P O L I T I K vs A G A M A
Berlalu sudah Pilihanraya Umum ke12 (PRU12) yg telah dilaksanakan dengan agak lancar baru-baru ini. Namun bahangnya masih terasa, tiap-tiap pihak yang terlibat pasti menerima sedikit sebanyak kesan dari suara rakyat baru-baru ini, “the people has spoken”. Tidak perlulah saya mengulas panjang dalam ruangan ini tentang kesan dan akibatnya kerana objektif penulisan ini bukanlah menjurus kepada perkara tersebut. Namun harapan yg tersemat di dada agar setiap pemimpin yg telah terpilih untuk memikul amanah akan melaksanakan amanah mereka dengan sebaiknya dengan harapan ianya bakal memacu negara kearah Malaysia yg lebih aman, tenteram, selamat dan maju.
Demam Pilihanraya
fenomena dimana lahir ramai golongan yang minat membaca, mengkaji, menganalisa dan membicarakan hal-ehwal yg sebelum ini tidak menjadi bual bicara bahan bacaan mereka iaitulah POLITIK. Pembacaan dan pengkajian mereka bukan sahaja merangkumi media perdana seperti RTM dan saluran swasta namun oleh kerana didorong semangat demam pilihanraya, mereka mengambil inisiatif sendiri dengan mencari sudut pandang berlainan terhadap sesuatu perkara dengan membuka blog2 alternatif dan site2 pembangkang.
Kesannya, di ambangPRU12 yg lalu MalaysiaToday.com terpaksa menggunakan sistem mirror untuk menampung jumlah visitors yg terlalu ramai manakala HarakahDaily.net kerap kali mengalami masalah server down. Terdetik dihati saya, “Rajin sungguh masyarakat Malaysia membaca”. Bulletin Box dan shoutout friendster.com menjadi medan mudah kader2 parti untuk mempromotekan ucapan pemimpin mereka dan menyebarkan kelemahan pemimpin2 yg berbeza fikrah dengan mereka. Manakala Youtube.com menjadi saksi akan beribu2 video ucapan, ceramah, dan sidang media calon2 yg bertanding. Nama-nama seperti Anuar Ibrahim, Samy Vellu, Nurul Izzah, Nik Aziz dan Pak Lah tiba2 menempa sejarah kerana nama2 ini dengan suksesnya berjaya menempatkan diri didalam kelompok most viewed laman itu.
Inilah realiti masyarakat Malaysia. Mereka bukannya malas, mereka bukannya jumud, mereka bukannya malas mengkaji, mereka bukannya malas membaca. PRU12 membuktikan bahwa mereka adalah masyarakat yg rajin mengkaji, tidak jumud dan tidak bodoh, mahu mencari berita dan bukti atas sesuatu dari sumber yg berbagai dan bukannya masyarakat yg hanya terikat dengan hiburan, cerita-cerita hantu dan gosip-gosip panas.
Oleh itu, terjelmalah kajian, pembacaan, analisa dan pemerhatian mereka pada pilihanraya umum yg lalu. Ianya dijelmakan diatas kertas petak yg dikeluarkan SPR, mereka pangkah, mereka lipat dan kemudiannya mereka masukkan didalam sebuah kotak lutsinar. Di penghujung hari, keputusannya yg benar2 mengejutkan. Kerajaan Hadhari hilang majoriti yg besar manakala kroni2 mereka juga mengalami kekalahan teruk di tempat masing2. Syabas masyarakat Malaysia...bukan sahaja diatas undi berani mereka teapi yg lbeh utama adalah anjakan paradigma sikap mereka.
Malangnya....
Sikap terpuji yang wujud secara ”magic” dikalangan masyarakat Malaysia tersebut malangnya bukanlah satu sikap constant yg tersemat di hati dan sanubari mereka dalam kehidupan sehari2an. Dalam hari2 biasa, mereka kembali terlarut dengan hiburan, hari2 mereka disibukkan dengan AF, Raja Lawak, Melodi, EPL dan berbagai lagi program2 laen yg ternyata tidak menyumbang kepada perkembangan minda. Internet kembali menjadi satu alam yg digunakan untuk melayari Friendster, myspace, Yahoo Messenger dan mengetahui perkembangan dan gosip2 artis semata.
Perihal mendalami dan Islam yg syumul...
Harapan tersemat di hati agar masyarakat Malaysia khususnya muslim agar dapat mengambil sikap ”rajin” dan ”proaktif” mereka semasa PRU12 yang lalu dalam hal-hal agama pula. Alangkah indahnya Malaysia andainya muslim di negara ini sanggup menghabiskan berjam2 masa untuk mengkaji dan mendalami Islam sebagaimana mereka menghabiskan masa mereka untuk blog2 dan ceramah2 umum. Apasalahnya klu dulu mereka menyibukkan diri dengan malaysiatoday, malaysiakini dan anwaribrahim.com sekarang beralihlah pula kepada Islamonline.net, Saifulislam.com, dan dakwah.info atau iluvislam.com (sekadar menyebut beberapa contoh). Dan minyak2 kereta yg dahulu dihabiskan untuk rapat2 umum dan ceramah politik kini diconsumekan pula untuk menghaidiri kuliah2 agama dan kelas2 tarbiyyah berkala.
Alangkah cantiknya, indahnya, bersinarnya malaysia apabila majoriti masyarakatnya memahami Islam dengan sebenar2nya dan melaksanakannya dengan sebaiknya. Kerana dengan Islam itulah kita mulia dan sesiapa yg mencari segala sesuatu selain dari Islam maka kehinaan Allah akan menimpa kita.
”Jauhkanlah diri kamu dari keinginan yg bukan bernama Islam” – al-alim
Fikir2kan ”anda islam kerana keturuna atau pilihan ?
wassalam
0 comments:
Post a Comment