Kami dipisahkan tiga negara, beribu-ribu batu jauhnya, berbulan-bulan sudah tidak bersua muka. Kalau jumpa pun mungkin hanya ketika summer dan untuk beberapa ketika. Dan daya tujah apakah yang tiba-tiba dapat menyatukan kami di negara bekas komunis ini ?
Ajaibnya, keterikatan jiwa-jiwa ini bagaikan kami sudah kenal 1000 tahun lamanya, lagak sembang kami bagaikan kami adalah teman karib sekian lama dan senyuman-senyuman ikhlas itu, mengapakah tidak dapat kurasakan kemanisannya dikalangan rakan-rakan biasa ?
Mugnkin tidak lain hanyalah kerana kami adalah orang yang beriman dengan kalimah ‘La ila ha illAllah’ dan memperjuangkannya.
‘Sesungguhnya aku adalah orang yang paling banyak hartanya di kalangan Anshar. Ambillah separuh hartaku itu menjadi dua. Aku juga mempunyai dua isteri. Maka lihatlah mana yang engkau pilih, agar aku bisa menceraikannya. Jika masa iddahnya sudah habis, maka kahwinilah ia!’ Nah, lihatlah, inilah kehebatan ukhwah dijalan Allah, Kepentingan apakah yang dimiliki sang Ansar sehingga sehinggakan Said bin Rabi’ sanggup menawarkan isterinya sendiri untuk Abdul Rahman bin Auf.
Terima kasih Czech kerana memberikan seribu satu pengalaman yang ‘manis-maniiiiis saja’ selama keberadaan aku disini dan membantu aku menemui semula spirit yang sudah lama tidak terbakar galak. Ana kagum dengan semangat qaedah-qaedah sulbah antum, yakinlah bahawa assabiqun al-awwalun itu sentiasa lebih tinggi darjatnya disisi rasul berbanding mereka-mereka yang terkemudian. Ana doakan keberjayaan antum dalam membina rijal-rijal, syabab-syabab, ghulam-ghulam yang akan membantu dalam ‘proses revolusi Islam’ kita insyaAllah.
"Dan mengapa kamu tidak menafkahkan (sebahagian hartamu) pada jalan Allah, padahal Allah jualah yang mempusakai langit dan bumi ? Tidak sama di antara kamu antara orang yang menafkahkan hartanya dan berperang sebelum penaklukan. Mereka lebih tinggi darjatnya daripada yang menafkahkan hartanya dan berperang sesudah itu. Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik" Al-Hadid:10
Ireland, Malaysia dan Czech. Tiga negara untuk satu tujuan yang sama
0 comments:
Post a Comment