20/10/2010 – Mengenang 74 Tahun Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
“Tidak ada terlihat indah oleh dua orang yang menjalin cinta kasih selain nikah” HR Ibn Majah
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan diantaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar-Ruum:21)
Maha Suci Allah yang mempertautkan dua hati dan membungakan perasaan kasih didalamnya.
“Orang yang makan buah pauh yang lemak manis saja tahu macam mana lemaak dan maniisnya buah pauh tu” – Pak Cik Surau
Usah berselindung lagi, tanyakan sahaja pasangan yang baru berkahwin bagaimana perasaan mereka,
Tanyakan saja Tanyakan saja pada mereka
Samakah dengan perasaan memiliki kereta baru Samakah dengan perasaan mendapat straight A’s dalam peperiksaan Samakah dengan perasaan berconvocation Samakah dengan perasaan melihat pasukan Kelantan membenam Selangor 3-0 atau Manchester United membenam AS Roma 7-1 Samakah dengan kegembiraan melihat arus tsunami politik 2008
Tidak, tidak dan tidak! Tanyakan saja Tanyakan saja pada mereka
Mungkin kerana itu bernikah itu diumpakan seperti menyempurnakan separuh agama Mungkin kerana itu Adam dikurniakan Hawa disebelahnya Mungkin kerana itu pernikahan itu dianggap sunnah para-para nabi
Maha Suci Allah yang menciptakan bahagia dan kebahagiaan
Namun, sehebat manapun kebahagiaan itu..Terbandingkah dengan kebahagiaan di syurga sana ?
Kebahagiaan apabila buku amalan diserahkan ke tangan kanan, Yang kemudiannya Bersahabat dan berjiran dengan orang-orang saleh yang berhati suci dan berperibadi mulia belaka Yang kemudiannya Dikurniakan bidadari-bidadari yang muda dan comel-comel belaka didalam istana yang tidak terjangkau luasnya dan tidak tergambar keindahannya Dan yang kemudiannya Dibukakan hijab untuk melihat wajah Rabb pencipta bahagia, penyemai kasih sayang dan pemberi segala kenikmatan
Allah Azzawajalla
Mungkin itulah kemuncak kebahagaian dan kenikmatan.
Dengan itu, Pernikahan di dunia itu seharusnya dijadikan wasilah untuk membuka kemuncak kebahagian dan kenikmatan di syurga sana. Kemuncak kebahagiaan dan kenikmatan yang PASTI dari Allah yang tidak pernah memungkiri janjinya
Pernikahan di dunia itu seharusnya adalah satu sinergi yang memantapkan kedua-dua pasangan dalam memenuhi tujuan penciptaan mereka. Tugas ibadah dan khalifah yang telah diamanahkan kepada kita
Kerna Kita Tahu
Kerna Kita Tahu Tak selamanya hidup akan setenang riak arus Danau Toba, Dan kita tahu Hari mendatang itu menjanjikan keserabutan Kota Medan, Disitu Kita akan terus teguh, Umpama Sibayat dan Sinabung, Setia memasak kota Medan, Dan memberi kesuburan kepada sekelilingnya
20/10/2010 – 10 Days of Shazwan & Aiza Diha, doakan semoga sampai syurga
Pernahkah antum perasan atau amati akan loga al-ikhwan al-muslimin ?
Sekiranya antum amati, antum akan menemui sepotong perkataan dari bahasa arab yang berbunyi ‘wa’a’iddu’ pada bahagian bawah logo tersebut yang sekiranya diterjemahkan kedalam bahasa melayu (atau Malaysia) akan ditafsirkan sebagai ‘bersiapsiagalah’ atau ‘bersiap-sedialah’.
Perkataan ini dipilih oleh asy’syahid Hassan al-Banna bersandarkan sepotong ayat Qur’an dari surah al-Anfalayat ke 60
60. Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.
Ketika pertama kali saya mengamati ayat ini, terasa sedikit kejanggalan akan mengapa asy-syahid memilih sepotong perkataan dari ayat ini untuk diletakkan di dalam logo al-ikhwan yang semestinya menjadi bahan kibaran rasmi bagi anggota al-ikhwanul muslimin di seluruh pelusuk dunia. Terdapat lebih 6000 ayat lain yang boleh dipilih, semestinya terdapat sesuatu yang spesial yang ingin disampaikan asy-syahid disebalik pemilihan ayat ini.
Tambahan lagi, ayat tersebut mengarahkan kita menyiapkan diri dengan kekuatan persenjataan yang dapat menggerunkan pihak musuh, satu langkah yang semestinya hanya akan diambil sekiranya terdirinya sebuah daulah jika mengikut kefahaman manhaj al-ikhwan. Apakah signifikannya ayat ini untuk sebuah jamaah baru yang belum memiliki walau seinci daulah sekalipun semasa ianya didirikan ?
Namun, begitulah proses tarbiyyah ini mengajar kita, terkadang kita diberi bahan-bahan yang tidak terjangkau oleh aqal fikiran kita pada tika tersebut. Namun, para syuyukh berkata terimalah dahulu, biarkan ianya berlegar-legar disekitar “subconcious mind” kita terlebih dahulu, lambat laun, pabila meningkatnya usia kita di dunia tarbiyyah ini, fahamlah kita.
Al-Fahmu, aspek pertama yang diletakkan asy-syahid didalam rukun bai’ah. Kita boleh cuba membentuk kefahaman, namun, jarang sekali kita dapat meluruskan kefahaman. Setiap kader mempunyai kemampuan aqal masing-masing dan latar pengalaman masing-masing yang semestinya akan membentuk aspek kefahaman mereka. Mesejnya disini, saya menulis artikel ini berdasarkan kefahaman saya.
Super-Sub Player
Being not the best player in the field menjadikan kita seorang yang sering dipanggil ketika saat-saat yang diperlukan , ketika player utama injured, ketika player utama exhausted atau sekiranya terdapat perubahan strategi di saat-saat akhir. Itulah amal jama’I, itulah juga aspek takafful yang harus kita fahami. Apa yang penting, kesungguhan dalam menyelesaikan sesuatu tugas, bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.
Pemain gantian pasti dipandang enteng oleh sesetengah penyokong dan pasukan lawan, mereka sering dianggap 2nd grade player. Namun, sejarah membuktikan bahawa Ole Gunnar Solsjaer pernah memberikan kemenangan kepada pasukannya dengan menyumbat 4 gol dalam masa 11 minit yang pada penghujung kareernya, beliau diberikan taraf ‘legend’ oleh penyokong Manchester United walau hanya dengan bermian sebagai penyerang ke-3 pasukan sepanjang kareernya. Sejarah juga membuktikan Roger Milla, seorang pemain penyerang Cameroon berjaya menyumbang 2 gol ketika pasukannya ketinggalan 1 gol dibelakang England setelah dimasukkan pada separuh masa ke-2, beliau akhirnya diangkat sebagai ‘Best African Player of the Century”.
Menjadi pemain gantian memerlukan kita mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi. Boleh sahaja kita dipanggil untuk mengisi daurah 2 hari sehari sebelum program kerana penceramah asal ‘injured;, boleh sahaja juga kita diminta untuk mengisi satu tajuk yang mana kita sendiri belum pernah melaluinya secara formal dan mungkin juga kita akan tiba-tiba di’sms’ untuk mengisi program pada pagi hari itu juga kerana pengurus program ‘terlupa’ untuk memaklumkan lebih awal kepada kita.
SMS yang Menyedihkan
“Akhi, brngkali prmintaan ini prmintaan yg agak mustahil , tapi ana gagahkan juga menaip sms ini untuk brtanya jga pd nta ..kerana ana brkeyakinan pd pertolongan Allah,masih ada secebis pgharapan utk kami..ana dh hmpir putus asa sbenarnya..selama smggu ana mcari pganti pnceramah program daurah sehinggalah ke saat ini..smpaikan kpala ana brat/sakit utk memikirkannya lg..tp demi kebaikan adik2 XXX, Lillahita’ala, ana gagahkan juga..ana hanya nmpak, nta shjalah harapan TERAKHIR ana yg ada talent tuk smpaikan..bleh ke anta prepare utk smpaikan pada pagi esk hingga malam esk ? Boleh ke akh ? Maaf akh, ana dh pasrah, that’s y ayat sms anacamni..adeh”
Begitulah terbebannya ikhwah tersebut dalam usaha memenuhi tanggungjawabnya sebagai mas’ul program. Saya yakin pembaca sendiri dapat merasainya dengan hanya membaca SMS tersebut
Namun,
Program pagi esk…dan kerja terdapat 5 proposal dan 2 tender yang perlu disiapkan sebelum 5.45pm.Malam ini ada program ikhwah di UNIM sehingga pagi esk, memang agak mustahil untuk dipenuhi. Bukan kerana malas, tapi takut menzalimi pendengar yang semestinya mempunyai expectation tinggi terhadap program. Tambahan lagi, persediaan dari sudut ruhi dan fikri adalah ‘zero’.
Alhamdulillah, berkat connection yang ada, berjaya juga akhirnya menemui seorang ikhwah super yang sanggup menggantikan diri ini. Alhamdulillah terlepas juga beban saudara kita tersebut. Didoakan supaya program berjalan lancar dan berjaya mencapai matlamat
LA Tahzan Innallah ma’ana
"Dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa meringankan seseorang Muslim dari salah satu kesedihan dunianya, maka Allah akan meringankan salah satu kesedihan di akhirat nanti. Barangsiapa memudahkan jalan bagi orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan jalan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa menutupi rahasia seorang Muslim, maka Allah akan menutupi celanya di dunia dan di akhirat. Dan Allah tetap menolong seseorang selama seseorang itu menolong saudaranya." (HR MUSLIM)
Wa’a’iddu – Teguran untuk Mohd Shazwan b. Ab Halim
Great Power Comes Great Responsibility
Kita ditarbiyyah untuk memounyai power,
Bayangkan sekiranya SuperMan terlupa untuk membawa costumenya ketika berlakunya rompakan bank di Metropolis, atau cuba bayangkan juga sekiranya Batman terlupa untuk mengisi minyak Batmobile kepunyaannya ketika Joker sedang cuba meracuni punca bekalan air di Gotham City.
Namun ternyata bahawa semua superhero ciptaan barat ini sentiasa mempunyai kesiapsigaan yang tinggi terhadap tugas mereka. Leka sesaat, mungkin sahaja kisah mereka berakhir dengan pengakhiran yang memilukan bagi penggemar wayang gambar.
Begitulah tarbiyyah ini, kita ditarbiyyah dari ‘zero’ untuk menjadi seorang ‘superhero’ yang sentiasa perlu bersiapsiaga walau dalam apa situasi dalam usaha menyelamatkan umat ini. Tiada istilah tidak bersedia baik dari sudut fikri, ruhi atau jasadi. Kenangkan saja kisah Handzalah yang menyahut seruan jihad pada malam perkahwinannya, kenangkan juga kisah Umar bin Abdul Aziz tikamana beliau diangkat sebagai khalifah kerajaan umayyah walau tanpa ada persiapaan sedikit pun dari dirinya untuk mendokong posisi itu sebelumnya dan ambillah ibrah dari kisah Ali karramallahuwajhah dalam kisah penghijarahan Rasulullah s.a.w, beliau senantiasa bersiap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan dalam menegakkan deen-al-haq ini.
Syaitan, jahiliyyah dan thaghut, kombinasi musuh yang nampak dan tidak nampak ini tidak pernah berhenti dan letih dari menjalankan tugas mereka mewarnakan dunia ini dengan kegelapan dan menjauhkan manusia dari Allah s.w.t, dengan itu, para da’ie sentiasa perlu mempunyai keisapsiagaan yang tinggi pada setiap saat untuk mengalahkan musuh agama Allah ini dan meletakkan kembali Islam sebagai rahmatan-lil-alamin.
Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan jahat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya” – (al-hijr 15:39)
Di dalam satu permainan bola sepak, walaupun terdapat seorang pemain dari satu pasukan yang tidak cukup cergas dan tidak bersedia dalam menghadapi perlawanan itu, tentulah permainan itu menjadi 10 melawan 11 kerana ketidakcergasan seorang pemain di dalam padang hanya membawa malapetaka kepada sesebuah pasukan tersebut sekiranya pemain tersebut tidak ditukar.
Ghuraba’ dan Realiti Masyarakat
Islam adalah satu manhaj inqilab, ianya membawa manusia dari satu fasa jahiliyyah kepada fasa ma’rifah. Fasa ma’rifah yang membawa individu tersebut mengenal segalanya; penciptanya, tujuan penciptaannya, pengakhirannya dan tabiat kehidupan seluruhnya.
Manhaj inqilab ini akan membawa manusia berbeza dari manusia yang belum mengadaptasikan sepenuhnya konsep manhaj ini kedalam kehidupan mereka justeru membawa mereka sedikit berbeza dengan mereka-mereka diluar sana (konsep bola besi)
“Sesungguhnya Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka thuuba (beruntunglah) orang-orang yang asing” (HR Muslim).
Sungguh, tarbiyyah ini bukanlah mengkehendakkan kita mengasingkan diri dengan mereka-mereka diluar sana, namun tabi’inya, cara pengurusan masa kita, pengurusan pembahagian kewangan kita, minat kita dan prinsip kita akhirnya akan membataskan kita dengan mereka.
Disinilah titik dimana masyarakat mula sedar tentang siapakah kita sebenarnya, dan disinilah titiknya dimana ikhwah dan akhwat mula dipikulkan tanggungjawab bahawa kita telahpun dipilih masyrakat secara tidak formal sebagai ‘ustaz’ atau ‘ustazah’ walau tidak bertauliah.
Mungkin sahaja kita akan dilamar untuk menjadi AJK Ketua Pemuda Masjid,
Mungkin sahaja kita akan dilantik sebagai pakar rujuk dalam bidang agama dikalangan rakan kita,
Mungkin sahaja kita akan di suruh untuk memimpin majlis bacaan doa selamat dan solat hajat pejabat kita,
Mungkin sahaja kita akan dipanggil tikamana rakan sekolej kita dirasuk jin
Mungkin sahaja kita akan dipanggil untuk membacakan doa pengantin kerana ustaz yang sepatutnya membaca lewat hadir
Mungkin sahaja kita akan diminta untuk memberi tazkirahketika permulaan mesyuarat,
Mungkin sahaja kita dipilih sebulat suara untuk mendokong jawatan exco-agama pejabat kita,
Segalanya mungkin,
Kerana sedarlah ikhwah, apabila kita berbeza, kita sudah pun menjadi perhatian masyarakat.
Oleh itu, Wa’u’iddu! Bersiapsiagalah!
Disclaimer
Artikel ditulis dengan kefahaman penulis berdasarkan pengalaman dan marhalah tarbiyyah yang sedang beliau lalui sekarang.
Ikhwah A: la (tersenyum, walhal jelas nampak keletihan dimukanya)
Ust. Mat : kerehatan tu berada di hati, sbb tu Rasulullah cakap “Wahai Bilal! (bangunlah untuk azan) rehatkan kami dengan solat.” (semasa perang Khandak), rehat tu dengan ketenangan hati. Sebab bila kita solat hati kita jadi tenang, hati yang tenang tu yang rehat sebenarnya. (ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang)
Ikhwah A : senyum mengiyakan
Ustaz Mat: Kita tidur 10 jam pun, tapi bangun-bangun letih jgak, sebab dia rehat tu sini (menunjuk ke hati)
*tulisan dalam kurungan adalah tambahan penulis
Begitulah perbualan yang berlaku di antara dua orang ikhwah senior di dalam lift di sebuah pusat peranginan tersohor. Ikhwah A baru sahaja sampai setelah berjam-jam menaiki flight dari negara asalnya. Alhamdulillah, walau perbualan berlaku dalam bahasa Arab, aku masih mampu menangkap beberapa maksud perkataan yang dibualkan. Harap-harap apa yang dititpkan ini bertepatan dengan isi perbualan dua orang ikhwah tersebut. Apa kondisinya pun, insyaAllah terdapat pengajaran yang boleh diperoleh darinya.
"Sebaik-baik perkara ialah, perkara yang lembut yang dikeluarkan dari lautan yang dalam daripada lidah seorang yang lemah lembut" -Yahya bin Mu'az
Bila bicara tentang pengorbanan dan cinta, adakah lagi pengorbanan yang lebih tinggi dari pengorbanan nabi Ibrahim dalam menggapai cinta tertingginya; cintanya terhadap yang maha esa, yang menunjukkannya jalan dari kegelapan kepada cahaya di lembah Tuwa ? yang menyelamatkannya dari bahang api besar sang Namrud ?
Lantas, berkat cintanya…
Isteri tercinta dan satu-satunya zuriat dari sulbinya yang telah ditunggu-tunggu lebih separuh usianya ditinggalkan di tanah gersang hijjaz yang tiada hidupan disekelilingnya.
Dan sang isteri,
Tanpa banyak soal, mengiyakan arahan Allah melalui suaminya.
juga, berkat cintanya…
Anaknya yang dulu pernah ditinggalkan di lembah kontang bersama isterinya sanggup dikorbankannya, saat anaknya sudah membesar dan mencapai usia remaja.
Dan sang anak,
Tanpa banyak soal, mengiyakan arahan Allah melalui bapanya.
Mungkin juga, bila bicara soal pengorbanan dan cinta, kisah Saidina Abu Bakar dan Umar r.a dalam mengorbankan harta mereka tikamana Rasulullah s.a.w mengarahkan mereka untuk bersedekah di jalan Allah s.w.t boleh dijadikan contoh akan bagaimana para sahabat terdahulu sanggup mengorbankan apa sahaja milik mereka demi cinta mereka pada Allah s.w.t dan agama ini
Saidina Umar r.a berkata: Rasulullah telah menyuruh kami supaya bersedekah. Maka akupun membawa harta aku untuk bersedekah. Maka aku berkata: Hari ini aku telah mendahului Saidina Abu bakar r.a dengan membawa separuh daripada hartaku. Maka berkata Rasulullah: “Apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?”. Aku menjawab: Sebanyak harta ini. Kemudian datang Saidina Abu Bakar dengan membawa semua hartanya. Berkata Rasulullah kepadanya: “Apa yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?”. Jawab Abu Bakar: Aku hanya tinggalkan kepada mereka Allah dan RasulNya! Aku berkata: Aku tidak akan mampu mendahului kamu selama-lamanya. Hadis sahih mengikut syarat Imam Muslim riwayat Al Hakim.
Mungkin juga, bila bicara soal cinta dan pengorbanan, kisah Abu Handzalah bin Ar-Rabi’e juga boleh dijadikan contoh. Malam pertama beliau bersama isterinya, Jamilah, berkumandang seruan ‘Hayya alal Jihad’ dari luar kamar pasangan pengantin baru ini. Lantas, kerna cinta Handzalah kepada Rabbnya melebihi segala sesuatu, dittinggalakan isteri kesayangan yang baru dinikahinya dan sepantas kilat beliau menyaut pakaian perangnya dan mengambil pedangnya lalu meluru ke medan jihad tanpa sempat menyucikan hadas besarnya sekalipun.
Pengorbanannya terbayar dengan bayaran yang paling mahal, Handzalah syahid di medang perang pada malam pernikahannya.
Nah! Ikhwah dan akhwat
Mampukah kita mencapai tahap pengorbanan seperti mereka-mereka ini demi mencapai cinta Yang Maha Esa ?
Kalau usrah jauh sedikit dari University pun sudah melemahkan kita untuk hadir usrah, jangan bicara soal perjuangan
Kalau assignment dan coursework yang perlu dihantar minggu depan pun menjadi ‘bebanan’ kepada kita lantas meninggalkan usrah, jangan bicara soal perjuangan
Kalau dek kerana busy dengan FYP, kita meminta tangguh usrah sehingga selesai FYP, jangan bicara soal perjuangan
Kalau duit infaq usrah dan Palestin pun susah dibayar, jangan bicara soal perjuangan
Kalau diminta seminggu sekali (ya sekali je!) untuk hadhir program pun berat, jangan bicara soal perjuangan
Kalau banyak kalau dan itu ini itu ini itu ini….jangan bicara soal perjuangan
‘Asas da’wah kita adalah cinta’
Inilah juga asas da’wah kita, cinta, yang perlu dijelmakan melalui pengorbanan kita dijalan ini. Cinta itu bukan sekadar kata-kata yang dihamburkan dan melayang-layang terbang, bukan sekadar gambar-gambar yang kita post di Friendster, bukan sekadar lamunan syair-syair indah kita di ruangan blog kita. Namun, cinta itu menuntut kita mengorbankan segala-gala yang kita ada; jiwa dan raga kita, tenaga kita, material kita, masa kita, minat kita, impian kita…kerna dengan segala pengorbanan itulah, Cinta ini bisa terbukiti!
Dan, cinta kepada Allah itu seharusnya menjadi asas dalam gerakkerja kita. Kerna kita tahu, bahawa da’wah ini adalah tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada umat muslim seluruhnya, dan kita faham bahawa kerna cinta inilah kita perlu menyeru manusia supaya mengesakannya Allah semata. Haq Allah sebagai Rabb, ilah, dan hakim perlu ditunaikan, dan usaha ini memerlukan pengorbabanan yang besar.
Dan, cinta kepada manusia, seharusnya menjadi kekuatan kita dalam gerakkerja kita. Kerna kita tahu, tanpa da’wah ini, mereka mungkin sesat dan karam dalam pelayaran mereka di alam dunia yang penuh badai ini. Kita tahu bahawa fatamorgana yang digambarkan syaitan-syaitan kepada manusia perlulah dikalahkan dengan penerapan cinta kepada Allah dalam hati-hati mereka.
Ambil sahaja kisah cinta Rasulullah kepada umat ini, sehinggakan ketika saat kewafatannya sekalipun, baginda masih melafazkan ‘ummati, ummati, ummati’. Juga ar-rasul sebagai qudwah utama kita telah menunjukkan kepada kita dalam peristiwa Ta’if
“Wahai Muhammad sesungguhnya Allah telah mendengar perihal kaum bangsamu dan tindak balas mereka terhadap seruan kau. Aku ini malaikat segala gunung diutuskan oleh Tuhanmu dan perintahkanlah apa saja aku ini, untuk apa yang engkau mahu. Kalau mahu aku boleh hempap ke atas mereka bukit Al-Akhsyabin.
Jawab RasuluLlah: “Tapi apa yang aku mahu biar Tuhan melahirkan dan sulbi mereka suatu golongan yang menyembahNya tanpa mensyirikkanNya. Itu saja yang ku mahu.”
Mari Bercinta
Ayuh kita meriahkan dan basahi jalan ini dengan cinta dan pengorbanan kepada yang maha esa
(artikel ini mungkin sedikit kering kerana penulis sendiri kurang bercinta apatah lagi berkorban di jalan da’wah ini, namun, mungkin ada sedikit sinar manfaat yang dapat diperoleh darinya, penulis tetap menerbitkannya juga, wallahua'lam~)
Blog ini menggambarkan pandangan peribadi dan kefahaman peribadi penulis terhadap sesuatu isu, blog ini tidak mewakili mana2 pandangan jemaah, parti2 politik atau laen2 individu baek yg maseh hidup atau telah meninngal dunia.