Ini Soal Cinta!
“ikhwah adalah individu yang penuh pengorbanan, kesabaran & sentiasa bergerak menggenggam al-haq.” – Kata-kata seorang
Seperti yang pernah saya bicarakan sebelum ini, tiada cinta tanpa pengorban. Kerana harus kita faham bahwa sifat iman itu bukanlah sekadar dengan meyakini dengan hati, tetapi lebih dari itu, ianya perlu dilafazkan dengan ucapan dan dibuktikan dengan perbuatan.
Bagaimana mungkin kita kata kita beriman, malah lebih dari itu, bagai mungkinkita kata kita cinta andai perbuatan/amal kita tidak langsung menunjukkan banyaknya pengorbanan yang kita lakukan untuk orang subjek yang kita cinta itu ?
Seorang sahabat karib saya di sekolah menengah dahulu, kerana cintanya pada muzik dan gitar, beliau sanggup makan Maggie satu sem demi hanya kerana mahu membeli sebutir/sebiji/selaras gitar yang harganya hamper sama dengan peruntukan kewangan yang diberi.
Dinner terakhir sekolah menengah saya dahulu, ada 2 kugiran (kumpulan gitar rancak) yang terdiri dari para pelajar akan membuat persembahan. Tempat jamming agak jauh dari sekolah untuk mereka-mereka berlatih/reherseal lagu yang bakal mereka dendangkan. Nak dijadikan cerita, terdapat seorang drummer dari sebuah band terbabit nekad berjalan kaki lebih 5KM dalam panas terik tengahhari hanya untuk menyertai latihan/reherseal terbabit.
Seorang sahabat saya juga, beliau belajar di luar negara. Sayangnya beliau, cintanya beliau pada aweknya menyebabkan beliau sanggup berulang setiap hari dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu hanya kerana mahu menggunakan sepenuhnya masa cutinya di Malaysia untuk bertemu aweknya itu.
Saya juga teringat ketika zaman sekolah menengah dahulu, bulannya senang untuk kami ‘fly’ dari pagar sekolah. Tapi kerana itu sajalah caranya untuk para smokers mendapatkan stock mereka, mereka sanggup menahan mengantuk, meredah kegelapan malam dan berjalan berkilometer jauhnya hanya untuk mendapatkan sebatang dua ‘Suria 20Sen’.
Seorang mat rempit bila mana mereka melakukan willy, wikang, superman ataupun lap maut, mereka mungkin sahaja sudah bersedia untuk mengorbankan nyawa mereka untuk aksi-aksi ‘cool’ dan ‘hati kering’ tadi
Ini persoalan cinta!
“Baiknya/terpilihnya semasa Islam, Baiknya/terpilihnya semasa jahiliyyah, sekiranya mereka faham” – Hadith Logam
Ikhwah mungkin mual atau sudah lali dengan kisah pengorbanan Abu Bakar dan Umar tikamana Rasulullah mengarahkan para sahabat menginfakkan harta mereka, mungkin juga kisah Suhaib Ar-Rumi yang meninggalkanseluruh hartanya sebagai syarat untuk beliau berhijrah sudah menjadi melodi dalam telinga antum. Mungkin juga kisah Syed Qutb dan Salman Al-Audah mengorbankan nyawa mereka untuk mempertahankan prinsip hidup mereka sudah menjadi irama sebelum lelap antum.
Mungkin juga bagi para akhwat, kisah Ummu Sulaim memaharkan keislaman Abu Talhah adalah cerita-cerita gossip antunna, kalau saya ceritakan kisah kisah Saiditina Khadijah memanjat bukit bukau untuk menghantar makanan untuk Rasulullah di Gua Hira’, antunna mungkin muntah. Apatah lagi kalau saya ceritakan kisah syahidnya Sumayyah.
Oleh itu mari saya ceritakan beberapa kisah menarik yang sempat saya dengar sepanjang keberadaan saya dalam dunia dakwah dan tarbiyyah ini. Kisah pengorbanan para ikhwah untuk Islam dan dakwah yang mereka cintai. Kisah ikhwah Malaysia yang diceritakan sendiri kepada saya.
Seorang ikhwah berbasikal 40KM sambil membawa barang jualannya untuk menghadiri sesi usrah…
Seorang akhwat sanggup ke Irian Jaya untuk mengahwini ketua puak disana dengan niat hanyasahanya untuk menyampaikan Islam kepada puak asli terbabit…
Ya, itu kisah di tanah seberang sana, kisah kita ?
Kisah 1001 Malam
Seorang ikhwah, boleh saya katakan orang pertama yang menyambut seruan dakwah usariah di university saya. Tiba satu saat yang ditentukan, beliau terpaksa menyambung pelajaran di sebuah IPT laen yang bersempadanan dengan negeri Perak. Berpindahnya beliau ke sana tidak sama sekali mematahkan semangat beliau untuk terus mengikuti tarbiyyah dan melakukan dakwah. Malangnya, tiada murabbi yang sanggup kesana, akhirnya beliau terpaksa kesini (Serdang). Al-kisahnya beliau sanggup menunggang motosikal Honda Wave nya yang tidaklah berapa laju sangat itu setiap minggu dari IPTnya ke Serdang. Pernah dulu kami pergi menziarahi beliau dengan menaiki, ketika itu betapa kami faham betapa besarnya pengorbanan beliau, jalan di sana gelap, penuh dengan selekoh tajam dan lori-lori laju dan jaraknya cukup untuk membuatkan dirver pada hari tersebut mengeluh ‘huh jauhnye!’
Seorang murabbi, beliau saya kira sangat special. Sehingga hari ini saya tidak menemukan seseorang yang seperti beliau di dalam dunia dakwah ini. Beliau pulang dari tanah tarbiyyahnya dan belum mendapat sebarang pekerjaan .Baki simpanannya semasa beliau study di luar negara digunakan beliau untuk perjalanan dakwah beliau di KMB, KYUEM, UNIM, Al-Amin Bangi dan KMS. Cuba kira sahaja berapa banyak usrah yang dibawa dalam masa seminggu dan berapa banyak wang yang dikeluarkan untuk perjalanan beliau ke setiap lokaliti terbabit. Dan kalau anda rajin, tolong kirakan kilometer perjalanannya untuk setiap minggu. Alhamdulillah, majority ikhwah binaan beliau yang saya kenal masih thabat dan istiqamah.
Akhuna, beliau mempunyai agak banyak jawatan di IPTnya, kelab itu kelab ini, kolej itu kolej ini. Jawatan-jawatan yang tidak menyumbang malah boleh membantutkan dakwahnya (mungkin pada ketika itu) jika mengikut murabbinya. Lantas murabbinya menyuruh beliau melepaskan segala jenis jawatannya itu untuk dakwah. Alhamdulillah, beliau thiqah pada pertimbangan murabbinya dan Alhamdulillah dakwahnya agak berjaya sekarang.
Di awal pergerakan kami di IPT, agak banyak program bersifat umum untuk tajmik yang dilakukan. Bertolak dari kata-kata seorang pak cik tabligh, “Kalau nk isi hati diorang, isi perut diorang sekali, baru senang”, kami bertekad untuk menyediakan makanan untuk mereka-mereka yang hadir pada setiap program. Permasalahan yang paling besar adalah ketiadaan bekas untuk mengisi makanan dan minuman. Alhamdulillah, seorang akh yang dengan hanya RM365 nilai scholar (ketika itu) telah bertindak membeli 10 talam (yang setiap satu berharga RM10) dan dua bekas minuman besar untuk kegunaan ikhwah dan akhwat. Berapa agaknya baki scholar untuk beliau gunakan untuk bulan itu ?.
2 tahun lepas, WAMY Malaysia menganjurkan majlis korban perdana, lantas saya mengajak beberapa orang rakan untuk membantu memotong daging, mengerat tulang dan membawa balik daging pada program tersebut. Setelah menyumbang beberapa kerat tenaga di WAMY Center Jalan Ampang itu, kami pulang dengan berbekalkan baju WAMY putih bersaiz XXL dan tiga plastic berisi daging korban. Rakan kami di uni yang tahu kami membawa balik daging mencadangkan kami membakar daging-daging itu bersama-sama. Kami yang memang tidak banyak songeh setuju saja. Malam tersebut, seorang ikhwah ada sesi usrah, tanpa menghiraukan daging korban hasil potongannya tadi yang enak, panas dan lembut, beliau bermujahadah meninggalkan majlis bakar-bakar tadi kerana keyakinan mereka bahawa manfaat yang mereka perolehi dengan menghadiri usrah adalah lebih besar.
Seorang ustaz, jarang sekali beliau travel menggunakan flight jika beliau diundang untuk mengisi program di luar lokalitinya. Hanya untuk men’DF’ seorang pemuda yang beliau “tersepak entah celah mane”, beliau sanggup menawarkan tiket penerbangan kepada pemuda tersebut dengan harapan pemuda tersebut dapat menghadiri program anjuran beliau. Saya masih ketika itu beliau sering berulang dengan keretanya yang tidaklah berapa bagus sangat kondisinya kerana sering di’torture’ akhwat.
InsyaAllah, saya percaya terdapat banyak lagi di luar sana kisah pengorbanan ikhwah/akhwat yang lebih besar, lebih hebat dan lebih syadid dari apa yang saya sampaikan disini. Bismillah, diharapkan terdapat ibrah yang boleh di ambil pembaca dari penulisan naïf ini.
Sekadar mana sangat pengorbanan kita untuk dakwah ini ?
“Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? .Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya)” (As-Saff : 10-11)
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.” (At-Taubah:111)
Wallahua’lam
"I'm flying with both wings =b"
4 comments:
Ana menangis membaca post ni
Ana kenal semua ikhwah itu insya-ALlah
Semoga mereka diberikan kekuatan untuk tsabat...
Jalan ini masih panjang ya akhi... Tidak nampak hujung pangkal-nya.
Semoga berbahagia bersama isteri tercinta.
Doakan juga. Moga ada bidadari untuk ana
Wan
antar artikel kt mama sblm publish sb Wan punya ejaan dlm B.M banyak salah..ha..ha..Inilah kesan2 belajar kt University Mat Salleh!!
Very Good Post.
Cinta itu adalah kekuatan! kata " ArRumi".Sungguh akh cinta itu bagai badai. Kita tidak melihatnya. Tidak merasakannya. Kita cuma merasakannya tika dia memindah gunung pasir ditengah gurun. Meransang amuk gelombang ditengah lautan. Itulah cinta, tak terlihat tapi terasa. Ia juga seperti air bah yg menderas bisa terngaga menguasai sungai sungai. Menjamah seluruh bumi dan menyeret segala dihadapannya.Itulah kuasanya. Namun cinta yang benar adalah apabila kita boleh bertahan dengan helaan nafasnya sampai ke hujungnya ....
subhanallah, semoga saudara muslim kita diberi kekuatan dan bimbing_nya untuk selalu menegakkan perintah Allah SWT.
Post a Comment