Wednesday, August 20, 2008

uitm....mengapa emosi ?

“Saya memang minat politik dan saya tak puas hati pasal banyak isu” Nashwaz

“Tapi akhi kita dizaman fitnah ini Rasulullah s.a.w berpesan “mereka yang duduk itu lebih baek dari mereka yg berdiri” “Maiz

“Ye la akhi, bukan tahapan kita lagi untuk bincang pasal bende ni, klu anta fikir pn bukan selesai masalah pn” Suhaini menyokong Maiz

“lagipun kita xtahu sape yg btul sape yg salah”tambah Maiz

“tpi LAWAN TETAP LAWAN” Nashwaz bertegas!

Uitm…Untuk apa kita emosi ?

Kalau boleh memang blog ini tidak mahu membicarakan pasal politik lagi selepas post ”Gelombang Kemarahan Marhaen”, namun hati ini bertegas jua, ade bende yg memang jelas2 depan mata kita kena hujahkan, salurkan...dek kerana media perdana yg sudah terlalu meloyakan dan busuk!.

Saya harap post ini dibaca oleh kolumnis-kolumnis Berita Hairan dan Utusan Meloya. Juga saya tujukan kepada seorang rakan saya.

Riuh satu kampung apabila Pak Khaled Ibrahim kita mencadangkan supaya quota Uitm dibuka kepada non-Bumis for 10%, bagai berita Krakatoa mahu meletus..cepat merayap kesana kemari dijaja oleh media-media tali barut kerajaan. Antara emosi-emosi yg timbul:

Cadangan ini membunuh orang melayu – Seorang Pelajar Universiti

Ini tindakan populis untuk meraih simpati orang2 cina dan orang2 India – Menteri A

A trial for a desperate opposition leader to raise symphaty from non-Malays regarding their leadership issue – Menteri B

Ini tindakan tali barut Yahudi kat Malaysia ni, hari ni cadangkan 10%, esok lusa jual Malaysia kepada Yahudi – Saudara Z

Saman je menteri tu, tak respect hak orang melayu langsung – Pak Cik T

Saya kata andai cadangan membuka quota Uitm kepada non-Bumis sebagai membunuh orang melayu sebagai tindakan populis untuk meraih undi sebagai taktik Yahudi untuk menjajah Malaysia so bagaimana dengan perkara-peraka yg saya bakal saya nyatakan dibawah:

1. Peruntukan Kerajaan Pusat kepada Sekolah agama rakyat ditarik sepenuhnya atas dasar Sekolah-sekolah ini menyebarkan ideology pembangkang kepada pelajar2nya. Tindakan ini menyebabkan berpuluh2 sekolah yg sebelumnya melahirkan mereka2 yg bakal melanjutkan pelajaran ke
University-University di Timur Tengah terpaksa gulung tikar akibat tiada peruntukan

2. Kerajaan pusat membuka Quota 10% kepada non-Bumis untuk belajar di seluruh institusi MRSM seluruh negara yang sebelumnya ditubuhkan untuk melahirkan usahawan2 melayu yg berjaya dan mampu bersaing di peringkat global.

3. Peruntukan pelajar2 Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara oleh JPA telah dikurangkan sebanyak 10%.

3 Perkara yang saya nyatakan diatas adalah dibawah peringkat implimentasi dan bukannya cadangan yg masih lagi blum dilaksanakan…Ironinya semasa ianya dilaksanakan tiada riuh rendah, tiada protes dan ramai yg tidak menyedarinya..kerana apa ? Kerana media perdana bacul yg tidak melaporkannya, namun “Bagai anjing yang patuh kepada tuannya” apabila keluarnya cadangan dari lidah khaled Ibrahim, ianya meletup! Walau hanya dalam peringkat cadangan.

Jadi disini saya menyatakan pendirian saya bahwa andai cadangan membuka quota 10% kepada non-bumis adalah satu cadangan yg membunuh melayu ingin saya tekankan disini bahwa implimintasi-implimintasi diatas telahpun memancung kepala melayu! Telahpun membunuh melayu! Sudah lamamengkuburkan kejayaan bangsa melayu! Lojjiklah, Adillah, terimalah!....

Namun bukanlah menjadi pendirian saya untuk bersetuju dengan mengatakan pembukaan quota 10% itu membunuh orang melayu, sepertimana terbukanya 10% quota MRSM kepada non-bumis, saya bersetuju andai cadangan membuka 10% kepada non-bumis diimplementasikan.

Nah ini letak duduk saya dalam isu ini….Saya sering menggunakan analogi pemain import dalam liga Super…Kehadiran pemain import dalam liga super dengan jumlah yg terhad ternyata meletakkan standard kepada pemain tempatan tentang tinggi rendah skill mereka, selaju mana tendangan mereka, selincah mana gelecekan mereka, segagah mana fizikal mereka. Kehadiran mereka juga memvariasikan warna-warna kulit di atas padang di mana ianya akan menjadi lebih menarik. Variasi itu perlu diraikan!.

Dengan masalah social yg tinggi dikalangan pelajar Uitm, keputusan peperiksaan yang agak rendah, dan pengangguran yg mencecah 5 angka dikalangan pelajar Uitm; why not accepting some foreign player? let’s try first, dengan itu pelajar melayu dapat bersaing dengan lebih sihat…lebih terbuka mata mereka “wah, mereka 10% je tapi dean list semua diorang kaut”….bukankah ianya mendorong anak bangsa kita untuk lebih berusaha ?

Dan saya juga agak kasihan akan pelajar Uitm yg tidak dapat berintegrasi dengan pelajar2 dari warna kulit yg berlainan dengan mereka, sedangkan perbezaan-perbezaan inilah apabila diraikan akan mematangkan kita, memberi banyak input yg berguna dan menaiktarafakan sosial skill kita (akan saya sentuh dalam post setrusnya). Mentaliti duduk dalam kampong melayu menyebabkan pelajar tidak berkembang dan terus berada dalam budaya mereka., pada tahapan sama..tiada evolusi dalam pemikiran.

Sedih bila kenyataan pak Khaled diputarbelitkan, tidak dipandang dari maqasidnya tapi lbih dipandang dari perbezaan bendera oleh kerajaan pemerintah..namun takpalah, mereka kan raja! Mereka boleh buat apa saja..kawal media, ghaibkan orang, pecat hakim….hehehe

Satu kisah lucu deseperate mereka yg ingin disampaikan disini adalah pihak pentadbiran sesetengah Uitm telah bertindak mewajibkan pelajar2 mereka untuk turun memprotes cadangan Khaled itu dengan amaran siapa yg tidak turun akan tidak diberi penempatan didalam kolej pada Semester mendatang…ini fakta! Ya fakta! Deseperatenya mereka…dan media2 perdana mulalah memainkan peranan mereka “menyalak!, wof, wof!” menyiarkan dimuka utama dan pada waktu perdana dengan kenyataan berbaur emosi para pelajar dari pihak Pro-Kerajaan, macam2lah bunyinya.

Dalam post ini, ade fakta ada pendapat, differenciate it brother n sister..fakta itu fakta, pandangan itu boleh diambil boleh ditolak…

Allah sahaja yang maha mengetahui!

Wallahua’lam.......

0 comments: