Thursday, December 17, 2009

Kesaksianku Terhadap Saudaraku

Kesaksianku Terhadap Saudaraku


KIBAR 2007, KIBAR ke-2 saya, KIBAR pertama yang disertai secara rasmi dengan meminta diskaun yuran dari mas’ul program. Disitu saya teringat, tikamana berkenalan dengan sangat sebentar dengan seseorang yang memakai cermin mata dan menyikat rambut belah tengah yang sedang sibuk menyiapkan video kenang-kenangan program. Beliau hadir lewat, dan pulang awal, tpi sbb beliau orang Notts, saya mudah ingat akan beliau. Kami hanya sempat berkenalan dan bertemu mata pada saat beliau sedang sibuk menyiapkan video program itu sahaja.

Kira-kira bulan lepas, tika di Rumah Badar. Dalam mamai2 bangun tidur selepas tidur selepas subuh. Tono dan Pian masuk ke rumah bersama seorang jejaka. Beliau tersenyum kepada saya dengan muke ceria melontarkan suaranya ‘eh Wea!’. Hmmm macam kenal die ni, sape eh ? (ish3x truk btul memory ni), lantas diperkenalkan Tono akan nama akhi itu. Ya kami pernah kenal 2 tahun lepas, Cuma namanya saja saya lupa. Beliau bertanyakan serba sedikit mengenai kehidupan saya yang kemudiaanya disambung dengan berita gembira akan walimah beliau pada 2 3 minggu akan datang. I just take it as granted memandangkan jadual weekend yang memang sudah tidak dapat dikompromikan lagi. Sangat sebentar pertemuan dengan beliau, sepertimana 2 tahun lepas. Saya harus beredar ke agenda yang lebih penting. Pertemuan kami ditutup dengan ‘eh, anta dh kerja bila lagi Wea ?’ . Soalan cliché.

2 Minggu lepas, saya pulang ke Kuantan, menunaikan hak keluarga. Entah mengapa ketika melihat berita itu saya tersentak, terlintas di fikiran ‘eh, macam ikhwah!’ walaupun tidak dipaparkan muka mangsa. Lantas, saya mengambil laptop dan meng’log in’ kan diri kedalam akaun facebook. Innalillahiwainna’ilaihiraji’un….memang benar, seorang ikhwah telah meninggalkan kita tikamana semangatnya masih meluap-luap dalam usaha mentarbiyyah umat ini dan lebih-lebih lagi, baru beberapa ketika selepas beliau merealisasikan sunnah yang sangat-sangat dituntut Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah, Allahyarham Arif meninggalkan kita tikamana beliau masih thabat dan istiqamah di dalam sunnah Rasulullah yg terbesar ini. Alhamdulillah, semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang saleh dan diberikan ganjaran syurga di negeri sana.

Bagaimana Kita ?

Mungkinkah kita akan mengakhiri hayat ini bersama kafilah orang-orang saleh ini ? Mungkinkah selamanya kita akan thabat dan istiqamah ? atau mungkin satu hari nanti kita akan menyertai mereka-mereka yang berguguran ? Sentiasalah berdoa kepadaNya supaya kita kan mengakhiri hayat ini di jalan da’wah dan tarbiyyah ini insyaAllah. Sesungguhnya Allah sahajalah yang memilih tentera-tenteranya.

“Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).” – Saidina Ali Karramallahuwajhah

"Aku khabarkan padamu ciri-ciri orang mukmin. Apabila maut menjelang, terukir senyuman pada bibir mereka" - Sir Muhammad Iqbal

"Kematian itu samada dibunuh atau kerana penyakit adalah perkara sama, kita semua menunggu hari terakhir hidup kita, tiada yang berbeza samada ditembak Apache atau sakit jantung..saya memilih ditembak dengan Apache" - Asy-Syahid Dr.Abd Aziz Ar-Rantisi


Doakan saya mendapat syahid dijalan Allah s.w.t

"Hidup mulia atau mati syahid"


0 comments: