20/10/2010 – Mengenang 74 Tahun Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
“Tidak ada terlihat indah oleh dua orang yang menjalin cinta kasih selain nikah” HR Ibn Majah
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan diantaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar-Ruum:21)
Maha Suci Allah yang mempertautkan dua hati dan membungakan perasaan kasih didalamnya.
“Orang yang makan buah pauh yang lemak manis saja tahu macam mana lemaak dan maniisnya buah pauh tu” – Pak Cik Surau
Usah berselindung lagi, tanyakan sahaja pasangan yang baru berkahwin bagaimana perasaan mereka,
Tanyakan saja Tanyakan saja pada mereka
Samakah dengan perasaan memiliki kereta baru Samakah dengan perasaan mendapat straight A’s dalam peperiksaan Samakah dengan perasaan berconvocation Samakah dengan perasaan melihat pasukan Kelantan membenam Selangor 3-0 atau Manchester United membenam AS Roma 7-1 Samakah dengan kegembiraan melihat arus tsunami politik 2008
Tidak, tidak dan tidak! Tanyakan saja Tanyakan saja pada mereka
Mungkin kerana itu bernikah itu diumpakan seperti menyempurnakan separuh agama Mungkin kerana itu Adam dikurniakan Hawa disebelahnya Mungkin kerana itu pernikahan itu dianggap sunnah para-para nabi
Maha Suci Allah yang menciptakan bahagia dan kebahagiaan
Namun, sehebat manapun kebahagiaan itu..Terbandingkah dengan kebahagiaan di syurga sana ?
Kebahagiaan apabila buku amalan diserahkan ke tangan kanan, Yang kemudiannya Bersahabat dan berjiran dengan orang-orang saleh yang berhati suci dan berperibadi mulia belaka Yang kemudiannya Dikurniakan bidadari-bidadari yang muda dan comel-comel belaka didalam istana yang tidak terjangkau luasnya dan tidak tergambar keindahannya Dan yang kemudiannya Dibukakan hijab untuk melihat wajah Rabb pencipta bahagia, penyemai kasih sayang dan pemberi segala kenikmatan
Allah Azzawajalla
Mungkin itulah kemuncak kebahagaian dan kenikmatan.
Dengan itu, Pernikahan di dunia itu seharusnya dijadikan wasilah untuk membuka kemuncak kebahagian dan kenikmatan di syurga sana. Kemuncak kebahagiaan dan kenikmatan yang PASTI dari Allah yang tidak pernah memungkiri janjinya
Pernikahan di dunia itu seharusnya adalah satu sinergi yang memantapkan kedua-dua pasangan dalam memenuhi tujuan penciptaan mereka. Tugas ibadah dan khalifah yang telah diamanahkan kepada kita
Kerna Kita Tahu
Kerna Kita Tahu Tak selamanya hidup akan setenang riak arus Danau Toba, Dan kita tahu Hari mendatang itu menjanjikan keserabutan Kota Medan, Disitu Kita akan terus teguh, Umpama Sibayat dan Sinabung, Setia memasak kota Medan, Dan memberi kesuburan kepada sekelilingnya
20/10/2010 – 10 Days of Shazwan & Aiza Diha, doakan semoga sampai syurga
Saya pasti anda semua tahu siapa si 'Dia'.... 1. Saya masih ingat, 3 tahun dahulu, pulang dari sebuah program di Kelantan, Ust.UQY meminta saya stay 3 hari untuk satu lagi program di Kuala Lumpur atas permintaan 'dia'. Walau agak berat rasa di hati memandangkan sudah 2 minggu rumah ditinggalkan, dikuatkan juga hati dengan harapan sejuta manfaat bisa diperoleh dengan menghadiri program tersebut.
Alhamdulillah, borak-borak sepanjang convoy ke KL banyakmemberikan input yang tidak ternilai harganya. Tambahan lagi, berkereta bersama Ust.UQY dan Izzudin Notts, tentu anda kenal siapa mereka. Sampai di KL pada waktu Subuh dan terus tidur.
Keesokan paginya dia menawarkan diri untuk membasuh semua stok baju didalam beg yang penuh terisi dengan baju '2 minggu'. Aku menolak kerana tidak mahu menyusahkan beliau, tapi akhirnya beliau berkeras juga untuk menolong.
Sehari kemudian, semua bajuku wangi, suci dan murni dan ditambah dengan tiada kedutan akibat digosok rapi.
Allahuakbar, betapa besar pengorbanan beliau.
2. Juga 3 tahun lepas, saya terlewat ke program (lupa pula kenapa). Setelah menekan punat2 kecil, pintu dibuka. Saya berlari-lari kecil menaiki tangga kerana sedar diri sudah terlewat.
Sampai di tingkat 1, alangkah terkejutnya saya apabila pemandangan pertama yang dilihat adalah beliau sedang menyusun selipar-selipar yang bertaburan di depan rak kasut. Bukan sedikit kuantitinya (dan sudah pasti bukan sedap baunya!) tetapi beliau dengan tekun menyusun satu persatu kerana katanya 'munazzamun fi syu'unihi' adalah sifat yang wajib ada pada setiap ikhwah.Beliau tersedar aku sampai lantas menegur 'hah Wea, kenape lewat ?'
wallahi, betapa 'tawadduk'nya peribadi beliau.
3. 2 tahun lepas, seorang akhi kita ditimpa musibah. Keretanya accident semasa beliau sedang dalam perjalan menuju ke masjid di kawasan perumahannya. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius yang berlaku.
Saya tahu beliau sangat sibuk, terlalu sibuk kerana beliau pernah menceritakan rutin hidupnya dalam seminggu kepadaku. Setiap hari sudah di'booking' sehingga waktu selepas Subuh pun beliau terpaksa korbankan untuk program tarbawi.Mendengar berita tersebut, beliau meminta ikhwah yang berkesempatan untuk melawat ikhwah tersebut bersamanya walaupun dengan jadual beliau yang sudah sendat.
Subhanallah, betapa prihatinnya beliau.
4. Beberapa bulan lepas, saya bertolak selepas Subuh dari Kuantan untuk satu program di KL. saya terlewat (sekali lagi) beberapa jam dan tibanya di tempat program, daurah sudahpun berjalan. Seorang syeikh sedang berbicara di depan.
Beliau menyedari aku dari Kuantan dan mempelawa aku untuk makan terlebih dahulu namun aku menolak kerana mahu terus mendengar taujih bersama ikhwah lain. Setelah meletakkan beg di sisi dinding dan mengeluarkan barang keperluan, beliau menyapa aku. 'Wea, jom makan sekali dengan ana' dengan pinggan yang sudah terisi dengan nasi, lauk ayam masak lemak, ikan kering, sayur dan 2 potong tembikai.
Aku tergamam, seorang murabbi yang disegani di seluruh pelusuk dunia mengisikan aku pinggan yang dipenuhi makanan!.
Ikhwah! Dimana terhentinya Dakwah Fardhiah kita ? Ketika mutarabbi sudah mula beriltizam dengan usrah ? Ketika mutarabbi sudah mampu membawa usrah ? ketika mutarabbi sudah mampu terbang atau menjadi nila ?
Persoalannya mengapa kita melakukan Dakwah Fardhiah ?
'Dia' tidak pernah berhenti dari melakukannya'.....Walid, Syaikh, Ustaz, Qaid, dan Sahabat
"Demi sesungguhnya untuk ikutan kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu satu ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan Mardhatillah dan balasan baik di Akhirat kelak." (al-Ahzab:21)
Ikhwah A: la (tersenyum, walhal jelas nampak keletihan dimukanya)
Ust. Mat : kerehatan tu berada di hati, sbb tu Rasulullah cakap “Wahai Bilal! (bangunlah untuk azan) rehatkan kami dengan solat.” (semasa perang Khandak), rehat tu dengan ketenangan hati. Sebab bila kita solat hati kita jadi tenang, hati yang tenang tu yang rehat sebenarnya. (ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang)
Ikhwah A : senyum mengiyakan
Ustaz Mat: Kita tidur 10 jam pun, tapi bangun-bangun letih jgak, sebab dia rehat tu sini (menunjuk ke hati)
*tulisan dalam kurungan adalah tambahan penulis
Begitulah perbualan yang berlaku di antara dua orang ikhwah senior di dalam lift di sebuah pusat peranginan tersohor. Ikhwah A baru sahaja sampai setelah berjam-jam menaiki flight dari negara asalnya. Alhamdulillah, walau perbualan berlaku dalam bahasa Arab, aku masih mampu menangkap beberapa maksud perkataan yang dibualkan. Harap-harap apa yang dititpkan ini bertepatan dengan isi perbualan dua orang ikhwah tersebut. Apa kondisinya pun, insyaAllah terdapat pengajaran yang boleh diperoleh darinya.
"Sebaik-baik perkara ialah, perkara yang lembut yang dikeluarkan dari lautan yang dalam daripada lidah seorang yang lemah lembut" -Yahya bin Mu'az
Berjalan menyelusuri Hyde Park seorang diri, menyelusuri taman indah ini dibawah bayu pagi sangat menyenangkan. Tiupan segar sejuk angin kota London, riang tawa kanak-kanak kecil, larian cergas anjing-anjing, romantisme pasangan kekasih sehinggalah senyuman-senyuman para penunggang sikal, gabungan unsur-unsur ini membangkitkan mood tersendiri pada pagi itu.
Dalam derap didalam kasut Asics kegemaranku menuju Royal Albert Hall, deretan-deretan penjual lukisan menambahkan lagi gabungan unsur-unsur yang tersebati pada pagi itu. Satu-satu kuamati, sekilas-sekilas saja, bukan kerana tidak menarik, namun aku tidak tahu jika aku beli untuk apa. Ingin juga kubeli satu untuk dihadiahkan pada ibuku, namun, beban beg di Brno Airport2 hari lepas telah pun menunjukkan angka 30Kg, aku tidak rela menuang not-not ku untuk syarikat penerbangan.
Angin bertiup lagi, menggugurkan daun-daun perang yang terkadang singgap sedetik diatas kepalaku, kusapu saja, lagak menghalau lalat yang hinggap. Tanganku didalam poket sweater ku, menandakan aku sejuk, namun sekali-kali tidak pernah membatasi kemahuanku bertemu seorang rakan lama. Derapku makin laju, masa kukejar walau ku tahu, jarang sekali aku menang.
Di tengah simpang empat itu, terdapat satu ‘statue’, seorang lelaki gagah sedang memacu kudanya dan dibawahnya tertulis ‘Physical Energy’. Aku tidak tahu statue itu statue apa, namun yang pasti, aku mencemburuinya, sosoknya kelihatan sangat gagah dengan otot-otot yang timbul, ditambah lagi dengan keperkasaan kudanya yang menjulangkan kakinya umpama sedang siap untuk menerobos kubu musuh. ‘zaaaaappp’ fikiranku beralih ke Malaysia.
‘PHYSICAL ENERGY’
"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai daripada seorang mukmin yang lemah dan pada masing-masingnya ada kelebihan"- HR Muslim
Kita semua manusia, punyai limitasi, sering diri ini letih dijalan ini. Bagi mereka yang sudah berkerja pasti faham, beban kerja bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangka semasa zaman belajar, terkadang kita harus pulang lewat untuk menyiapkan urusan yang belum selesai. Bagi pengetahuan warga asing, pemanduan di Malaysia tidak selalunya menyenangkan, ada sahaja ‘obstacle’ di depan anda yang harus anda atasi untuk mendapatkan pemanduan yang lebih ‘swift’. Tiba sahaja di rumah, anda sudah harus mandi dan berkejar ke tempat kerja lagi, kerja shift malam yang jauh lebih mencabar tetapi dilakukan dengan penuh ‘passion’ walau tidak dibayar dengan not-not duniawi.
Begitulah setiap hari, berulang, berulang, berulang, dan berulang. Kerja shift malam itu memang agak mustahil untuk ditamatkan sebelum jam 12 sekiranya anda memulakannya usai solat isya’. Dan tidak sekali dua ianya berakhir pada jam 3 pagi walau semestinya awal-awal paginya, anda harus masuk office lagi. Anda diberi tempoh rehat lebih kurang 9 jam didalam office, dan tika jam tepat 5.30 anda harus fikir untuk ketempat kerja shift malam lagi.
Hujung minggu mungkin difikirkan anda masa sesuai untuk merehatkan diri, bersiar-siar di pusat membeli belah, melepak bertemankan rembulan bersama rakan-rakan, keluar menonton wayang bersama rakan-rakan, melalak sehingga ke pagi hari didalam pusat karaoke atau tidur sepuas-puasnya. Namun anda lebih senang untuk beruzlah memperdalamkan kefahaman dalam agama dan gerakkerja atau menyambar pelajar-pelajar IPT supaya keluar dari kitaran ‘robot’ mereka.
Terkadang anda bertanya, sampai bila ?
Disinilah baruku faham mengapa Syeikh Hassan Al-Banna meletakkan ‘qawiyyul jismi’ (kuat tubuh badan) sebagai salah satu perkara dalam 10 muassafat tarbiyyah. Keberadaan dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini memang memerlukan anda mempunyai stamina yang tinggi disamping kekuatan mental yang sentiasa focus pada matlamat akhir. Tanpa 2 kekuatan ini, anda mungkin saja ‘mati’.
“Dakwah bukan untuk orang manja” – Ustaz Salam
Mungkin juga dengan sebab itulah ISMA selalu menekankan supaya ahlinya bermain bola. Sepertinya bola itu adalah modul wajib tarbiyyah mereka. Pernah berkata seorang Board of Directors Hospital Az-Zahra semasa ifthar di rumahnya
"ikhwah ni kena kuat, kena lasak sikit, sebab tu kita kena selalu bersukan...main bola"
Motivasi Buat Diri
1.
Jelas, Asy-Syahid Syeikh Hassan Al-Banna menjadi contoh berjalan bagi dasar ‘qawiyyul jismi’ yang ditetapkannya. Terdapat satu kisah yang diceritakan oleh Umar at-Tilmisani, Mursyidul Am Ketiga Ikhwanul Muslimun akan keperibadian ISHAB
Pada waktu itu kami sedang melakukan pertemuan di luar kota. Selesai kerja-kerja tersebut kira-kira pukul 12 malam. Kami semua sangat lelah kerana semangat dan kesungguhan kami dalam kerja. Kebetulan kami mendapat bilik yang sama (al-Banna dan Umar at-Tilmissani satu bilik). Saya sudah sangat penat sekali, dan ingin terus tidur, agar esok tidak terlambat bangun solat subuh. Kami berbaring di tempat tidur masing-masing. Tidak beberapa lama beliau memanggilku, "Umar, sudah tidur ?". Aku jawab, "Labbaika, belum Mursyid.". Beliau tidak berkata apa-apa lagi. Tak beberapa lama kemudian, beliau bertanya lagi hal yang sama, "Umar, kamu sudah tidur ?". Aku jawab, "Labbaika, belum Mursyid".
Aku dalam hati bertanya-tanya mengapa beliau melakukan hal ini. Lama beliau terdiam, tiba-tiba beliau memanggil lagi. Karena aku sudah sangat penat, akhirnya aku tidak menjawab, biar disangka beliau aku sudah tidur lelap. Aku sudah sangat penat sekali. Mengira aku sudah tidur, tiba-tiba beliau bangun perlahan-lahan, berjalan sambil memegang kasutnya, menuju bilik mandi. Di dalam blik mandi kudengar beliau dengan sangat hati-hati berwudhu', agar percikan airnya jangan sampai membangunkanku. Kemudian kulihat beliau mengambil tempat di sudut bilik, menghadap kiblat, dan beliau pun solat malam (qiyamullail) beberapa rakaat. Subhanallah. Begitulah ajaran beliau yang sangat melekat di hatiku.
Begitulah ‘Qawiyyul jismi’ seorang syeikh.
2.
“Dimalam itu, Rasulullah s.a.w dan para sahabat merawat luka-luka mereka. Setelah selesai, Rasulullah s.a.w bersolat Subuh, Rasulullah s.a.w meminta Bilal untuk memberitahu para sahabt bahawa Rasulullah s.a.w memerintah agar keluar memburu musuh. Mereka yang keluar adalah mereka yang telah menyertai baginda dalam perang Uhud kelmarin. .Rasulullah s.a.w meminta benderanya yang masih terikat pada kayu lalu diserahkan pada Ali bin Abi Talib. Semua mereka keluar dengan berbagai keadaan, diantaranya luka, lemah dan ada yang patah-patah hingga mereka sampai di Sahra’ Al-Asad yang jaraknya kira-kira 10 batu dari Madinah dan mengambil tempat serta bermalam disitu. Orang Islam menyalakan timbunan api yang besar sehingga boleh dilihat dari tempat yang jauh dan disangka ramai pengikutnya." – Fiqh Sirah 2, Syed Ramadha al- Buti
Begitulah ‘Qawiyul jismi’ seorang Rasul Allah dan para-para sahabat yang dirhedai Allah s.w.t
3.
Rasulullah s.a.w berdakwah full time siang dan malam selama 23 tahun sambil menggalas tugas kepimpinan sebuah negara manakala Nabi Nuh a.s berdakwah full time siang dan malam selama 950 tahun tanpa henti.
Nyatakan kekuatan fizikal dan mental apakah yang dimiliki mereka ini ?
Cubaan Menulis Dengan Hati - Sambungan
Perjalanan diteruskan, kulewati statue tersebut dengan perasaan penuh ingin tahu di dalam hati. Kupendamkan dahulu, balik hotel nanti kata hatiku. 500m kemudian, aku sampai di satu junction dimana sebelah kiri menunjukkan arah ke 'Lady Diana Memorial Fountain', "ah, persetankan saja" Derap-derap dipantaskan, seorang lelaki berjanggut panjang hingga ke dada kelihatan resah menunggu kehadiranku, lewat 5 minit, (oh Haarithun ala Waqtihi) sosoknya yang agak tinggi dan berjanggut panjang memudahkan aku mengesannya.
Sedar beliau akan kehadiranku disambut mesra dan pelukan erat seorang akhi. “masyaAllah brother Shazwan, I thought U were not coming…so happy to see u….welcome to London…u look freezing….”
FREEZING
Ya saya sedang ‘freezing’ didalam office baru ini, mengingatkan saya akan menyengatnya bayu kota London dan salju kota-kota di Bohemia, juga mengingatkan bahwa aku perlu membentangkan bab 1 dari buku “Gerakan-gerakan Islah (Buku Pink)” tulisan Taufik Yusuf Waei pada malam ini walhal aku tiada buku itu ditanganku buat masa ini (Munazzamun fi syu’unihi).
Kesejukan ini juga mengingatkan ku kembali pada statue physical energy di Hyde Park tersebut, bila di'wiki', keterangannya adalah, "originally intended to be dedicated to Muhammad, Attila, Tamerlane and Genghis Khan, thought by Watts to epitomise the raw energetic will to power"
Dalam dunia, ramai orang mampu berslogan. Di Malaysia, slogan sudah menjadi satu norma. Saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia tidak ramai yang menghiraukan slogan-slogan ini, kebanyakannya just take for granted dan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Pemimpin sahaja yang mungkin syok-sendiri membayar consultant asing untuk memikirkan slogan yang sesuai untuk mereka. Mungkin slogan ini sekadar untuk ‘cukup syarat’, orang lain ada, kita pun perlu ada, ataupun direka khas untuk men’setkan’ imej seseorang pemimpin itu dimata masyarakat walhal, perlaksanaannya terkadang ‘jauh panggang dari api’.
Trend berslogan memang sudah berakar umbi lama di Malaysia, siapa ingat di awal tahun 20-an, hampir kesemua pertandingan yang dianjurkan syarikat-syarikat akan meminta slogan dari para peserta. Dan pemilihan pemenang akan dikira melalui slogan siapakah yang paling kreatif walaupun akhirnya slogan tersebut tidak digunapakai oleh syarikat tersebut sekalipun (ni contoh program oriented).
Pembaca jangan salah faham pula, tidak salah untuk berslogan selagimana ianya tidak menyanggahi syariat Islam (ingat kempen ‘satu suami satu isteri’ yang dilancarkan SIS?) dan selagimana langkah-langkah menjayakannya dilakukan dengan ikhlas tanpa niat tersembunyi.
Cuma, mungkin pengalaman selama berinteraksi dengan orang-orang yang berslogan ini menyebabkan saya menjadi agak pessimist akan slogan-slogan yang sering sekadar manis di bibir ini. Banyak slogan-slogan menarik yang saya temui keluar dari mulut mereka-mereka. Namun yang paling saya anti sekali adalah ‘satu Malaysia’ eh silap2, bukan2, diulangi paling saya anti adalah slogan ‘jihad study’.
‘Jihad Study’
Bukan sekali dua aku temui slogan ini, berkali-kali sudah. Pernah aku temui seorang yang penuh semangat menceritakan kepadaku tentang betapa pesatnya perkembangan Islam dan memang dia yakini habis bahawa masa depan itu ditangan Islam,( meskipun beliau tidak membaca al-mustaqbal li hazaddeen – SQ ). Kemudian aku bertanya soalan ringkas padanya, ‘kemenangan Islam tu mmg pasti, cuma ko nk jadi org yang tengok saja ke, tlg buat kerja ke, ataupun menentang….bila ko cakap nk tlg menangkan, jomla join usrah’ dijawab ringkas oleh beliau ‘aku ade cara aku sendiri Wea, xleh semua orang nak same cam kau, aku jihad study….’ Contoh dari satu situasi.
Pernah juga seorang yang pernah menjadi ahli usrahku satu ketika dahulu, satu hari beliau tidak hadhir untuk liqa’ (pertemuan) mingguan lantas aku meng’sms’ beliau selesai sesi usrah. ‘as’kum…Husaini(bukan nama sebenar, pinjam name jap saini), kenape xdatang usrah tadi ?’ kemudian dibalas ringkas oleh beliau ‘aku jihad study wea’….Adeh!, xpe2 mungkin kelemahan diri ini sendiri yang menyebabkan usrah itu tidak dipandang sebagai sesuatu yg bermakna oleh beliau. Cuma pointnya, sekali lagi slogan itu muncul dalam hidupku.
Slogan sama, outcome berbeza
Untuk apa anda study dan cemerlang ?
Supaya kita dapat grad dalam 1st class honours dan dapat placement dalam company besar dan dibayar dengan gaji besar. Dengan itu kita akan dapat beli kereta besar untuk bawa kita ke tempat kerja untuk dapat gaji supaya kita mampu beli rumah besar untuk dijadikan tempat istirahat kita untuk pergi kerja keesokan harinya dengan tujuan untuk dapat gaji supaya dapat diisi tangki minyak kereta besar tadi untuk pergi ke tempat kerja semula yang dengan bayaran itulah kita gunakan untuk mengisi perut kita supaya keesokannya kita bertenaga semula untuk pergi ke tempat kerja yang…..continue it on ur own.
Atau
Supaya kita dapat grad dalam 1st class honours dan mengelakkan fitnah terhadap dakwah kita justeru menimbulkan imej positif akan dakwah kita dimata masyarakat(thiqah). Dan dengan 1st class honour itu kita mampu memperoleh lebih banyak option untuk kerjaya kita yang akhirnya kita pilih kerana suasana kerja di company itulah yang terbaik untuk perkembangan dakwah kita.
Pemahaman berasaskan manhaj Rasulullah s.a.w
Seerah mengajar kita bahawa junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w digelar al-amin sejak dari zaman jahiliyyah lagi oleh seluruh masyarakat Quraisy Mekah dek kerana peribadi Rasulullah yang jujur dan tidak pernah menipu. Dunia juga menyaksikan bahawa dalam peristiwa di bukit safa pada tahun ke-4 kerasulan, seluruh kaum quraisy menjawab ‘kami percaya’ apabila ditanya Rasulullah s.a.w “Wahai kaumku sekalian! Bagaimana pendapat kamu apabila aku memberitahu kepada kamu bahawa di sebalik bukit ini terdapat pasukan berkuda yang akan menyerang kamu, percayakah kamu terhadap kata-kataku ini?”
Begitulah tingginya ‘thiqah’ masyarakat arab mekah ketika itu pada Rasulullah s.a.w
Namun, bernilaikah kethiqahan itu untuk dakwah andai Rasulullah s.a.w tidak menyampaikan Islam itu secara lisan ? Tahukah masyrakat Arab ketika itu akan keindahan Islam andai rasulullah tidak memperjuangkannya ? Atau thiqah itu hanya Rasulullah s.a.w gunakan untuk beliau mendapat status social yang tinggi di kalangan bangsa Arab ketika itu dan mengumpul kekayaan dan kemewahan melaluinya ?
Nah, saya mahu bertanya, dimanakah nilainya 1st class honours anda sekiranya tidak anda perkudakan untuk kepentingan Islam (precisely dakwah) ?. Buang saja, bakar saja kertas nipis 1st class honours anda itu andai akhirnya’jihad study’ anda itu hanya digunakan untuk memuaskan nafsu dan keinginan peribadi anda di dunia yang sementara ini semata!.
Jadilah kamu lebihan dunia andai kamu tidak menyumbang sesuatu kepada dunia – Tabi’in
‘Ana dapat 1st class dalam study ana, tapi xde sorang pn masuk Islam atau join usrah sebab ana dapa 1st Class tu’ – Tuan Muhd Taufik
Blog ini menggambarkan pandangan peribadi dan kefahaman peribadi penulis terhadap sesuatu isu, blog ini tidak mewakili mana2 pandangan jemaah, parti2 politik atau laen2 individu baek yg maseh hidup atau telah meninngal dunia.