Friday, March 28, 2008

Malaysiaku oh Malaysiaku.....

Malaysiaku oh Malaysiaku....

Hari ini kita mendengar seorang kanak-kanak perempuan dirogol dengan keadaan yg teramat memilukan, petang nanti kita mendengar orang kampung sbelah di ragut di pekan, pagi tadi kite dengar moto pak mat dicuri di surau ketika jemaah sedang khusyuk solat subuh, hari raya lepas rumah jiran kita dimasuki pencuri, habis perabut dan barang kemas disapu, hari esok kite lihat kawan kite kna pukul sampai koma dan…… mungkinkah lusa kita akan melihat pembunuhan besar2an (massacre) disekolah anak2 kita, ataupun kanak2 yg mengikuti perkhemhan pengakap diculik oleh seorang pembunuh bersiri ketika mengikuti satu siri perkhemahan di sebuah kawasan terpencil ?

Alhamdulillah, dua aktiviti setan laknatullah terakhir yg dinyatakan didalam perenggan di atas belum pernah berlaku di negara kita, nmun mustahilkah berlaku? Terkejut berukkah masyarakat apabila ia berlaku ? bangunkah pihak polis dari kerusi2 empuk mereka ? bersuarakah pemanas2 kerusi cabinet apabila ianya berlaku ? Sudah pasti jawapan yg akan terpacul adalah ya….bukankah begitu wahai saudaraku ? Tpi persoalannya berapa lama ?

Dan ketika negara porak peranda, rogol berjuta, sumbang mahram berleluasa, rasuah menggila, culik kanak-kanak jadi pelaris media perdana, nyawa manusia bagai tiada berharga, kecurian dan pecah rumah dikatakan kes biasa, pihak polis di Negara kita masih berbangga2 dengan ranking Interpol yg dikatakn antara terbaik di dunia, pemanas kerusi parlimen rancak bercerita tentang kemajuan Negara selepas 50 thun merdeka, maharajamaharaja masih di atas takhta mengira permata2, rakyat2 masih leka dengan akademi fantasia dan drama korea, dan kita ? kita masih leka dengan sikap kita, sikap snetiasa hendak selesa…..sikap jangan jaga tepi kain orang…..sikap pentingkan diri sendiri….sikap asal aku selesa takpa….

Dan bayangkan taktala malam menjelma sanggupkah anda berjalan keseorangan di sekitar Puduraya, lihatkah anda hari2 minggu di terminal bas melaka ? Bagaimana pula KLCC di pagi hari raya, dan Jalan2 utama disekitar bandaraya ketika pahlawan2 rempit bermaharajalela ? Selamatkah anak anda jika ditinggalkan berseorangan di Taman Tasik Titiwangsa ? Bagaimana pula dengan motor2 anda di parking2 yg agak panas kawasannya ? barang kemas dan perkakas elektrik anda di musim raya ?

Selamtkah anda ? selamtkah anak anda ? selamtkah harta benda anda ? dan bagaimana dengan generasi-generasi pewaris kita ? dan polis kita ? korupt 27 juta, kutip duit kopi tepi jalanraya, tembak orang membabi buta dan sembur gas pemedih mata, naek moto pakai spek hitam dan sapu tangan kulit kemudian berkhayal jadi rockstar di tengah lebuhraya. Tapi fahamilah, polis juga sebahagian dari masyarakat dan mereka yg di bawah hanya mengikut arahan2 qiadah mereka di atas sana, bagaimana kita mahu mengharapkan mereka BERSIH andai contoh2 mereka di atas sana cemar2 blake, shingga Tun Haniff Omar bkas ktua polis Negara pernah menyatakan bahwa sbilangan 40peratus polis2 berpangkat tinggi memakan rasuah haram ? Ya Allah inikah sikap penguasa yg spatutnya mlindungi kita. Dan bagaimana kita mahu mereka effisien dan cepat andai jumlah mereka tidak mengimbangi nisbah penduduk Malaysia keseluruhannya ? dan bagaimana kita mahu mereka mesra andai stiap hari mereka dijamu dengan kes2 jnayah yg kian pelik dan kian mningkat bilangannya ? juga bagaimana kita mahu expect mreka btul andai kes2 di mahkamah sering diputabelitkan pihak pguambela hingga rakyat yg waras boleh terbelit neuron2 otaknya.



Fokusnya di sini adalah masyarakat itu snediri telah bobrok sistemnya, rosak agamanya, compang-camping adab lakunya dan makin hari makin pudar nilai rohaninya. Negara kita gah dengan kemajuan infrastruktur dan ekonomi sekarang, cuba perhatikan dasarnya sahaja, dasar pandang ke timur, wawasan 2020, rancangan Malaysia ke-9, WPI, dasar penswastaan Negara, dasar industri Negara, dan berpuluh2 lagi yg kita sndiri sring djamu dari hari ke hari mlalui Berita Harian dan Buletin Utama, TETAPI, dasar pembangunan rohaninya ??? “xpelah kita bagi peluang kepada NGO untuk berkhidmat” kata seorang ahli dewan negara…”alah dah ajar dalam pendidikan agama islam, lagipun kita kan ada ABIM, JIM, dan ustaz-ustaz kampung…ceramah-ceramah masjid pn dah cukup banyak…”

Hakikatnya, realitinya, beginilah Malaysia sekarang, gah dari segi pembangunan fizikal tetapi dari aspek rohaninya teramat menakutkan bagi sesiapa yg mengkaji, memerhati dngan mata hati, mengambil tahu isu-isu semasa atau hidup pada zaman kesultanan melayu melaka yg ketika nilai peradaban islam masih kukuh di minda stiap insan. Berkata Ibnu khaldun dlm kitab Al-Muqaddimahnya bahawa kemajuan sebuah tamadun diukur melalui kemajuan fizikalnya dan rohaninya, jadi majukah Malaysia mengikut sejarawan Islam ini… atau kita sbgai muslim dari hari kelahiran mahu mengambil kayu ukur sejarawan barat sbagai kayu ukur kemajuan Malaysia ?

Mungkin karna tlalu excited mengejar barat dan Nippon maka beginilah jadinya tanah tumpah airku Malaysia, terabai aspek rohaninya, tjual segala nilai agamanya, masyarakat meletakkan kemewahan dunia sbagai perkara pertama, maka terabailah segala tatasusila dan pengajaran bonda dan hilanglah perkakas elektrik di musim raya, hilanglah dara seorang dara ktika pjalanan blik kerumahnya, terseliuhlah bahu seorang warga kota angkara di rentap beg tangannya smasa bersiar di ibu kota dan seorang pejawat kerajaan untung berjuta akibat mmberikan tender projek pada penyuapnya.

Dan Akademi Fantasia, OIM, GangStarz, MyStarz, Bintang RTM smuanya brpusu mahu mnjadi popstar dan Rockstar dan berjuta-juta penontonnya pada waktu siarannya tapi bagaimana masjid, surau, kuliah agama dan kelas-kelas Al-Quran, bagaimana kehadirannya ? Lebih memeningkan dan menyakitkan, ibu bapa senang menghantar anak-anak mereka hadir uji bakat program reality begini, boleh jdi femes dan kaya raya. Dan pliknya kelas2 agama dan kem-kem ibadah xmahu pula, tkut jadi ekstremis katanya.


Dan kita lihat bagaimana trend social yg membobrokkan masyarakat ini dibiarkan begitu sahaja oleh sang penguasa, tiada kawalan, tiada sekatan…sedang jumlah Ustaz dan bijak pandai ilmu agama bilangan mereka yg di GLUE bukan sedikit, xcukup jari andai nk kira. Tambah menyedihkan memeritkan apabila drama2 television sekarang teramat menghaprakkan masyarakat dengan trend-trend yg cuba dibudayakan….lihat sahaja bagaiman siri Gol dan Gincu cuba mempromosikan cara dressing dan percakapan “modern” mereka, lihat sahaja bagaimana siri KAMI mempromosikan budaya pergaulan bebas mereka dan lihat sahaja bagaimana filem Sepet, Remp-It, Haru Biru mempromosikan kerosakan jati diri muda mudi tanpa kita sadari. Dan akidah anak-anak kita, mungkin boleh rosak andai benar-benar menghayati one-hit-wonder Bawang Merah Bawang Putih…….pliknya, sakitnya, pilunya, sedihnya jumlah rancangan agama dan sambutannya dan kesannya sentiasa jauh ketinggalan jika kita letakkan ianya pada kategori berbeza dlm jadual yg sama….”Bagi duo pong xsamo agih” kato Peja…

Masyarakatku, kembalilah kepada ISLAM, kembalilah kepada apa yg ditrunkan Allah s.w.t, kembalilah kepada apa yg disampaikan Rasul Ummi Muhammad s.a.w, kembalilah kepada apa yg dapat menyelamatkan anda…ketahuilah bahwa Islam itu adalah penyelamat kepada segalannya, Islam itu diturunkan sebagai Rahmat kepada alam, “rahmatan lil alamin”, Islam itulah membebaskan tanah arab, Islam itulah yg menyelamatkan Parsi, Islam itulah yg mencahayakan Eropah, Islam itulah yg telah mentarbiyyah dunia pada satu ketika dahulu…didiklah diri kita dengan ajaran Islam yg sebenar, didiklah diri anak-anak kita dengan ajaran Islam yg syumul dan promosikanlah Islam dimana sahaja anda berada.

Masyarakatku, bala Allah tidak mengenal masa dan ketika, azab Allah bias diturunkan pada manamana masa dan percayalah bahwa masyarakat kita skrg sama sahaja dengan masyarakat Makkah sebelum terutusnya Rasul mulia s.a.w….seks bebas, buang anak, aborsi, culik-menculik, bunuh-membunuh, rompak samun, rasuah, dan saya pasti anda boleh sebutkan lebih 20 lagi tanpa perlu mengerah intelegent otak. Kita tiada pilihan lain kecuali kembali kepada Islam yg suci dan menyucikan….Pelajarilah Islam sebaiknya dan praktikannya…mari kita penuhi kembali surau-surau, kuliah-kuliah, masjid-masjid, madrasah-madrasah, ceramah-ceramah dan rancangan-rancangan agama….Katakan YES kepada Islam moga2 kita terselamat dunia dan akhirat..Selamatkan Malaysia dengan ISLAM….. (ini bukan promosi kepada mana-mana parti politik)




bila Izrael datang memanggil...

Bila Izrail dating memanngil, jasad terbujur di pembaringan,
Seluruh tubuh akan menggigil, sekujur badan yg keheningan,
Tiada lagi gunanya harta kawan karib sanak saudara,
Jikalau ada amal dan taqwa itulah hanya pembela kita……







Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh….

Limpahan syukur dan stinggi-tinggi pjaan ke atas Allah s.w.t krn kita masih lagi di bawah lindungan payung rahmatnya selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w yg xpernah leka dari menyempurnakan tugas kerasulannya.

Tarikh 7 Jun 2007, seorang sahabat ana (dan kita); Mohd Shahdan b. Abd. Rahim telah kembali selama-lamanya ke rahmatullullah. Diharap kita smua tidak lupa ntuk bersedekah kepada arwah ( al-fatihah, yassin, tahlil n dsb). 2 tahun bersamanya banyak suka duka dikongsi bersama, ade gelak ade ketawa kadang terguris kadang terase, namun alhamdulillah, arwah yg ana kenali seorang yg sangat2 baek dan lmbut hatinya, mudah dminta tlg, xlokek ilmunya, disenangi ramai dan banyak membantu, moga2 arwah memperoleh syurga Allah disane.

Name kami yg hampir (shahdan dan shazwan) menyebabkan banyak perkara yg ditakdirkan bersama sepanjang hayatnye, housemate ana di Vista, Lab Partner smase foundation, kelas yg sme smasa foundation, project IT same, minat pasukan bola yg same(man.u) dan sering bermain bola di posisi yg same (defend). Namun, catatan ini bukanlah dibuat semata2 ntuk mlayan perasaan haru ini tetapi yg lebih pnting, peringatan ntuk kita yg masih mengandung roh di badan ini, yg pergi itu biarlah pergi, slesai sudah urusan mereka di alam ini dan Allah lebih menyayangi mereka. Perginya seorang sahabat kita ini seharusnya mengingatkan kita yg setiap yg bernyawa pasti akan mati dan kematian boleh menjelma bile2 mase, persoalannya bersediakah kita?

Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w bersabda “Orang yg pling bijak di kalangan kamu adalah org yg sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinyai” dan saidina Ali jga pernah berkata “ manusia itu sebenarnya tidur, apabila matinya ia barulah ianya terjage”. Bermuhasabahlah sahabat-sahabtku, tanye diri kita akan bagaimana amalan kita, sudah brtaubatkah kite dngan dosa kita, senagkah kita hidup di dunia dilingkari dosa, maksiat dan perkara lagho??

Zina kita, aurat kita, ringankan sembahyang kita, derhaka kita, pentingkan diri kita?????????? Benarke antum betul2 bersedia ntuk mati, btul ke???? Ikhlas ana cakap, ana blum!




Moga2 kita sedar bahwa apabila matinya kita, maka terputuslah amalan kita dan tiada siapa lagi yg dapat mmbantu kita, dunia itu ladang akhirat, oleh itu beramallah sementara kita mampu, mungkin sesaat lagi malaikat maut akan mengunjungi kita, bersedialah sahabatku, bersedialah…rebutlah lima prkara sblm datang lma perkara, muda sblm tua, kaya sblm miskin, sihat sblm sakit, lapang sblm smpit dan hidup sblm MATI!


Sabda Rasulullah s.a.w:

Kedua kaki anak adam itu akan tetap di hadapan Tuhannya di hari kiamat sehingga selesai ditanya empat perkara iaitu:
I. Tentang umurnya, untuk ape dihabiskan.(maen game 24 jam, tengok anime ?)
II. Tentang masa mudanya, untuk ape dipergunakan? (maksiat n enjoy blebihan?)
III. Tentang hartanya, dari diperolehi dan untuk ape dibelanjakan? (joli2 xingat dunia?)
IV. Tentang ilmunya, apa yg sudah dibuat dengannya? (errr…)

Bersedialah kita, insyaallah…..

Wassalam, al-fatihah…

Wea, 8 Jun 2007, 2.40a.m

s a u d a r i k u

S A U D A R I K U


Wahai saudariku……aku seorang saudara yg sedang berjalan memasuki usia 21 tahun.

Usia muda sedang aku tempuhi, sedang kujalani zaman yg penuh pengharapan, lamunan-lamunan, ujian-ujian dunia yg bergelora, zaman idealistic cuba-cuba, dan zaman darah muda. Dengarlah ucapan dan kata-kata saudaramu ini, ucapan yg aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Semua itu berterusan aku juangkan, aku tulis, aku sampaikan, baik sembunyi ataupun terang-terangan, baik secara langsung atau xlangsung….sehingga jiwa ini terkadang mahu sahaja mengalah, mahu berhenti melangkah, mahu menghukum keras….kerna sedikitnya sambutan….kerna tiada hasil yg diperoleh…kemungkaran tetap berluasa tanpa kita mampu membanterasnya…walau apa jua methodnya..

Di setiap pelosok Negara kemungkaran terus menerus, semakin kreatif, semakin menggila dan semakin di abai….karna kerapnya berlaku, sudah menjadi norma masyarakat atau rasional jika dikatakan budaya. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk menunjukkan auratnya, tubuhnya ditonjolkan untuk tatapan percuma campur berdosa sang ajnabi, pergaulan bebas muda-mudi menjadi budaya, tanpa memikirkan adab budaya dan agama….bangsa melayu yg terkenal dengan ketertinggian budi dan rasa malunya itu, mungkinkah pada nama sahaja ?.

Gadis-gadis Melayu yg dahulunya dikatakan tersangat sopan, sangat-sangat menjaga batas pergaulan dan teramat menjaga soal keperawanan…sekarangnya, MasyaAllah!!!....Ya akhi ya ukhti perhatikanlah sekeliling antum…aku kira kita sangat2 gagal dlm projek tarbiyyah kita……Perhatikan sahaja bagaimana lagak sang aktres dalam muvi lakonannya, di pusat beli-belah terkemuka bagaimana pakaian dan pasangan srikandi-srikandi kita, di pusat-pusat pengajian adakah terjamin sahsiah mereka dan di pusat-pusat peranginan lagak pasangan post-kahwin mereka bagaikan dunia ini mereka yang punya!!.

Sedih, bimbang, malu, haru, biru……karna mau di gelar gaul and trendy (ayat pinjam) mereka sanggup menggadaikan aurat mereka, kesopanan mereka, santun mereka dan lebih dajal lagi keperawanan mereka…televisyen dan muvi mengajar kita supaya percaya bahwa seksi itulah yang kool, skirt pendek, spaghetti, tube dan singlet itu adalah trend, smua yang dari barat itu adalah latest dan mesti dituruti dan menutup aurat itu adalah kolot dan tradisional dan jumud. Bertudung bukanlah lagi karna syariat tapi kerana kebiasaan kerana persekitaran, kerana peraturan, natijahnya usai form5 dibakarlah tudung mereka, pulang skolah dirumahlah hijab mereka, dan tetamu berkunjung ke rumah tak mengapa dibiarkan terurai mahkota mereka.




Mungkin engkau benar saudari-saudariku, bahawa kaum dari jenis kamilah yg mula-mula melangkah menempuh jalan-jalan dosa, bukan sang hawa. Tetapi ingat! Tanpa kerelaanmu, tanpa kelunakan suaramu, tanpa lembut lentok lenggokmu, tanpa harumnya bau harumanmu, tanpa tebalnya celoreng di mukamu, tanpa galaknya perilakumu, tanpa tertonjolnya bahagian-bahgian tubuhmu, tanpa memanggil-manggilnya tempo tumit tinggimu….mana mungkin kami akan berkeras melangkah maju, menongkah segala cabaran untuk memilikimu, mencurah segala usaha untuk memastikan engaku jatuh kedakapan kami…Engkaulah saudariku yg membuka pintu kepada kami untuk masuk dahulu walau ada di antara engkaun tidak menjemputnya secara langsung.
Sedarilah bahwa dengan memaparkan perhiasan-perhiasan aurat tubuhmu itu, dijanjikan dosa oleh Allah s.w.t, dan sedarilah kami yg melihat ini juga berdosa. Bagaimana kami mampu menahan pandangan mata kami andaikata kaum jenis saudari memaparkannya dierata pelosok dunia dan saudari juga turut bangga memaparkannya. Sabar, iman dan taqwa kami ada batasnya, kami manusia saudariku, kadang kami tertewas dengan syaitan untuk memandangnya. Oleh itu saya minta saudari untuk memberikan sedikit "respect" kepada kami dengan menutup aurat saudari semampunya mengikut kemahuan Islam.

Engkau berkata kepada sang pencuri hati: “silakan masuk”…..kemudian pabila engkau kerugian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak, melolong, menangisinya, meratapinya…..dalam sesetengah kes, ada antara engkau saudariku yg tidak pernah merasa rugi!! sedihnya.

Saudariku, sedarilah syaitan bertopengkan manusia merata-rata dimana-mana, dosa pahalamu dihitung setiap saat setiap ketika dan akhir hayatmu syurga atau neraka kesudahannya ? Islam itulah penyelamat kita, Islam yang mengajar supaya bersederhana, supaya menjaga santun sopan kita, supaya menjadi makhluk yang terbaik makhluk khalifah di alam semesta. Islam inilah yang mengangkat martabat manusia dari perhambaan kepada fesyen, dari perhambaan kepada nafsu serakah, dari perhambaan kepada kereta-kereta mewah, dari perhambaan kepada banglo-banglo mewah, dari perhambaan kepada selebriti-selebriti dan muvi muvi kepada perhambaan kepada Allah semata…perhambaan kepada pencipta alam semesta semata...perhambaan kepada yang maha kaya yang maha esa semata…

Oleh itu saudariku, kembalilah kepada Islam seluruhnya…inilah sahaja harapan umat manusia di akhir zaman ini dari segala malapetaka manusia dan tangan-tangan mereka. Mana mungkin engkau sanggup membiarkan tubuh cantikmu itu dijamah api neraka di akhirat kelak, mana mungkin engkau mampu menahan panasnya api yang bakal membakar rambutmu nanti dan tidak mungkin engkau sanggup meminum air nanah dan pokok kaktus di akhirat kelak. Tidakkah engkau terbayang akan betapa murninya dan lazatnya menjalani kehidupan dengan cara Islam ?

Akhir kata wahai saudariku, pelajarilah Islam dan amalkanlah ianya dengan sepenuh hatimu. Ingatlah bahwa engkau bakal memiliki cahya mata yg perlu dibimbing dan diasuh. Asuhlah permata hatimu itu dengan acuan Islam yg syumul dan menyelamatkan, kelak beliau akan berbakti kepadamu baek dihari tua baek ketika matimu.




Mohd Shazwan b. Ab Halim
3.26am 29/03/08