Monday, December 28, 2009

28.12.09 : Genap Setahun Serangan Israel keatas Semenanjung Gaza

28.12.09 : Genap Setahun Serangan Israel keatas Semenanjung Gaza


Semalam, masihkah antum ingat apa yang berlaku setahun yang lalu ? Dimana kebiadaban Israel menceroboh jalur Gaza dengan seluruh kekuatannya dengan alasan menghentikan serangan-serangan roket Hamas yang akhirnya, seluruh Gaza menjadi padang jarak padang terkukur.

Sungguh bodoh alasan zionist itu kerna akhirnya,
Hospital yang dibomb,
Lori bekalan kemanusiaan yang dibedil,
Sekolah UN yang dicurahkan dengan bomb fosforus,
kanak-kanak yang menjadi korban,

Bacul, sungguh bacul kelompok manusia itu. Membedil sewenang-wenangnya dari awan sana dan bersembunyi di bedalam tank-tank mereka sambil menekan punat-punat bedilan tanpa mengenal mangsa. Akhirnya, lebih 1000 jiwa tidak berdosa diragut tentera-tentera negara haram itu!.

Dan ingatkah kita, tangisan kita, kemarahan kita, yang muncul secara spontan atas fitrah kemanusiaan kita. yang kita salurkan dengan peluh keringat kita berdemonstrasi, juga dengan membanting tulang menganjurkan program-program kesedaran dan kutipan derma dan menahan kemahuan manusiawi kita dengan memboikot produk-produk yang menyumbang kepada zionist. Dimana semangat itu ? Dimana kesedihan itu ?

Saya tidak mahu mengulas bak professor-professor dan pemikir-pemikir yang menggesa perkara-perkara yang besar dan idealistik. saya lebih berminat untuk menarik balik perhatian masyarakat tentang perkara realistik yang boleh dilakukan masyarakat umum amnya. dengan itu saya menampilkan satu artikel nukilan sahabat saya, rakan kongsi idealism mungkin...

Aedi asri b. Abdulllah
, Lulusan Mechanical Engineering University of Nottingham Malaysia Campus, beliau masih mengintai peluang pekerjaan yang sesuai dengan jiwa 'rebellious' beliau. Sering saya mengajukan beliau supaya menulis secara aktif, namun mungkin belum terbuka hatinya untuk berbuat demikian. Ada soalan berbangkit, sila ajukan kepada penulis di http://www.facebook.com/people/Aedi-Asri-Abdullah/1140412362

________________________________________________________

Beberapa ketika perkara ini bermain di dalam fikiran. Asalnya ingin buat bodoh. Tapi rasa yang marah tidak harus dibiarkan sekadar rasa sahaja. Lalu nota ini ditulis...

Selepas berlalunya episod Gaza (disebut episod kerana ini hanyalah lanjutan dari episod-episod yang lalu), kempen-kempen boikot tetap diteruskan, dan bagi yang memboikot, terus sahaja memboikot. Mungkin kerana serangan besar-besaran ini agak lama, berita bertali arus dan kempen yang agak berkesan, musim boikot kali ini, boleh dianggap musim yang agak panjang.

Oleh itu, semestinya ini adalah sesuatu yang bagus.

Didapati yang terjun ke dalam 'bandwagon' pun ramai. Ianya menjadi rentas agama, rentas bangsa. Ini kerana kita ini semua anak adam (atau anak beruk bagi penganut teori evolusi). Yang tertindas tetap tertindas, yang menindas tetap menindas.

Dan sesuatu yang bagus menjadi sesuatu yang dua kali bagus.

Pastinya syarikat yang diboikot tidak dapat duduk diam. Salah satunya ialah McDonald. Jualan sudah jatuh, tidak sehebat dulu.Burger dan kentang goreng tiap-tiap malam dibuang tidak terbeli. Pegawai-pegawai pemasaran dan promosi tidak duduk diam memerah otak untuk menambat semula hati pelanggan.Maka dengan otak yang terlatih dan berpengalaman, strategi pun dibuat.

Hidangan yang dahulu berharga lebih kurang rm10, dijual dengan harga lebih kurang rm5. Ini memang strategi yang tepat kerana disasarkan kepada manusia, yang memang materialistik sifatnya. Terutamanya di Malaysia, yang mana rakyatnya memang suka yang murah-murah.

(Tak percaya sila berkunjung ke gedung membeli-belah pada musim jualan murah, ramai yang membeli hanya kerana kehendak yang berlebihan, bukan keperluan)

Melalut sekejap.Hehe. Ok, sambung...

Maka berbondong-bondonglah, kalaupun tidak berduyun-duyun, rakyat Malaysia yang berkunjung ke McDonald. Semata-mata untuk burger yang sejuk, kentang goreng yang layu, dan minuman berkarbonat yang sangat manis itu.

Dan dalam bondong-bondong itu, pasti ramai juga yang dahulunya turut sama memboikot. Prinsip tinggal prinsip, kesedaran pula entah kemana. Ynag tinggal hanyalah sendawa kekenyangan. Semuanya dijual dengan (lebih kurang) 5 ringgit.

Tidak cukup dengan itu, si badut McDonald di tempat saya lebih licik otaknya. Ibarat pepatah indonesia, akal akar, dipulas tak patah. Burger-burger dibawa masuk ke dalam kampus, dan dijual terus kepada pelajar. Bagi pelajar universiti saya, yang kebanyakannya hedonis ini, tentulah peluang ini sukar dilepaskan.

Bulan sudah jatuh ke riba, quarter pounder sudah hinggap ke tangan.

Tidak perlu ditulis, jualan sangatlah laris.Mungkin semua habis dijual. Ini dapat dibuktikan dengan pelajar yang beratur panjang,kotak-kotak burger dan plastik yang bersepah di atas meja dan lantai.

Perlu juga ditulis tentang golongan yang dari mula lagi tidak memboikot.

Ada yang tidak ambil tahu, malah ada juga yang tidak kisah pun.Bagi saya, mereka hanyalah manusia yang kurang peka dengan apa yang berlaku di sekeliling. Tidak lebih dari itu.

Dan ada juga segolongan yang beralasan mereka tidak cukup kuat untuk memboikot, sudah sebati dengan produk. Bagi saya mereka penganut budaya konsumerisme sejati. Tidak berjiwa besar. Sekadar itu saja.

Dan bagi yang merasakan boikot tidak membuahkan apa-apa, mereka hanyalah orang yang tidak yakin. Sekadar itu sahaja. Mungkin mereka tidak pernah mendengar pepatah 'bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'.

Dan semestinya mereka ini, kebanyakannya mempunyai sebab dan hujah sendiri. Dan jangan pula salah sangka. Boikot ini bukanlah perkara hitam-putih dan mereka punyai hak. Berbeza pendapat itu tidak salah.

Tapi melihat golongan yang meninggalkan kesedaran dan menjual prinsip dengan cukup murah, saya bertanya, "apa lagi yang lebih celaka daripada ini?"


2 comments:

wea said...

Aedi baru saja memiliki blog sendiri

lawati beliau di http://aediasri.blogspot.com/

Anonymous said...

tapi serangan tu sebenarnya menyedarkan sebilangan manusia atas keganasan israel..
dan sebenarnya "boikot" tersebut masih berterusan.