Monday, June 30, 2008

Makhluk Ajaib


Makhluk Ajaib

Sesungguhnya, tulisan-tulisan buku "dari zero ke hero" itu bagaikan menjelma didepan mataku, dihidangkan, korneaku menyaksikan sendiri bait2 perenggan buku itu secara langsung....cherita ini bukanlah fiksyen, dongeng mahupun kisah-kisah sang penglipurlara malah satu kebenaran yg nyata.

Dua tahun lalu, Zahir(bukan nama sebenar) yg aku kenali, seorang akh yg blajarnya di Manchester, yer Manchester...tpi bukan di stadium itu. Ketika ditugaskan untuk menjadi fasi kumpulan ketika sebuah daurah di sebuah tempat rahsia...program itu dikendalikan dengan baek oleh penympai namun apabila sesi perbincangan dalam kumpulan, zahir dilantik untuk menjadi fasi kumpulanku....Perbincangan yg dijalankan adalah agak membosankan kerana kelibat pertuturan zahir yg agak tergagap2 dan sering terputus dan kadangkala kehilangan point.....bosan, akhirnya aku pula yg banyak bercakap...

2 tahun kemudian....Zahir menyamapikan Syahadatul-Haq dengan lancarnya...tiada gagap, tidak hilang point....umpama anwar ibrahim lagaknya, 2 tahun lagi mungkin buya hamka....itulah kuasa tarbiyyah. Setahun lalu, Izzudin (bukan nama sebenar)...senang aku pnggil izzudin al-qassam, bersempena nama pahlawah jihad filistin.....hanyalah seorang akh yg "baru nk up" sebab dapat isk...localitynya yg agak jauh di ceruk kampung entah mana ntah menyebabkan tarbiyyah tidak berapa mantap kecuali memerlukan inisiatif sendiri...biasa2 saja dia ini, muka sedikit hensem, badan tinggi...tpi nothing special in term of tarbiyyah..during dat year i mean.

Tadi, aku baru balik dari sebuah lokasi rahsia...kehebatan izzudin al-qassam ini disebarkan kesana-kesini...France berjaya ditembusinya dengan peluru ISK, lagak Musab bin Umair di kota Madinah... beliau muncul bintang paling bersinar di Notts UK dikala orang laen juga terang benderang..modalnya syumul, dari aspek fizikal ke aspek penyampaian..fuh!!! Pengisian yg disampaikannya sebentar lalu mengingatkan aku kpada Fird Aussie, stahun saja...dia telah berevolusi...mungkin berkat doaku memangglnya Izzudin Al-Qassam....ya apakah yg membinanya sehingga sedmikian rupa ? Tarbiyyah..

Sungguh benarlah buku "from zero to hero" itu dan tidaklah ianya suatu dongeng rakyat untuk meraih keuntungan semata......

Thursday, June 26, 2008

Fenomena Makhluk Asing

FENOMENA MAKHLUK ASING

Islam itu datang secara asing, dan ianya akan kembali asing…maka beruntunglah orang asing yg menghidupkan sunnahku dikala orang laen merosakkannya….

Pelajar2 matriks dan institute2 persediaan sanggup mengorbankan masanya pada hujung minggu dengan keluar untuk mengikut usrah dan program2 tarbiyyah….dikala rakan2 laen kluar menonton movie, rakan2 laen asyik bercandana di tepian pantai bersama gewe2 mereka, ketika mereka membutuhkan barang2 keperluan untuk dilengkapi yg hanya boleh didapati pada hujung minggu. Mereka keluar dengan hati yg walaupun agak berat untuk “pahala Allah”.

Teman2 universiti yg kadangkala sangat suntuk masanya kerana bebanan kerja atau tugasan2 yg perlu disiapkan untuk memastikan mereka menerima segulung ijazah…sanggup mencuri sedikit masa untuk diisi atau mengisi program yg diminta, hati kering ini perlu dibasahkan dengan pengisian rohani…kita smua memahami betapa keringnya hati ini apabila telaga tarbiyyah itu tidak dijumpai…andaikata esoknya periksa final maka pasti mereka akan meninggalkan study mereka untuk jangkamasa yg agak lama jika diukur dalam kanta “Exam week” untuk meghadiri majlis pembasahan ini.

Murabbi-murabbi kawasan, naqib-naqib…dikala harga minyak menjulang tinggi dan kos sara hidup meningkat, dikala masa malam dihabiskan “manusia biasa” untuk menonton televisyen dan bermain dengan anak2 kesayangan…sanggup berhabisan wang dan mengorbankan masa untuk mengisi program yg mungkin hanya dua atau tiga jam….sekiranya mereka menjalankan multilevel marketing, pastilah beratus-ratus income mereka malam itu. Tidak pernah mereka merungut akan runcingnya kewangan mereka….apa yg menyedihkan mereka mugkin, adalah kurangnya komitmen dari anak2 angkat mereka.

Pelajar2 luar Negara ketika pulang ketanah air, diharapkan dapat berehat menikmati cuti bersama keluarga atau mungkin bercuti bersama teman2 lama, namun tidak begitu formulanya…mereka merayap, menjenguh seluruh pelusuk tanah air, habis wang simpanan dalam pound, dollar dan euro dikorek hanya untuk membiaya perjalanan mereka atau mungkin rakan2 mereka dalm menyampaikan amanah yg tersimpan didalam dada mereka….

Kedengaran berita individu2 profesional yg sepatutnya bersenang lenang dengan pekerjaan dan perolehan mereka bersusah payah menutup klinik, meminta cuti tanpa gaji atau mungkin meninggalkan kerjaya mereka hanya kerna keperluan dakwah …

Jadi mengapakah mereka berperilaku pelik sedemikian ? Adakah kerana mereka datang dari planet laen ? atau mungkin mereka ini adalah org bodoh ? Apakah yg memacu mereka untuk melakukan semua perkara2 pelik itu ? motivasi jenis apakah yg mereka terima……

“sesungguhnya Allah membeli jiwa2 dan harta benda org mukmin dengan syurga, mereka bejuang dijalan allah, sanggupmembunuh dan terbunuh…Inilah janji Allah yg benar dalam taurat, injil dan Al-Quran… dan siapakah yg lebih baik janjinya dari Allah ? Hendaklah kamu bergembira dengan pertukaran ini….Inilah kemenangan yg paling besar” – At-Taubah, 111

“Dan siapakah yg lebih baek perkataannya dari orang yg meneyru kepada Allah ?” – Al-Fussilat, 66

Barangsiapa yg dengan usahanya terbuka pintu hidayah seseorang..maka ianya lebih baek dari dunia dan seluruh isinya” - Hadith


Adakah anda orang asing ? maka bergembiralah anda dengan janji Allah dan Rasul ini =)


Tuesday, June 17, 2008

Robot sebagai Abid dan Khalifah ?






Robot Sebagai Abid dan Khalifah ?





Alhamdulillah, akhirnya cuti 3 “summer break” selama 3 bulan yg aku sedang tempuhi telah dikurniakan Allah dengan menempelnya aku pada sebuah company oil and gas yg beroperasi di sekitar Ampang Park. Dan alhamdulillah, berkhidmat dalam industri oil and gas adalah satu pengalaman baru bagiku dan ianya banyak membantu dalam meningkatkan kefahamanku mengenai gerakkerja sebuah syarikat dan membrikan pengetahuan2 baru dalam industri “black diamond” ini.

Ditempatkan dalam Project Management Department mengajar aku untuk melakukan sesuatu tugasan dengan lebih tersusun dan sistematik. Pengalaman yg sangat berguna ini harapnya dapat diapplykan dalam menstrukturkan dan menambahbaikkan gerakkerja organisasi yg ditarajui agar lebih lancar dan berkesan dalam mencapai objektif tajdidnya.


Perkara yg menarik untuk dikongsikan bersama adalah, setiap pagi ketika menuju ke ofis, aku telah berkongsi menaiki public transport dengan robot-robot, ya robot…robot! .Jadi mengapa robot ?

Robot ini telah disetkan supaya bangun sekitar 6.30 hingga 7.00 pagi (5.30 bagi robot muslim…suppose to) kemudia bersiap2 untuk berkhidmat untuk tuan mereka yg mungkin di KLCC, Ampang, Masjid Jamik, Bangunan tabung Haji atau mungkin di Construction Site. Robot2 ini setelah dicaskan bateri mereka dengan breakfast akan bertolak ke tempat mereka sepatutnya berkhidmat…mungkin dengan komuter, mungkin LRT, dan mungkin kereta…

Sampai di tempat mereka sepatutnya berkhidmat mereka akan bekerja, bekerja, bekerja , dan bekerja sehinggalah waktu yg ditetapkan tuan mereka untuk pulang tiba mereka akan pulang. Sampai dirumah mereka akan disambut anak2 mereka dan kemudiannya mengecas semula bateri mereka dengan Dinner, mengurangkan heat mereka dengan menonton televisyen dan akhirnya dimatikan suisnya agar dapat bekerja dengan effisien semula keesokan harinya. Formula yg sama berulang setiap hari…

Ahad,
Isnin,
Selasa,
Rabu,
Khamis,
Jumaat……….

Mungkin agak sinikal, tapi aku juga adalah sebuah robot hehehe…..Beginilah riwayat hidup manusia sekiranya mereka tidak memahami tujuan hidup mereka, mereka akan bekerja untuk mendapat gaji untuk menyara hidup mereka yg mereka gunakan untuk bekerja untuk mendapatkan gaji untuk mengalas perut mereka yg tenaganya akan digunakan untuk bekerja yg……..dan formula yg sama akan berulang lagi.

Riwayat hidup seorang muslim sepatutnya berbeza, mereka sepatutnya memahami tujuan hidup mereka dengan jelas dan nyata seperti yg tercatat dalam kitab suci al-quran…hidup mereka adalah untuk yg Maha Besar, Yang Maha Esa…Allah s.w.t semata, makan mereka, kerja mereka, minum mereka, tidur mereka semuanya adalah untuk Allah s.w.t dan bukannya untuk meneruskan sisa2 kehidupan semata.

Ibadah dan khalifah…tertunaikah ianya ?