Monday, May 26, 2008

M e n G a P A ?

M e N g a P a KA h ?



At-Taubah(9:111)
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.

Hari ini timbul persoalan, timbul pertanyaan dikalangan mukmin bahwa dimana kemenangan yg dijanjikan Allah, mengapa Islam dibiarkan dibawah dan dihina, mengapa kita sentiasa kalah; di Palestine, di Afghanistan, di Iraq, mengapa saudara-saudara kita dibunuh di Bosnia dan Chechnya, dimanakah pertolongan Allah ?

Dikalangan bukan Islam pula mereka mentertawakan kita, mereka memandang rendah kita, mereka membawa fitnah sekiranya Islam ini adalah deen yg benar mengapakah ianya senantiasa kalah, mengapakah ianya dibawah dan mengapakah majoriti umatnya lemah dan tidak kompetitf ? Jika benar ianya agama yg benar, mengapa Allah membiarkan keadaan mereka sebegitu rupa ?

Bangkit persoalan dikalangan pemuja2 aqal pula bahwa sekiranya Islam itu agama yg turun dari Arasy dan Allah yg maha esa mengapakah ianya memerlukan tangan2 manusia, usaha2 manusia, keringat2 manusia untuk menegakkannya...mengapa ianya tidak tertegak sendiri dengan kudrat Allah s.w.t ?

Pejuang2 Islam yg setia perkasa pula ramai yg berguguran dari medan kerana memikirkan walaupun mereka sudah lama berjuang, sinar harapan masih blum muncul tiba, harapan gelap, kejahilan masih lagi berleluasa, fitnah2 terhadap Islam kian bertambah, tanah2 milik muslim semakin giat dirampas, darah2 muslim giat mengalir membasahi bumi, ketulenan kian dicemari...mengapa pertolongan Allah blum lagi tiba ? sampai bila harus begini ?

Wahai pejuang yg setia, gagah dan yakin akan kebenaran Islam ketahuilah bahwa perjuangan anda di dunia bagi menegakkan kalimah toyyiba itu tidak pernah sia2...mengapakah merintih tentang kemenangan sedangkan Allah itu menilai melalui usaha dan bukannya hasil, yakinlah bahwa saat kemenangan itu pasti tiba dan ianya terkandung didalam rahsia Allah yg maha mengetahui di Lauh Mahfuz sana.

Dan ukirlah senyuman kerana dengan jauhnya kemenangan sebenarnya peluang untuk anda berjuang adalah lebih lama dan ganjaran yg diterima pastilah lebih besar, Allah itu maha adil. Ketahuilah bahwa Allah sedang menguji hamba2nya bahwa siapakah diantara mereka yg lbeh bersyukur dan taat pada perintahnya..siapakah yg lbeh sabar dan yakin akan kebenaran Islam itu dan bergembiralah andainya anda masih berjuang.

Dan andainya anda terasa usaha anda itu sia2 dan tidak significant, ingatlah akan kisah burung pipit yg ingin memadamkan api yg marak membakar Ibrahim itu...Tidak cukupkah kisah dakwah nabi Nuh selama 900thun untuk membuka hati anda ? ingatkah anda tikamana Musa dikejar Firaun dan bala tenteranya sehingga laut Merah terbelah dua ?....

Cabaran, rintangan dan onak duri itu adalah asam garam perjuangan, manakan senang jalan2 menuju ke syurga yg abadi itu...apakah anda fikir syurga itu murah harganya ? tidaklah Allah menguji melainkan didalam kemampuan hambanya. Bersabarlah, ganjaran kita disyurga sana, dunia ini hanya persinggahan sementara. Berjuanglah dengan segala keperluan yg ada. Dunia ini adalah medan anda untuk mengutip pahala. Seerah Nabawiyyah jelas menunjukkan Rasulullah berjuang dengan harta dan jiwanya, dengan penuh penat lelah untuk menegakkan Islam dan Islam itu bukanlah tertegak sendiri secara magic dan tiba2.

Samakah mereka yg berjuang dengan mereka yg duduk memerkatikan saja ? setarafkah mereka yg mengorbankan segalanya untuk Islam dengan mereka yg duduk berlenang dengan kesenangan duniawi semata ? sekufukah mereka yg mengerah keringat dan aqal untuk kemaslahatan ummat dengan mereka yg berhibur sepanjang masa ? TIDAK, TIDAK dan TIDAK......yakinlah dengan janji kemenangan dari pemilik alam yg tidak pernah menipu dan maha teliti itu.....persoalannya siapakah anda ? pemerhati ? penentang ? penyokong ? penyumbang ? hedonist ? atau pejuang ? jawab diakhirat kelak dihadapan Allah yg maha esa.


Dan sekiranya ditakdirkan kemenangan itu tidak akan tiba sekalipun, tidak cukupkah nikmat2 dunia ini untuk kita bersyukur dengan cara memperjuangkan agamaNYA..udara, air, makanan, wang, harta, motor, tangan, Laptop dan berpuluh2 juta lagi nikmat kurniaan Allah...Salahkah jikalau kita menjadi hamba Allah yg bersyukur yg menzahirkan kesyukuran itu dengan mengakkan agama Allah yg maha Esa.

Medan dakwah itu teramat luas, tegakkanlah dengan cara kita dan kemampuan kita...sampaikanlah apa yg anda tahu, tulislah apa yg anda fahami, nasihatilah apa yg anda rasa salah, dermakanlah apa yg berlebihan, berhujjahlah menegakkan kebenaran, ajaklah kawan kepada kebenaran, promosikanlah perkara2 baik, diskusikanlah penyelesaian kepada masalah umat, namun akhirnya semuanya berbalik kepada perlunya ilmu didada....Usrah evryone ?










0 comments: