Monday, November 2, 2009

Dalam mempertahankan Sahibus Samahah Dr. Asri Zainal Abidin

Dalam mempertahankan Sahibus Samahah Dr. Asri Zainal Abidin

kalau dahulu sekadar di medan politik kini menular ke institusi agama. Malaysia oh Malaysia….


1.

Atas dasar apakah Dr.Asri ditahan JAIS ?

Sumber JAIS menyatakan bahawa beliau ditahan kerana mengadakan ceramah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay tanpa tauliah dan permit.

Kalau isu permit yang menjadi isu, saya percaya kesemua ceramah-ceramah di masjid, surau dan institusi pengajian tinggi diadakan tanpa mendapat permit dari JAIS. Dan perlukah kesemua kelas pengajian agama yang hendak dianjurkan untuk mendapat permit dari JAIS ? Tambahan lagi, kelas yang dianjurkan Dr.Asri bukanlah diadakan di tempat terbuka sebaliknya dilakukan didalam ruang persendirian.

Kalau isu tauliah dijadikan isu, tidak cukupkah status Dr.Asri sebagai mantan mufti Perlis, pemilik PHD dalam ilmu hadith dari sebuah university di Jordan dan pemilik ijazah sarjana dari sebuah university di UK untuk dijadikan modal untuk melayakkan Dr.Asri menganjurkan kelas agama ? Sejak bila JAIS menjadi penyimpan ‘cop mohor’ rasmi dari Allah untuk menyatakan kamu layak dan kamu tidak layak berceramah ? dan atas dasar apakah kelayakan itu diberi ?

Saya teringat kisah paderi-paderi yang melarang orang-orang awam dari memiliki dan membaca bible ketika zaman gelap eropah. Pemikiran jumud dan perasaan memiliki authority dari langit beginilah yang akhirnya menyebabkan runtuhnya institusi gereja dan bermulanya fahaman secular di eropah.

"I take this as selective persecution as they have always targeted me. This is a planned arrest as I am sure there are other religious lectures or gatherings like this elsewhere in Selangor," said Asri, who recently returned from post-graduate studies in Britain.


2.

Some 35 JAIS enforcement officials and 25 policemen detained him at the lecture in a businessman's house in the posh Taman Sri Ukay area at about 9.30pm. More than 300 people including PKR Ampang MP Zuraida Kamaruddin and Hulu Klang assemblyman Saari Sungib were at the lecture that began at 8pm.- Themalaysianinsider

WOW! A big WOW! 35 pegawai penguatkuasa JAIS dan 25 anggota polis diperlukan untuk menahan Dr.Asri. Lagaknya seperti Dr.Asri ini adalah penjenayah besar dan seorang yang mengancam keselamatan negara. Saya percaya, penangkapan seorang penjenyah berbahaya sekalipun tidak memerlukan 60 orang penguatkuasa. Hmmmm....


3.

Pengarah jabatan itu Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata siasatan itu juga akan disegerakan memandangkan kes itu melibatkan tangkapan yang telah menjadi perhatian umum.-Malaysiakini

"Kita kena siapkan kertas siasatan sebelum boleh buat pendakwaan," katanya.-Malaysiakini

Tangkapan terhadap Dr.Asri sudah dilakukan, kemudian dilepaskan dengan jaminan polis. Dan lucunya, siasatan dan kertas siasatan belum lagi selesai walaupun penangkapan sudah dilakukan. Prosedur negara mana ni ? Macam main polis sentry la pulak (ingat x ?) dah tangkap boleh lepas kemudian boleh tangkap balik. Dimana profesionalisme JAIS ?


4.

Perkara 2.

Dr Asri mendakwa dirinya dan pengikut-pengikutnya sebagai ahlu-sunnah tetapi mereka menolak dan tidak mengiktiraf kebanyakan ulamak dan umat Islam lain yang di luar dari lingkungan pengikutnya. Beliau juga tidak mengkitiraf iktikad ahli sunnah wal jamaah dari mazhab-mazhab fiqh seperti Mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali bahkan dalam keadaan tertentu menolak hadith yang diriwayat oleh Imam Bukhari.

Perkara 3.

Beliau juga mencerca para ulamak besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali yang tidak perlu disebut kehebatan dan keilmuan mereka.

Berikut adalah sebahagian dari isi memorandum yang dihantar Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kepada YDPA dalam membantah usul perlantikan Dr.Asri sebagai YDP YADIM. Saya sebagai seorang yang sering mengikuti perkembangan, membaca tulisan dan mendengar ceramah-ceramah Dr.Asri secara terang-terangan mengatakan bahwa ini adalah FITNAH besar!

Mereka yang sering mengikuti Dr.Asri mengetahui bahwa Dr.Asri adalah seorang yang sering menghuraikan hadith-hadith di dalam kitab Riaydhul Solihin karangan al-imam Nawawi r.h. Umum juga mengetahui bahwa Dr.Asri adalah orang yang sangat kuat berpegang pada Hadith Riwayat Bukahri dalam setiap hujahnya.

Jadi dimana asas fitnah yang dilemparkan pengerusi PGSM ini ? buktikanlah tarikhnya dan isi ceramahnya yang membuktikan perkara sedemikian. Jangan semberono sahaja melemparkan tuduhan liar. Berhujah biar berdalil.

Makmunisme is coming to Malaysia... the religious tyrannical authorities are showing their claws, declaring the magic mantra: "You are either with us, or against Islam!" – Ustaz Maszlee Malik

4 comments:

zahidzuhri said...

JAIS dah bosan sangat main polis sentri org berkhalwat, kini nak main degan dr. MAZA, tukar angin

Anonymous said...

wea, wahabism tu ape ea..aku mls nak search hgaha

kurtcobain said...

Syeikh Muhammad bin abdul Wahab merupakan salah seorang tokoh reformis di Arab Saudi.

beliau memeperjuangkan supaya bid'ah dan khurafat dihapuskan dalam agama.

Perjuangannya mendapat sokongan berbagai pihak dan dokongan sesetengah pembesar Arab.

Namun, golongan tradisionalist tidak menyukainya dan mungkin kerana pendekatannya yang keras dan tegas, ramai pihak tidak dapat menerima pendekatannya.

beliau tidak pernah menubuhkan satu gerakan atau persatuan. Namun golongan yang mengikuti perjuangan beliau lazimnya digelar wahhabi.

Anonymous said...

Oh...itu ke. Thx wea.