Tuesday, January 26, 2010

Sloganeering – Jihad Study

Sloganering – Jihad Study

Dalam dunia, ramai orang mampu berslogan. Di Malaysia, slogan sudah menjadi satu norma. Saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia tidak ramai yang menghiraukan slogan-slogan ini, kebanyakannya just take for granted dan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Pemimpin sahaja yang mungkin syok-sendiri membayar consultant asing untuk memikirkan slogan yang sesuai untuk mereka. Mungkin slogan ini sekadar untuk ‘cukup syarat’, orang lain ada, kita pun perlu ada, ataupun direka khas untuk men’setkan’ imej seseorang pemimpin itu dimata masyarakat walhal, perlaksanaannya terkadang ‘jauh panggang dari api’.

Trend berslogan memang sudah berakar umbi lama di Malaysia, siapa ingat di awal tahun 20-an, hampir kesemua pertandingan yang dianjurkan syarikat-syarikat akan meminta slogan dari para peserta. Dan pemilihan pemenang akan dikira melalui slogan siapakah yang paling kreatif walaupun akhirnya slogan tersebut tidak digunapakai oleh syarikat tersebut sekalipun (ni contoh program oriented).

Pembaca jangan salah faham pula, tidak salah untuk berslogan selagimana ianya tidak menyanggahi syariat Islam (ingat kempen ‘satu suami satu isteri’ yang dilancarkan SIS?) dan selagimana langkah-langkah menjayakannya dilakukan dengan ikhlas tanpa niat tersembunyi.

Cuma, mungkin pengalaman selama berinteraksi dengan orang-orang yang berslogan ini menyebabkan saya menjadi agak pessimist akan slogan-slogan yang sering sekadar manis di bibir ini. Banyak slogan-slogan menarik yang saya temui keluar dari mulut mereka-mereka. Namun yang paling saya anti sekali adalah ‘satu Malaysia’ eh silap2, bukan2, diulangi paling saya anti adalah slogan ‘jihad study’.


‘Jihad Study’

Bukan sekali dua aku temui slogan ini, berkali-kali sudah. Pernah aku temui seorang yang penuh semangat menceritakan kepadaku tentang betapa pesatnya perkembangan Islam dan memang dia yakini habis bahawa masa depan itu ditangan Islam,( meskipun beliau tidak membaca al-mustaqbal li hazaddeen – SQ ). Kemudian aku bertanya soalan ringkas padanya, ‘kemenangan Islam tu mmg pasti, cuma ko nk jadi org yang tengok saja ke, tlg buat kerja ke, ataupun menentang….bila ko cakap nk tlg menangkan, jomla join usrah’ dijawab ringkas oleh beliau ‘aku ade cara aku sendiri Wea, xleh semua orang nak same cam kau, aku jihad study….’ Contoh dari satu situasi.

Pernah juga seorang yang pernah menjadi ahli usrahku satu ketika dahulu, satu hari beliau tidak hadhir untuk liqa’ (pertemuan) mingguan lantas aku meng’sms’ beliau selesai sesi usrah. ‘as’kum…Husaini(bukan nama sebenar, pinjam name jap saini), kenape xdatang usrah tadi ?’ kemudian dibalas ringkas oleh beliau ‘aku jihad study wea’….Adeh!, xpe2 mungkin kelemahan diri ini sendiri yang menyebabkan usrah itu tidak dipandang sebagai sesuatu yg bermakna oleh beliau. Cuma pointnya, sekali lagi slogan itu muncul dalam hidupku.


Slogan sama, outcome berbeza

Untuk apa anda study dan cemerlang ?

Supaya kita dapat grad dalam 1st class honours dan dapat placement dalam company besar dan dibayar dengan gaji besar. Dengan itu kita akan dapat beli kereta besar untuk bawa kita ke tempat kerja untuk dapat gaji supaya kita mampu beli rumah besar untuk dijadikan tempat istirahat kita untuk pergi kerja keesokan harinya dengan tujuan untuk dapat gaji supaya dapat diisi tangki minyak kereta besar tadi untuk pergi ke tempat kerja semula yang dengan bayaran itulah kita gunakan untuk mengisi perut kita supaya keesokannya kita bertenaga semula untuk pergi ke tempat kerja yang…..continue it on ur own.

Atau

Supaya kita dapat grad dalam 1st class honours dan mengelakkan fitnah terhadap dakwah kita justeru menimbulkan imej positif akan dakwah kita dimata masyarakat(thiqah). Dan dengan 1st class honour itu kita mampu memperoleh lebih banyak option untuk kerjaya kita yang akhirnya kita pilih kerana suasana kerja di company itulah yang terbaik untuk perkembangan dakwah kita.


Pemahaman berasaskan manhaj Rasulullah s.a.w

Seerah mengajar kita bahawa junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w digelar al-amin sejak dari zaman jahiliyyah lagi oleh seluruh masyarakat Quraisy Mekah dek kerana peribadi Rasulullah yang jujur dan tidak pernah menipu. Dunia juga menyaksikan bahawa dalam peristiwa di bukit safa pada tahun ke-4 kerasulan, seluruh kaum quraisy menjawab ‘kami percaya’ apabila ditanya Rasulullah s.a.w “Wahai kaumku sekalian! Bagaimana pendapat kamu apabila aku memberitahu kepada kamu bahawa di sebalik bukit ini terdapat pasukan berkuda yang akan menyerang kamu, percayakah kamu terhadap kata-kataku ini?

Begitulah tingginya ‘thiqah’ masyarakat arab mekah ketika itu pada Rasulullah s.a.w

Namun, bernilaikah kethiqahan itu untuk dakwah andai Rasulullah s.a.w tidak menyampaikan Islam itu secara lisan ? Tahukah masyrakat Arab ketika itu akan keindahan Islam andai rasulullah tidak memperjuangkannya ? Atau thiqah itu hanya Rasulullah s.a.w gunakan untuk beliau mendapat status social yang tinggi di kalangan bangsa Arab ketika itu dan mengumpul kekayaan dan kemewahan melaluinya ?

Nah, saya mahu bertanya, dimanakah nilainya 1st class honours anda sekiranya tidak anda perkudakan untuk kepentingan Islam (precisely dakwah) ?. Buang saja, bakar saja kertas nipis 1st class honours anda itu andai akhirnya’jihad study’ anda itu hanya digunakan untuk memuaskan nafsu dan keinginan peribadi anda di dunia yang sementara ini semata!.

Jadilah kamu lebihan dunia andai kamu tidak menyumbang sesuatu kepada dunia – Tabi’in

‘Ana dapat 1st class dalam study ana, tapi xde sorang pn masuk Islam atau join usrah sebab ana dapa 1st Class tu’ – Tuan Muhd Taufik



Sunday, January 17, 2010

Mesyuarat Pantry, PTPTN dan Pembaziran Wang Rakyat

Mesyuarat Pantry, PTPTN dan Pembaziran Wang Rakyat

Seperti kebiasaan di office-office lain, masuk sahaja kami ke office, kami akan berkumpul di bahagian pantry. Bagi yang bersarapan, mereka akan membuka makanan mereka dan makan, bagi yang tidak membeli sarapan, mereka akan sekadar menghabiskan stok minuman 3 in 1 yang disponsor company.

Begitulah setiap pagi, kadangkala, sesi pantry berlanjutan sehingga pukul 9 pagi dan terkadang, apabila bos masuk, masing-masing akan bersurai secepat mungkin dan kembali ke computer masing-masing

Kebiasaannya, berbagai-bagai topic dibualkan; berita semasa, keputusan EPL semalam, isu-isu company (bila nk bonus), aktiviti-aktiviti malam mereka (karaoke, muvi,), politik dan yang terbaru, isu pembayaran PTPTN.

Alhamdulillah, saya mendapat tajaan MARA untuk sepanjang pengajian saya sejak dari Form 1 sehinggalah tamat university. Dengan itu, tidak perlu saya memikirkan terlalu banyak tentang pembayaran balik tajaan pengajian saya. Dalam terma dan syarat yang diberi, saya hanya perlu membayar paling banyak 10% dan jika membuat rayuan, mungkin tidak perlu membayar langsung.

Agak malang bagi beberapa rakan se-office saya yang mengeluh panjang akibat pembayaran balik pinjaman PTPN mereka yang agak membebankan. Tambahan lagi, riba’ 3% yg dikenakan keatas mereka memang agak tinggi dan ‘gila’ jika difikirkan bahawa ianya adalah dari kerajaan dan untuk tujuan pendidikan.

Namun, pinjaman telah dibuat, duit telah dihabiskan, nak tak nak, mereka terpaksa membayarnya.

Lantas, saya sebagai orang muda yang agak ‘rebellious’, ‘anti-establishment’ dan ‘idealistic’ (persetankan terma-terma syok sendiri yang sengaja ditulis untuk menyedapkan artikel) terfikir. Mengapakah, PTPTN sebagai tabung pendidikan negara yang diinisiatifkan kerajaan perlu mengenakan kadar riba’ yang sedemikian tinggi kepada peminjamnya ? Tidak cukupkah sekadar jika peminjam membayar amaun wang yang dipinjam atau paling lekeh kerajaan mengambil sedikit yuran untuk pengurusan pinjaman ?

Sepertinya, kerajaan mahu mengambil untuk diatas pelajar-pelajar IPT yang kebanyakannya memang tiada sumber alternative lain (selain ibu bapa) untuk menyara pengajian mereka.

Dan lebih pelik, mengapakah kerajaan Malaysia yang dahulunya diwarkan-warkan sebagai kerajaan ‘Islam Hadhari’ dan sebelumnya diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam sanggup mengenakan riba’ yang sahih tanpa ragu adalah haram.

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan bajet negara, tentu mereka akan sedar bahwa bajet pendidikan untuk 2010 bukan sahaja tidak ditambah, malah dikurangkan sebanyak 1 Billion, sekiranya pada tahun 2009 bajetnya adalah 31Billion, tahun 2010 menyaksikan peruntukan untuk bidang pendidikan hanyalah 30Billion.

Mungkin pembaca merasakan apalah sangat nilainya 1 Billion yang dikurangkan itu, tetapi sedarlah bahawa dengan nilai 1 Billion tersebut, sekiranya diagihkan kepada sejuta pelajar, setiap orang akan mendapat RM 1000, yang mana nilai ini bersamaan dengan perbelanjaan setahun bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.

Juga nilai 1 Billion tersebut jika dibahagikan kepada pelajar IPT yang rata-ratanya setiap bulan menggunakan RM 500 untuk perbelanjaan harian mereka. Tentulah dapat dibahagikan kepada lebih kurang 300,000 orang pelajar IPT untuk menampung perbelanjaan mereka untuk satu semesta.

Juga nilai 1 Billion tersebut boleh disalurkan kepada university-university sebagai tambahan kepada geran research sedia ada. Perlu pembaca ketahui bahawa negara Malaysia sangat ketinggalan dalam hal R&D berbanding negara-negara maju lain, atau paling kurang, negara-negara membangun lain (Taiwan, Korea, dsb). Trend ini sangat membimbangkan memandangkan keadaan sosioekonomi Malaysia yang tidak begitu efisyen untuk menjadi negara penyaing kepada China, Thailand, dan Vietnam dalam menjadi negara penjana ekonomi melalui pengeluaran dan pemasangan produk asing. Jadi, jalan selamat dalam memenangi persaingan ini adalah dengan memacu sector ‘Research & Development’.

Bukan disini penulis mahu mengangkat mentality bahwa kita, rakyat Malaysia adalah rakyat yang senantiasa memerlukan subsidi dan bantuan. Namun ayuh kita lihat ‘facts and figures’ yang sukar untuk anda temui dalam media perdana.

1. Kos kerugian Projek Port Kelang Free zone (PKFZ) – 12 Billion

2. Kos kerugian akibat keruntuhan Kompleks Sukan Terengganu – 1Billion

3. Kos kerugian kehilangan 2 enjin jet TUDM – 100 juta

4. Kos pembaikan parlimen kali kedua – 39 juta

5. Kerugian dan kegagalan projek Jambatan Bengkok dan pembinaan Kompleks Imigresen dan Kuarantin Johor - RM1.4 bilion

6. Bayaran pampasan kerana pembatalan loji insenarator di Broga - RM500 juta

7. Komisen pembelian Scorpene dan Sukhoi - RM 600 JUTA

8. Bayaran kepada pemaju Gerbang Perdana kerana batal projek jambatan - RM400 juta

9. Kos penangguhan pembinaan jambatan pulau pinang ke-2 - ???

10. Kos penangguhan mega-projek empangan Bakun - ???

11. Kos kegagalan pusing modal projek Cyberjaya Multimedia Super Corridor - ???

Anda kira sendiri berapa jumlahnya dan anda cari sendiri jumlah kos projek yang gagal saya temui nilai tepat kerugiannya.

Selesai anda kira. Bayangkan jika wang-wang ini disalurkan untuk tabung pendidikan negara. Nescaya, tidak perlu rakan-rakan saya tadi mengeluh akan nilai riba’ yang tinggi yang perlu mereka bayar.

Bayangkan juga jika nilai ini digunakan untuk menyiapkan projek Lebuhraya Pantai Timur fasa ke-3. Sudah tentu saya tidak perlu menunggu dan bersesak-sesak sehingga 12 jam ketika musim perayaan untuk pulang ke rumah nenek saya di Kelantan. Dan sudah tentu saya tidak perlu melalui jalan Bukit Besi yang penuh lubang dan sempit yang semestinya merbahaya kepada pengguna jalanraja (Kenapa duit royalty berbillion-billion kerajaan negeri Terengganu xdigunakan untuk baiki jalan ini ?)

Bayangkan dengan apa anda mampu buat dengan nilai pembaziran ini untuk pembangunan negara. Pejamkan mata dan bayangkan saja!.

Now, let’s play with facts & figures (inspired by Datuk Paduka Husam Musa)

Monday, January 11, 2010

Tawaddhu' Al-Fattani

Tawaddhu' al-fattani

Di atas kereta dalam perjalanan pulang dari satu program bersama ikhwah Pattani. Ketika Peristiwa ini berlaku, Hartono masih belum melangsungkan perkahwinan

Hartono: Serious, ana xpernah jumpa ikhwah yg tawaddhu' ngan down to earth camni
Wea : Dah tiga kali anta ulang Tono, cukuplaa
Hartono: Tu la, ana terharu gila dengan sikap diorang, layanan diorang, mmg ana xpernahla jumpa ikhwah camni.
(Lebih kurang gini la perbualannya....)

Alhamdulillah, 2 minggu sebelum, semasa ditanya samaada sudi untuk mengisi atau tidak, dengan yakinnya akumenjawab "insyaAllah boleh".

Sampainya di lokasi program dengan berkejar-kejar dari Kuantan, tak sempat pula nk taaruf dengan peserta, sekadar taaruf ringkas dengan ustaz-ustaz sahaja.

Selesai sehari pengisian, barulah sempat taaruf dan barulah aku tau bahwa mereka-mereka yang didepanku tadi rata-ratanya pelajar masters dan pHD dalam bidang agama di UIA dan UM. Dan mereka juga jauh lebih lama berada didalam medan dakwah dan tarbiyyah berbanding diriku yang hina ini. Terkedu sebentar, mereka-mereka yg didepanku tadi rata-ratanya sebelumnya mengambil ijazah dari Madinah, Yala, Al-Azhar dan pelbagai universiti tersohor lain di seluruh dunia.

Namun, ternyata, semasa pengisian, walaupun mereka mengetahui background kami yang semuanya 'orang-orang putih telur', mereka masih sanggup memberi penumpuan penuh dan berinteraksi dengan baik dengan kami. Jarang sekali ada yang tidur apatah lagi tidak memberikan respons apabila diminta walaupun program berjalan selama 2 hari.

Subhanallah, betapa besarnya kekaguman kami pada sikap mereka-mereka. Termenung panjang kami taktala pulang dari program dek kerana sikap mereka yang terlalu tawaddhu' dan memuliakan tetamu itu. Sungguh, kami rindu riyadhus salihin itu.

"Allah swt tidak menambahkan kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafannya melainkan kemuliaan. Dan tidak ada seorang pun yang merendah diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya"(HR Muslim)

Terlalu banyak yang aku pelajari dari mereka, dan mungkin untuk kita semua. Perginya kami untuk memberi, namun akhirnya kamilah yang diisi dengan ibrah yang maha besar dari orang-orang Pattani ini. Astaghfirullahal'azim

Merendahlah, engkau kan seperti bintang-gemintang;

Berkilau di pandang orang,

Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi;
Janganlah seperti asap,

Yang mengangkat diri tinggi di langit,

Padahal dirinya rendah-hina.

(Almarhum KH Rahmat Abdullah)


Sekadar perkongsian tentang makanan para peserta program selama 2 hari program berlangsung

Makan Pagi 1st Day
Makan 10.30 pagi
Makan TengahhariPencuci mulut
Minum Petang
Makan MalamPencuci Mulut
Makan Tengahhari 2nd Day
Bestnye kalau setiap program makanannya camni...

Wea : Ustaz, ni masok ko beli makane ni
Ust. Z: Kito masok sediri ni, dio masok drumoh dio pah wak mari sini
Wea : ooooo, pahni program ikhwah Malaysia bolehla kito pinje tuke masok
Ust. Z: buleh, buleh

Wallahua'lam