Friday, March 28, 2008

Malaysiaku oh Malaysiaku.....

Malaysiaku oh Malaysiaku....

Hari ini kita mendengar seorang kanak-kanak perempuan dirogol dengan keadaan yg teramat memilukan, petang nanti kita mendengar orang kampung sbelah di ragut di pekan, pagi tadi kite dengar moto pak mat dicuri di surau ketika jemaah sedang khusyuk solat subuh, hari raya lepas rumah jiran kita dimasuki pencuri, habis perabut dan barang kemas disapu, hari esok kite lihat kawan kite kna pukul sampai koma dan…… mungkinkah lusa kita akan melihat pembunuhan besar2an (massacre) disekolah anak2 kita, ataupun kanak2 yg mengikuti perkhemhan pengakap diculik oleh seorang pembunuh bersiri ketika mengikuti satu siri perkhemahan di sebuah kawasan terpencil ?

Alhamdulillah, dua aktiviti setan laknatullah terakhir yg dinyatakan didalam perenggan di atas belum pernah berlaku di negara kita, nmun mustahilkah berlaku? Terkejut berukkah masyarakat apabila ia berlaku ? bangunkah pihak polis dari kerusi2 empuk mereka ? bersuarakah pemanas2 kerusi cabinet apabila ianya berlaku ? Sudah pasti jawapan yg akan terpacul adalah ya….bukankah begitu wahai saudaraku ? Tpi persoalannya berapa lama ?

Dan ketika negara porak peranda, rogol berjuta, sumbang mahram berleluasa, rasuah menggila, culik kanak-kanak jadi pelaris media perdana, nyawa manusia bagai tiada berharga, kecurian dan pecah rumah dikatakan kes biasa, pihak polis di Negara kita masih berbangga2 dengan ranking Interpol yg dikatakn antara terbaik di dunia, pemanas kerusi parlimen rancak bercerita tentang kemajuan Negara selepas 50 thun merdeka, maharajamaharaja masih di atas takhta mengira permata2, rakyat2 masih leka dengan akademi fantasia dan drama korea, dan kita ? kita masih leka dengan sikap kita, sikap snetiasa hendak selesa…..sikap jangan jaga tepi kain orang…..sikap pentingkan diri sendiri….sikap asal aku selesa takpa….

Dan bayangkan taktala malam menjelma sanggupkah anda berjalan keseorangan di sekitar Puduraya, lihatkah anda hari2 minggu di terminal bas melaka ? Bagaimana pula KLCC di pagi hari raya, dan Jalan2 utama disekitar bandaraya ketika pahlawan2 rempit bermaharajalela ? Selamatkah anak anda jika ditinggalkan berseorangan di Taman Tasik Titiwangsa ? Bagaimana pula dengan motor2 anda di parking2 yg agak panas kawasannya ? barang kemas dan perkakas elektrik anda di musim raya ?

Selamtkah anda ? selamtkah anak anda ? selamtkah harta benda anda ? dan bagaimana dengan generasi-generasi pewaris kita ? dan polis kita ? korupt 27 juta, kutip duit kopi tepi jalanraya, tembak orang membabi buta dan sembur gas pemedih mata, naek moto pakai spek hitam dan sapu tangan kulit kemudian berkhayal jadi rockstar di tengah lebuhraya. Tapi fahamilah, polis juga sebahagian dari masyarakat dan mereka yg di bawah hanya mengikut arahan2 qiadah mereka di atas sana, bagaimana kita mahu mengharapkan mereka BERSIH andai contoh2 mereka di atas sana cemar2 blake, shingga Tun Haniff Omar bkas ktua polis Negara pernah menyatakan bahwa sbilangan 40peratus polis2 berpangkat tinggi memakan rasuah haram ? Ya Allah inikah sikap penguasa yg spatutnya mlindungi kita. Dan bagaimana kita mahu mereka effisien dan cepat andai jumlah mereka tidak mengimbangi nisbah penduduk Malaysia keseluruhannya ? dan bagaimana kita mahu mereka mesra andai stiap hari mereka dijamu dengan kes2 jnayah yg kian pelik dan kian mningkat bilangannya ? juga bagaimana kita mahu expect mreka btul andai kes2 di mahkamah sering diputabelitkan pihak pguambela hingga rakyat yg waras boleh terbelit neuron2 otaknya.



Fokusnya di sini adalah masyarakat itu snediri telah bobrok sistemnya, rosak agamanya, compang-camping adab lakunya dan makin hari makin pudar nilai rohaninya. Negara kita gah dengan kemajuan infrastruktur dan ekonomi sekarang, cuba perhatikan dasarnya sahaja, dasar pandang ke timur, wawasan 2020, rancangan Malaysia ke-9, WPI, dasar penswastaan Negara, dasar industri Negara, dan berpuluh2 lagi yg kita sndiri sring djamu dari hari ke hari mlalui Berita Harian dan Buletin Utama, TETAPI, dasar pembangunan rohaninya ??? “xpelah kita bagi peluang kepada NGO untuk berkhidmat” kata seorang ahli dewan negara…”alah dah ajar dalam pendidikan agama islam, lagipun kita kan ada ABIM, JIM, dan ustaz-ustaz kampung…ceramah-ceramah masjid pn dah cukup banyak…”

Hakikatnya, realitinya, beginilah Malaysia sekarang, gah dari segi pembangunan fizikal tetapi dari aspek rohaninya teramat menakutkan bagi sesiapa yg mengkaji, memerhati dngan mata hati, mengambil tahu isu-isu semasa atau hidup pada zaman kesultanan melayu melaka yg ketika nilai peradaban islam masih kukuh di minda stiap insan. Berkata Ibnu khaldun dlm kitab Al-Muqaddimahnya bahawa kemajuan sebuah tamadun diukur melalui kemajuan fizikalnya dan rohaninya, jadi majukah Malaysia mengikut sejarawan Islam ini… atau kita sbgai muslim dari hari kelahiran mahu mengambil kayu ukur sejarawan barat sbagai kayu ukur kemajuan Malaysia ?

Mungkin karna tlalu excited mengejar barat dan Nippon maka beginilah jadinya tanah tumpah airku Malaysia, terabai aspek rohaninya, tjual segala nilai agamanya, masyarakat meletakkan kemewahan dunia sbagai perkara pertama, maka terabailah segala tatasusila dan pengajaran bonda dan hilanglah perkakas elektrik di musim raya, hilanglah dara seorang dara ktika pjalanan blik kerumahnya, terseliuhlah bahu seorang warga kota angkara di rentap beg tangannya smasa bersiar di ibu kota dan seorang pejawat kerajaan untung berjuta akibat mmberikan tender projek pada penyuapnya.

Dan Akademi Fantasia, OIM, GangStarz, MyStarz, Bintang RTM smuanya brpusu mahu mnjadi popstar dan Rockstar dan berjuta-juta penontonnya pada waktu siarannya tapi bagaimana masjid, surau, kuliah agama dan kelas-kelas Al-Quran, bagaimana kehadirannya ? Lebih memeningkan dan menyakitkan, ibu bapa senang menghantar anak-anak mereka hadir uji bakat program reality begini, boleh jdi femes dan kaya raya. Dan pliknya kelas2 agama dan kem-kem ibadah xmahu pula, tkut jadi ekstremis katanya.


Dan kita lihat bagaimana trend social yg membobrokkan masyarakat ini dibiarkan begitu sahaja oleh sang penguasa, tiada kawalan, tiada sekatan…sedang jumlah Ustaz dan bijak pandai ilmu agama bilangan mereka yg di GLUE bukan sedikit, xcukup jari andai nk kira. Tambah menyedihkan memeritkan apabila drama2 television sekarang teramat menghaprakkan masyarakat dengan trend-trend yg cuba dibudayakan….lihat sahaja bagaiman siri Gol dan Gincu cuba mempromosikan cara dressing dan percakapan “modern” mereka, lihat sahaja bagaimana siri KAMI mempromosikan budaya pergaulan bebas mereka dan lihat sahaja bagaimana filem Sepet, Remp-It, Haru Biru mempromosikan kerosakan jati diri muda mudi tanpa kita sadari. Dan akidah anak-anak kita, mungkin boleh rosak andai benar-benar menghayati one-hit-wonder Bawang Merah Bawang Putih…….pliknya, sakitnya, pilunya, sedihnya jumlah rancangan agama dan sambutannya dan kesannya sentiasa jauh ketinggalan jika kita letakkan ianya pada kategori berbeza dlm jadual yg sama….”Bagi duo pong xsamo agih” kato Peja…

Masyarakatku, kembalilah kepada ISLAM, kembalilah kepada apa yg ditrunkan Allah s.w.t, kembalilah kepada apa yg disampaikan Rasul Ummi Muhammad s.a.w, kembalilah kepada apa yg dapat menyelamatkan anda…ketahuilah bahwa Islam itu adalah penyelamat kepada segalannya, Islam itu diturunkan sebagai Rahmat kepada alam, “rahmatan lil alamin”, Islam itulah membebaskan tanah arab, Islam itulah yg menyelamatkan Parsi, Islam itulah yg mencahayakan Eropah, Islam itulah yg telah mentarbiyyah dunia pada satu ketika dahulu…didiklah diri kita dengan ajaran Islam yg sebenar, didiklah diri anak-anak kita dengan ajaran Islam yg syumul dan promosikanlah Islam dimana sahaja anda berada.

Masyarakatku, bala Allah tidak mengenal masa dan ketika, azab Allah bias diturunkan pada manamana masa dan percayalah bahwa masyarakat kita skrg sama sahaja dengan masyarakat Makkah sebelum terutusnya Rasul mulia s.a.w….seks bebas, buang anak, aborsi, culik-menculik, bunuh-membunuh, rompak samun, rasuah, dan saya pasti anda boleh sebutkan lebih 20 lagi tanpa perlu mengerah intelegent otak. Kita tiada pilihan lain kecuali kembali kepada Islam yg suci dan menyucikan….Pelajarilah Islam sebaiknya dan praktikannya…mari kita penuhi kembali surau-surau, kuliah-kuliah, masjid-masjid, madrasah-madrasah, ceramah-ceramah dan rancangan-rancangan agama….Katakan YES kepada Islam moga2 kita terselamat dunia dan akhirat..Selamatkan Malaysia dengan ISLAM….. (ini bukan promosi kepada mana-mana parti politik)




0 comments: