Thursday, December 31, 2009

VLADIMIR LENIN - Mengambil Ibrah dari kejayaan Revolusi Pimpinannya

VLADIMIR LENIN

Mengambil Ibrah dari kejayaan Revolusi Pimpinannya

Di antara berpuluh-puluh tokoh revolusi dunia, Lenin mempunyai tempat tersendiri didalam hati saya. Bukan sahaja kerana impak perjuangannya terhadap dunia pada zamannya sehinggalah ke hari ini, malah kerana kesungguhannya memperjuangkan keadilan social dalam masyaratat era pemerintahan dinasti Tsar di Russia walau dengan seribu satu rintangan dan kesusahahan. Bukan niat mahu mendewakan tokoh komunisme atheist ini, tapi cukup sekadar mengambil ibrah dari kesungguhan beliau dalam perjuangannya untuk tatapan du’at hari ini dalam merencanakan cita-cita kita dalam meletakkan Islam kembali kepada tempatnya; ustazayatul a’lam.

I was looking to see the mountain eagle of our fatherland, a great man; great not only in the political sense, but physically: a tall, big man; for in my youthful enthusiasm I imagined him a giant, a man of martial bearing. I saw a most ordinary looking person, rather shorter than myself - and I am only of medium stature - a man absolutely indistinguishable in any respect whatsoever from the ordinary run of mortals. – Joseph Stalin, when he first met Lenin in Finland

Lenin secara ringkasnya merupakan seorang pejuang ideology komunism, yang akhirnya berjaya menumbangkan dinasti Tsar Russia yang menjalankan pemerintahan dengan cara monarki melalui ‘October Revolution’ pada tahun 1917. Pemerintahan gaya monarki ini kemudiannya digantikan Lenin dengan pentadbiran dengan gaya komunis, dengan penubuhan Negara komunist pertama; Soviet Union, negara ideology yang menggabungkan 15 buah negara.

Latar Keluarga


Vladimir Illich Ulyanov, atau lebih dikenali dunia dengan gelaran Lenin, dilahirkan di sebuah Bandar persisiran Volga River; Simbirsk, Russia. Sejak kecil, bapanya yang juga merupakan seorang director sekolah yang berpengaruh di kawasan Volga telah mendidik anak-anaknya dengan kesedaran akan peri pentingnya ‘free society’ dan ‘human rights’. Hasilnya, kesemua anaknya berhasil membesar sebagai pejuang revolusi untuk menumbangkan dinasti Tsar yang zalim dan menindas hak golongan proletariat.

"seorang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau Majusi " – Rasulullah s.a.w

Pepatah melayu juga menyebut

“melentur bulu biarlah dari rebung”

Ilya Nikolayevich Ulyanov (bapa Lenin) mungkin tidak pernah membaca hadith nabi diatas apatah lagi pepatah melayu tersebut. Namun, berkat kesedarannya akan peri pentingnya pentarbiyyahan anak-anak dari peringkat akar umbi, kesemua anak-anaknya berhasil membesar dengan mendokong cita-citanya dalam memperjuangkan system social yang adil dan saksama di bumi Russia. Berkat pentarbiyyahnnya juga, dari sulbi beliaulah lahirnya Lenin, yang merupakan tokoh utama revolusi Bolshevik yang menumbangkan dinasti Tsar Russia.

Disinilah pentingnya umat Islam untuk mempunyai kesedaran supaya setiap anak yang dilahirkan dari baitul muslim itu perlulah ditarbiyyah sejak dari kecil lagi akan kepentingan menjunjung amanah da’wah ini. Dengan tindakan sebiginilah, mujahid-mujahid dan mujahidah-mujahidah yang memperjuangkan Islam dengan ikhlas dan thabat bisa terhasil. Lihat sahaja figura-figura seperti Sultan Muhammad Al-fatih, Salahuddin Al-Ayyubi dan Hassan Al-Banna yang akhirnya menjadi pemimpin umat ini pada zaman mereka, kesemua dari mereka terhasil berkat pentarbiyyahan sejak kecil lagi.

Amat sedih apabila umat muslim hari ini terlalu memfokuskan kepentingan materialism semata untuk anak-anak mereka. Kesenangan duniawi menjadi kayu ukur akan keberjayaan seseorang anak itu, aspek rohaniah langsung ditolak ketepi. Tidak hairan, umat muslim tidak mampu bangkit walau bilangan mereka mencecah ¼ dari populasi dunia, bertepatan dengan kata-kata Rasulullah s.a.w yang mengatakan mandulnya kualiti umat akhir zaman adalah kerana penyakit ‘wahn’, cintakan dunia dan takutkan kematian.

Pengaruh Marx

Pengaruh Komunis yang didokong Lenin diperkenalkan abangnya sendiri; , Alexander Ulyanov melalui buku-buku karangan Karl Marx. Masa remajanya dihabiskan untuk menelaah karya-karya Marx bersama abangnya. Pada tahun 1887, abangnya dijatuhkan hukuman gantung oleh pihak berkuasa Russia akibat keterlibatannya dalam plot untuk membunuh Tsar Alexendar ke-3. Ini adalah antara titik terpenting dalam hidup Marx yang membangkitkan kesedarannya dalam memperjuangkan semangat revolusinya.

Hasil penelaahan dan pembacaannya, ‘Das Kapital’ akhirnya dijadikan ‘bible’ oleh Lenin dalam memperjuangkan ideology komunismnya. Bermula dari titik pembacaan ‘Das Kapital’ pada 17 tahun, beliau akhirnya berjaya mengepalai revolusi menumbangkan dinasti Tsar dan menubuhkan Negara komunist pertama.

Ironinya, ‘Das Kapital’ yang diimani kuat dan dijadikan sumber aqidah Lenin itu adalah tulisan Marx yang tidak pernah dijumpainya sekalipun. Lenin bukan sahaja berjaya menumbangkan Tsar, malah berjaya menggabungkan 15 buah negara sekaligus didalam sebuah Negara ideology kedua (selepas Madinah) bertitik tolak dari buku ini.

Nah! Umat muslim, kamu berjumlah 1.8Billion di muka bumi ? dan kamu semua mengatakan al-qur’an itu ‘kitab yang tiada keraguan padanya, petunjuk bagi orang yang bertaqwa (al-Baqarah: 2)’ Namun, mengapakah tiada satu pun dikalangan mereka yang beriman ini yang mampu seperti Lenin, mengangkat Al-Qur’an ini sebagai satu system ? Atau kita lebih senang untuk hidup dibawah system jahiliyyah acuan barat yang sering dimomokkan kepada kita sebagai ‘perfect’ ?

Isu ini mungkin kerana kita belum lagi mengimani Al-Qur’an sebagaimana Lenin mengimani ‘Das Kapital’. Kita mungkin hanya mengambil Al-Qur’an sebagai satu buku yang perlu dibuka setiap malam jumaat atau tidak lebih dari meletakkannya di bawah bantal sebagai jaminan supaya tidak diganggu iblis syaitan.

Generasi sahabat jika menurut Syed Qutb adalah ‘generasi yang unik’, yang mana dari generasi inilah lahirnya mereka-mereka yang berjiwa besar hasil interaksi yang berkesan dan berterusan dengan Al-Quran yang mana pada akhirnya, dasar-dasar yang dibina mereka ini berhasil menegakkan kalimah Allah di seluruh pelusuk muka bumi.

Dengan itu, pelajarilah dan imanilah Al-Qur’an sedalam-dalamnya. Mustahil tidak satu pun dari umat ini yang mampu menjadi Lenin versi Islam.


Zaman University

Lenin diterima masuk ke Kazan University pada tahun 1887 untuk menyambung pelajaran dalam bidang perundangan. Kemasukannya ke alam university tidak mematikan semangat revolusi di dalam dirinya, malah tambah menyemarakkan lagi semangatnya untuk menyebarkan fikrahnya kepada rakan-rakannya di university.

Beliau sangat aktif dalam politik kampus dan akhirnya, pada Disember 1887, beliau dibuang dari university kerana terlibat dalam rusuhan pelajar. Selepas dibuang, beliau menerima pengawasan berterusan dari pihak berkuasa Russia. Ketika ditahan, terdapat dialog menarik antara beliau dan anggota polis yang menahannya.

police officers asked: "Why are you rebelling, young man? After all, there is a wall in front of you."

Lenin confidently replied: "The wall is tottering; you only have to push it for it to fall over."

Begitulah optimisnya Lenin akan keberjayaan dalam perjuangannya.

Setelah dibuang, Lenin masih meneruskan pembelajarannya dalam bidang perundangan secara bebas. Akhirnya, beliau menerima ijazah kelas pertama dalam bidang perundangan dari University of Saint Petersburg.

Inilah semangat yang harus dicontohi para pelajar muslim di seluruh pelusuk alam, dalam kesibukan belajar, Lenin masih lagi sempat menggunakan masa luar akademiknya untuk memperjuangkan apa yang diimaninya. Mahasiswa pada hari ini kebanyakannya adalah mandul dari sudut fikrah Islami, mereka lebih senang duduk didalam kepompong ‘hedonism’ mereka diluar waktu akademik dari memperdalamkan kefahaman islam mereka dan memperjuangkannya.

Terdapat sesetengah dari mahasiswa hari ini memberikan alasan bahawa mereka tidak mahu terlibat dalam usrah dan tarbiyyah kerana tidak mempunyai masa dan lebih senang untuk menumpukan pelajaran semata. Namun, lihat saja Lenin, beliau masih mampu memperoleh 1st class degree disebalik kesibukannya. Mungkin, pada pemerhatian saya, mahasiswa pada hari ini sebenarnya lebih banyak menghabiskan masa untuk hiburan berbanding pelajaran dan kesuntukan masa mereka hanyalah alasan atas kemalasan mereka sebenarnya.

‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’

Full Time revolutioner


Tamatnya zaman pengajian, Lenin memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam di Port of Samara. Walaubagaimanapun, Lenin tidak pernah menjiwai sepenuhnya kerjayanya sebagai peguam, ini menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke St. Petersburg pada tahun 1893 walaupun hanya baru 3 tahun berkhidmat sebagai peguam.

Di St. Petersburg, Lenin mengabdikan sepenuh masanya untuk perjuangan revolusinya. Beliau menyebarkan idea-idea revolusinya melalui League of Struggle for the Emancipation of the Working Class yang diasaskan bersama 2 orang rakan sefikrahnya. Beliau juga mula menjalinkan hubungan dengan gerakan luar Negara, bermula dengan Liberation of Labour group yang berpangkalan di Switzerland.

Bimbang pengaruhnya yang kian berkembang dan suara-suara revolusi yang mula bising, kerajaan Tsar akhirnya menahan Lenin pada tahun 1896 atas alasan ‘merancang untuk menggulingkan Tsar Alexender 3. Lenin pada mulanya dipenjara selama 14 bulan di penjara St. Petersburg tetapi kemudiannya diberi arahan buang daerah ke Siberia selama 3 tahun.

Tempoh 3 tahun Lenin di Siberia bukanlah tempohnya untuk beruzlah. Sebaliknya, beliau berhasil menulis 30 buah buku mengenai dasar perjuangannya.

Tamat tempoh pembuangannya pada tahun 1990, Lenin tidak futur atau menyerah kalah. Beliau bertambah aktif dengan merentasi Russia dan Eropah untuk menyebarkan ideanya dan bertemu rakan-rakan sefikrahnya. Beliau akhirnya menetap di Zurich dan berkhidmat sebagai pensyarah di Geneva University dan menerbitkan suratkhabar ‘iskra’ bersama beberapa rakannya yang lain.

Iskra akhirnya berhasil menjadi lidah rasmi bagi Social Democratic Labour Party, satu persatuan gabungan semua persatuan-persatuan socialist yang bermatlamat untuk menggulingkan pemerintahan autokrasi di Russia.

Pada tahun 1902, Lenin menerbit dan mengedarkan risalah ‘what is to be done?” yang mengkritik keras cara pengendalian system ahli parti dilaksanakan. Walaubagaimanapun, cadangannya ditentang hebat rakan lamanya, Jues Martov. Krisis diantara dua activist ini menyebabkan parti mengadakan undian untuk mengetahui idea siapa yang sepatutnya dituruti.

Akhirnya Lenin menang dengan undian 28-23, dan menubuhkan haluannya sendiri dengan nama ‘Bolsheviks’ manakala mereka yang setia dengan Martov menamakan mereka ‘Mensheviks’. Diantara pengikut setia Lenin didalam Bolsheviks adalah Joseph Stalin, penggantinya dalam memimpin Soviet Union.


“Jika takut akan risiko jangan bicara soal perjuangan” – DS Anwar Ibrahim

”Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?” dan Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

Seperti ianya satu janji bahawa mereka-mereka yang beriman itu pasti kan diuji, begitulah sunnah berjuang. Untuk Lenin, beliau diuji dengan ujian yang sangat berat, namun ujian itu tidak pernah mendetikkan kedalam hati beliau satu perasaan untuk berundur dan menyerah kalah, begitulah apa juga yang kita dapat saksikan pada sejarah perjuangan rasul-rasul yang mulia dan para sahabat yang diredhai Allah. Mereka semua diuji dengan pelbagai ujian namun segala macam ujian itu tidaklah melemahkan iman mereka malah menyemarakkan lagi semangat mereka dalam gerakkerja da’wah ini.

‘Demi Allah, wahai pamanku seandainya mereka bisa meletakkan matahari di tangan kananku dan rembulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan dakwah ini. Niscaya tidak akan aku tinggalkan urusan ini sampai Allah SWT. memenangkan dakwah ini atau semuanya akan binasa’. Rasulullah s.a.w kepada abu Thalib

"Dan jika kamu berpaling, niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak seperti kamu (ini)." (Muhammad: 38)

Lennin adalah contoh tepat akan model ‘hamasah’ seorang pemuda yang diimpikan Hassan al-Banna .Kita dapat melihat bahawa Lenin secara jelas adalah seorang yang kuat cita-citanya dan kemahuannya dalam menjayakan revolusi kepada Russia. Beliau berjuang bermati-matian dan tidak pernah berhenti dalam menegakkan fikrah komunis di dalam masyarakat yang tertindas.

Begitu jugalah kita, seharusnya. Jutaan masalah yang menimpa dunia pada hari ini hanyalah disebabkan tidak tertegaknya Islam pada qalbi setiap individu-individu dan tidak terlaksananya Islam secara sebuah system seperti selayaknya. Qadayah ummah kini sepatutnya dijadikan motivasi untuk ikhwah-ikhwah bergerak dengan lebih aktif dan menjauhkan sifat bermalas-malasan. Bayangkan sekiranya setiap dari kita bekerja seperti Lenin berkerja. Nescaya cita-cita ustazyatul a’lam kita pasti kan terlaksana!

Baitul komunism

Semasa didalam buangan di Siberia, Lenin mengahwini Nadezhda Krupskaya, seorang wanita yang dikenalinya dan telahpun berjuang bersamanya dibawah bumbung League of Struggle for the Emancipation of the Working Class.

Selepas perkahwinannya, Nadezhda banyak membantu Lenin dalam penulisan-penulisannya di Siberia. Beliau juga banyak menterjemah pelbagai jurnal socialist dari bahasa Inggeris ke bahasa Russia.

Selepas tempoh pembuangan, Nadezhda menjadi pendamping setia Lenin ketika beliau menyebarkan fahamannya ke sekeliling Russia dan eropah. Nadezhda juga menjadi penyokong terawal semasa Lenin menubuhkan factionnya sendiri ‘bolsheviks’.

Selepas kematian Lenin, Nadezhda masih memperjuangkan fikrah komunismenya sehinggalah kematiannya.

“Behind every great man there's a great woman”-anonymous

Sangat penting untuk seorang pembawa panji-panji da’wah itu untuk memilih pasangan hidupnya yang mampu melestarikan cita-cita dakwahnya. Perkahwinan di dalam Islam itu bukanlah sekadar untuk memenuhi keperluan biologi seorang manusia, malah keperluan psikologinya juga. Justeru, carilah mereka-mereka yang mampu mengangkat anda di saat futur, mereka yang mampu mencukupkan lompong-lompong didalam ilmu anda, memperbaikkan akhlak anda dan mampu memahami kesibukan urusan dakwah anda.

Mana mungkin kita mampu mencapai tangga ustazyatul a’lam andai kiranya ditangga kedua pun kita sudah kecundang. Oleh itu, seharusnya perkahwinan itu akan bertindak sebagai ‘booster’ bagi da’wah dan bukannya merencatkan perjalanan dakwah seorang ikhwah itu.

“Barangsiapa membuat sunnah yang baik di dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang setelahnya yang mengamalkannya tanpa mengurangi sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Dan barangsiapa membuat sunnah yang buruk di dalam Islam, maka baginya dosanya dan dosa orang setelahnya yang mengamalkannya tanpa mengurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka.”HR. Muslim

Juga perlu ditekankan, hasil dari baitul muslim yang diberkati itu, akan lahirlah rijal-rijal yang akan mendokong agama ini dan mengangkatnya ke tempat yang selayaknya. Dengan itu, mana mungkin mereka yang tidak ditarbiyyah mampu mentarbiyyah anak-anak ini untuk menjadi seorang mujahid ?. Bayangkan, berkat dari sulbi kita lahirnya pejuang-pejuang agama ini, nescaya, pahala itu tidak akan putus-putus dialirkan kepada kita selagimana tradisi baitul muslim itu diteruskan anak cucu kita. Allahuakbar!.

Negara Ideologi Komunist / Kejayaan Revolusi


Tsar Nicholas 2, Tsar terakhir Russia

Selepas ‘Ferbruary Revolution’ yang dilancarkan bersempena untuk menggesa Tsar Nicholas 2 untuk turun dari takhtanya, Lenin mengambil keputusan untuk pulang ke Russia dengan harapan dapat memainkan peranan yang lebih penting dan berkesan dalam proses revolusi. Walaubagaimanpun, beliau menghadapi kesukaran memandangkan beliau sedang diburu oleh kerajaan Russia ketika itu, dan usahanya untuk masuk semula ke Russia secara sah adalah mustahil.

Menteri Luar German ketika itu beranggapan sekiranya Lenin berjaya masuk ke Russia, harapan untuk mengakhiri perang di perbatasan timur adalah cerah, dengan itu, beliau menyediakan keretapi khas untuk menghantar Lenin dan 27 orang ahli Bolsheviks lain ke Petrograd.

Sampainya beliau ke Petrograd, beliau mengkritik ahli-ahli Bolsheviks yang masih berkhidmat dengan kerajaan dengan gelaran ‘socialism betrayor’, beliau mengatakan adalah lebih patut sekiranya semua ahli Bolsheviks untuk menyampaikan idea revolusi secara terang-terangan kepada masyarakat. Lenin juga menggesa supaya kaum tani me’rampas’ tanah dari tuan-tuan tanah yang kaya dan menggesa pekerja-pekerja kilang untuk ‘mengambilalih’ kilang-kilang dari pemilik secara paksa.

Pengaruh Lenin kemudiannya tersebar ke dalam minda tentera-tentera Russia ketika itu, akhirnya, pada muslim luruh 1917, kira-kira 2 juta orang tentera Russia meninggalkan medan perang dan pulang ke kampung halaman masing-masing dan menggunakan senjata mereka untuk membunuh tuan-tuan tanah dan kaum-kaum capitalist.

Kerajaan ketika itu mulai sedar, bahawa Bolshevikslah ancaman sebenar kepada Russia dan bukanlah German, akhirnya, kerajaan Russia ketika itu mengisytiharkan perang secara terbuka kepada Bolsheviks. Pengikut Bolsheviks mengambil reaksi pantas dengan merekrut 25,000 orang tentera untuk mempertahankan kubu Bolsheviks di Petrograd hanya dalam masa beberapa hari.

Kemuncaknya, pada 24 October 1917, Lenin mengeluarkan arahan supaya istana, stesyen keretapi, bank pusat dan semua struktur-stuktur penting lain diambil alih oleh Bolsheviks. Keesokannya, Winter Palace diambil alih red army (tentera Bolsheviks) dengan hanya menerima sedikit tentangan dari tentera kerajaan, kesemua menteri cabinet ditangkap dan sejarah menamakan hari ini sebagai ‘October Revolution’.

Pada 26 October 1917, All-Russian Congress of Soviets bersidang dan memberikan sepenuhkuasa kepada Soviet Council of People's Commissars untuk mentadbir. Vladimir Lenin dilantik sebagai Chairman of the state dan portfolio lain dipegang oleh Leon Trotsky (Foreign Affairs) Alexei Rykov (Internal Affairs), Anatoli Lunacharsky (Education), Alexandra Kollontai (Social Welfare), Felix Dzerzhinsky (Internal Affairs), Joseph Stalin (Nationalities), Peter Stuchka (Justice) dan Vladimir Antonov-Ovseenko (War).

Sebagai chairman of the Council of People's Commissars, Lenin menghapuskan pemilikan tanah secara persendirian dan mengagihkannya kepada kaum tani. Bank-Bank dipindahmilik supaya menjadi milik Negara dan kilang-kilang diberi kawal selia kepada perkerja. Atas jasa beliau, Petrograd akhirnya ditukarkan namanya kepada Leningrad.

Ali-Imran:190-191

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka

Ikhwah dan akhwat, ambillah ibrah dalam kejayaan Lenin ini supaya kita pada akhirnya berhasil membumikan matlamat dakwah dan tarbiyyah kita ini kepada masyarakat dan merubahnya kepada Islamik sepenuhnya (kaffah). Sebagai penutup, ingin saya sambungkan ciri-ciri seorang pemuda yand diutarakan asy-syahid Imam Hassan Al-Banna di dalam risalah ‘Wahai Pemuda’ dengan ciri-ciri yang ditonjolkan Lenin dalam perjuangannya

“Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.”

1. Iman yang mendalam

Bagaimana Lenin tidak pernah luntur imannya walau setitik bahawa hanya dengan system komunislah, hak-hak rakyat akan terbela dan masa depan Russia akan lebih terjamin. Walau dengan segala tribulasi sepanjang hayatnya (kematian abangnya, dipenjara, dibuang daerah, dll) beliau masih mempertahankan keyakinannya yang hanya disandarkan pada idea Karl Marx.

Bagaimana keyakinan kita dengan Qalam Allah ? Mengapa tidak kita perjuangkan sebagaiman Lenin memperjuangkan ‘Das Kapital’ ?

2. Semangat yang berkobar-kobar

1887 sehinggalah 1917 bukanlah satu jangkamasa yang singkat, bagi mereka yang lemah semangat, sudah tentu ditinggalkan sahaja perjuangan yang tidak berkesudahan dan sukar itu. Namun, ternyata Lenin bukan sahaja mampu mengekalkan hamasah beliau, malah turut mampu menaikkan semangat berjuta-juta pemuda lain untuk menyertai beliau dalam idea revolusinya.

3. Amal/gerakkerja yang berterusan

Tiada sesuatu pun peristiwa di sepanjang hidup Lenin yang menyebabkan beliau berhenti atau berehat sebentar dari perjuangannya. Walau dimana sahaja beliau berada, beliau tetap dengan matlamat perjuangannya, menegakkan komunism sebagai sebuah system.

4. Ikhlas

Seandainya Lenin tidak ikhlas, sudah tentulah beliau telah lama menerima tawaran dari kerajaan Tsar untuk menghentikan perjuangan revolusinya dan bersekongkol dengan pihak pemerintahan Russia ketika itu. Namun, Lenin ternyata jelas dan teguh akan apakah sebenarnya yang mahu dicapai di dalam hidupnya dan tidak mengendahkan sebarang tawaran kesenangan dunia dari pihak pemerintah.

Wallahua’lam

psss-panjang macam thesis final year project la plak

Monday, December 28, 2009

28.12.09 : Genap Setahun Serangan Israel keatas Semenanjung Gaza

28.12.09 : Genap Setahun Serangan Israel keatas Semenanjung Gaza


Semalam, masihkah antum ingat apa yang berlaku setahun yang lalu ? Dimana kebiadaban Israel menceroboh jalur Gaza dengan seluruh kekuatannya dengan alasan menghentikan serangan-serangan roket Hamas yang akhirnya, seluruh Gaza menjadi padang jarak padang terkukur.

Sungguh bodoh alasan zionist itu kerna akhirnya,
Hospital yang dibomb,
Lori bekalan kemanusiaan yang dibedil,
Sekolah UN yang dicurahkan dengan bomb fosforus,
kanak-kanak yang menjadi korban,

Bacul, sungguh bacul kelompok manusia itu. Membedil sewenang-wenangnya dari awan sana dan bersembunyi di bedalam tank-tank mereka sambil menekan punat-punat bedilan tanpa mengenal mangsa. Akhirnya, lebih 1000 jiwa tidak berdosa diragut tentera-tentera negara haram itu!.

Dan ingatkah kita, tangisan kita, kemarahan kita, yang muncul secara spontan atas fitrah kemanusiaan kita. yang kita salurkan dengan peluh keringat kita berdemonstrasi, juga dengan membanting tulang menganjurkan program-program kesedaran dan kutipan derma dan menahan kemahuan manusiawi kita dengan memboikot produk-produk yang menyumbang kepada zionist. Dimana semangat itu ? Dimana kesedihan itu ?

Saya tidak mahu mengulas bak professor-professor dan pemikir-pemikir yang menggesa perkara-perkara yang besar dan idealistik. saya lebih berminat untuk menarik balik perhatian masyarakat tentang perkara realistik yang boleh dilakukan masyarakat umum amnya. dengan itu saya menampilkan satu artikel nukilan sahabat saya, rakan kongsi idealism mungkin...

Aedi asri b. Abdulllah
, Lulusan Mechanical Engineering University of Nottingham Malaysia Campus, beliau masih mengintai peluang pekerjaan yang sesuai dengan jiwa 'rebellious' beliau. Sering saya mengajukan beliau supaya menulis secara aktif, namun mungkin belum terbuka hatinya untuk berbuat demikian. Ada soalan berbangkit, sila ajukan kepada penulis di http://www.facebook.com/people/Aedi-Asri-Abdullah/1140412362

________________________________________________________

Beberapa ketika perkara ini bermain di dalam fikiran. Asalnya ingin buat bodoh. Tapi rasa yang marah tidak harus dibiarkan sekadar rasa sahaja. Lalu nota ini ditulis...

Selepas berlalunya episod Gaza (disebut episod kerana ini hanyalah lanjutan dari episod-episod yang lalu), kempen-kempen boikot tetap diteruskan, dan bagi yang memboikot, terus sahaja memboikot. Mungkin kerana serangan besar-besaran ini agak lama, berita bertali arus dan kempen yang agak berkesan, musim boikot kali ini, boleh dianggap musim yang agak panjang.

Oleh itu, semestinya ini adalah sesuatu yang bagus.

Didapati yang terjun ke dalam 'bandwagon' pun ramai. Ianya menjadi rentas agama, rentas bangsa. Ini kerana kita ini semua anak adam (atau anak beruk bagi penganut teori evolusi). Yang tertindas tetap tertindas, yang menindas tetap menindas.

Dan sesuatu yang bagus menjadi sesuatu yang dua kali bagus.

Pastinya syarikat yang diboikot tidak dapat duduk diam. Salah satunya ialah McDonald. Jualan sudah jatuh, tidak sehebat dulu.Burger dan kentang goreng tiap-tiap malam dibuang tidak terbeli. Pegawai-pegawai pemasaran dan promosi tidak duduk diam memerah otak untuk menambat semula hati pelanggan.Maka dengan otak yang terlatih dan berpengalaman, strategi pun dibuat.

Hidangan yang dahulu berharga lebih kurang rm10, dijual dengan harga lebih kurang rm5. Ini memang strategi yang tepat kerana disasarkan kepada manusia, yang memang materialistik sifatnya. Terutamanya di Malaysia, yang mana rakyatnya memang suka yang murah-murah.

(Tak percaya sila berkunjung ke gedung membeli-belah pada musim jualan murah, ramai yang membeli hanya kerana kehendak yang berlebihan, bukan keperluan)

Melalut sekejap.Hehe. Ok, sambung...

Maka berbondong-bondonglah, kalaupun tidak berduyun-duyun, rakyat Malaysia yang berkunjung ke McDonald. Semata-mata untuk burger yang sejuk, kentang goreng yang layu, dan minuman berkarbonat yang sangat manis itu.

Dan dalam bondong-bondong itu, pasti ramai juga yang dahulunya turut sama memboikot. Prinsip tinggal prinsip, kesedaran pula entah kemana. Ynag tinggal hanyalah sendawa kekenyangan. Semuanya dijual dengan (lebih kurang) 5 ringgit.

Tidak cukup dengan itu, si badut McDonald di tempat saya lebih licik otaknya. Ibarat pepatah indonesia, akal akar, dipulas tak patah. Burger-burger dibawa masuk ke dalam kampus, dan dijual terus kepada pelajar. Bagi pelajar universiti saya, yang kebanyakannya hedonis ini, tentulah peluang ini sukar dilepaskan.

Bulan sudah jatuh ke riba, quarter pounder sudah hinggap ke tangan.

Tidak perlu ditulis, jualan sangatlah laris.Mungkin semua habis dijual. Ini dapat dibuktikan dengan pelajar yang beratur panjang,kotak-kotak burger dan plastik yang bersepah di atas meja dan lantai.

Perlu juga ditulis tentang golongan yang dari mula lagi tidak memboikot.

Ada yang tidak ambil tahu, malah ada juga yang tidak kisah pun.Bagi saya, mereka hanyalah manusia yang kurang peka dengan apa yang berlaku di sekeliling. Tidak lebih dari itu.

Dan ada juga segolongan yang beralasan mereka tidak cukup kuat untuk memboikot, sudah sebati dengan produk. Bagi saya mereka penganut budaya konsumerisme sejati. Tidak berjiwa besar. Sekadar itu saja.

Dan bagi yang merasakan boikot tidak membuahkan apa-apa, mereka hanyalah orang yang tidak yakin. Sekadar itu sahaja. Mungkin mereka tidak pernah mendengar pepatah 'bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat'.

Dan semestinya mereka ini, kebanyakannya mempunyai sebab dan hujah sendiri. Dan jangan pula salah sangka. Boikot ini bukanlah perkara hitam-putih dan mereka punyai hak. Berbeza pendapat itu tidak salah.

Tapi melihat golongan yang meninggalkan kesedaran dan menjual prinsip dengan cukup murah, saya bertanya, "apa lagi yang lebih celaka daripada ini?"


Sunday, December 27, 2009

define happiness

Define Happiness.


I define happiness as ... that sense of warmth that begins at the core of the soul, spreads to the heart, and radiates outward from the eyes and lips of those who know it. The gift of happiness is elusive, but tangible. You cannot seek to find that which makes you happy for happiness comes from within and by your own choice. - Dale Reddish, Maryland, USA

Saya kira kita hidup dengan sering mencari kebahagiaan. Kebahagian yang mampu diperoleh dengan berbagai rupa. Yang pasti, setiap individu mendefinisikan kebahagiaan itu dengan perspektif yang berbeza. Justeru, kita lihat berbagai cara mereka gunakan untuk mencapai kebahagiaan.

Sering juga, para manusia itu tertipu akan kebahagiaan. Mereka kira, itulah kebahagian, mereka kira inilah kebahagiaan. Dengan itu, terkadang mereka melakukan apa sahaja demi kebahagiaan itu, meskipun terkadang ianya diluar penilaian rasional dan terkadang jelas melanggar batas-batas yang ditetapkan Allah Azzajawalla. Dan, andainya kebahagiaan kemuncak mereka direntap, mereka lebih sanggup untuk mati dari hidup didalam dunia tanpa ‘kebahagiaan’.

Disinilah pentingnya kita muslim mempunyai kemahiran untuk membezakan yang manakah kebahagiaan yang muncul dari iman dan kebahagiaan yang muncul dari nafsu. Mata hati kita sebenarnya mampu berkata-kata andai kita selaminya dengan penuh keimanan dan petunjuk wahyu. Namun, sering manusia menilainya dengan neraca nafsu semata.

Justeru kita lihat, Juliet membunuh diri apabila Romeo, kebahagiaannya direntap darinya

Justeru kita lihat, Kurt Cobain membunuh diri apabila karier muziknya tidak memberikan kebahagiaan seperti yang diimpikannya

Justeru kita lihat, Layne Staley sanggup mati dalam kebahagiaan khayalan dadah hasil neraca nafsunya

Justeru kita lihat, Christopher Foster, seorang millionaire, membunuh diri apabila syarikat yang menjadi sumber kekayaannya jatuh bankrupt

Sungguh unik alam ciptaan Allah ini, penuh kepelbagaian ragam sang manusia…

Dan dalam konteks masyarakat kita hari ini, terlalu banyak cara mereka-mereka menggarap kebahagiaan.

Ada yang merasakan dengan ber’couple’ itulah mereka bisa bahagia

Ada yang merasakan dengan mengumpul duit sebanyak-banyaknya mereka bisa bahagia

Ada yang merasakan dengan menjadi glamour dan ramai peminat mereka bisa bahagia

Ada yang merasakan dengan menaiki kereta yang hebat dan cool mereka bisa bahagia

Ada yang merasakan dengan mengunjungi kelab-kelab malam mereka kan bisa bahagia

Ada yang merasakan dengan memiliki rumah sebesar istana Sultan Brunei itulah mereka kan bahagia

Benar, perkara-perkara itu adalah kebahagiaan, persoalannya, adakah ianya kebahagiaan yang hakiki atau kebahagiaan yang menipu dari neraca nafsu ?

Dan sesungguhnya Kami jadikan isi Neraka Jahannam kebanyakan jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lalai. ( Al A’raf 179)

Mungkin sekali seorang muslim itu sangat patut berkongsikan kebahagiaan kemuncaknya didunia…

Dengan gerbang pernikahan ?

Dengan majlis graduasi ?

Dengan karier mantap ?

Dengan kereta idaman ?

Saya tidak tahu, namun mungkin kata-kata Hassan Al-Banna ini boleh dijadikan renungan,

"Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba ridha Tuhannya."

Dan mungkin, kata-kata Denis Waitley ini juga patut kita renungkan,

"Happiness cannot be travelled to, owned, earned, worn or consumed. Happiness is the spiritual experience of living every minute with love, grace, and gratitude."

Namun,

Sehebat mana pun kebahagiaan itu….

Sehebat manakah jika dibandingkan kebahagiaan yang wujud dikala sujudnya kita pada rabb kecintaan kita dikala malam sunyi dimana kita menangisis segala dosa kita dan segala keterbatasan kita ? Dimana kita terlepas dari sebarang keterikatan dunia dan hanya berkhalwat dengan ilah kecintaan kita semata.

Saya pasti ikhwah semua tahu apa yang saya katakan. Betapa manisnya kebahagiaan itu yang tidak mampu kita luahkan dengan kata-kata

Satu kebahagiaan yang menyebabkan para sahabat thabat di jalanNya walau dengan segala mehnah dan seksaan

Satu kebahagiaan yang Rasulullah katakan ‘bisa membikin iri hati pada kaisar-kaisar dan kisra-kisra’

Itulah kebahagiaan hakiki.

Dan, saya tidak berhenti disini

Sehebat manakah lagi, jika dibandingkan dengan kebahagiaan melihat wajah rabb dan ilah kecintaan kita di akhirat kelak. Apabila hijab itu dibuka dan kita biasa melihat wajahNya yang sudah kita tunggu-tunggu dan rindui sejak sekian lama di dunia fana ini. Apabila kita melihat wajah kekasih kita melindungi kita dari segala bahaya dunia, yang melimpahkan rahmat dan rezeki tikamana kita didunia, yang kita sering menyengkang mata untuk berkhalwat dengannya

Yang memilih jiwa-jiwa kita untuk berada disyurga.

Dan, Yang menciptakan perasaan bahagia di hati manusia.

Tika itu, berbahagialah kafilah orang-orang yang beriman

Kerna itulah, kebahagiaan hakiki yang bias dimiliki seorang hamba!.

Kebahagiaan infiniti dari Sang pencipta bahagia.

An-Naba’ , 31-36

31 Sesungguhnya bagi orang bertakwa (takut akan Allah, dengan melakukan seala yang di suruh dan meninggal segala yang dilarang) ada tempat kemenangan (pasti ia akan mendapat tempat yang senang gembira dan bahagia.)

32 (Iaitu) taman-taman dan kebun-kebun anggur (dan berbagai pohon yang digemari dan terasa lezat).

33 Dan perawan-perawan (bidadari yang berupa gadis-gadis yang semua) sebaya.

34 Dan piala (gelas-gelas minuman yang selalu) tersedia penuh (tidak berkurang).

35 Di sana pun tidak terdengar suara laghu ( yang melalaikan, keji, tidak sopan) tidak pula (perkataan yang) dusta.

36 Sebagai pembalasan dari Tuhanmu, (pemberian dari karunia-Nya) yang tiada terbatas, dan tiada hitungan.

Sila tonton video yang sangat-sangat best.



Thursday, December 17, 2009

Kesaksianku Terhadap Saudaraku

Kesaksianku Terhadap Saudaraku


KIBAR 2007, KIBAR ke-2 saya, KIBAR pertama yang disertai secara rasmi dengan meminta diskaun yuran dari mas’ul program. Disitu saya teringat, tikamana berkenalan dengan sangat sebentar dengan seseorang yang memakai cermin mata dan menyikat rambut belah tengah yang sedang sibuk menyiapkan video kenang-kenangan program. Beliau hadir lewat, dan pulang awal, tpi sbb beliau orang Notts, saya mudah ingat akan beliau. Kami hanya sempat berkenalan dan bertemu mata pada saat beliau sedang sibuk menyiapkan video program itu sahaja.

Kira-kira bulan lepas, tika di Rumah Badar. Dalam mamai2 bangun tidur selepas tidur selepas subuh. Tono dan Pian masuk ke rumah bersama seorang jejaka. Beliau tersenyum kepada saya dengan muke ceria melontarkan suaranya ‘eh Wea!’. Hmmm macam kenal die ni, sape eh ? (ish3x truk btul memory ni), lantas diperkenalkan Tono akan nama akhi itu. Ya kami pernah kenal 2 tahun lepas, Cuma namanya saja saya lupa. Beliau bertanyakan serba sedikit mengenai kehidupan saya yang kemudiaanya disambung dengan berita gembira akan walimah beliau pada 2 3 minggu akan datang. I just take it as granted memandangkan jadual weekend yang memang sudah tidak dapat dikompromikan lagi. Sangat sebentar pertemuan dengan beliau, sepertimana 2 tahun lepas. Saya harus beredar ke agenda yang lebih penting. Pertemuan kami ditutup dengan ‘eh, anta dh kerja bila lagi Wea ?’ . Soalan cliché.

2 Minggu lepas, saya pulang ke Kuantan, menunaikan hak keluarga. Entah mengapa ketika melihat berita itu saya tersentak, terlintas di fikiran ‘eh, macam ikhwah!’ walaupun tidak dipaparkan muka mangsa. Lantas, saya mengambil laptop dan meng’log in’ kan diri kedalam akaun facebook. Innalillahiwainna’ilaihiraji’un….memang benar, seorang ikhwah telah meninggalkan kita tikamana semangatnya masih meluap-luap dalam usaha mentarbiyyah umat ini dan lebih-lebih lagi, baru beberapa ketika selepas beliau merealisasikan sunnah yang sangat-sangat dituntut Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah, Allahyarham Arif meninggalkan kita tikamana beliau masih thabat dan istiqamah di dalam sunnah Rasulullah yg terbesar ini. Alhamdulillah, semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang saleh dan diberikan ganjaran syurga di negeri sana.

Bagaimana Kita ?

Mungkinkah kita akan mengakhiri hayat ini bersama kafilah orang-orang saleh ini ? Mungkinkah selamanya kita akan thabat dan istiqamah ? atau mungkin satu hari nanti kita akan menyertai mereka-mereka yang berguguran ? Sentiasalah berdoa kepadaNya supaya kita kan mengakhiri hayat ini di jalan da’wah dan tarbiyyah ini insyaAllah. Sesungguhnya Allah sahajalah yang memilih tentera-tenteranya.

“Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).” – Saidina Ali Karramallahuwajhah

"Aku khabarkan padamu ciri-ciri orang mukmin. Apabila maut menjelang, terukir senyuman pada bibir mereka" - Sir Muhammad Iqbal

"Kematian itu samada dibunuh atau kerana penyakit adalah perkara sama, kita semua menunggu hari terakhir hidup kita, tiada yang berbeza samada ditembak Apache atau sakit jantung..saya memilih ditembak dengan Apache" - Asy-Syahid Dr.Abd Aziz Ar-Rantisi


Doakan saya mendapat syahid dijalan Allah s.w.t

"Hidup mulia atau mati syahid"