Monday, October 12, 2009

Travel is Dangerous - MOGWAI

Travel is Dangerous - MOGWAI



“Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan”

Itulah kata-kata orang tua kita, yang sering kita gunakan di dalam menulis karangan kita ketika sekolah rendah dahulu.

Ya, Saya memang seorang yang kuat berjalan dan suka berjalan. Bukan setakat itu, keluarga saya memang sebuah keluarga yang tidak tahu bagaimana untuk menghabiskan waktu cuti dirumah. Ada saja plan yang kami atur untuk kami sekeluarga menjelajah di pelusuk bumi Malaysia. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang tidak membosankan ini.

Mungkin entry ini menceritakan sedikit pengalaman terpilih yang diharapkan berguna untuk kita semua


University Islam Yala, Wilayah Pattani, Selatan Thailand

Trip ini saya ikuti sebagai wakil WAMY Malaysia untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan saudara-saudara kita yang terjajah di atas sana.

Paling menarik adalah, mereka-mereka ini mempunyai raut wajah yang sama seperti kita semua, bercakap menggunakan dialek melayu Kelantan dan sesetangahnya melayu utara, berpakaian seperti kita dan paling penting seagama dengan kita.

Kita sering merasakan mereka terlalu jauh dengan kita, seperti mereka ini adalah sangat asing dengan kita, walhal mereka teramat sama dengan kita. Kita hanya dipisahkan oleh garisan-garisan yang sangat halus yang telah dilakar penjajah di atas peta dunia pada era post kolonialisme. Ternyata kita telah tertipu dengan garisan-garisan halus ini.

Detik bergolaknya wilayah pattani antara umat Islam dan pihak tentera, tidak ramai yang ambil peduli. Sepertinya ia adalah ‘just another conflict’, sedarlah sahabatku mereka ini terlalu sama dengan kita. Tiada bezanya dari sudut akar keturunan, agama, bahasa, raut muka, makanan dan perwatakan.


Stansted Airport, London

Ini antara pengalaman paling berharga saya. Sering orang menyatakan bahwa ‘mat saleh’ ini kuat membaca. BENAR! Mereka memang kuat membaca, boleh saya katakana bahawa 80% dari mereka di airport ini memiliki buku-buku di tangan mereka tidak kiralah teks-teks ilmiah, majalah-majalah ataupun novel-novel fiksyen. Sangat kontradik dengan keadaan kita di Malaysia yang peratus pembacaannya sangatlah rendah

Ilmu itu cahaya, ilmu itu wahyu pertama. Iqra’ bismi rabbikallazi khalaq


Pembukaan Malaysia International Book Fair 2009, PWTC, Kuala Lumpur

Disebalik sangkaan saya dan statistic yang menunjukkan rakyat Malaysia kurang membaca, saya sangat terkejut dengan jumlah kehadiran warga Malaysia ke pesta buku tahun ini. Keadaan di PWTC tersangat pack dan dipenuhi ribuan manusia. Tetapi, boleh dikatakan lebih 50% pengunjungnya adalah terdiri dari mereka yang mencari buku-buku agama (apabila saya meneliti pakaian mereka) dan tahap kunjungan ke stall-stall buku agama adalah lebih meriah berbanding stall-stall novel cinta dan bahan bacaan lain.

Begitulah, orang yang belajar ilmu agama ini normanya akan tidak pernah berasa puas akan ilmu di dada, mereka akan senantiasa mencari, mencari, mencari dan mencari…

Benarlah kata bekas murabbi saya, ‘orang tarbiyyah ni akan suke kumpul buku, kadang-kadang mereka xbaca pun’ huhu~

Ironinya, tiada yang berpakaian seksi dan menjolok mata pada pesta buku ini, hmmmmm~


Annual Meeting Uptrend 2009, Dewan Merdeka, PWTC

Saya memang tidak pernah berminat walau sedikitpun untuk menyertai perniagaan multi-level marketing. Namun, kali ini saya ‘dipancing’ sahabat saya yang telah lama tidak bersua muka dengan saya. Dari Kelantan beliau ke ibu kota katanya untuk menemui saya. Tanpa ragu saya meluangkan sedikit masa walaupun dalam kesibukan FYP.

Smpainya di sana, saya di jemput beliau untuk meyertainya di dalam dewan, aduhhh, terkena l

agi aku! Xpela…alang-alang dh lama xjumpa, layan jela

Di dalam dewan, peserta perniagaan ini sangat bersemangat dan bermotivasi dalam mendengar ceramah dari penceramah yang diundang khas. Mereka melaungkan dan mengulangi apa sahaja slogan-slogan syarikat dengan penuh semangat, sehingga bergegar dewan. Gahnya!.

Paling menarik, apabila si penceramah menyatakan kesudian mana-mana peserta untuk memberikan RM100 sebagai yuran penyertaan Annual meeting tahun depan, berpuluh-puluh orang berlari menerpa ke pentas untuk menyampaikan sumbangan ‘ikhlas’

Saya terfikir, bagaimana mereka boleh melakukan program sebegini sedangkan kita (jemaah gajah) tidak ? Kalaulah RM100 itu mereka bersemangat untuk menginfakkan untuk saudara-saudara kita di Palestin atau untuk gerakkerja da’wah dan Kalaulah KONSIS Nasional dihadiri peserta seramai ini dan bersemangat sebegini, mesti best kan…huhu~


Rumah Terbuka Aidilfitri 2006, Parti Keadilan Nasional Caw. Semenyih, Semenyih

Saya mengenali Anwar Ibrahim dengan lebih dekat ketika umur saya 11 tahun, pasca reformasi berkumandang di seluruh pelusuk tanah air. Berbagai-bagai kehebatan DSAI dicanangkan kepada saya pada waktu tersebut dan atas inisiatif saya sendiri, berbagai bahan mengenai DSAI saya kaji.

8 tahun kemudian, DSAI bebas dari penjara dan memulakan karier politiknya semula, kehadiran beliau ke Semenyih bukanlah sesuatu yang boleh dilepaskan. Saya mahu mengenali DSAI dengan lebih dekat. Justeru beberapa kawan di ‘DF’ untuk menemani ke majlis tersebut.Ternyata, majlis tersebut membuka luas mata saya akan kehebatan DSAI yang sebenar. Beliau bukan sahaja mampu berucap dihadapan berbagai latar kaum malah kerapkali memetik ayat-ayat dari kalamullah yang dilafazkan secara lancer. Saya mula kagum akan beliau dan saya mahu menjadi orator seperti beliau.

2 tahun kemudian, saya mula pening akan apakah agenda DSAI yang sebenarnya. Namun, ternyata saya bukanlah ‘naturally born orator’ huhuhu~


Service Skola, TATRA a.s, Koprivnice, Ceska Republik

Mael : Daniel, do you travel frequently ?

Daniel : No, because I have small children. I used to travel a lot before

Shazwan: How many children do u have ?

Daniel: just 1

Shazwan: n u r planning for ?

Daniel: hmmm, I think just 2, well the average birthrate of Czech is just 1.2

Shazwan: Wahhh, then how ur civilization will survive ?

Daniel: well, indeed, some other Europe country have lower birthrate such as German and Spain. There is no chance for European Civilization or Christian Civilization to survive in the future. The muslim will superseded us. But, life must go on

Shazwan: Then, why u r not planning to have more babies? Usually in Malaysia, we have 5 children in a family

Daniel: I’m very inform about that. But, I’m more comfortable like this.

Shazwan: do u read Huntington ?

Daniel: wut is dat ? nvr heard of…


Ceramah Agama Tuan Guru Nik Aziz, Bandar Kota Bharu, Kelantan

bagi mereka yang tinggal di bandar KB, ceramah Tuan Guru Nik Aziz di tengah-tengah bandar pada setiap hari Jumaat bukanlah sesuatu yang asing.

Saya berkesempatan beberapa kali untuk menghadiri ceramah pada pagi Jumaat ini. Sesak bandar Kota Bharu dibuatnya akibat sambutan hangat yang diberikan warga Kelantan.

Apa yang menyedihkan, teramat susah untuk saya melihat warga muda menghadirinya. Rata-rata yang hadir adalah golongan 40-an ke atas. Terdapat di kalangan hadirin adalah mak cik tua yang bertongkat dan datang dengan menaiki bas dan pak cik tua yg sudah bongkok yang masih lagi bersemangat menghadiri majlis ilmu. Jadi dimanakah pemuda-pemuda yang sihat ini ? Kemanakah tenaga-tenaga mereka diarahkan ?


Perhimpunan ISMA Kelantan 2006, Pantai Melawi Bachok

Ikhwah UK Eire: 0

ISMA Kelantan: 4

Ye, org ISMA memang pandai maen bola


Begitulah ceritanya~

wut the story morning glory ?

TO BE CONTINUED~

6 comments:

Abu Khalid said...

Tengok tu Wea, kan ana cakap..
Boleh je nak tulih blog kat negara orang tu...

Hanya kehendak yang menentukan
Dan iman sebagai perisai

Jangan lupa bawa balik syiling ana (intention asal)

Hussaini said...

HEHE

Cantek gambar kita kat Yala tu,
Dalam kesejukan di pagi hari.

Tapi sayang,
Ana tengah bersin waktu gambar diambil..
Tak senonoh betulll..
Yg nta upload gambar ni mengapa?

Hilang tsiqah ana terhadap diri sendiri

:) Smiley

wea said...

cantek...berkabus

ni blog ana...atas ana la upload gambar mane hahaha..nnti anta upload la gambar yg anta nk dalam blog anta

Abu Khalid said...

Ada kias-kias keengkaran di sana, untuk merubah permandangan sumbang, di atas kesumbingan blog ini,

wea said...

let it be the space for me to express wut is inside me....

Abu Khalid said...

:)