


Cubaan Menulis Dengan Hati - 1

Berjalan menyelusuri Hyde Park seorang diri, menyelusuri taman indah ini dibawah bayu pagi sangat menyenangkan. Tiupan segar sejuk angin kota London, riang tawa kanak-kanak kecil, larian cergas anjing-anjing, romantisme pasangan kekasih sehinggalah senyuman-senyuman para penunggang sikal, gabungan unsur-unsur ini membangkitkan mood tersendiri pada pagi itu.

Dalam derap didalam kasut Asics kegemaranku menuju Royal Albert Hall, deretan-deretan penjual lukisan menambahkan lagi gabungan unsur-unsur yang tersebati pada pagi itu. Satu-satu kuamati, sekilas-sekilas saja, bukan kerana tidak menarik, namun aku tidak tahu jika aku beli untuk apa. Ingin juga kubeli satu untuk dihadiahkan pada ibuku, namun, beban beg di Brno Airport 2 hari lepas telah pun menunjukkan angka 30Kg, aku tidak rela menuang not-not ku untuk syarikat penerbangan.

Angin bertiup lagi, menggugurkan daun-daun perang yang terkadang singgap sedetik diatas kepalaku, kusapu saja, lagak menghalau lalat yang hinggap. Tanganku didalam poket sweater ku, menandakan aku sejuk, namun sekali-kali tidak pernah membatasi kemahuanku bertemu seorang rakan lama. Derapku makin laju, masa kukejar walau ku tahu, jarang sekali aku menang.

Di tengah simpang empat itu, terdapat satu ‘statue’, seorang lelaki gagah sedang memacu kudanya dan dibawahnya tertulis ‘Physical Energy’. Aku tidak tahu statue itu statue apa, namun yang pasti, aku mencemburuinya, sosoknya kelihatan sangat gagah dengan otot-otot yang timbul, ditambah lagi dengan keperkasaan kudanya yang menjulangkan kakinya umpama sedang siap untuk menerobos kubu musuh. ‘zaaaaappp’ fikiranku beralih ke Malaysia.


‘PHYSICAL ENERGY’

"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai daripada seorang mukmin yang lemah dan pada masing-masingnya ada kelebihan" - HR Muslim

Kita semua manusia, punyai limitasi, sering diri ini letih dijalan ini. Bagi mereka yang sudah berkerja pasti faham, beban kerja bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangka semasa zaman belajar, terkadang kita harus pulang lewat untuk menyiapkan urusan yang belum selesai. Bagi pengetahuan warga asing, pemanduan di Malaysia tidak selalunya menyenangkan, ada sahaja ‘obstacle’ di depan anda yang harus anda atasi untuk mendapatkan pemanduan yang lebih ‘swift’. Tiba sahaja di rumah, anda sudah harus mandi dan berkejar ke tempat kerja lagi, kerja shift malam yang jauh lebih mencabar tetapi dilakukan dengan penuh ‘passion’ walau tidak dibayar dengan not-not duniawi.

Begitulah setiap hari, berulang, berulang, berulang, dan berulang. Kerja shift malam itu memang agak mustahil untuk ditamatkan sebelum jam 12 sekiranya anda memulakannya usai solat isya’. Dan tidak sekali dua ianya berakhir pada jam 3 pagi walau semestinya awal-awal paginya, anda harus masuk office lagi. Anda diberi tempoh rehat lebih kurang 9 jam didalam office, dan tika jam tepat 5.30 anda harus fikir untuk ketempat kerja shift malam lagi.

Hujung minggu mungkin difikirkan anda masa sesuai untuk merehatkan diri, bersiar-siar di pusat membeli belah, melepak bertemankan rembulan bersama rakan-rakan, keluar menonton wayang bersama rakan-rakan, melalak sehingga ke pagi hari didalam pusat karaoke atau tidur sepuas-puasnya. Namun anda lebih senang untuk beruzlah memperdalamkan kefahaman dalam agama dan gerakkerja atau menyambar pelajar-pelajar IPT supaya keluar dari kitaran ‘robot’ mereka.

Terkadang anda bertanya, sampai bila ?

Disinilah baruku faham mengapa Syeikh Hassan Al-Banna meletakkan ‘qawiyyul jismi’ (kuat tubuh badan) sebagai salah satu perkara dalam 10 muassafat tarbiyyah. Keberadaan dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini memang memerlukan anda mempunyai stamina yang tinggi disamping kekuatan mental yang sentiasa focus pada matlamat akhir. Tanpa 2 kekuatan ini, anda mungkin saja ‘mati’.

“Dakwah bukan untuk orang manja” – Ustaz Salam

Mungkin juga dengan sebab itulah ISMA selalu menekankan supaya ahlinya bermain bola. Sepertinya bola itu adalah modul wajib tarbiyyah mereka. Pernah berkata seorang Board of Directors Hospital Az-Zahra semasa ifthar di rumahnya

"ikhwah ni kena kuat, kena lasak sikit, sebab tu kita kena selalu bersukan...main bola"


Motivasi Buat Diri

1.

Jelas, Asy-Syahid Syeikh Hassan Al-Banna menjadi contoh berjalan bagi dasar ‘qawiyyul jismi’ yang ditetapkannya. Terdapat satu kisah yang diceritakan oleh Umar at-Tilmisani, Mursyidul Am Ketiga Ikhwanul Muslimun akan keperibadian ISHAB


Pada waktu itu kami sedang melakukan pertemuan di luar kota. Selesai kerja-kerja tersebut kira-kira pukul 12 malam. Kami semua sangat lelah kerana semangat dan kesungguhan kami dalam kerja. Kebetulan kami mendapat bilik yang sama (al-Banna dan Umar at-Tilmissani satu bilik). Saya sudah sangat penat sekali, dan ingin terus tidur, agar esok tidak terlambat bangun solat subuh. Kami berbaring di tempat tidur masing-masing. Tidak beberapa lama beliau memanggilku, "Umar, sudah tidur ?". Aku jawab, "Labbaika, belum Mursyid.". Beliau tidak berkata apa-apa lagi. Tak beberapa lama kemudian, beliau bertanya lagi hal yang sama, "Umar, kamu sudah tidur ?". Aku jawab, "Labbaika, belum Mursyid".

Aku dalam hati bertanya-tanya mengapa beliau melakukan hal ini. Lama beliau terdiam, tiba-tiba beliau memanggil lagi. Karena aku sudah sangat penat, akhirnya aku tidak menjawab, biar disangka beliau aku sudah tidur lelap. Aku sudah sangat penat sekali. Mengira aku sudah tidur, tiba-tiba beliau bangun perlahan-lahan, berjalan sambil memegang kasutnya, menuju bilik mandi. Di dalam blik mandi kudengar beliau dengan sangat hati-hati berwudhu', agar percikan airnya jangan sampai membangunkanku. Kemudian kulihat beliau mengambil tempat di sudut bilik, menghadap kiblat, dan beliau pun solat malam (qiyamullail) beberapa rakaat. Subhanallah. Begitulah ajaran beliau yang sangat melekat di hatiku.

Begitulah ‘Qawiyyul jismi’ seorang syeikh.

2.

“Dimalam itu, Rasulullah s.a.w dan para sahabat merawat luka-luka mereka. Setelah selesai, Rasulullah s.a.w bersolat Subuh, Rasulullah s.a.w meminta Bilal untuk memberitahu para sahabt bahawa Rasulullah s.a.w memerintah agar keluar memburu musuh. Mereka yang keluar adalah mereka yang telah menyertai baginda dalam perang Uhud kelmarin. .Rasulullah s.a.w meminta benderanya yang masih terikat pada kayu lalu diserahkan pada Ali bin Abi Talib. Semua mereka keluar dengan berbagai keadaan, diantaranya luka, lemah dan ada yang patah-patah hingga mereka sampai di Sahra’ Al-Asad yang jaraknya kira-kira 10 batu dari Madinah dan mengambil tempat serta bermalam disitu. Orang Islam menyalakan timbunan api yang besar sehingga boleh dilihat dari tempat yang jauh dan disangka ramai pengikutnya." – Fiqh Sirah 2, Syed Ramadha al- Buti

Begitulah ‘Qawiyul jismi’ seorang Rasul Allah dan para-para sahabat yang dirhedai Allah s.w.t

3.

Rasulullah s.a.w berdakwah full time siang dan malam selama 23 tahun sambil menggalas tugas kepimpinan sebuah negara manakala Nabi Nuh a.s berdakwah full time siang dan malam selama 950 tahun tanpa henti.

Nyatakan kekuatan fizikal dan mental apakah yang dimiliki mereka ini ?


Cubaan Menulis Dengan Hati - Sambungan

Perjalanan diteruskan, kulewati statue tersebut dengan perasaan penuh ingin tahu di dalam hati. Kupendamkan dahulu, balik hotel nanti kata hatiku. 500m kemudian, aku sampai di satu junction dimana sebelah kiri menunjukkan arah ke 'Lady Diana Memorial Fountain', "ah, persetankan saja" Derap-derap dipantaskan, seorang lelaki berjanggut panjang hingga ke dada kelihatan resah menunggu kehadiranku, lewat 5 minit, (oh Haarithun ala Waqtihi) sosoknya yang agak tinggi dan berjanggut panjang memudahkan aku mengesannya.

Sedar beliau akan kehadiranku disambut mesra dan pelukan erat seorang akhi. “masyaAllah brother Shazwan, I thought U were not coming…so happy to see u….welcome to London…u look freezing….”


FREEZING

Ya saya sedang ‘freezing’ didalam office baru ini, mengingatkan saya akan menyengatnya bayu kota London dan salju kota-kota di Bohemia, juga mengingatkan bahwa aku perlu membentangkan bab 1 dari buku “Gerakan-gerakan Islah (Buku Pink)” tulisan Taufik Yusuf Waei pada malam ini walhal aku tiada buku itu ditanganku buat masa ini (Munazzamun fi syu’unihi).

Kesejukan ini juga mengingatkan ku kembali pada statue physical energy di Hyde Park tersebut, bila di'wiki', keterangannya adalah, "originally intended to be dedicated to Muhammad, Attila, Tamerlane and Genghis Khan, thought by Watts to epitomise the raw energetic will to power"