Sunday, January 17, 2010

Mesyuarat Pantry, PTPTN dan Pembaziran Wang Rakyat

Mesyuarat Pantry, PTPTN dan Pembaziran Wang Rakyat

Seperti kebiasaan di office-office lain, masuk sahaja kami ke office, kami akan berkumpul di bahagian pantry. Bagi yang bersarapan, mereka akan membuka makanan mereka dan makan, bagi yang tidak membeli sarapan, mereka akan sekadar menghabiskan stok minuman 3 in 1 yang disponsor company.

Begitulah setiap pagi, kadangkala, sesi pantry berlanjutan sehingga pukul 9 pagi dan terkadang, apabila bos masuk, masing-masing akan bersurai secepat mungkin dan kembali ke computer masing-masing

Kebiasaannya, berbagai-bagai topic dibualkan; berita semasa, keputusan EPL semalam, isu-isu company (bila nk bonus), aktiviti-aktiviti malam mereka (karaoke, muvi,), politik dan yang terbaru, isu pembayaran PTPTN.

Alhamdulillah, saya mendapat tajaan MARA untuk sepanjang pengajian saya sejak dari Form 1 sehinggalah tamat university. Dengan itu, tidak perlu saya memikirkan terlalu banyak tentang pembayaran balik tajaan pengajian saya. Dalam terma dan syarat yang diberi, saya hanya perlu membayar paling banyak 10% dan jika membuat rayuan, mungkin tidak perlu membayar langsung.

Agak malang bagi beberapa rakan se-office saya yang mengeluh panjang akibat pembayaran balik pinjaman PTPN mereka yang agak membebankan. Tambahan lagi, riba’ 3% yg dikenakan keatas mereka memang agak tinggi dan ‘gila’ jika difikirkan bahawa ianya adalah dari kerajaan dan untuk tujuan pendidikan.

Namun, pinjaman telah dibuat, duit telah dihabiskan, nak tak nak, mereka terpaksa membayarnya.

Lantas, saya sebagai orang muda yang agak ‘rebellious’, ‘anti-establishment’ dan ‘idealistic’ (persetankan terma-terma syok sendiri yang sengaja ditulis untuk menyedapkan artikel) terfikir. Mengapakah, PTPTN sebagai tabung pendidikan negara yang diinisiatifkan kerajaan perlu mengenakan kadar riba’ yang sedemikian tinggi kepada peminjamnya ? Tidak cukupkah sekadar jika peminjam membayar amaun wang yang dipinjam atau paling lekeh kerajaan mengambil sedikit yuran untuk pengurusan pinjaman ?

Sepertinya, kerajaan mahu mengambil untuk diatas pelajar-pelajar IPT yang kebanyakannya memang tiada sumber alternative lain (selain ibu bapa) untuk menyara pengajian mereka.

Dan lebih pelik, mengapakah kerajaan Malaysia yang dahulunya diwarkan-warkan sebagai kerajaan ‘Islam Hadhari’ dan sebelumnya diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam sanggup mengenakan riba’ yang sahih tanpa ragu adalah haram.

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan bajet negara, tentu mereka akan sedar bahwa bajet pendidikan untuk 2010 bukan sahaja tidak ditambah, malah dikurangkan sebanyak 1 Billion, sekiranya pada tahun 2009 bajetnya adalah 31Billion, tahun 2010 menyaksikan peruntukan untuk bidang pendidikan hanyalah 30Billion.

Mungkin pembaca merasakan apalah sangat nilainya 1 Billion yang dikurangkan itu, tetapi sedarlah bahawa dengan nilai 1 Billion tersebut, sekiranya diagihkan kepada sejuta pelajar, setiap orang akan mendapat RM 1000, yang mana nilai ini bersamaan dengan perbelanjaan setahun bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.

Juga nilai 1 Billion tersebut jika dibahagikan kepada pelajar IPT yang rata-ratanya setiap bulan menggunakan RM 500 untuk perbelanjaan harian mereka. Tentulah dapat dibahagikan kepada lebih kurang 300,000 orang pelajar IPT untuk menampung perbelanjaan mereka untuk satu semesta.

Juga nilai 1 Billion tersebut boleh disalurkan kepada university-university sebagai tambahan kepada geran research sedia ada. Perlu pembaca ketahui bahawa negara Malaysia sangat ketinggalan dalam hal R&D berbanding negara-negara maju lain, atau paling kurang, negara-negara membangun lain (Taiwan, Korea, dsb). Trend ini sangat membimbangkan memandangkan keadaan sosioekonomi Malaysia yang tidak begitu efisyen untuk menjadi negara penyaing kepada China, Thailand, dan Vietnam dalam menjadi negara penjana ekonomi melalui pengeluaran dan pemasangan produk asing. Jadi, jalan selamat dalam memenangi persaingan ini adalah dengan memacu sector ‘Research & Development’.

Bukan disini penulis mahu mengangkat mentality bahwa kita, rakyat Malaysia adalah rakyat yang senantiasa memerlukan subsidi dan bantuan. Namun ayuh kita lihat ‘facts and figures’ yang sukar untuk anda temui dalam media perdana.

1. Kos kerugian Projek Port Kelang Free zone (PKFZ) – 12 Billion

2. Kos kerugian akibat keruntuhan Kompleks Sukan Terengganu – 1Billion

3. Kos kerugian kehilangan 2 enjin jet TUDM – 100 juta

4. Kos pembaikan parlimen kali kedua – 39 juta

5. Kerugian dan kegagalan projek Jambatan Bengkok dan pembinaan Kompleks Imigresen dan Kuarantin Johor - RM1.4 bilion

6. Bayaran pampasan kerana pembatalan loji insenarator di Broga - RM500 juta

7. Komisen pembelian Scorpene dan Sukhoi - RM 600 JUTA

8. Bayaran kepada pemaju Gerbang Perdana kerana batal projek jambatan - RM400 juta

9. Kos penangguhan pembinaan jambatan pulau pinang ke-2 - ???

10. Kos penangguhan mega-projek empangan Bakun - ???

11. Kos kegagalan pusing modal projek Cyberjaya Multimedia Super Corridor - ???

Anda kira sendiri berapa jumlahnya dan anda cari sendiri jumlah kos projek yang gagal saya temui nilai tepat kerugiannya.

Selesai anda kira. Bayangkan jika wang-wang ini disalurkan untuk tabung pendidikan negara. Nescaya, tidak perlu rakan-rakan saya tadi mengeluh akan nilai riba’ yang tinggi yang perlu mereka bayar.

Bayangkan juga jika nilai ini digunakan untuk menyiapkan projek Lebuhraya Pantai Timur fasa ke-3. Sudah tentu saya tidak perlu menunggu dan bersesak-sesak sehingga 12 jam ketika musim perayaan untuk pulang ke rumah nenek saya di Kelantan. Dan sudah tentu saya tidak perlu melalui jalan Bukit Besi yang penuh lubang dan sempit yang semestinya merbahaya kepada pengguna jalanraja (Kenapa duit royalty berbillion-billion kerajaan negeri Terengganu xdigunakan untuk baiki jalan ini ?)

Bayangkan dengan apa anda mampu buat dengan nilai pembaziran ini untuk pembangunan negara. Pejamkan mata dan bayangkan saja!.

Now, let’s play with facts & figures (inspired by Datuk Paduka Husam Musa)

0 comments: