Monday, October 12, 2009

TRAGEDY HITAM 12 OKTOBER

TRAGEDY HITAM 12 OKTOBER


“When law and morality contradict each other, the citizen has the cruel alternative of either losing his moral sense or losing his respect for the law.” Frederic Bastiat

Saya masih lagi pening dan runsing akan bagaimanakah seorang yang jelas melakukan kesalahan rasuah di dalam sebuah parti di angkat sebagai wakil rakyat dan pemimpin dalam pilihanraya Bagan Pinang semalam. Rasuah dalam UMNO bukanlah sesuatu yang pelik dan unik malah ianya telah menjadi adab dan norma parti itu, itu bukan kata saya, ini kenyataan Presiden, Timbalan Presiden dan tokoh-tokoh Umno sendiri dalam media perdana mereka. Malah kemenangan Khairy Jamaluddin sendiri sebagai ketua pemuda UMNO diraikan dengan pekikan “Khairy Rasuah” di dalam PWTC oleh ahli-ahli UMNO. Jadi pembuktian kesalahan rasuah Isa Samad oleh Majlis Disiplin UMNO jelas menunjukkan bahawa rasuah yang telah dilakukan Isa Samad ini terlalu besar dan terlalu sukar untuk disorok berbanding kes-kes lain.

Apa yang teramat merunsingkan, pemilihan pemimpin pada mana-mana situasi akan melambangkan pola pemikiran masyarakat yang memilih pemimpin tersebut. Dalam kes Bagan Pinang, penduduk tanpa segan silu memberikan kemenangan besar kepada Isa Samad yang telah terbukti secara jelas melakukan kesalahan rasuah. Indikator yang disalurkan melalui undian mereka menunjukkan bahawa sebenarnya rakyat tidak kisah akan amalan politik wang yang dilakukan dalam Negara kita dan ianya merupakan norma dalam kepimpinan. Usaha-usaha membanteras rasuah dianggap retorik semata-mata dan hanyalah form-over-substance. Yang penting mereka senang dan pemimpin senang, hukum-hukum Allah dan adab-adab moral diketepikan

“Everybody deserve a second chance”

Itulah slogan yang dilaung-laungkan, dimain-mainkan mereka. Benar setiap orang perlu diberi peluang kedua, tetapi tidak di dalam kes kepimpinan. Islam mengajar kita untuk menjadi sangat memilih dan ketat dalam memilih seseorang pemimpin. Pemimpin atau khalifah adalah lambang kepada penerusan system pemerintahan Rasulullah s.a.w dan wakil Allah di muka bumi ini. Ciri-ciri pemimpin yang diperlukan untuk memerintah adalah adil, bertaqwa, berilmu, dan banyak lagi. Jadi bagaimana orang yang pernah disabitkan atas kesalahan rasuah boleh diberi ‘second chance’ di dalam kepimpinan ? Imam asy-Syafi’e sendiri tidak meriwayatkan hadith dari seorang yang mengolok-olokkan member makanan kepada binatang ternakannya, inikan lagi di dalam kes memilih pemimpin.

Renungkan kata-kata umar Abd Aziz ini

" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."

Lebih parah, mari kita lihat kehadapan. Pola kepimpinan tertinggi negara kita biasanya akan diwarisi dikalangan para orang-orang atasan UMNO, Presiden diturunkan kepada naib presiden dan seterusnya kepada timbalan presiden. Pemilihan UMNO yang lepas menyaksikan Isa Samad dipilih oleh ahli UMNO untuk menduduki jawatan kanan parti itu yang menyaksikan beliau berpeluang untuk menggantikan Najib Tun Razak pada masa akan datang. Jadi, bayangkan tampuk pemerintahan Negara kelak akan di pegang oleh orang yang pernah memiliki rekod rasuah ini.

Malaysia oh Malaysia…

Lose Today’s war not the battle of corruption – Tengku Razaleigh Hamzah, UMNO MP of Gua Musang

· Corruption Perception Index – 66th

· Bribe Payer’s Index (asia Pacific) – 25th

Bagaimana dengan kes VK Lingam, PKFZ dan dua adun lompat parti di Perak ? senyaap saja….

0 comments: