Tuesday, June 17, 2008

Robot sebagai Abid dan Khalifah ?






Robot Sebagai Abid dan Khalifah ?





Alhamdulillah, akhirnya cuti 3 “summer break” selama 3 bulan yg aku sedang tempuhi telah dikurniakan Allah dengan menempelnya aku pada sebuah company oil and gas yg beroperasi di sekitar Ampang Park. Dan alhamdulillah, berkhidmat dalam industri oil and gas adalah satu pengalaman baru bagiku dan ianya banyak membantu dalam meningkatkan kefahamanku mengenai gerakkerja sebuah syarikat dan membrikan pengetahuan2 baru dalam industri “black diamond” ini.

Ditempatkan dalam Project Management Department mengajar aku untuk melakukan sesuatu tugasan dengan lebih tersusun dan sistematik. Pengalaman yg sangat berguna ini harapnya dapat diapplykan dalam menstrukturkan dan menambahbaikkan gerakkerja organisasi yg ditarajui agar lebih lancar dan berkesan dalam mencapai objektif tajdidnya.


Perkara yg menarik untuk dikongsikan bersama adalah, setiap pagi ketika menuju ke ofis, aku telah berkongsi menaiki public transport dengan robot-robot, ya robot…robot! .Jadi mengapa robot ?

Robot ini telah disetkan supaya bangun sekitar 6.30 hingga 7.00 pagi (5.30 bagi robot muslim…suppose to) kemudia bersiap2 untuk berkhidmat untuk tuan mereka yg mungkin di KLCC, Ampang, Masjid Jamik, Bangunan tabung Haji atau mungkin di Construction Site. Robot2 ini setelah dicaskan bateri mereka dengan breakfast akan bertolak ke tempat mereka sepatutnya berkhidmat…mungkin dengan komuter, mungkin LRT, dan mungkin kereta…

Sampai di tempat mereka sepatutnya berkhidmat mereka akan bekerja, bekerja, bekerja , dan bekerja sehinggalah waktu yg ditetapkan tuan mereka untuk pulang tiba mereka akan pulang. Sampai dirumah mereka akan disambut anak2 mereka dan kemudiannya mengecas semula bateri mereka dengan Dinner, mengurangkan heat mereka dengan menonton televisyen dan akhirnya dimatikan suisnya agar dapat bekerja dengan effisien semula keesokan harinya. Formula yg sama berulang setiap hari…

Ahad,
Isnin,
Selasa,
Rabu,
Khamis,
Jumaat……….

Mungkin agak sinikal, tapi aku juga adalah sebuah robot hehehe…..Beginilah riwayat hidup manusia sekiranya mereka tidak memahami tujuan hidup mereka, mereka akan bekerja untuk mendapat gaji untuk menyara hidup mereka yg mereka gunakan untuk bekerja untuk mendapatkan gaji untuk mengalas perut mereka yg tenaganya akan digunakan untuk bekerja yg……..dan formula yg sama akan berulang lagi.

Riwayat hidup seorang muslim sepatutnya berbeza, mereka sepatutnya memahami tujuan hidup mereka dengan jelas dan nyata seperti yg tercatat dalam kitab suci al-quran…hidup mereka adalah untuk yg Maha Besar, Yang Maha Esa…Allah s.w.t semata, makan mereka, kerja mereka, minum mereka, tidur mereka semuanya adalah untuk Allah s.w.t dan bukannya untuk meneruskan sisa2 kehidupan semata.

Ibadah dan khalifah…tertunaikah ianya ?

2 comments:

Perantau said...

asal robot kerja dari ahad smpai jumaat je? sabtu pegi ibadat? robot yahudi la plak...

Unknown said...

Macamana kalau robot diperlukan untuk ibadah? Membantu yg cacat ke, mengajar orang bisu mengaji ke?