Wednesday, August 20, 2008

Baina Ibn Kaldun wa Hourgrunje

Antara Ibnu Khaldun dan Snouk Horgrunje

“Gantung Raja dengan Usus Paderi”

Itulah kalimah keramat semasa revolusi Perancis yang seterusnya memacu Eropah terbang kelangit biru....dari manusia-manusia yang mandi hanya setahun sekali mereka mengorak langkah menjadi sebuah bangsa yg cemerlang, yang seterusnya bertahapan taksub dan takjub pada kebolehan diri sendiri, me”limit”kan agama pada hari Ahad semata, menghambakan kaum laen, merasakan dunia ini hanya layak ditadbir mereka dan kemuncaknya membuang tuhan dan bertemankan syaitan.

”Tuhan sudah mati” Nietczhe

Sejarah mereka dikongkong gereja menyebabkan lambat untuk maju, tersadai pada satu tahapan sama..dikala Islam berkembang mekar diseluruh pelusuk dunia, Eropah dikenali sebagai tanah gelap, tidak membangun serta kurang bertamadun. Langkah2 untuk melonjakkan mereka sering dipancung gereja...Copernicus, Galileo Galilei dan ramai lagi tokoh2 sains di zaman kegelapan Eropah akhirnya mati dihukum gereja akibat dikatakan membawa fahaman sesat yg bertentangan dengan gereja.

Tidak hairanlah apabila mereka bangkit, dendam mereka kepada sang2 paderi ini begitu tinggi sehinggakan diungkapkan korek saja usus-usus paderi ini...mereka bangkit bersama ketakjuban mereka, lantas lahirlah Da Vinci, Michealangelo, Johann Gutenberg dan Thomas Alva Edison, kebangkitan mereka menyebabkan dendam-dendam mereka sebelumnya melahirkan sekularism dan dengan membuang tuhan.

Menariknya kebangkitan mereka ini didorong oleh tamadun Islam nun disebelah timur mereka yg ketika itu meniti zaman2 emas dibawah empayar Abasiyyah, menyelusuri perkembangan tamadun Islam, ianya berkembang atas dasar kefahaman yg betul orang2 Islam akan konsep ketuhanan dan tugas hidup mereka sebagai khalifah....Kesan darinya terlahirlah satu Empayar yg Rabbani yg tidak sahaja mebangunkan fizikal malah juga memacu akhlah dan kesejahteraan umat manusia kebulan sana.

Mereka Eropah cuba bangkit dengan mencontohi sistem Islam pada masa itu tetapi malangnya, mereka mengabaikan aspek ketuhanan..justeru kita lahit hari ini, tamdun Eropah yg mengambil alih islam sebagai Ustazyatul A’lam jelas membawa keberokan kepada umat manusia....zina, arak, hedonisma, pornografi, jenayah yg kian meruncing, tekanan perasaan serta bunuh diri, manipulasi ekonomi dan matawang, riba dan penindasan, pembudakan keatas kaum yg lebih lemah, rasuah, kronisme, nepotisme, penyelewengan, kemiskinan dan kebuluran, ragut, dan berjuta-juta lagi kemusnahan yg dibawa kepada umat manusia. Manusia tidak kenal siapakah tuhan mereka dan tidak pernah tahu apakah tujuan hidup ini.

Tidak ditakwil dari suduh pembangunan fizikalnya mereka terlebih dan teramat cemerlang..lihat saja German dengan automotifnya, lihat saja Russia dengan ketenteraannya, lihat saja US dengan aeroangkasanya dan lihat saja Perancis dengan binaan-binaannya...mereka cemerlang, gemilang dan terbilang namun mari kita melihat pada remaja dan sosial mereka...jawab sendiri saudara saudari.

Ya dengan bangganaya kita umat Islam sekarang menjejak susur langkah mereka, justeru lihatlah keadaan negara kita kini..gah dari fizikalnya, KLCC, KL Tower, Sepang International Circuit, Smart Tunnel, masjid kristal..di Dubai pula Burj Al-Arab, Burj Tower, World Island...Saya tidak mengatakan pembangunan fizikal itu tidak perlu malah ianya sangat penting untuk pembangunan sesebuah negara namun soalan saya adalah, seimbangkah ianya dengan pembangunan rohani sepertimana yg dikehendaki Islam ?

Kita terlalu terleka dengan standard barat sehinggakan kita lupa bahwa mereka membangun dengan model kita tapi melupai satu aspek yg kita jua sama-sama lupa sekarang..

ALLAH Ya Rabbi Ya Karim Ya Kabir Ya Qudus.....

Jadi tugas siapa untuk mengembalikan unsur ketuhanan ini ¿ kerajaan Barisan Nasional ¿ Anwar Ibrahim ¿ Nik Aziz ¿ Lim Kit Siang ¿...jadi mengapa tidak kita ¿

Bagaimana ¿.....

Madinah, Andalus, Cordoba, Melaka, baghdad dibuang kemana ?

0 comments: