Friday, May 2, 2008

Ummah Film, Baba Ali, Allah made me funny......New Age of Da'wah + Halal Entertainment

Ummah Film, Baba Ali - Teman Baru Exam Week



www.youtube.com/ummahfilms - video
www.ummahfilms.com - website

www.askbabaali.com - pertanyaan

Terime kaseh pada Zaim dari International Medical University kerna memperkenalkan padaku seorang teman baru di saat yg tepat, ketika tension memuncak di musim exam, ketika tidak banyak masa dapat diperuntukkan untuk membaca artikel2 tazkirah, ketika banyak masa teralih untuk peperiksaan semata. Ummah Film channel di laman Youtube.com yg diperkenalkan pada aku benar2 menghiburkan hati dan mengurangkan tension exam disamping memberi peringatan yg amat berguna as a muslim. Aksi Baba Ali yg begitu bersahaja memberikan pengajaran disamping menyelitkan elemen2 humor yg sangat menggelikan hati amat sesuai untuk dijaidkan halwa telinga ketika break time study disamping memperingatkan padaku bahwa aku seorang muslim dan wujudnya kehidupan selepas mati hehe.

Kretivity Baba Ali memang sepatutnya dipuji dan diambil perhatian kerana tidak banyak individu mampu menyampaikan mesej2 dakwah secara berkesan disamping menjadikan lawak sebagai medium, dengan purata jumlah viewer sebanyak 30,000 untuk setiap video pastinya mesej Baba Ali telah tersebar ke serata pelusuk dunia dan beliau telah mempunyai peminat hardcore tersendiri. Lebih membanggakan lagi mesej yg disampaikan Baba berjaya menarik perhatian ramai non-muslim melalui comment2 yg dapat dibaca.



Setiap sesuatu itu hukumnya harus dan menjadi haram apabila adanya dalil mengatakan ianya haram - Syeikh Yusuf Al-Qardhawi, hiburan dalam islam tidak pernah diharamkan tetapi Islam menaiktarafkan, memuliakan hiburan sebagai satu sumber pengajaran dan da'wah. Dan kelebihan yg dimiliki Baba Ali dalam membuat lawak dan menulis skrip tidak disia-siakan beliau malah diperguanakn untuk tujuan dakwah sebagaimana Yusuf Islam yg turut mengorak langkah berdakwah melalui musik. Menulis artikel ini mengingatkan aku pada satu kenyataan Tuan Guru Nik Aziz iaitu "kita klu nk bagi makan pada ayam buat cara nk bagi makan jangan lempar batu"...jika kita lihat pada hari ini, terdapat sesetengah pendakwah Islam dari jalu yg keras (hehehe) berdakwah kepada masyarakat seperti mereka mahu melemparkan batu, menyebabkan ayam lari, bukannya memberi dedak..

Aku amat percaya dan berpindirian bahwa insan2 seperti Baba Ali inilah yg sangat diperlukan dunia dakwah hari ini, dengan berbekalkan modal yg kecil mereka mampu memberikan impak yg besar pada umat muslim dan umat manusia itu sendiri. Kelebihan mereka dipergunakan sepenuhnya terhadap mengembangkan Islam dan begitu jugalah kita sepatutnya...masing2 ada kelebihan masing2 dan manfaatkanlah untuk Islam...

dan siapakahyg lebih baek perkataannya dari orang yg menyeru kepda Allah ?

Sesungguhnya Allah membeli jiwa org mukmin dengan syurga. mereka berjihad dijalan Allah dengan harta mereka dan jiwa mereka.

0 comments: