Thursday, June 26, 2008

Fenomena Makhluk Asing

FENOMENA MAKHLUK ASING

Islam itu datang secara asing, dan ianya akan kembali asing…maka beruntunglah orang asing yg menghidupkan sunnahku dikala orang laen merosakkannya….

Pelajar2 matriks dan institute2 persediaan sanggup mengorbankan masanya pada hujung minggu dengan keluar untuk mengikut usrah dan program2 tarbiyyah….dikala rakan2 laen kluar menonton movie, rakan2 laen asyik bercandana di tepian pantai bersama gewe2 mereka, ketika mereka membutuhkan barang2 keperluan untuk dilengkapi yg hanya boleh didapati pada hujung minggu. Mereka keluar dengan hati yg walaupun agak berat untuk “pahala Allah”.

Teman2 universiti yg kadangkala sangat suntuk masanya kerana bebanan kerja atau tugasan2 yg perlu disiapkan untuk memastikan mereka menerima segulung ijazah…sanggup mencuri sedikit masa untuk diisi atau mengisi program yg diminta, hati kering ini perlu dibasahkan dengan pengisian rohani…kita smua memahami betapa keringnya hati ini apabila telaga tarbiyyah itu tidak dijumpai…andaikata esoknya periksa final maka pasti mereka akan meninggalkan study mereka untuk jangkamasa yg agak lama jika diukur dalam kanta “Exam week” untuk meghadiri majlis pembasahan ini.

Murabbi-murabbi kawasan, naqib-naqib…dikala harga minyak menjulang tinggi dan kos sara hidup meningkat, dikala masa malam dihabiskan “manusia biasa” untuk menonton televisyen dan bermain dengan anak2 kesayangan…sanggup berhabisan wang dan mengorbankan masa untuk mengisi program yg mungkin hanya dua atau tiga jam….sekiranya mereka menjalankan multilevel marketing, pastilah beratus-ratus income mereka malam itu. Tidak pernah mereka merungut akan runcingnya kewangan mereka….apa yg menyedihkan mereka mugkin, adalah kurangnya komitmen dari anak2 angkat mereka.

Pelajar2 luar Negara ketika pulang ketanah air, diharapkan dapat berehat menikmati cuti bersama keluarga atau mungkin bercuti bersama teman2 lama, namun tidak begitu formulanya…mereka merayap, menjenguh seluruh pelusuk tanah air, habis wang simpanan dalam pound, dollar dan euro dikorek hanya untuk membiaya perjalanan mereka atau mungkin rakan2 mereka dalm menyampaikan amanah yg tersimpan didalam dada mereka….

Kedengaran berita individu2 profesional yg sepatutnya bersenang lenang dengan pekerjaan dan perolehan mereka bersusah payah menutup klinik, meminta cuti tanpa gaji atau mungkin meninggalkan kerjaya mereka hanya kerna keperluan dakwah …

Jadi mengapakah mereka berperilaku pelik sedemikian ? Adakah kerana mereka datang dari planet laen ? atau mungkin mereka ini adalah org bodoh ? Apakah yg memacu mereka untuk melakukan semua perkara2 pelik itu ? motivasi jenis apakah yg mereka terima……

“sesungguhnya Allah membeli jiwa2 dan harta benda org mukmin dengan syurga, mereka bejuang dijalan allah, sanggupmembunuh dan terbunuh…Inilah janji Allah yg benar dalam taurat, injil dan Al-Quran… dan siapakah yg lebih baik janjinya dari Allah ? Hendaklah kamu bergembira dengan pertukaran ini….Inilah kemenangan yg paling besar” – At-Taubah, 111

“Dan siapakah yg lebih baek perkataannya dari orang yg meneyru kepada Allah ?” – Al-Fussilat, 66

Barangsiapa yg dengan usahanya terbuka pintu hidayah seseorang..maka ianya lebih baek dari dunia dan seluruh isinya” - Hadith


Adakah anda orang asing ? maka bergembiralah anda dengan janji Allah dan Rasul ini =)


0 comments: