Semalam,
Saya berkunjung semula ke Semenyih untuk bertemu seorang sahabat lama yang sudah lama tidak bersua muka, Brother Suhaib Ridzwan yang kini bekerja di Deloitte Saudi sebagai seorang executive. Beliau mengambil cuti seminggu untuk ke Malaysia demi mengunjungi sahabat-sahabat lamanya yang masih bersisa di University of Nottingham Malaysia Campus.
Hubungan kami agak rapat, memandangkan beliau adalah antara tonggak penting dalam penubuhan Islamic Society University of Nottingham Malaysia Campus, dan dengan wadah inilah kami memperjuangkan cahaya-cahaya Islam yang semakin hari semakin malap di University ‘British Celup’ ini.
Selama 3 tahun kami bersama, masih saya ingat bagaimana dia sering menegur bid’ah-bid’ah yang sering dilakukan komuniti melayu disini, juga pengaruh ‘ikhwan’ pada saya yang sering beliau tidak persetujui. Namun, disebalik segala khilaf antara kami, kami masih lagi mampu keluar bersama untuk makan secara kerap, melawat mentornya, Dr.Sulaiman yang kerapkali mengundang saya untuk mengikuti pengajiannya dan belajar dari saya untuk membawa motor RXZ-Catalyzer saya sebelum ianya dicuri di Surau ketika jemaah sedang ‘khusyuk’ bersolat Isya’.
Itu dulu, flashback kejap,
Semalam semula…
Saya tiba di Islamic Center tika jemaah baru bersiap-siaga untuk solat maghrib. Saya agak terpegun dengan perkembangan komuniti Islam disini, jemaah mencecah 4 saff yang dahulu kebiasaannya hanya dua saff, Alhamdulillah, satu perkembangan positif.Usai solat maghrib, belum sempat saya solat rawatib (disini tiada zikir beramai2), Suhaib, Tarek, Taha, Asrul dan beberapa brothers lain mendekati saya, berbagai soalan timbul (mcm selebriti la plak) berkenaan kehidupan saya. Saya jawab satu persatu dengan serba ringkas…gembiranya kami bila bersua muka, namun hati ini tidak dapat menyimpan perasaan sedih, sedih kerana sebuah kegagalan akan menunaikan amanah.
Ketika diatas kereta, semasa saya, Suhaib dan Taha menunggu Waled untuk ke satu destinasi…Suhaib menegur saya
Suhaib: Shazwan, I can see that u r hiding some problem to us, U doesn’t seem so happy like always n u doesn’t look so excited when u met me…u should be very excited because we havn’t met for 2 years. What are u thinking Shazwan ?
Wea: hmmmm..(senyap, xmampu berkata2)
Suhaib: just share it, It would be better for you
Wea: I don’t feel like sharing
Subaib: I know, u r thinking about Jemaah in Islamic Center right, I can see that there are no Malays praying in the mosque, except Asrul and some other guys. Do u thinking bout that thing ?
Shazwan: maybe. The jemaah numbers are increasing so do the Malays studying here…but, where are they during jemaah Prayer ? (saya xmahu berkongsi pada awalnye kerana tahu bahwa perbincangan in xkan kemana)
Suhaib: I don’t know, maybe we should discuss with Tareq, Asrul and some other brothers regarding this thing. But this is serious issues seriously
Taha: Yes, it is very hard to see Malays praying in the masjid.
Waled tiba, dan kami bergerak ke destinasi dengan kereta ‘otai’ ku. Sambil memandu, aku teringat tiga tempat, Kuantan, Maran dan Kg. Kolam…ketiga-tiganya adalah kampong halamanku yang aku kunjungi selama cuti hari raya korban tempohhari. Situasinya sama, tiada orang muda dimasjid.
Mahu saja saya menangis di atas kereta itu rasanya memikirkan situasi ini…..yang di kampung itu biarlah, susah nk kesana…Namun, yang aku risaukan adalah bekas University ku itu dahulu.
3 tahun aku disini(tempoh mengikut tarbiyyah disini), namun apa yang aku buat ? apa yang kita buat ikhwah ? kemana semua student melayu pergi ?
Terkadang kita rasa seronok dengan program-program gah yang kita aturkan dengan menjemput penceramah-penceramah hebat.
Kita rasa kita sudah habis memerah kudrat, material dan air liur untuk membangunkan usrah disini.
Namun lihat saja…di mana hasilnya ? siapa yang harus kita salahkan kecuali diri kita ? Ternyata kita belum cukup serious dan bersungguh-sungguh dalam menunaikan amanah kita. Mereka-mereka itu tiada usrah, tiada daurah, dan tiada ustaz-ustaz, namun mereka mampu membawa komuniti mereka yang lebih kecil itu untuk mengimarahkan masjid. (Ana harap, pembaca faham mengapa aku memfokuskan masjid disini, kalau xfaham ketuk kepala, tanya semula…xpun buka semula fiqh sirah bab1 jilid 2. ).
Tidaklah disini menyalahkan sesiapa, sekadar perkongsian akan apa yang terbuku dihati saya sebagai seorang insan biasa.
Pulang dari trip kami, kami kembali ke Islamic Center. Ku perhatikan dari jauh akan usrah Asrul yang sedang berjalan, hanya dua orang yang datang…masih aku ingat kata2nya sebelum aku beredar tadi ‘Tunggu Faiz xsampai lagi’, namun ternyata, Faiz memang xsampai pun sehinggalah usrah itu bermula. Menambahkan lagi kesayuan hati ini. Dan kemudiannya, terpandang (TERpandang k!) beberapa orang muslimah yang gayanya mirip akhwat berjalan menuju Islamic Center dengan membawa beberapa buku modul usrah, menambahkan lagi sayu dihati ini akan betapa slownya progress ikhwah dalam mengembangkan system usrah di UNIM.
Teringat pula bagaiaman perbandingan UNIM dengan Nottingham UK in term of tarbiyyah. Kita sangat-sangat ketinggalan.mungkin 20 tahun kebelakang mungkin. Mereka disana matahari kita disini bintang mati.
Pernah berkata Ust. Salam beberapa ketika dahulu.
‘Wea, UNIM ni strategic, banyak IPT lain sekeliling die, sepatutnya jadi center untuk hasilkan murabbi n then hantar untuk bukak tempat baru kt sekeliling tu’ aku hanya mampu berkata ‘insyaAllah, ana try yg terbaik’.
Ternyata sehingga hari ini UNIM masih lagi bertatih untuk mencari golongan pelapis untuk 2 3 kerat manusia kental ini, mati mereka, matilah tarbiyyah di UNIM ini (mungkin), inikan lagi cita-cita asal Ust. Salam untuk melihat ianya menjadi pusat perkembangan tarbiyyah ala-ala Madinah atau UK mungkin.
Namun xguna bersedih, menangis air mata darah sekalipun xkan mengubah situasi ini. Nahnu Qaumun Amaliyyun (kita adalah kaum-kaum yang berkerja). Sesuatu mesti dirancang dan dilaksanakan. Doakan bilangan kami yang 2 3 kerat ini dikuatkan semangat untuk terus bekerja dan bekerja untuk Islam. Indeed, u guys did a very good job, maybe Allah have plan this in order to see whether we can steadfast on His way or not. Bismillahitawakkaltu’alallah. Keep on fighting ya ayyuhal ikhwah!
Dan bagi group ku di UNIM (Zayd, DanIrfan, Lah, Meerol) yg membaca post ini, harap-harap antum faham akan masalah kita dan mengapa kita perlu bekerja dan bekerja dengan lebih kuat lagi.
Cukup sekadar itu perkongsian ini mungkin…
InsyaAllah we’ll find our way =)
Wallahua’lam
0 comments:
Post a Comment