Wednesday, December 2, 2009

Tiada Cinta tanpa pengorbanan

‘Tiada cinta tanpa pengorbanan’


Bila bicara tentang pengorbanan dan cinta, adakah lagi pengorbanan yang lebih tinggi dari pengorbanan nabi Ibrahim dalam menggapai cinta tertingginya; cintanya terhadap yang maha esa, yang menunjukkannya jalan dari kegelapan kepada cahaya di lembah Tuwa ? yang menyelamatkannya dari bahang api besar sang Namrud ?

Lantas, berkat cintanya…

Isteri tercinta dan satu-satunya zuriat dari sulbinya yang telah ditunggu-tunggu lebih separuh usianya ditinggalkan di tanah gersang hijjaz yang tiada hidupan disekelilingnya.

Dan sang isteri,

Tanpa banyak soal, mengiyakan arahan Allah melalui suaminya.

juga, berkat cintanya…

Anaknya yang dulu pernah ditinggalkan di lembah kontang bersama isterinya sanggup dikorbankannya, saat anaknya sudah membesar dan mencapai usia remaja.

Dan sang anak,

Tanpa banyak soal, mengiyakan arahan Allah melalui bapanya.

Mungkin juga, bila bicara soal pengorbanan dan cinta, kisah Saidina Abu Bakar dan Umar r.a dalam mengorbankan harta mereka tikamana Rasulullah s.a.w mengarahkan mereka untuk bersedekah di jalan Allah s.w.t boleh dijadikan contoh akan bagaimana para sahabat terdahulu sanggup mengorbankan apa sahaja milik mereka demi cinta mereka pada Allah s.w.t dan agama ini

Saidina Umar r.a berkata: Rasulullah telah menyuruh kami supaya bersedekah. Maka akupun membawa harta aku untuk bersedekah. Maka aku berkata: Hari ini aku telah mendahului Saidina Abu bakar r.a dengan membawa separuh daripada hartaku. Maka berkata Rasulullah: “Apa yang kamu tinggalkan untuk keluargamu?”. Aku menjawab: Sebanyak harta ini. Kemudian datang Saidina Abu Bakar dengan membawa semua hartanya. Berkata Rasulullah kepadanya: “Apa yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu?”. Jawab Abu Bakar: Aku hanya tinggalkan kepada mereka Allah dan RasulNya! Aku berkata: Aku tidak akan mampu mendahului kamu selama-lamanya. Hadis sahih mengikut syarat Imam Muslim riwayat Al Hakim.

Mungkin juga, bila bicara soal cinta dan pengorbanan, kisah Abu Handzalah bin Ar-Rabi’e juga boleh dijadikan contoh. Malam pertama beliau bersama isterinya, Jamilah, berkumandang seruan ‘Hayya alal Jihad’ dari luar kamar pasangan pengantin baru ini. Lantas, kerna cinta Handzalah kepada Rabbnya melebihi segala sesuatu, dittinggalakan isteri kesayangan yang baru dinikahinya dan sepantas kilat beliau menyaut pakaian perangnya dan mengambil pedangnya lalu meluru ke medan jihad tanpa sempat menyucikan hadas besarnya sekalipun.

Pengorbanannya terbayar dengan bayaran yang paling mahal, Handzalah syahid di medang perang pada malam pernikahannya.

Nah! Ikhwah dan akhwat

Mampukah kita mencapai tahap pengorbanan seperti mereka-mereka ini demi mencapai cinta Yang Maha Esa ?

Kalau usrah jauh sedikit dari University pun sudah melemahkan kita untuk hadir usrah, jangan bicara soal perjuangan

Kalau assignment dan coursework yang perlu dihantar minggu depan pun menjadi ‘bebanan’ kepada kita lantas meninggalkan usrah, jangan bicara soal perjuangan

Kalau dek kerana busy dengan FYP, kita meminta tangguh usrah sehingga selesai FYP, jangan bicara soal perjuangan

Kalau duit infaq usrah dan Palestin pun susah dibayar, jangan bicara soal perjuangan

Kalau diminta seminggu sekali (ya sekali je!) untuk hadhir program pun berat, jangan bicara soal perjuangan

Kalau banyak kalau dan itu ini itu ini itu ini….jangan bicara soal perjuangan


‘Asas da’wah kita adalah cinta’

Inilah juga asas da’wah kita, cinta, yang perlu dijelmakan melalui pengorbanan kita dijalan ini. Cinta itu bukan sekadar kata-kata yang dihamburkan dan melayang-layang terbang, bukan sekadar gambar-gambar yang kita post di Friendster, bukan sekadar lamunan syair-syair indah kita di ruangan blog kita. Namun, cinta itu menuntut kita mengorbankan segala-gala yang kita ada; jiwa dan raga kita, tenaga kita, material kita, masa kita, minat kita, impian kita…kerna dengan segala pengorbanan itulah, Cinta ini bisa terbukiti!

Dan, cinta kepada Allah itu seharusnya menjadi asas dalam gerakkerja kita. Kerna kita tahu, bahawa da’wah ini adalah tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada umat muslim seluruhnya, dan kita faham bahawa kerna cinta inilah kita perlu menyeru manusia supaya mengesakannya Allah semata. Haq Allah sebagai Rabb, ilah, dan hakim perlu ditunaikan, dan usaha ini memerlukan pengorbabanan yang besar.

Dan, cinta kepada manusia, seharusnya menjadi kekuatan kita dalam gerakkerja kita. Kerna kita tahu, tanpa da’wah ini, mereka mungkin sesat dan karam dalam pelayaran mereka di alam dunia yang penuh badai ini. Kita tahu bahawa fatamorgana yang digambarkan syaitan-syaitan kepada manusia perlulah dikalahkan dengan penerapan cinta kepada Allah dalam hati-hati mereka.

Ambil sahaja kisah cinta Rasulullah kepada umat ini, sehinggakan ketika saat kewafatannya sekalipun, baginda masih melafazkan ‘ummati, ummati, ummati’. Juga ar-rasul sebagai qudwah utama kita telah menunjukkan kepada kita dalam peristiwa Ta’if

“Wahai Muhammad sesungguhnya Allah telah mendengar perihal kaum bangsamu dan tindak balas mereka terhadap seruan kau. Aku ini malaikat segala gunung diutuskan oleh Tuhanmu dan perintahkanlah apa saja aku ini, untuk apa yang engkau mahu. Kalau mahu aku boleh hempap ke atas mereka bukit Al-Akhsyabin.

Jawab RasuluLlah: “Tapi apa yang aku mahu biar Tuhan melahirkan dan sulbi mereka suatu golongan yang menyembahNya tanpa mensyirikkanNya. Itu saja yang ku mahu.”

Mari Bercinta

Ayuh kita meriahkan dan basahi jalan ini dengan cinta dan pengorbanan kepada yang maha esa

(artikel ini mungkin sedikit kering kerana penulis sendiri kurang bercinta apatah lagi berkorban di jalan da’wah ini, namun, mungkin ada sedikit sinar manfaat yang dapat diperoleh darinya, penulis tetap menerbitkannya juga, wallahua'lam~)

3 comments:

Anonymous said...

bila nok letok gambo aku?
hahaha

gambar bunga tu macam kat cover album stp

aedi asri

mujahidah12 said...

salam..minta izin copy yg ni..

Abu Khalid said...

Abe wea yang dah kerja ni,
Dah mula menulis bab cinta.