S A U D A R I K U
Wahai saudariku……aku seorang saudara yg sedang berjalan memasuki usia 21 tahun.
Usia muda sedang aku tempuhi, sedang kujalani zaman yg penuh pengharapan, lamunan-lamunan, ujian-ujian dunia yg bergelora, zaman idealistic cuba-cuba, dan zaman darah muda. Dengarlah ucapan dan kata-kata saudaramu ini, ucapan yg aku sampaikan secara jelas dan mudah.
Semua itu berterusan aku juangkan, aku tulis, aku sampaikan, baik sembunyi ataupun terang-terangan, baik secara langsung atau xlangsung….sehingga jiwa ini terkadang mahu sahaja mengalah, mahu berhenti melangkah, mahu menghukum keras….kerna sedikitnya sambutan….kerna tiada hasil yg diperoleh…kemungkaran tetap berluasa tanpa kita mampu membanterasnya…walau apa jua methodnya..
Di setiap pelosok Negara kemungkaran terus menerus, semakin kreatif, semakin menggila dan semakin di abai….karna kerapnya berlaku, sudah menjadi norma masyarakat atau rasional jika dikatakan budaya. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk menunjukkan auratnya, tubuhnya ditonjolkan untuk tatapan percuma campur berdosa sang ajnabi, pergaulan bebas muda-mudi menjadi budaya, tanpa memikirkan adab budaya dan agama….bangsa melayu yg terkenal dengan ketertinggian budi dan rasa malunya itu, mungkinkah pada nama sahaja ?.
Gadis-gadis Melayu yg dahulunya dikatakan tersangat sopan, sangat-sangat menjaga batas pergaulan dan teramat menjaga soal keperawanan…sekarangnya, MasyaAllah!!!....Ya akhi ya ukhti perhatikanlah sekeliling antum…aku kira kita sangat2 gagal dlm projek tarbiyyah kita……Perhatikan sahaja bagaimana lagak sang aktres dalam muvi lakonannya, di pusat beli-belah terkemuka bagaimana pakaian dan pasangan srikandi-srikandi kita, di pusat-pusat pengajian adakah terjamin sahsiah mereka dan di pusat-pusat peranginan lagak pasangan post-kahwin mereka bagaikan dunia ini mereka yang punya!!.
Sedih, bimbang, malu, haru, biru……karna mau di gelar gaul and trendy (ayat pinjam) mereka sanggup menggadaikan aurat mereka, kesopanan mereka, santun mereka dan lebih dajal lagi keperawanan mereka…televisyen dan muvi mengajar kita supaya percaya bahwa seksi itulah yang kool, skirt pendek, spaghetti, tube dan singlet itu adalah trend, smua yang dari barat itu adalah latest dan mesti dituruti dan menutup aurat itu adalah kolot dan tradisional dan jumud. Bertudung bukanlah lagi karna syariat tapi kerana kebiasaan kerana persekitaran, kerana peraturan, natijahnya usai form5 dibakarlah tudung mereka, pulang skolah dirumahlah hijab mereka, dan tetamu berkunjung ke rumah tak mengapa dibiarkan terurai mahkota mereka.
Mungkin engkau benar saudari-saudariku, bahawa kaum dari jenis kamilah yg mula-mula melangkah menempuh jalan-jalan dosa, bukan sang hawa. Tetapi ingat! Tanpa kerelaanmu, tanpa kelunakan suaramu, tanpa lembut lentok lenggokmu, tanpa harumnya bau harumanmu, tanpa tebalnya celoreng di mukamu, tanpa galaknya perilakumu, tanpa tertonjolnya bahagian-bahgian tubuhmu, tanpa memanggil-manggilnya tempo tumit tinggimu….mana mungkin kami akan berkeras melangkah maju, menongkah segala cabaran untuk memilikimu, mencurah segala usaha untuk memastikan engaku jatuh kedakapan kami…Engkaulah saudariku yg membuka pintu kepada kami untuk masuk dahulu walau ada di antara engkaun tidak menjemputnya secara langsung.
Sedarilah bahwa dengan memaparkan perhiasan-perhiasan aurat tubuhmu itu, dijanjikan dosa oleh Allah s.w.t, dan sedarilah kami yg melihat ini juga berdosa. Bagaimana kami mampu menahan pandangan mata kami andaikata kaum jenis saudari memaparkannya dierata pelosok dunia dan saudari juga turut bangga memaparkannya. Sabar, iman dan taqwa kami ada batasnya, kami manusia saudariku, kadang kami tertewas dengan syaitan untuk memandangnya. Oleh itu saya minta saudari untuk memberikan sedikit "respect" kepada kami dengan menutup aurat saudari semampunya mengikut kemahuan Islam.
Engkau berkata kepada sang pencuri hati: “silakan masuk”…..kemudian pabila engkau kerugian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak, melolong, menangisinya, meratapinya…..dalam sesetengah kes, ada antara engkau saudariku yg tidak pernah merasa rugi!! sedihnya.
Saudariku, sedarilah syaitan bertopengkan manusia merata-rata dimana-mana, dosa pahalamu dihitung setiap saat setiap ketika dan akhir hayatmu syurga atau neraka kesudahannya ? Islam itulah penyelamat kita, Islam yang mengajar supaya bersederhana, supaya menjaga santun sopan kita, supaya menjadi makhluk yang terbaik makhluk khalifah di alam semesta. Islam inilah yang mengangkat martabat manusia dari perhambaan kepada fesyen, dari perhambaan kepada nafsu serakah, dari perhambaan kepada kereta-kereta mewah, dari perhambaan kepada banglo-banglo mewah, dari perhambaan kepada selebriti-selebriti dan muvi muvi kepada perhambaan kepada Allah semata…perhambaan kepada pencipta alam semesta semata...perhambaan kepada yang maha kaya yang maha esa semata…
Oleh itu saudariku, kembalilah kepada Islam seluruhnya…inilah sahaja harapan umat manusia di akhir zaman ini dari segala malapetaka manusia dan tangan-tangan mereka. Mana mungkin engkau sanggup membiarkan tubuh cantikmu itu dijamah api neraka di akhirat kelak, mana mungkin engkau mampu menahan panasnya api yang bakal membakar rambutmu nanti dan tidak mungkin engkau sanggup meminum air nanah dan pokok kaktus di akhirat kelak. Tidakkah engkau terbayang akan betapa murninya dan lazatnya menjalani kehidupan dengan cara Islam ?

Akhir kata wahai saudariku, pelajarilah Islam dan amalkanlah ianya dengan sepenuh hatimu. Ingatlah bahwa engkau bakal memiliki cahya mata yg perlu dibimbing dan diasuh. Asuhlah permata hatimu itu dengan acuan Islam yg syumul dan menyelamatkan, kelak beliau akan berbakti kepadamu baek dihari tua baek ketika matimu.
Mohd Shazwan b. Ab Halim
3.26am 29/03/08
0 comments:
Post a Comment