Tuesday, November 3, 2009

Riyadhus Solihin

Riyadhus Solihin - Prague



‘Eh, jom la lari, bas ke stesyen Hradec pkul 12.04 minit, kita ada 3 minit je lagi’ Ajon
‘Adeh, ana dk Czech ni asyik berlari kejar bas kejar train je’ wea
Atq menyambung ‘xpe2, qawiyyul jismi ni hehehe’

Kemudian perjalanan disambung dari stesen Hradec ke stesyen Prague. Boleh je aku nk balik direct ke Koprivnice, jimat 2 jam…tpi, sbb jarang-jarang jumpa Atq, xpela pusing ke Prague dulu pn. Boleh borak2 ngan Ajon gak.

Tren meninggalkan stesyen Hradec dengan lambaian manja dari Ijoy dan Siraj…bile la lagi boleh bertemu mereka lagi…

Sampai di Prague, kami bersolat Zohor dan Asar di Islamic Center, kemudiannya turun makan di Hallal Fast Food,

Atq : Wea, ana xhabis klu makan dekat situ, nasi die banyak
Wea : xpe, ana pn xhabis gak, kite beli 2 pinggan cukupla, kongsi tiga orang..Rasulullah kate makanan satu orang tu cukup untuk 2 orang dan makanan 2 orang tu cukup untuk 3 orang

Sambil makan, Ajon menceritakan berbagai masalah tarbiyyah yang dialaminya dibumi Prague, curhat (Di Malaysia istilahnye musykilah Fardhi). Masalah sama dengan kebanyakan ikhwah di Malaysia; masalah mutarabbi xmahu meningkat…teringat last week ketika di Olomouc ketika Anam bertanya kepada aku ‘kadang-kadang ana terfikir, kenapa junior-junior kita ni susah nk jadi macam kite ek ?, kite dulu senang je….’ Teringat pula Taufik di KL ‘ana bawak banyak usrah loni wea, tpi xnapok lagi hk btul2 buleh commit…xtaula’

Kami tinggalkan dahulu masalah yang dibiarkan tergantung buat beberapa ketika untuk solat maghrib dan Asar di Islamic Center.

Usai solat, aku perlu menukar Pound Sterling kepada Ceska Koruna, lantas kemahiran Atq berbahasa Arab digunakan untuk berkomunikasi dengan pemilik kedai yang berbangsa Arab tersebut. Ternyata kefasihan Atq dalam berbahasa Arab membolehkan aku menukar not-not pound dengan nilai yang lebih tinggi dari yang terpampang di papan tanda kedai. Alhamdulillah.

Kami menyambung perjalanan kami ke Oldtown Prague, Atq mahu membeli sesuatu untuk ‘seseorang’ dan aku juga mahu membeli sesuatu untuk ibu terchinta di Malaysia.

Wea : Untuk sape Tik(ringkasan Atq)
Atq : adalah, orang kirim…
Wea : eh, bahaya ni maen bagi2 hadiah pulak ni
Atq : untuk mad’u la, hey wea ni…fikir bukan2

Semasa pembayaran dilakukan, kami mendapat diskaun 10% kerana kami orang Malaysia…Alhamdulillah sekali lagi, barangan berjumlah 794Kc kami hanya bayar 720Kc.

Kami menyambung perjalanan ke kawasan Astronomical Clock, Atq walaupun sudah 4 kali ke Czech, tpi xpernah sampai ke Tourist Spot ni. Terharu sungguh memikirkan akan betapa besarnya pengorbanan beliau untuk da’wah.

Kami singgah sebentar disebuah kedai kerana Atq mahu menikmati Hot Chocolate. Alhamdulillah murah je Hot Chocolate kt sini, best plak tu….dan paling best Ajon sebagai tuan rumah telah bertindak mensponsor kami hehe… Alhamdulillah

Caffeine sudah diisi, kini, aku harus pulang ke Koprivnice, esok kerja (aduh, bosannya). Di dalam perjalanan terlihat sebuah kereta Honda Civic yang modelnya tidak di issue di Malaysia

Wea :macam best je kalau ade kete ni
Atq :haha dalam syurga nnti lagi best, kite nk mintak ape pn dapat. Ingat x hadith yang orang Badwi tanye Rasulullah bahwa dia seorang peminat kuda, adakah kat syurga nnti aku boleh dapat kuda. Rasulullah menjawab, malah kamu boleh memiliki kuda yang badannya disalut emas dan bersayap. Lpastu sorang lagi badwi datang dan bertanya, aku minaat sangat kt unta, boleh x aku nk unta kt syurga nnti…Rasulullah terdiam lalu turunlah ayat Qur’an yang menyatakan mereka boleh memiliki apasaja di syurga kelak.
Ajon :Ayat ape Atq ?
Atq :aku pn xingat..nnti buzz aku malam ni..eh, mlm ni x online kot, blik terus tidur…esok2



Kami berpisah di stesyen Mustek, sedih sungguh berpisah dengan mereka, namun begitulah tabi'inya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan...aku meneruskan perjalanan seorang diri ke Prague h.l.n sambil bermonolog

“alangkah indahnya bile kite keluar dengan ikhwah…setiap saat kite bersama mereka adalah zikrullah...ye la dk bincang pasal Islam n tarbiyyah je….”Inilah sebenarnya objektif utama post ni =)

Tren yang aku naiki dari Prague ke Koprivnice adalah tren yang terakhir, harap-harap xde masalah berlaku…jam 11.15 aku sampai di Studenka, perlu transit, board menunjukkan tren ke Koprivnice berada di platform4, aku mula kalut mencari dimanakah platform 4 kerana ternyata hanya ada tiga platform..

Secara tiba-tiba jeng3

Pak Cik :Koprivnice ?
Wea :Ano..
Pak Cik :Menunjukkan jarinya keluar bangunan…
Patutla aku xjumpa dimana platform4, diluar bangunan rupa-rupanya…tapiiiii, camne pak cik tu tau aku nk gi Koprivnice ? nway Alhamdulillah, klu miss train malam tu alamatnya bermalam di Studenka la aku..

Naiknya aku ke atas tren menuju ke Koprivnice, terdengar suara orang melayu dibelakang…la Mael, Din ngan Nuar yang dari Vienna..

Mael :Eh, apsal ko xgi Vienna, kitorang tunggu ko tadi
Wea :huhu, xsempat (padahal ada urusan laen di Hradec)
Mael, Din dan Nuar kemudiannya dengan excitednye menceritakan keindahan Vienna dan KFC halal yang mereka temui disana
Wea : (monolog)semoga Allah memberikan aku sesuatu yang lebih baik dari Vienna =)

A L H A M D U L I L L A H =)






5 comments:

Abu Khalid said...

Bestnya wea kenangan nta kat sana

Tapi ana tengok, blog nta ni banyak dilawat oleh nta berbanding oleh orang lain

wea said...

anta ingat czech republic ana sorang je ke ikhwah ? ana promote kot blog ni mase daurah aritu...hehe

sbb tu tiba2 banyak pelawat dari czech kot....

Klu ana banyak melawat pn apa salahnya ? rumah ana kan....

Perantau said...

Wea dah 'terbang' kat czech plak... lepas ni leh la wat wadah baru, dah ramai pengikut. :p

wea said...

ape maksud 'terbang' disitu ?

Nk join ke ? hussaini ngan taufik aku rase memang dh stuju tanpa syarat..hmm abang mgkin bleh bergerak untuk sekretariat london..

nnti bulan satu iA aku gi Spain kite try bukak lagi satu cawangan..

amacam ?

Abu Khalid said...

Akhi,

Penyelewengan dalam jalan dakwah itu, bukan perkara main-main

Andai dikau memahaminya, pasti bercucuran cecair keinsafan itu.

:)