Kurangnya Amal Kerana Lemahnya Cita2 - Sir Muhammad Iqbal.
Musim Exam, musim yg memeritkan; perlunya pemerahan seluruh isi otak berlaku...tidak kira insan itu bernama Amir, John, Sandra, Lucy, Tan, Subramaniam ataupun Njoroge...dan bagi yg study last minute, inclination graph neutron reaction over time yg bakal dilakar di musim peperiksaan ini adalah sangat cerun, pasti lbeh cerun dari pisa tower itu sendiri.
Mengapakah di exam week ini susah untuk bangun qiam ? mengapa di waktu exam week ini susah untuk tadabbur Quran lbeh sket ? mengapa di exam week ini takut untuk puasa sekiranya exam jatuh pada isnin dan khamis ? mengapa pada exam week ini susah untuk menghadiri program agama di masjid dan surau ? mengapa di exam week ini sering tinggal dhuha ? mengapa mengapa mengapa ?
aku bertanya dan terus bertanya pada diriku...
dan hati kecilku berkata, mungkin cita-cita pelajaranmu telah mengaburi cita-cita ke syurgamu, mungkinkah ? dan berkata seorang akhi kepadaku, "akhi usaha anta nk masuk syurga adalah usaha sambil lewa, usaha part-time, usaha lepas batuk di tangga".....walau perit tapi itulah realitinya...exam week benar2 mem'futur'kan diriku dalam usaha mendekatkan diri pada penciptaku...
apakah penyelesaiaanya....esk paper solid mechanics 3, paper ku yg terakhir dan selepas itu, tamatlah exam week yg penuh dengan kekalutan dunia itu...
adakah syurga itu layak untuk mereka2 seperti aku, mereka yg cuba menggapainya dengan sambil lewa, dengan part-time dan dengan melepas batuk ditanga....semurah itukah syurga ? semudah itukah syurga ?
fikir2kan wahai shazwan...
dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
0 comments:
Post a Comment