Thursday, October 22, 2009

antara himmah dan futur

Antara Himmah dan Futur


Saya ingat zaman awal-awal saya ditajmik dahulu, begitu jelas di retina ini, sangat jelas, sejelas sinar mentari di pagi hari. Melekat umpama dipateri kuat. Dan manisnya terasa sehingga hari ini. Lebih manis dari MSG, lebih manis dari 5A UPSR, 8A PMR, 10A SPM, lebih manis dari keberjayaan menyunting hati gadis ayu. Sehingga saat saya menulis entry ini pun, saya masih tersenyum, kerna indahnya, manisnya dan hebatnya perasaan ketika itu. Perasaan tikamana hati ini dibuka seluas-luasnya, secerah-cerahnya, tikamana dunia itu kelihatan terlalu kerdil jika dibandingkan dengan akhirat, tikamana tanggungjawab misi da’wah itu kita fahami dengan kaedah jama’i, tikamana ukhwah itu bertaut dengan dasar ilallah.

“Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” (Al-A’raaf: 57)

Satu saat berakhirnya zaman sukaria kita, berakhirnya zaman ‘pemanjaan’ kita, zaman ukhwah fillah yang bertaut hanya di program-program hujung minggu kita perlu dijelmakan dalam bentuk amal, kita mula terkesima…..bila tanggungjawab berat itu dipikulkan pada kita, terasa beratnya sehingga hampir kita mengalah. Benda yang sebelumnya dihamburkan kepada kita dalam bentuk teori, perlu dilaksanakan di alam reality.

”Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?” dan Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

‘Buat atau baik xyah hadir usrah minggu depan’ - Mufias

Hampir mengalah. Bukan kerna rindukan jahiliyyah, bukan kerna futur…tpi kerna kecilnya modal kita, ceteknya pengalaman kita, kurang lancarnya lisan kita, ditambah pula dengan keyakinan yang belum terbina dan sukarnya memadamkan titik hitam jahiliyyah kita. Dan tanggungjawab yang diberikan itu…bukanlah calang-calang anak melayu mampu menggalasnya…

Menembusi kubu kuat jahiliyyah dan merobohkannya dengan system usrah!

‘errr, saya xkenal sorang pn dalam pagar tu, camne nk start ?’
‘pak guard die x bagi masukla’
‘saya dah pergi, tpi budak2 outing haritu’

Seribu alasan diberi, seribu jawapan diberi murabbi kita

‘anta xleh masuk ikut pagar depan, anta gali lubang ikut bawah tanah’
‘klu xkenal, carila mane2 budak tegur, pastu ambik nombor die’
‘anta xbisu lagi kan….cakap jela pape’

Bila konflik menjelma, manusia akan menghadapinya dengan berbagai cara. Maka dalam kelompok itu, terbahagilah mereka-mereka kepada dua.

Mereka yang membulatkan tekad mereka dan menempuh angin taufan dihadapan.

Dan

Mereka yang menyerah dan berundur balik kebelakang garis mula.

Dan

Mereka yang membulatkan tekad itu mula menongkah arus dengan sedikit bekalan yang ada dan disinilah mula dirasakan betapa tingginya langit, betapa dalamnya lautan……




Dan Alhamdulillah disinilah bermulanya titik tolak tarbiyyah dzatiyyah , poket-poket mula dikorek untuk membeli buku-buku fikrah di pustaka Indonesia masjid India, pendrive2 mula dikosongkan untuk dipenuhi dengan MP3 taujih syuyukh dan masa-masa lapang mula dipenuhi dengan membaca buku-buku yang dibeli tadi.

Dan Alhamdulillah, setelah wang dan masa dikorbankan untuk dakwah fardhiah, usrah berjalan dengan lancar. Kehadiran pada awalnya sangat memuaskan…semua orang nk jadi baik, dan dengan join usrah kita boleh jadi baik, kate Harith Amaran

Benarlah kate2 Harith Amaran itu. Tetapi mari kita renungkan pula kate seorang syeikh tarbiyyah ini

‘Nk ajak orang join usrah memang senang, yang susahnya macam mana nk twist diorang untuk buat da’wah tu, yang tu yg kita akan belajar melalui pengalaman’ – Ust. Abu Ayyash

Kunci ‘TAGHYIR’. Kunci emas yang sangat susah digarap oleh sekalian ikhwah. Katanya terdapat sentuhan rahsia yang perlu dimiliki seseorang untuk memiliki kunci ini. Ustaz ‘pak cik’ sangat-sangat dikagumi kerana kebolehannya membuka hati-hati syabab dengan kunci ini. Seringkali ikhwah futur dan tension kerana gagal menggarap kunci ini.

Usrah yang telah berjalan sekian lama tidak menjalankan fungsinya, sekadar majlis ilmu duduk-duduk dengar dengar yang tidak membuahkan amal di medan.

Murabbi : Kenapa awak join usrah ?
Mutarabbi :Sbb saya nk jadi baik…
Murabbi :Tu je ?
Mutarabbi :Hmmm….sbb saya nk blaja Islam
Murabbi : ini bukan jawapan anta tahun lepas ke ?

Inilah cabaran sebenar bagi seorang ikhwah, dia boleh sahaja membawa 10 usrah seminngu namun mampukah dia membina rijal-rijal di dalam 10 usrah itu hanya untuk membawa 1 usrah ?

Didalam proses ‘taghyir’ inilah ramai dikalangan kita gugur dahulunya, ironinya kini, dalam proses ‘mentaghyir’ ini jugalah ramai dikalangan kita gugur. Gula-gula yang dikemam, tiba-tiba pahit rasanya…lantas diludah gula-gula itu.

Kerna itulah tarbiyyah itu bukan gula-gula. ‘Lumpuh dan longlai selepas mantap adalah kerana permulaan yang tidak betul !’-syeikh muntalaq. Kenapa anda join tarbiyyah ? Kerana manisnya ukhwah ? kerana hobi ? kerana ayah saya ikhwah ? kerana akhwat ?.....

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah SWT. maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya”. (Al Ahzab: 23).

Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).(Al Baqarah: 214)

Dan ikhwah, marilah kita teruskan dengan apa yang kita ada, lihat sahaja reality dunia hari ini, sanggupkah kita menoleh kebelakang dan futur ? Buat masa ini ana tidak sanggup….dan doakan ana supaya tidak akan pernah sanggup

‘Demi Allah, wahai pamanku seandainya mereka bisa meletakkan matahari di tangan kananku dan rembulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan dakwah ini. Niscaya tidak akan aku tinggalkan urusan ini sampai Allah SWT. memenangkan dakwah ini atau semuanya akan binasa’. Rasulullah s.a.w kepada abu Thalib

“Duhai pemilik hati, wahai pembolak balik jiwa, teguhkanlah hati dan jiwa kami untuk senantiasa berpegang teguh pada agama-Mu dan ketaatan di jalan-Mu”.

Ditujukan kepada,
Comrades-in-arm, n, ex-comrades-in-arm

Akh Aadil
Akh Harith
Akh Syukri Jo (Kenangi kisah Ja’far bin Abi Talib di Habsyah)
Akh Akre
Akh Yusri
Akh Ruzaini
Akh Khaidir
Akh Nazrin
Dan mereka-mereka yang futur~





0 comments: