Saturday, April 26, 2008
Sape kata dalam Islam tak boleh "couple" ?
sape kate dalam Islam xbleh Couple ?
hehe, topik cinta, couple, gewe dan pacaran adalah topik yg sering mendapat perhatian pemuda-pemudi islam baik mereka dari yg golongan fundamentalist, Islamist atau secularist...Berbagai2 pendapat dan fatwa berputar dan berlegar2 dikalangan kita tentang hukumnya baek dari ustaz kampung, ustazah sekolah mahupun ulama' internasional....
Artikel ini berobjektif untuk menyokong kem golongan yg mengatakan bahwa Couple itu adalah mubah (diperbolehkan) malah digalakkan!.
Dan telah disemai didalam hati manusia oleh tuhan yg maha agung bahwa manusia itu saling cinta-menyintai satu sama laen, saling perlukan antara satu sama laen..sedangkan Adam perlukan Hawa dan Rasulullah s.a.w perlukan Khadijah inikan kita manusia biasa...
Dan dikala jiwa dan hati bergetar bergelojak ketika melihat si dia yg baek rupa parasnya, elok budi bahsanya, halus bual bicaranya, ayu penerampilannya, terdetik di hati sang arjuna "oh inilah chentaku sehidup semati, dan ketika hatinya yakin dengan seyakin yakinnya bahwa si dialah orangnya yg selama ini menjadi bual fantasy hati-kering-cinta ini, untuk apa kita tunggu lagi ? tunggu bulan terbelahkah ? tunggu kucing bertandukkah ? Couple je lah senang crite.....Itukan lahir dari naluri suci seorang lelaki yg memerlukan keseimbangan hormon...
Islam adalah agama yg tidak menghalang cinta bahkan menggalakkannya dikalangan penganut mereka, tpi jika ibadat islam itu sendiri berbeda denga ibadat kristian dan Yahudi, jadi mengapa tidak dalam bidang cinta ? bukankah ibadah dan cinta itu keduanya lahir dari "qalbu" yg telah diselaputi lapisan iman seorang insan ? ....jadi cinta juga begitu konsepnya, Couple Islam ada gayanya sendiri ada caranya sendiri ada rukunnya sendiri ada batasnya sendiri...faham ?
Mungkin sesetangah dari anda yg "alim","warak" dan "anti-couple" akan mengkritik aku sehabis2nya apabila membaca tajuk post ini, tetapi rilek2..couple yg halal dalam islam diberi term "nikah khitbah" atau direct translationnya "Kahwin Gantung"....dan apakah itu nikah khitbah ?
dan apabila terkeluarnya term "nikah khitbah" ini pastinya directly memuaskan hati golongan yg "alim", wara' dan "anti couple" tadi...ye nikah khtibah ni kahwin gantunglah senang cite, mengerikan bukan, tetapi bile digelar "nikah khitbah" terus hilang perasaan ngeri tadi dan terpancarlah kesejukan hati dikalangan pembaca...setuju ?
dan methadology "nikah khitbah" adalah, kedua2 pasangan akan berakad nikah tetapi tidak tinggal bersama sehinnggalah selesai majlis kenduri perkahwinan yg mungkin dilanjutkan ke suatu waktu yg sesuai (abis study, dapat keje, atau beli rumah) .Jadi akad nikah ini telah meng"halal"kan segala yg haram antara kedua2 pasangan walaupun mereka jarang berjumpa akibat berbeza pusat pengajian ataupun limitasi-limitasi masing2. Dan pada dasarnya mereka adalah suami isteri yg sah krana telah mlalui satu akad nikah yg sah.
dan apabila timbul saranan seperti dalam perenggan sebelumnya, berapilah pula hati golongan yg menganggap couple itu halal seperti makan ayam goreng...timbullah alasan mana ada duit, mak bapak aku xkasi, nk bagi anak orang makan apa ?, nak tinggal mana ? mana ade kerja lagi, aku muda lagi dan beribu-ribu lagilah alasan yg akan dikeluarkan...hujahnya melawannya adalah
mengapa boleh mengemukakan alasan untuk perkara halal, tetapi tidak langsung mengemukakannay untuk perkara yg haram ? mencari solusinya jauh sekali.....jwapan hanyalah satu mereka wajib bernikah khitbah.
Kenapa nikah khitbah...kerana ianya sama sahaja dengan couple seharia-harian, atau couple jahiliyyah muda-mudi masa kini cuma ianya menghalalkan sentuhan-sentuhan dan aksi2 haram laen....kedua2 pihak juga masih ditanggung kedua2 ibu bapa dan mereka boleh memilih untuk hidup berasingan atau bersama, bezanya MEREKA TELAH DIIJABKABULKAN..dan klu nk elakkan kehamilan, teknologi kan ada, teknologi bukan hanya untuk hiburan semata.
Dan inilah praktikalnya Islam, tidak menutup ruang fitrah manusia tetapi membuka jalan halal dan terbaek untuknya, malu kawin muda-muda ? hah yg engko pegang tangan die, duduk rapat2 ngan die, tido skali ngan die, duduk berdua2an ngan die n buat perkara haram laen xmalu plak ? buat perkara yg menimbulkan fitnah laen selambe je ek ?....Ibu-bapa insyaallah akan membenarkannya andai diterangkan secara jelas dan baek kepada mereka..terdapat seribu satu contoh yg aku boleh bagi klu nk...ibu-bapa akan sentiasa mahukan yg terbaek buat anak-anak mereka...
Fatwa Syeikh Abd Aziz Binbaz dan Syeikh Utsaimin juga mengatakan bahwa couple itu adalah haram...jadi sedar2lah mereka yg kate couple itu boleh...
dan penutupnya "lu pikirlah sendiri" dunia itu smentara akhirat itu selamanya, jadi couplelah dengan cara couple yg diberkati dan diredhai Allah s.w.t....
Artikel ini ditulis berdasarkan artikel "nikah khitbah" oleh Ustaz Maszlee Malik yg pernah dimuatkan dalam "majalah i". Ustaz Maszlee adalah seorang pensyarah UIA tetapi sedang melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti di UK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
...saudara,
tp kahwin ni kan bukan hanya untuk sahkan hubungan..
banyk lagi tggungjwb kene pikul..
klu org ramai berfikiran nak nikah hanya untuk sahkan hubungn...
tp tidak berfikiran panjang dan tahu tanggungjwb dalam hubungan..maka dikhuatiri..banyaklah kes cerai...
ni hanya pendapat saya
couple hyalah satu permainan perasaan yg x dpt dielakkan..
kapel la kalau korang nk kapel pun..
asalkan jgn melebihi batas2 yg digariskan syariat islam dalam batas2 pergaulan..anti kapel? benci org kapel? dah tu..xkan nk khwin ngn org yg kita x knal budi bhsanye..
satu kelebihan brkapel(ikut syarak) ialah utk mgenal baik buruk psngan kite..kalau baek..islam galakkan..kalu buruk..tinggal saje laaaa...
salam..
p/s: sekadar pendapat peribadi
sye mde lg . bru 17 . tpy da byk kli dgar bout dis . sye ade psangan n ktorg pena trfikir pasal nikah khitbah neh . tpy mcm saudara ckp . mk ayah bg ke? i think impossible . sye pon sndri tk phm . pdhal d dalam al-quran dah dyatakn ank2 gdis yg bertemu jdohnye perlu segere dnikahkn . but parent mse skrg fkr kan how dat boy would sare ank dye . bg sye 2 tk mnjdi 1 msalah yg besar . sbb perkahwnan bkn ke 1 ibadah ? dn mgkn melalui ibdah 2 sndri Allah akn trunkn rezeki utk mreke yg bkahwinn . mntax pndapat . wallahualam .
tajuk ni mmg provokatif tp kalau tajuk ni dipilih utk tarik pembaca mungkin lebih baik guna tajuk yg lebih sesuai dan tak misleading.
lgpun couple yg difahami rakyat malaysia ni ttp couple yg haram.tiada ikatan sah pd segi syarei. nikah khitbah tak sama dgn couple
the conclusion is ...
bcelah novel cinta islamik bhse ape pon or klu malas sgt watch lh film cinta islamik,, most of them or ALL of them x terime budaya kapel dlm kehidupan,,
assalamualaikum bro..mmm..stuju dgn ko..chaiyoookkk! nice post wlaupun bhasa kasar skit kan..aq follow ko
Post a Comment