Wednesday, August 27, 2008

Inilah Hazaddeen

INILAH HAZADDEEN


Membaca tulisan Syed Qutb melalui salah satukarya fenomenalnya “Hazaddeen” cukup untuk menguatkan hujjahku asy-syahid ini adalah seorang yg cukup hebat dalam penulisannya. Bukan niat mendewakan tokoh pejuang Islam yg telah menemui syahidnya di tali gantung ini, sekadar berkongsi sedikit pandangan agar kita semua dapat mengeksplorasi dan aware akan kehebatan seorang tokoh Islam yg jarang namanya dikenali dan lebihan lagi terdapat segelintir yg menfatwakan sesat kepada Asy-Syahid ini disebabkan sedikit kekhilafannya, Na’uzubillahiminzalik.

Baru 3 jenis karya formal syed Qutb pernah ku baca dan sedikit puisi tulisan singgah di hatiku…Aku mengenaluinya dengan “Fi-Zilalil Qur’an” yg sungguh indah bahasanya, satu kitab yg dapat mengambus ruang2, lopong2 kosong yg mungkin ditinggalkan ulama’ tafsit sebelumnya…jika Hamka menulis tafsir untuk warga nusantara post-kolonialism, mgkin adil dan benar untuk dikatakan bahwa syed Qutd menulis Fi-Zilal disebalik tirai penjara untuk warga2 pejuang Islam…Buku petunjuk sepanjang jalan atau popular di barat dengan judul Milestone yg di”rate”kan sebagai book for terrorist di barat tidak perlulah aku ulas panjang kerana sesungguhnya kitab ini memang popular dan telah pun menjadi satu teks wajib bagi penggerak da’wah di abad ke 21 ini…Ma’alim fi Tarik, xkan xknal kot ?

Hazaddeen; Inilah Islam, tajuk blog ini…mungkin dlm banyak2 buku fikrah buku inilah yg paling digemari aku, Buku ini tidaklah tebal sangat namun sarat dengan motivasi dan bekalan buat para da’I untuk bersedia menghadapi lapangan2 medan2 mereka.

Hazaddeen ditulis pasca kegilaan penindasan gerakan Islam oleh golongan2 nasionalis di timur tengan terutamanya di Mesir dengan Rejim Jamal Abdul Naseer menangkap, menyeksa dan membunuh pejuang2 Islam ini secara massal dan besar2an…Wujudnya satu perasaan down dikalangan penggerak Islam di waktu itu akibat tekanan yg memuncak dari kerajaan dan kurang yakin kepada janji Allah akan kemenangan Islam dan hilangnya kepercayaan mereka akan keberolehmenangan melalui manhaj yg mereka imani sebelumnya……Reaksi dari situasi ini adalah wujudnya dua pihak dari golongan wasatiyyah Islamist; mereka yg radikal dalam perjuangan dan mereka yg meninggalkan perjuangan. Kemuncak dari hal ini adalah wujudnya jemaah takfir yg mengkafirkan sesiapa yg tidak bersama mereka dalam menentang kerajaan….

Dan beruntungnya dunia Islam pada zaman ini adalah bertebarannya golongan2 ini keseluruh pelusuk bumi untuk mengelakkan diri dari ditangkap “anjing2 barat” ini dan keluarnya mereka dari Mesir bukanlah bermakna mereka bertapa mendiam diri bertapa seperti Hawariyyun Isa di gua2 dan pulau2, namun mereka bagaikan serigala lapar yg pantang menjumpai makanan..mereka menyebarkan da’wah secara kital dan tanpa jemu walau di bumi asing..dari bahasa dan dari budayanya. Muhammad Ahmad Ar-Rasyid ke Malaysia, Kamal Herbawi ke UK, syeikh Qardhawi ke Qatar, dan ramai lagi yg tidak ku kenali…..dan hasilnya, survival da’wah Islamiah sudah tersebar keseluruh pelusuk dunia, hanya menanti kita untuk menyahutnya…

Kekalutan Islamist akibat tekanan dan penyiksaan dan kegilaan pendokong Nasionalist merobohkzn binaan2 Islam telah menggerakkan hati Asy-Syahid untuk menghasilkan satu karya tribute untutk pendokong2 Islam ini, dan hasilnya, lahirlah Hazaddeen sebagai ubat untuk melempar jauh perasaan down dikalangan du’at Islam dan memacu mereka agar yakin dengan janji Allah. Hazaddeen adalah karya yg penuh dengan motivasi untuk para duat, fakta2 yg xterfikirkan oleh kita tentang Islam, ciri2 Islam yg sering dilupai dan tidak diperkudakan untuk kemajuan da’wah, pengajaran2 dari seerah silam dan seribu satu lagi suntikan2 yg sememangnya diperlukan oleh seorang da’i….. Jika anda bukan seorang pejuang Islam sekalipun, cukuplah kelebihan2 dan keindaha2 Islam yg dibawa Syed Qutb didalamnya dijadikan bekalan untuk menjadi seorang Muslim yg mantap aqidahnya….

Jadi kesimpulannya..bacalah Hazaddeen..bukunya dan blognye hehehehe!!!

Wednesday, August 20, 2008

uitm....mengapa emosi ?

“Saya memang minat politik dan saya tak puas hati pasal banyak isu” Nashwaz

“Tapi akhi kita dizaman fitnah ini Rasulullah s.a.w berpesan “mereka yang duduk itu lebih baek dari mereka yg berdiri” “Maiz

“Ye la akhi, bukan tahapan kita lagi untuk bincang pasal bende ni, klu anta fikir pn bukan selesai masalah pn” Suhaini menyokong Maiz

“lagipun kita xtahu sape yg btul sape yg salah”tambah Maiz

“tpi LAWAN TETAP LAWAN” Nashwaz bertegas!

Uitm…Untuk apa kita emosi ?

Kalau boleh memang blog ini tidak mahu membicarakan pasal politik lagi selepas post ”Gelombang Kemarahan Marhaen”, namun hati ini bertegas jua, ade bende yg memang jelas2 depan mata kita kena hujahkan, salurkan...dek kerana media perdana yg sudah terlalu meloyakan dan busuk!.

Saya harap post ini dibaca oleh kolumnis-kolumnis Berita Hairan dan Utusan Meloya. Juga saya tujukan kepada seorang rakan saya.

Riuh satu kampung apabila Pak Khaled Ibrahim kita mencadangkan supaya quota Uitm dibuka kepada non-Bumis for 10%, bagai berita Krakatoa mahu meletus..cepat merayap kesana kemari dijaja oleh media-media tali barut kerajaan. Antara emosi-emosi yg timbul:

Cadangan ini membunuh orang melayu – Seorang Pelajar Universiti

Ini tindakan populis untuk meraih simpati orang2 cina dan orang2 India – Menteri A

A trial for a desperate opposition leader to raise symphaty from non-Malays regarding their leadership issue – Menteri B

Ini tindakan tali barut Yahudi kat Malaysia ni, hari ni cadangkan 10%, esok lusa jual Malaysia kepada Yahudi – Saudara Z

Saman je menteri tu, tak respect hak orang melayu langsung – Pak Cik T

Saya kata andai cadangan membuka quota Uitm kepada non-Bumis sebagai membunuh orang melayu sebagai tindakan populis untuk meraih undi sebagai taktik Yahudi untuk menjajah Malaysia so bagaimana dengan perkara-peraka yg saya bakal saya nyatakan dibawah:

1. Peruntukan Kerajaan Pusat kepada Sekolah agama rakyat ditarik sepenuhnya atas dasar Sekolah-sekolah ini menyebarkan ideology pembangkang kepada pelajar2nya. Tindakan ini menyebabkan berpuluh2 sekolah yg sebelumnya melahirkan mereka2 yg bakal melanjutkan pelajaran ke
University-University di Timur Tengah terpaksa gulung tikar akibat tiada peruntukan

2. Kerajaan pusat membuka Quota 10% kepada non-Bumis untuk belajar di seluruh institusi MRSM seluruh negara yang sebelumnya ditubuhkan untuk melahirkan usahawan2 melayu yg berjaya dan mampu bersaing di peringkat global.

3. Peruntukan pelajar2 Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara oleh JPA telah dikurangkan sebanyak 10%.

3 Perkara yang saya nyatakan diatas adalah dibawah peringkat implimentasi dan bukannya cadangan yg masih lagi blum dilaksanakan…Ironinya semasa ianya dilaksanakan tiada riuh rendah, tiada protes dan ramai yg tidak menyedarinya..kerana apa ? Kerana media perdana bacul yg tidak melaporkannya, namun “Bagai anjing yang patuh kepada tuannya” apabila keluarnya cadangan dari lidah khaled Ibrahim, ianya meletup! Walau hanya dalam peringkat cadangan.

Jadi disini saya menyatakan pendirian saya bahwa andai cadangan membuka quota 10% kepada non-bumis adalah satu cadangan yg membunuh melayu ingin saya tekankan disini bahwa implimintasi-implimintasi diatas telahpun memancung kepala melayu! Telahpun membunuh melayu! Sudah lamamengkuburkan kejayaan bangsa melayu! Lojjiklah, Adillah, terimalah!....

Namun bukanlah menjadi pendirian saya untuk bersetuju dengan mengatakan pembukaan quota 10% itu membunuh orang melayu, sepertimana terbukanya 10% quota MRSM kepada non-bumis, saya bersetuju andai cadangan membuka 10% kepada non-bumis diimplementasikan.

Nah ini letak duduk saya dalam isu ini….Saya sering menggunakan analogi pemain import dalam liga Super…Kehadiran pemain import dalam liga super dengan jumlah yg terhad ternyata meletakkan standard kepada pemain tempatan tentang tinggi rendah skill mereka, selaju mana tendangan mereka, selincah mana gelecekan mereka, segagah mana fizikal mereka. Kehadiran mereka juga memvariasikan warna-warna kulit di atas padang di mana ianya akan menjadi lebih menarik. Variasi itu perlu diraikan!.

Dengan masalah social yg tinggi dikalangan pelajar Uitm, keputusan peperiksaan yang agak rendah, dan pengangguran yg mencecah 5 angka dikalangan pelajar Uitm; why not accepting some foreign player? let’s try first, dengan itu pelajar melayu dapat bersaing dengan lebih sihat…lebih terbuka mata mereka “wah, mereka 10% je tapi dean list semua diorang kaut”….bukankah ianya mendorong anak bangsa kita untuk lebih berusaha ?

Dan saya juga agak kasihan akan pelajar Uitm yg tidak dapat berintegrasi dengan pelajar2 dari warna kulit yg berlainan dengan mereka, sedangkan perbezaan-perbezaan inilah apabila diraikan akan mematangkan kita, memberi banyak input yg berguna dan menaiktarafakan sosial skill kita (akan saya sentuh dalam post setrusnya). Mentaliti duduk dalam kampong melayu menyebabkan pelajar tidak berkembang dan terus berada dalam budaya mereka., pada tahapan sama..tiada evolusi dalam pemikiran.

Sedih bila kenyataan pak Khaled diputarbelitkan, tidak dipandang dari maqasidnya tapi lbih dipandang dari perbezaan bendera oleh kerajaan pemerintah..namun takpalah, mereka kan raja! Mereka boleh buat apa saja..kawal media, ghaibkan orang, pecat hakim….hehehe

Satu kisah lucu deseperate mereka yg ingin disampaikan disini adalah pihak pentadbiran sesetengah Uitm telah bertindak mewajibkan pelajar2 mereka untuk turun memprotes cadangan Khaled itu dengan amaran siapa yg tidak turun akan tidak diberi penempatan didalam kolej pada Semester mendatang…ini fakta! Ya fakta! Deseperatenya mereka…dan media2 perdana mulalah memainkan peranan mereka “menyalak!, wof, wof!” menyiarkan dimuka utama dan pada waktu perdana dengan kenyataan berbaur emosi para pelajar dari pihak Pro-Kerajaan, macam2lah bunyinya.

Dalam post ini, ade fakta ada pendapat, differenciate it brother n sister..fakta itu fakta, pandangan itu boleh diambil boleh ditolak…

Allah sahaja yang maha mengetahui!

Wallahua’lam.......

Baina Ibn Kaldun wa Hourgrunje

Antara Ibnu Khaldun dan Snouk Horgrunje

“Gantung Raja dengan Usus Paderi”

Itulah kalimah keramat semasa revolusi Perancis yang seterusnya memacu Eropah terbang kelangit biru....dari manusia-manusia yang mandi hanya setahun sekali mereka mengorak langkah menjadi sebuah bangsa yg cemerlang, yang seterusnya bertahapan taksub dan takjub pada kebolehan diri sendiri, me”limit”kan agama pada hari Ahad semata, menghambakan kaum laen, merasakan dunia ini hanya layak ditadbir mereka dan kemuncaknya membuang tuhan dan bertemankan syaitan.

”Tuhan sudah mati” Nietczhe

Sejarah mereka dikongkong gereja menyebabkan lambat untuk maju, tersadai pada satu tahapan sama..dikala Islam berkembang mekar diseluruh pelusuk dunia, Eropah dikenali sebagai tanah gelap, tidak membangun serta kurang bertamadun. Langkah2 untuk melonjakkan mereka sering dipancung gereja...Copernicus, Galileo Galilei dan ramai lagi tokoh2 sains di zaman kegelapan Eropah akhirnya mati dihukum gereja akibat dikatakan membawa fahaman sesat yg bertentangan dengan gereja.

Tidak hairanlah apabila mereka bangkit, dendam mereka kepada sang2 paderi ini begitu tinggi sehinggakan diungkapkan korek saja usus-usus paderi ini...mereka bangkit bersama ketakjuban mereka, lantas lahirlah Da Vinci, Michealangelo, Johann Gutenberg dan Thomas Alva Edison, kebangkitan mereka menyebabkan dendam-dendam mereka sebelumnya melahirkan sekularism dan dengan membuang tuhan.

Menariknya kebangkitan mereka ini didorong oleh tamadun Islam nun disebelah timur mereka yg ketika itu meniti zaman2 emas dibawah empayar Abasiyyah, menyelusuri perkembangan tamadun Islam, ianya berkembang atas dasar kefahaman yg betul orang2 Islam akan konsep ketuhanan dan tugas hidup mereka sebagai khalifah....Kesan darinya terlahirlah satu Empayar yg Rabbani yg tidak sahaja mebangunkan fizikal malah juga memacu akhlah dan kesejahteraan umat manusia kebulan sana.

Mereka Eropah cuba bangkit dengan mencontohi sistem Islam pada masa itu tetapi malangnya, mereka mengabaikan aspek ketuhanan..justeru kita lahit hari ini, tamdun Eropah yg mengambil alih islam sebagai Ustazyatul A’lam jelas membawa keberokan kepada umat manusia....zina, arak, hedonisma, pornografi, jenayah yg kian meruncing, tekanan perasaan serta bunuh diri, manipulasi ekonomi dan matawang, riba dan penindasan, pembudakan keatas kaum yg lebih lemah, rasuah, kronisme, nepotisme, penyelewengan, kemiskinan dan kebuluran, ragut, dan berjuta-juta lagi kemusnahan yg dibawa kepada umat manusia. Manusia tidak kenal siapakah tuhan mereka dan tidak pernah tahu apakah tujuan hidup ini.

Tidak ditakwil dari suduh pembangunan fizikalnya mereka terlebih dan teramat cemerlang..lihat saja German dengan automotifnya, lihat saja Russia dengan ketenteraannya, lihat saja US dengan aeroangkasanya dan lihat saja Perancis dengan binaan-binaannya...mereka cemerlang, gemilang dan terbilang namun mari kita melihat pada remaja dan sosial mereka...jawab sendiri saudara saudari.

Ya dengan bangganaya kita umat Islam sekarang menjejak susur langkah mereka, justeru lihatlah keadaan negara kita kini..gah dari fizikalnya, KLCC, KL Tower, Sepang International Circuit, Smart Tunnel, masjid kristal..di Dubai pula Burj Al-Arab, Burj Tower, World Island...Saya tidak mengatakan pembangunan fizikal itu tidak perlu malah ianya sangat penting untuk pembangunan sesebuah negara namun soalan saya adalah, seimbangkah ianya dengan pembangunan rohani sepertimana yg dikehendaki Islam ?

Kita terlalu terleka dengan standard barat sehinggakan kita lupa bahwa mereka membangun dengan model kita tapi melupai satu aspek yg kita jua sama-sama lupa sekarang..

ALLAH Ya Rabbi Ya Karim Ya Kabir Ya Qudus.....

Jadi tugas siapa untuk mengembalikan unsur ketuhanan ini ¿ kerajaan Barisan Nasional ¿ Anwar Ibrahim ¿ Nik Aziz ¿ Lim Kit Siang ¿...jadi mengapa tidak kita ¿

Bagaimana ¿.....

Madinah, Andalus, Cordoba, Melaka, baghdad dibuang kemana ?

Wafa Sultan vs. Al-Jazeera

Wafa Sultan vs. Al-Jazeera


Melihat klip video yg diperolehi dari seorang rakan tentang temuramah Al-Jazeera dengan Wafa Sultan, seorang Arab-American Psychologist benar-benar membuatkan aku terkejut tentang kebenciannya terhadap Islam dan hujah-hujah yang dibawanya. Mungkin ini kali pertama aku melihat seorang ahli akademik begitu keras mengkritik Islam dan umat Muslim kerana hujah-hujahnya datang dari pemikiran saintifik dan ilmiah.

Mungkin ramai yang bereaksi reaktif dengan mengarahkan beliau dibunuh dan sebagainya, namun mari kita melihat sedikit sebanyak yang kita boleh ambil dari pemikiran beliau. Dibawah adalah sedikit catatan ucapan beliau yang saya rasakan penting untuk kita umat Muslim mengambil pengajaran darinya, lebih-lebih lagi dalam era yang dikatakan “The Islamic Resurgence”


The jews have come from the tragedy (of the Holocaust)

and forced the world to respect them

with their knowledge not with their terror

with their work, not their crying and yelling

Humanity owes most of the discoveries and science of the 19th and 20th century to Jewish Scientist

15 million people, scattered throughout the world

united and won their right through work and knowledge

we have not seen a single Jew blow himself up in a German restaurant

we have not seen a single Jew destroy a church

we have not seen a single Jew protest by killing people

The Muslims have turned three Buddha statued into rubble

we have not seen a single Buddhist burn down a mosque

kill a Muslim or burn down an embassy

Only the Muslims defend their beliefs by burning down church

Killing people and destroying embassies

This path will not yield any results!

The Muslims must ask themselves what they can do for humankind before they demand that humankind respect them.