Photographer, Budak dan Burung..
"a picture tells a thousand words."
Tahukah anda fakta disebalik gambar diatas, sekiranya anda belum mengetahui kisah disebaliknya sudah tentu anda akan terkejut dengan apa yg akan saya ceritakan selanjutnya.
Gambar diatas diambil oleh Kevin Carter di Sudan diambang krisis kebuluran negara itu pada tahun 1993. Ianya menunjukkan seorang kanak2 perempuan yg sangat kurus dan tidak bermaya sedang merangkak ke kem bantuan PBB yg terletak satu kilometer dari situ. Burung helang tersebut sedang menunggu kematian kanak2 itu untuk dijadikan bahan makanannya. Ironinya, Kevin tidak membantu kanak2 tersebut sebaliknya mengambil kameranya dan menangkap gambar dengan penuh teliti agar burung helang tersebut tidak berganjak dari kedudukannya. Kevin kemudiannya berehat sebentar dibawah pokok sambil menghisap rokoknya sambil melihat kanak2 itu merangkak dengan penuh kesiksaan. Dia kemudiannya bangkit dan menghalau helang tersebut dan meninggalkan kanak2 itu tanpa membantunya.
Tiada siapa yg mengetahui apakah nasib kanak2 wanita tersebut termasuk Kevin.
Gambar ini ternyata memberi tuah kepada Kevin kerana beliau memenangi anugerah "Pulitzer prize" pada tahun 1994. Gambar tersebut ternyata mengejutkan dunia dan andai lelaki yg berhati batu sekalipun jika melihat gambar tersebut, pasti tersentuh hatinya. Walaubagaimanapun, sekembalinya beliau ke Silva, beliau menerangkan apa yg berlaku disebalik gambar tersebut, beliau dihantui rasa bersalah kerana tidak membantu kanak2 tersebut; ditambah dengan masalah ketagihan dadah, dan masalah peribadinya, Kevin membunuh diri sejurus selepas sebulan menerima anugerah Pulitzer.
Berikut adalah catatan yg ditemui dalam diarinya:
"Dear God, I promise I will never waste my food no matter how bad it can taste and how full I may be. I pray that He will protect this little boy, guide and deliver him away from his misery. I pray that we will be more sensitive towards the world around us and not be blinded by our own selfish nature and interests. I hope this picture will always serve as a reminder to us that how fortunate we are and that we must never ever take things for granted."
Renung2kanlah bersama, membazir itu amalan syaitan...bersederhanalah anda dalam semua perkara dan ingatlah bahwa disana sentiasa ada org yg memerlukan...jadi hulurkan bantuan ringankan beban...
Allah menjanjikan pahala yg tersangat besar kepada mereka yg menderma, jadikanlah amalan menderma sebagai rutin kewajipan kita...insyaallah peringatan untuk pembaca dan diriku sendiri.
Wednesday, May 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment