Ada apa dengan Hudud ?
Islam turun sebagai satu risalah yang syumul, merangkumi segala aspek dalam kehidupan; baik ekonomi, politik, undang-undang dan ketuhanan. Dengan sebab itulah Islam disebut sebagai satu cara hidup/way of life, dan bukan hanya agama semata. Dengan cara hidup inilah negara Islam Madinah al-Munawwarah kemudiannya menumbangkan Rom dan Parsi “with a single blow” dan kemudiannya berkembang menjadi sebuah tamadun yang mendokong peradaban dunia selama beberapa kurun melalui ketamadunan Abasiyyah. Inilah kesan penerapan system Islam yang syumul dan praktikal. Terbukti sudah keberkesanan sistem yang diarahkan oleh yang Maha menciptaka alam semesta ini.
Islam juga datang untuk menyatakan bahwa terdapatnya pasangan kepada kehidupan di dunia iaitulah dunia akhirat, dengan itu juga Islam tidak pernah memisahkan sebarang persoalan kehidupan dengan persoalan agama, bukan seperti agama-agama sebelumnya yang serba kurang dan tidak layak dipanggil cara hidup. Bagi Islam, setiap perbuatan seorang makhluk itu sentiasa diperhatikan dan molek-buruknya oleh Allah s.w.t, dan perbuatan itu bakal dibalas dengan pembalasan yang setimpal di akhirat kelak.
Namun dengan terjajahnya dunia Islam selepas zaman pasca-Uthmaniyyah, penjajah-penjajah barat bukan semata berniat mahu mengaut keuntungan dari hasil bumi negara-negara yang dijajah, sebaliknya usaha mereka jauh lebih besar dari itu. Usaha menyelewengkan aqidah umat Islam bukan semata dilakukan dengan usaha kristianisasi sebaliknya benang-benang kotor lagi halus turut disulamkan kedalam hati umat Islam. Kefahaman tentang kesyumulan Islam oleh generasi sebelumnya perlahan-lahan dipudarkan olah para penjajah dengan menghadkan kefahaman Islam itu kepada peribadahan khusus semata. Sistem ekonomi, politik dan moral yang diperkenalkan Islam dianggap tidak wujud, tidak releven dengan zaman moden, lapuk dan mustahil untuk dilaksanakan. Negara Malaysia yang sebelumnya dibawah seliaan empayar Melaka juga tidak terelak dari mengena tempiasnya.
Turut diterapkan oleh penjajah bahawa segala apa yang dibawa dan dilakukan mereka adalah moden, “cool”, bertamadun dan perlu dituruti. Barat itu disinonimkan dengan kemodenan dan, justeru, lihat sahaja sikap umat Islam pada era paca-penjajahan dimana-manapun. Dari ideologi mereka sehinggalah pakaian mereka, semuanya dicedok dari barat manakala Islam itu hanya muncul di sejadah-sejadah dan hari-hari tertentu sahaja. Al-Quran dan kata-kata Rasulullah s.a.w dilupakan begitu sahaja dan yang diambil hanyalah sebahagian kecil darinya, terlalu kecil sehingga kadangkala tidak dapat dibezakan langsung seorang muslim dan seorang bukan muslim kecuali pada namanya.
Kesan pemikiran penjajah ini ternyata masih mempengaruhi pemikiran umat Islam kini walaupun suara-suara kebangkitan Islam semakin kuat bergema, fajar kian menjelma disebalik gerhana walau sinarnya masih malu-malu. Mari kita khususkan di Malaysia negara kita. Apabila YB Datuk Husam Musa menyuarakan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya di satu forum yang diadakan di Kota Bharu, seperti kebiasaannya, sudah dijangkakan media barua pengampu kerajaan akan sepantas kilat memainkannya, memanipulasiknnya.
Reaksi dari ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua digemakan melalui seluruh siaran mereka. Tidaklah menimbulkan kepelikan memandangkan mereka-mereka ini adalah golongan bukan Islam dan tidak belajar matapelajaran agama Islam dari darjah 1 sehingga Tingkatan 5. Tidak pula agama yang mereka anuti itu meletakkan sebarang tatacara undang-undang dunia justeru pilihan mereka hanyalah yang datang dari Barat. Namun yang menjadi kepelikan, kejelikan, dan kemarahan hati ini adalah apabila dari kalangan pemimpin-pemimpin Islam sendiri yang mengaku mengucap dua kalimah syahadah ini menentang idea tersebut dan mempersendakannya.
Sungguh pelik takkala mereka-mereka ini yang dikatakan belajar pendidikan Islam dari tahun 1 sehingga tingkatan 6 gagal memahami bahawa Hudud itu adalah arahan dari Allah s.w.t dan melaksanakannya adalah wajib. Beri’tiqad meragui undang-undang Allah ini sebagai suatu perkara yang wajib dilaksanakan adalah sama seperti beri’tiqad bahwa solat itu tidak wajib dilaksanakan, atau ibadah puasa itu adalah tidak perlu. Jadi apakah yang mereka belajar melalui pendidikan agama Islam di sekolah dahulu ? apakah tidak pernah mereka mendengar perihal perkara ini di masjid-masjid atau surau-surau atau di kuliah-kuliah pengajian ugama ? atau hati mereka terlalu gelap dengan kefasiqan untuk memahami perkara mudah ini ? Atau mungkinkah mereka-mereka ini golongan munafiqun ? wallahua’lam bissawar.
Al-Ma’idah:45 – dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim.
Reaksi media perdana pula adalah teramat mengecewakan. Seharusnya mereka menggunakan saluran yang mereka ada untuk memahamkan masyarakat tentang apakah hukum hudud itu dan apakah kelebihannya dan kebaikannya apabila dilaksanakan. Namun, tidak terlihat walau sedikit pun perkara-perkata tersebut diusahakan media arus perdana sebaliknya, mereka lebih senang memanipulasikan kenyataan YB Husam Musa itu sebagai satu perkara yang kontroversi dan menunjukkan keretakan pakatan rakyat. Sudahlah dosa-dosa fitnah, manipulasi kenyataan dan ketidakadilan lampau masih belum mereka hapuskan, mahu menyebarkan perkara ma’ruf sebeginipun mereka gagal. Apa tidak punya aqal yang waras mereka ini ? atau kalam pena itu digerakkan syaitan ?.
Oleh itu, saya menyeru kepada kesemua mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai penggerak Islam, aktivis Islam, pejuang Islam atau apa sahaja gelarannya dari mana juga wadahnya, fokuskanlah usaha kita untuk memahamkan masyarakat akan maslahah setiap syari’at Islam itu, ternyata pemahaman itulah yang paling utama sebelum tertegaknya sebuah sistem. Jangan hanya melaungkan emosi-emosi di jalanan atau kepada rakan-rakan, sebaliknya kerja-kerja da’wah itu perlulah diutamakan.
3 comments:
Salam
Mmg benar hudud wajib dilaksanakan, apakah kita tidak mendengar arahan Allah akan perlaksaannya yang akan mengharmonikan alam ini.
Namun di sana, kita perlu melihat, bukan RasuluLlah turun ke bumi anbiya dengan terus meletakkan arahan itu.
Ianya datang secara berperingkat, sesuai dengan penerimaan masyarakat.
Tetapi kita perlu ingat, kata2 saya ini bukanlah bermaksud, yang kita perlu letak islam sebagaimana yang manusia nak... namun penjelasannya lebih kepada intipatinya sendiri,
Saya yakin, sangat ramai penyokong parti islam dan politik islam yang gagal mengimani syariat islam sebagaimana ia dilaungkan.
Kerana tidak dipupuk dalam diri mereka akan keimanan itu,
Akhirnya, jika kita berjaya melahirkan negara berundangkan islam, nescaya akan timbul persengketaaan, akan timbul ketakutan, sehingga menyebabkan mereka serik ingin menyokong islam lagi,
Saya bukan berkata2 di atas angin. Sejarah telah membuktikan. Pengalaman telah menjadi saksi. Lihatlah sahaja negara India dan Iran... Lihatlah perilaku masyarakat mereka sesampainya ke negara kita. Dengarlah rintihan mereka. Mereka merasakan pemerintah mereka umpama diktator yang vbegitu dibenci...
Akhirnya?
Slogan kesejahteraan utk semua hanya tingal omongan kosong...
Jadi, apa penyelesaiannya?
Kita harus mendatangkan berahi penegakan syariat ini di setiap ruh yang ada... bukan sekadar memaksa mengikut telunjuk kita apabila kita berkuasa...
Keinginan itu datang dari bawah, dari masyarakat... utk tertegakknya islam..
Bukan semangat semata tanpa kefahaman yang jelas
APA KITA PERLUKAN?
SEDARKAN MEREKA SEMUA!!!
DAKWAH dan TARBIYAHlah!!!
Sila baca post seterusnya utk lebih lanjut...tidak menjadi pegangan ana untuk hudud dilaksanakan skrg..."Janganlah memetik buah sebelum ianya ranum, nnti buah xdapat, kesedapannya pn xdapat"-PAk Cik Hassan
Dicadangkan anda lebih memahami dan mendalami al quran sebagai sumber asas segalanya dengan meneliti ayat2 yang dikatakan hukum hudud itu sendiri. anda pasti memahami kemmurahan allah sbg tuhan semesta alam.. allah taala bukan sekadar maha kahhar malah memiliki sifat pengasih dan penyayang. usah mengikut hati dan terus mempercayai semua yang dinobatkan oleh alim ulama yg pasti melakukan kesalahan dan khilaf tanpa usul periksa. alim ulama masih berstatus manusia biasa, wallahualam..
Post a Comment