Tuesday, January 26, 2010

Sloganeering – Jihad Study

Sloganering – Jihad Study

Dalam dunia, ramai orang mampu berslogan. Di Malaysia, slogan sudah menjadi satu norma. Saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia tidak ramai yang menghiraukan slogan-slogan ini, kebanyakannya just take for granted dan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Pemimpin sahaja yang mungkin syok-sendiri membayar consultant asing untuk memikirkan slogan yang sesuai untuk mereka. Mungkin slogan ini sekadar untuk ‘cukup syarat’, orang lain ada, kita pun perlu ada, ataupun direka khas untuk men’setkan’ imej seseorang pemimpin itu dimata masyarakat walhal, perlaksanaannya terkadang ‘jauh panggang dari api’.

Trend berslogan memang sudah berakar umbi lama di Malaysia, siapa ingat di awal tahun 20-an, hampir kesemua pertandingan yang dianjurkan syarikat-syarikat akan meminta slogan dari para peserta. Dan pemilihan pemenang akan dikira melalui slogan siapakah yang paling kreatif walaupun akhirnya slogan tersebut tidak digunapakai oleh syarikat tersebut sekalipun (ni contoh program oriented).

Pembaca jangan salah faham pula, tidak salah untuk berslogan selagimana ianya tidak menyanggahi syariat Islam (ingat kempen ‘satu suami satu isteri’ yang dilancarkan SIS?) dan selagimana langkah-langkah menjayakannya dilakukan dengan ikhlas tanpa niat tersembunyi.

Cuma, mungkin pengalaman selama berinteraksi dengan orang-orang yang berslogan ini menyebabkan saya menjadi agak pessimist akan slogan-slogan yang sering sekadar manis di bibir ini. Banyak slogan-slogan menarik yang saya temui keluar dari mulut mereka-mereka. Namun yang paling saya anti sekali adalah ‘satu Malaysia’ eh silap2, bukan2, diulangi paling saya anti adalah slogan ‘jihad study’.


‘Jihad Study’

Bukan sekali dua aku temui slogan ini, berkali-kali sudah. Pernah aku temui seorang yang penuh semangat menceritakan kepadaku tentang betapa pesatnya perkembangan Islam dan memang dia yakini habis bahawa masa depan itu ditangan Islam,( meskipun beliau tidak membaca al-mustaqbal li hazaddeen – SQ ). Kemudian aku bertanya soalan ringkas padanya, ‘kemenangan Islam tu mmg pasti, cuma ko nk jadi org yang tengok saja ke, tlg buat kerja ke, ataupun menentang….bila ko cakap nk tlg menangkan, jomla join usrah’ dijawab ringkas oleh beliau ‘aku ade cara aku sendiri Wea, xleh semua orang nak same cam kau, aku jihad study….’ Contoh dari satu situasi.

Pernah juga seorang yang pernah menjadi ahli usrahku satu ketika dahulu, satu hari beliau tidak hadhir untuk liqa’ (pertemuan) mingguan lantas aku meng’sms’ beliau selesai sesi usrah. ‘as’kum…Husaini(bukan nama sebenar, pinjam name jap saini), kenape xdatang usrah tadi ?’ kemudian dibalas ringkas oleh beliau ‘aku jihad study wea’….Adeh!, xpe2 mungkin kelemahan diri ini sendiri yang menyebabkan usrah itu tidak dipandang sebagai sesuatu yg bermakna oleh beliau. Cuma pointnya, sekali lagi slogan itu muncul dalam hidupku.


Slogan sama, outcome berbeza

Untuk apa anda study dan cemerlang ?

Supaya kita dapat grad dalam 1st class honours dan dapat placement dalam company besar dan dibayar dengan gaji besar. Dengan itu kita akan dapat beli kereta besar untuk bawa kita ke tempat kerja untuk dapat gaji supaya kita mampu beli rumah besar untuk dijadikan tempat istirahat kita untuk pergi kerja keesokan harinya dengan tujuan untuk dapat gaji supaya dapat diisi tangki minyak kereta besar tadi untuk pergi ke tempat kerja semula yang dengan bayaran itulah kita gunakan untuk mengisi perut kita supaya keesokannya kita bertenaga semula untuk pergi ke tempat kerja yang…..continue it on ur own.

Atau

Supaya kita dapat grad dalam 1st class honours dan mengelakkan fitnah terhadap dakwah kita justeru menimbulkan imej positif akan dakwah kita dimata masyarakat(thiqah). Dan dengan 1st class honour itu kita mampu memperoleh lebih banyak option untuk kerjaya kita yang akhirnya kita pilih kerana suasana kerja di company itulah yang terbaik untuk perkembangan dakwah kita.


Pemahaman berasaskan manhaj Rasulullah s.a.w

Seerah mengajar kita bahawa junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w digelar al-amin sejak dari zaman jahiliyyah lagi oleh seluruh masyarakat Quraisy Mekah dek kerana peribadi Rasulullah yang jujur dan tidak pernah menipu. Dunia juga menyaksikan bahawa dalam peristiwa di bukit safa pada tahun ke-4 kerasulan, seluruh kaum quraisy menjawab ‘kami percaya’ apabila ditanya Rasulullah s.a.w “Wahai kaumku sekalian! Bagaimana pendapat kamu apabila aku memberitahu kepada kamu bahawa di sebalik bukit ini terdapat pasukan berkuda yang akan menyerang kamu, percayakah kamu terhadap kata-kataku ini?

Begitulah tingginya ‘thiqah’ masyarakat arab mekah ketika itu pada Rasulullah s.a.w

Namun, bernilaikah kethiqahan itu untuk dakwah andai Rasulullah s.a.w tidak menyampaikan Islam itu secara lisan ? Tahukah masyrakat Arab ketika itu akan keindahan Islam andai rasulullah tidak memperjuangkannya ? Atau thiqah itu hanya Rasulullah s.a.w gunakan untuk beliau mendapat status social yang tinggi di kalangan bangsa Arab ketika itu dan mengumpul kekayaan dan kemewahan melaluinya ?

Nah, saya mahu bertanya, dimanakah nilainya 1st class honours anda sekiranya tidak anda perkudakan untuk kepentingan Islam (precisely dakwah) ?. Buang saja, bakar saja kertas nipis 1st class honours anda itu andai akhirnya’jihad study’ anda itu hanya digunakan untuk memuaskan nafsu dan keinginan peribadi anda di dunia yang sementara ini semata!.

Jadilah kamu lebihan dunia andai kamu tidak menyumbang sesuatu kepada dunia – Tabi’in

‘Ana dapat 1st class dalam study ana, tapi xde sorang pn masuk Islam atau join usrah sebab ana dapa 1st Class tu’ – Tuan Muhd Taufik



5 comments:

Perantau said...

sekarang yang popular jihad ekonomi la wea. (maybe sbb ramai baya kita dah kerja kot :P)

Abu Khalid said...

Berbelanja di KFC, itulah jihad kita...



Word Verification: kintir

Anonymous said...

Salam,

Kehadapan Wea yang disayangi. Teruskan jihad.

Sekian, Yang Sopan dan Santun

:D

S h a z w a n said...

Alhamdulillah masih ade yg sayang =)

Abu Khalid said...

...

jaga hatimu...