Thursday, August 27, 2009

dengan perkara apakah anda sibuk ?

Dengan Perkara apakah anda sibuk ?


dulu awal2 join tarbiyyah...murabbi kate zaman belajarla zaman ideal untuk aktif tarbiyyah, bile dh keje banyak komitmen lain...klu xaktif zaman belajar, zaman kerja lagi la bertambah2 pasifnya...


hmmmm...tpi, hati kecik ni sering xstuju...


"ape plak , zaman belajarla sibuk, assignment lagi, lab report lagi, test lagi, exam lagi, group project lagi....kalau keje nnti fikir pasal kerja je, pukul 5.30 blikla...pastu malam dh free untuk usrah, weekend pn dh free dari co-curriculum, Lan subject etc2....zaman kerja ni very2 ideal untuk buat da'wah"


Parents yang mula menyedari kesibukan kita mula memberi sepotong nasihat kepada kita


"....zaman belajar ni fokus belajarla, nnti dah kerja joinla nk join ape pun...xde orang nk halang, mama tengok kawan mama dulu ramai yang fail sebab dok sibuk dengan bende2 camni, pastu blaja entah ke mana.."


Itulah memori-memori lepas ketika kita mula berjinak2 dengan medan tarbiyyah....kini melangkah ke alam pekerjaan, barulah kita tahu tinggi rendah langit, mudah susah da'wah di alam kerja...benarlah kata para murabbiah, mereka yang terlebih dahulu makan garam daripada kita....


kemudian disampaikan pula pada kader2 usrah kita


"zaman kerja ni letih, balik 5.30 dh nk kene bekejar ke tempat usrah, pastu malam habis lewat, esk nk kene bangun pagi2 lagi untuk ke tempat keje....klu dulu zaman blajar, boleh jugak curi2 mase antara senggang kelas untuk prepare bahan usrah, boleh jugak curi2 tidur sejam dua untuk rehat...zaman kerja mane nk ade bende2 camtu (kecuali kerje kerajaan)..kadang2 weekend kena pergi site la, meetingla, jumpa client la..mane boleh excuse bende2 camni...dhla kadang2 tu last minute baru inform...."


disambung lagi


" kerja ni, dakwah fardiyyah pn susah, sbb kite dh x dalam uni...duit pn walaupun banyak masuk, banyak jugak keluar...saving for future, tanggungan pn dh bertambah..dulu duit kite untuk kite je, sekarang duit kite untuk adik kite, parents kite, future wife kite, future home kite...banyak lagi la"


Jadi, kepada adik2 yang memikirkan tarbiyyah itu lebih senang di alam pekerjaan, fikir2kanlah semula..saya sudah mengalaminya dan doakan saya thabat dan istiqamah di jalan ini...


"Kalau dari zaman belajar kita tidak aktif jangan harap kita dapat aktif dizaman kerja" - benarlah kata2 para murabbiah ini...


"kalau kita tidak disibukkan dengan perkara2 besar, kita akan disibukkan dengan perkara2 kecil" - Dr Abdullah Azzam




Islamophobia di bumi Malaysia

Islamophobia di bumi Malaysia



Islamophobia....


mungkin dahulu perkataan ini hanya kita dengar di media-media barat...ditujukan kepada orang-orang barat yang elergik kepada Islam...


Post 9/11 menyaksikan meletupnya sangsi dunia kepada masyarakat Islam, Islam itulah terrorist, Islam itulah extremist, Islam itulah Fundemantelist, Islam itulah ortodhox, Islam itu jugalah religious fanatism....


Namun Alhamdulillah, berkat ke'fobia'an barat inilah, masyarakat barat mula membuka mata akan apa bendakah Islam ini sebenarnya...terima kasih Bush, syukran chenney, thanx Rice, Islam is now the fastest growing religion in the earth (feewitt....)


Walaubagaimanapun, penyakit fobia ini ibarat virus H1N1, menular dari negara barat ke negara kita...Puncanya mungkin berlainan, namun simptompnye sama...


mereka-mereka yang terkena virus ini sangat pantang mendengar perkataan seperti syariah, hudud, qisas dan perkataan-perkataan lain yang ada bunyi arab padanya...walaupun kebanyakan mereka adalah dikalangan professional dan berpelajaran tinggi, namun malangnya otak mereka tidak tinggi untuk mengkaji perkara ini...


Kes Kartika dan pengharaman arak adalah dua contoh jelas akan betapa takutnya mereka2 ini kepada Islam.....atas nama human right yang mereka puja2 (tuhan baru mereka), tergadai habis state of sanity aqal mereka...sekiranya mereka bertindak mengkaji dengan lebih mendalam tentang apakah sebenarnya matlamat dan method hukuman2 ini tentulah mereka akan berlapang dada dan menganggap perkara ini jauh lebih baik dari apa yang mereka puja2 dari barat sana....Ya mereka ini adalah golongan yang confuse, xtahu membezakan westernization dan modernization...


Suka saya menyatakan bahwa mereka ini adalah non-muslim, jadi memang tabi'i mereka begitu sejak zaman nabi Muhammad s.a.w lagi, namun bagaimana pula dengan orang Islam kita yang sekian lama bersekongkol dengan kemaksiatan mereka ? dan intuisi saya merasakan bahwa virus-virus ini merebak kesini mungkin kerana sikap pemerintah yang suka mempergunakan tag 'agama' untuk mengenakan tahanan bagi mereka2 yang tidak sehaluan dengan kepentingan politik mereka...mungkin juga virus ini merebak kerana sikap golongan agama yang terlalu suka menghukum tanpa mendidik terlebih dahulu masyarakat tentang apakah rasionalnya dibuat demikian...jika ada suara2 yang menanya nescaya dijawab dengan nada yang lebih keras seperti "jangan cabar Islam", "kesabaran kami ada hadnya" dan "kami sedia berkorban demi Islam" apekebendenye ni ?


Dengan timbulnya isu sebegini, umat Islam seharusnya mengambil langkha pro-aktif dengan menerangkan kepada mereka-mereka yang 'belum faham' ini akan apakah hikmah disebalik perlaksanaan syariat Islam tersebut, bagaimanakah ianya dilaksanakan dan apakah kelebihannya berbanding cara yang dianjurkan barat....dengan ini mereka akan lebih memahami keindahan dan kesyumulan Islam dengan lebih mendalam...


Lihat saja dibarat...adakah pendakwah2 mengambil langkah emosi apabila Islam diserang ? sama sekali tidak, bahkan dengan platform inilah mereka me'nackle' hati2 yang belum faham ini tentang apakah Islam sebenarnya.....


Terpulanglah kepada anda.....(sudah jemu dengan taktik pihak2 yang cuba mengapi2kan perkauman dengan memperkudakan Islam, dah lapuk dah wei....)