Wednesday, July 1, 2009

pernahkah kita fikir





Pernahkah kita fikir,

  1. Bahawa kita dahulu hanyalah setitis air yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah makhluk kompleks dan bijak. Cuba kita lihat lopak-lopak air di jalanan dan bayangkan satu hari ia akan menjadi sebuah makhluk kompleks yang boleh berfikir, mendengar, bercakap, melihat dan berinteraksi dengan makhluk-makhluk lain yang asalnya dari lopak air itu juga.
  2. Bagaimana dahulu sperma yang menjadi asas diri kita itu mampu mencari ovum yang tidak pernah di ketahuinya sebelum ini bagaimanakah rupanya, bentuknya dan baunya…maha suci Allah, bukan sahaja sperma itu mengetahui lokasinya malah tahu apa yang patut dilakukannya….dimana sperma-sperma ini dipersekolahkan ?
  3. Bahawa kita ketika kecil dahulu asalnya menempel pada rahim ibu kita yang sentiasa bergerak, bergoyang dan bergetar dek kerana aktiviti-aktiviti seharian, tetapi tidak pernah pula gugur atau terjatuh dari tempat bergantung itu. Siapakah yang mencipta satu sistem unik ini ? hatta buah anggur yang ringan sekalipun akan gugur dari tangkainya jika ditiup angina, ini kan lagi kita!
  4. Bahawa system suria ini dahulunya bermula dengan satu letupan maha-dahsyat yang akhirnya tersusun rapi dan kukuh di tempat masing-masing. Jikalau halaju letupan terkebelakang satu detik, maka runtuhlah system ini, jika terkehadapan satu detik, maka alam ini sudah lama berakhir…siapakah yang menentukan waktu letupan itu sehingga ianya begitu tepat dan harmoni ? Siapakah tukang kira untuk jumlah tenaga untuk dibekalkan pada alam semesta ini sehingga ianya begitu tepat ?
  5. Bahawa bumi ini diciptakan lengkap dengan sumber-sumber untuk makhluk-makhluk di dalamnya hidup dan berkembang biak. Bayangkan jika di dunia ini ketiadaan unsure zinc, tentulah bayi-bayi baru tidak dapat dihasilkan. Bayakngkan pula jika di dunia ini tiada air, nescaya tidak akan mampu hidup segala hidupan didalamnya. Jadi siapakah yang menciptakan makhluk dan system yang begitu hebat ini ?

Gunakanlah mata hati wahai saudaraku! ………La hau la wala quwwata illa bil aliyyul ‘azim

0 comments: