perkara yg paling aku menyesal sekali dlm sehari ialah apabila terbenamnya matahari,umurku berkurangan, ttpi amlnku tdk bertambah' -ibn Mas'ud.
Alhamdulillah, saat aku menulis post ini, genaplah 21 tahun hidupku di dunia. Seperti insan2 laen, pelbagai pengalaman, dugaan, pahit getir, jerih payah, telah dilalui dalam menempuhi dunia "modern civilization" yg kian hari kian mencabar ini. Bila dilihat kebelakang, terlalu banyak memori pahit manis hitam putih yg terjelma sendiri dihadapan iris mataku ini....tidak perlu panjang lebar mengenai hal itu, karna itu bukanlah objektifnya post kali ini.
Menyingkap 21 tahun hidupku di dunia aku tidak pernah ingat bilakah pertama kali aku mengucapkan 2 kalimah syahadah, bilakah pertama kali aku solat atau bilakah pertama kali aku berpuasa penuh sehari suntuk, namun sangat jelas diingatanku peristiwa pertama aku mengenali dunia tarbiyyah dan da'wah ilallah. Jika diminta tarikh, tempat dan individu yg terlibat juga boleh aku ceritakan secara detail.
Jika ditanya tentang apakah point terbesar dalam hidupku ini maka secara rela dan ikhlas hati akan kunyatakan bahwa bukanlah mendapat 5A dalam UPSR, bukan juga mendapat 8A dalam PMR bukan juga mendapat 10A dalam SPM atau bukan juga berjaya mendapat hati beberapa org gadis sunti yg comel menawan; terus terang aku nyatakan bahwa ianya adalah apabila aku diperkenalkan kepada dunia tarbiyyah dan dakwah.
Menempelnya aku dalam dunia tarbiyyah ini menydarkan aku yg sebelumnya mensasarkan hidupku ini untuk menjadi Kurt Cobain ataupun Ian Brown versi melayu asli kepada suatu hakikat penciptaan manusia; misinya, visinya dan untuk apakah ianya dijadikan dari setetes mani. Ternyata hujjah2 ikhwah2 senior begitu mengasyikkan dan mantap sehingga aku sendiri bagai terpukau, dihynnotise oleh kehandalan mereka berhujjah. Terkadang cuba juga aku berfikir out of the box dan dari perspektif yg berbeza tpi ternyata kebenaran itu hanyalah satu dan bukan dua bukan tiga.
Al-Quran, matan arba'in, ISK, IPK, fiqh da'wah, muntalaq, hazaddeen, asas2 islam, usul 20 term2 ini terbina dalam diriku mengikut peredaran masa kadang kelihatan tidak mengikut silibus seperti mana ikhwah laen, kadang itu kadang ini, mungkin kerana sejarah aku ditajmik yg agak lucu, namun satu hal yg tidak dapat disangkal adalah ianya berkesan untuk meningkatkan ibadahku, tsaqafahku, hafadzanku dan ternyata berjaya mengikis sedikit karat2 jahiliyyah yg sebelum ini melekat dihatiku. Muhammad b. Abdullah s.a.w, Abu Bakar, Umar, Usman, Ali sehinggalah Hassan Al-Banna, Syed Qutb, Yusuf Qardhawi, Maududi, Abu Hassan Ali An-Nadwi dan dari satu sudut laen pula Syeikh Abd Aziz Benbaz, Syeikh Utsaimin; nama2 ini senantiasa mengingatkan aku terhadap apakah sumbanganku untuk dunia ini, dan terlaksanakah tugasku diciptakan di dunia ini.....Semua ini terbina dari tarbiyyah yg perlahan tetapi melekat dihati dan terkesan melalui amalan seharian. Dan cita2ku dulu untuk menjadi seorang rockstar terulung di seantero malaya ala2 kurt cobain kubuang ketepi dan digantikan yg lebih memberkati dan mulia iaitulah cita2 untuk menjadi insan seperti Muhammad b. Adullah dan seterunya menjadi ahli syurga.
Namun dari satu sudut, menempelnya aku pada jemaah menyebabkan aku terlalu islam-oriented; bahan bacaanku, penglibatanku dalam persatuan, web2 faveretku, aktivit sharianku, janggutu. Interestku pada perkara laen bagaikan berkurangan sedikit demi sedikit walaupun bukan keseluruhannya, akan tetapi bila dimuhasabah kembali ternyata peningatan ketara dalam hiduku berlaku selepas aku mengikuti tarbiyyah, aku mula mengkaji individu2 pemimpin dunia laen, revolusi2, perang2 besar, gerakan2 pembaharuan dan bermacam2 lagi yg dirasakan bermanfaat untukku, hidupku ini bukanlah semata untukku lagi, the scope is getting bigger....jadi sebenranya tarbiyyah tidaklah satu backstep in my life tpi memprovide satu frog leap.
21 tahun...walau beribu lagi jahiliyyah yg gagalku buang, walau banyak lagi masa dihabiskan untuk perkara lagho, walau banyak lagi dosa dilakukan, namun alhamdulillah, penignkatan itu tetap berlaku, i'm a better person n hopefully it wll be better. Smoga suatu hari dakwah itu menjadi visi, misi, isteri dan kecintaanku sebagaimana generas pertama dulu. Terima kaseh kepada smua individu yg berkaitan memperkenalkan aku pada jalan ini.
Dan begitulah sedikit sebanyak yg dapat dikongsi dalam post kali ini, jam menunjukkan 2.40am dan hanya beberapa wishes yg diterima, hadiah belum lagi.....Aku berdoa kepada Allah agar dihapuskan segala dosa besar dan kecil yg dilakukan pada masa lampau dan semoga hari2 mendatang adalah lebih baek buat diriku, keluargaku, rakan2ku dan seluruh umat manusia, semoga Allah menthabatkan dan mengistiqamahkan aku dijalan yg aku tempuhi dan mengakhirinya dengan kematian yg paling mulia iaitulah mati syahid.