Thursday, April 15, 2010

Qudwah Hasanah - Siapa Dia ?

Qudwah Hasanah - Siapa Dia ?

Saya pasti anda semua tahu siapa si 'Dia'....



1.

Saya masih ingat, 3 tahun dahulu, pulang dari sebuah program di Kelantan, Ust.UQY meminta saya stay 3 hari untuk satu lagi program di Kuala Lumpur atas permintaan 'dia'. Walau agak berat rasa di hati memandangkan sudah 2 minggu rumah ditinggalkan, dikuatkan juga hati dengan harapan sejuta manfaat bisa diperoleh dengan menghadiri program tersebut.

Alhamdulillah, borak-borak sepanjang convoy ke KL banyakmemberikan input yang tidak ternilai harganya. Tambahan lagi, berkereta bersama Ust.UQY dan Izzudin Notts, tentu anda kenal siapa mereka. Sampai di KL pada waktu Subuh dan terus tidur.

Keesokan paginya dia menawarkan diri untuk membasuh semua stok baju didalam beg yang penuh terisi dengan baju '2 minggu'. Aku menolak kerana tidak mahu menyusahkan beliau, tapi akhirnya beliau berkeras juga untuk menolong.

Sehari kemudian, semua bajuku wangi, suci dan murni dan ditambah dengan tiada kedutan akibat digosok rapi.


Allahuakbar, betapa besar pengorbanan beliau.



2.

Juga 3 tahun lepas, saya terlewat ke program (lupa pula kenapa). Setelah menekan punat2 kecil, pintu dibuka. Saya berlari-lari kecil menaiki tangga kerana sedar diri sudah terlewat.

Sampai di tingkat 1, alangkah terkejutnya saya apabila pemandangan pertama yang dilihat adalah beliau sedang menyusun selipar-selipar yang bertaburan di depan rak kasut. Bukan sedikit kuantitinya (dan sudah pasti bukan sedap baunya!) tetapi beliau dengan tekun menyusun satu persatu kerana katanya 'munazzamun fi syu'unihi' adalah sifat yang wajib ada pada setiap ikhwah.
Beliau tersedar aku sampai lantas menegur 'hah Wea, kenape lewat ?'

wallahi, betapa 'tawadduk'nya peribadi beliau.


3.
2 tahun lepas, seorang akhi kita ditimpa musibah. Keretanya accident semasa beliau sedang dalam perjalan menuju ke masjid di kawasan perumahannya. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius yang berlaku.


Saya tahu beliau sangat sibuk, terlalu sibuk kerana beliau pernah menceritakan rutin hidupnya dalam seminggu kepadaku. Setiap hari sudah di'booking' sehingga waktu selepas Subuh pun beliau terpaksa korbankan untuk program tarbawi.
Mendengar berita tersebut, beliau meminta ikhwah yang berkesempatan untuk melawat ikhwah tersebut bersamanya walaupun dengan jadual beliau yang sudah sendat.

Subhanallah, betapa prihatinnya beliau.


4.
Beberapa bulan lepas, saya bertolak selepas Subuh dari Kuantan untuk satu program di KL. saya terlewat (sekali lagi) beberapa jam dan tibanya di tempat program, daurah sudahpun berjalan. Seorang syeikh sedang berbicara di depan.

Beliau menyedari aku dari Kuantan dan mempelawa aku untuk makan terlebih dahulu namun aku menolak kerana mahu terus mendengar taujih bersama ikhwah lain. Setelah meletakkan beg di sisi dinding dan mengeluarkan barang keperluan, beliau menyapa aku. 'Wea, jom makan sekali dengan ana' dengan pinggan yang sudah terisi dengan nasi, lauk ayam masak lemak, ikan kering, sayur dan 2 potong tembikai.


Aku tergamam, seorang murabbi yang disegani di seluruh pelusuk dunia mengisikan aku pinggan yang dipenuhi makanan!.



Ikhwah!

Dimana terhentinya Dakwah Fardhiah kita ?

Ketika mutarabbi sudah mula beriltizam dengan usrah ?

Ketika mutarabbi sudah mampu membawa usrah ?

ketika mutarabbi sudah mampu terbang atau menjadi nila ?


Persoalannya mengapa kita melakukan Dakwah Fardhiah ?


'Dia' tidak pernah berhenti dari melakukannya'.....
Walid, Syaikh, Ustaz, Qaid, dan Sahabat


"Demi sesungguhnya untuk ikutan kamu pada diri Rasulullah S.A.W itu satu ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan Mardhatillah dan balasan baik di Akhirat kelak." (al-Ahzab:21)

3 comments:

Hussaini said...

Siapa dia?

Perantau said...

'dia'

Name said...

Saini

anta tahu x nama2 pemuda2 kahfi yg disebut dalam surah kahfi ?

Anta tau x nama anak Luqman Hakim yg disebut dalam surah Luqman

Anta tau x nama 12 orang hawariyyun nabi Isa ?

Ambil Ibrah je la akhi...hehe

tpi seriously, btul anta xtau ? Ir. Faridul boleh tahu xkan anta xtau ?