Sunday, July 19, 2009

Doa Rabithah

Doa Rabithah


Taktala doa rabithah itu, kadang kan muncul titisan halus di hujung mata...mengalir halus, sejuk dan perlahan, lantas disapu jari telunjuk...kalau boleh, janganlah orang laen perasan...nanti luntur ego "adam"ku

Rindu sebenarnya, terharu pun ada juga...akan pengorbanan mereka-mereka, bukan kecil...dikala mereka yang laen tenggelam dalam buaian dunia...mereka-mereka ini, yang sering ku pandang "berjiwa besar" dan "berjiwa merdeka" menghabiskan wang scholar yang cukup-cukup, mengorbankan masa yang bukannya banyak, assignment, coursework, thesis dan segala macam ilmu "sihir" laen....juga mengorbankan kemahuan-kemahuan nurani seorang remaja abad ke 21...

Juga, sebesar-besar syukran buat mereka yang terlibat dalam mentajmik kita...membawa kita kepada cahaya...dari kegelapan jahiliyyah...muka-muka ini sering muncul di mega ku dikala Rabithah berkumandang...betapa besar dan benar pengorbanan mereka dalam memandu kita ke "siratul mustaqim" ini dan betapa bersungguh-sungguhnya mereka dalam mengutip saham mereka di negeri sana...

Taktala itu juga, perjuangan mereka-mereka di Palestine, Afghanistan, Iraq, Chechnya, Kashmir, Selatan Thai, Mindanao....ikhwah2 di Mesir, Indonesia, Syria, Jordan, Yaman, Lubnan, Sudan, Thailand, UK, US, Kepulauan Maldives, Sri Lanka, India, Saudi, dan fi kulli makan....semuanya terpapar di retina kecil ku...

Sungguh...sunguh ajaib fenomena ini, doa Rabithah yang tidak sampai 5 minit itu..kita sudah menjelajah ke seluruh pelusuk alam, kita sudah melawat saudara-saudara kita di seluruh pelusuk dunia...kita sudah mendoakan saudara-saudara kita baik yang masih hidup mahupun yang telah syahid..

Beginilah jalan da'wah mengajar kami =)

Ya Allah,Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah berjumpa dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syari’atMu.Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dankeindahan bertawakkal kepadaMu.Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.

Tuesday, July 14, 2009

Naik Tangga

Naik Tangga....

Manusia itu, tabi'inya sentiasa mahu meningkat....sepertimana sunnatullah alam ini, mereka berkembang, membesar dan membesar, dan membesar...

"better, better, better" - Aa Gym, Astro Awani

dari tadika, mereka ke sekolah rendah yang akhirnya ke university....seterusnya berkerja, engineer biasa kemudia manager kemudian senior manager sehinggalah CEO...dan akhirnya mempunyai firma sendiri


dari abc123, kepada ilmu kira-kira, kepada karangan 2 muka, kepada menyelesaikan algebra yang kompleks....sehinggalah kajian partikel nano dan galaksi luar sana.....

dari basikal kecil kepada basikal mountain bike, dari motosikal kepada kereta....dan dari kancil kepada BMW...dan mungkin jet peribadi atau kapal persiaran

dari menyewa bilik, kepada menyewa rumah, sehinggalah membeli rumah teres dan akhirnya banglo dan seterusnya estet persendirian...

Begitulah manusia, dan alam semesta....mereka tidak akan berhenti sehinggalah mati

Sebagai manusia...umpama sebutir atom tunggal, tidak akan pernah stable....perlunya sebutir atom lagi untuk melengkapi susunan tersebut agar stable dan harmoni



mungkin sudah tiba masa menaiki tangga....kan segala2nya bermula dengan kita =)

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.


ust.aatdif: wea, anta dh ade borang blum
wea : nnti ana istiqarah dulu ustaz






Wednesday, July 1, 2009

pernahkah kita fikir





Pernahkah kita fikir,

  1. Bahawa kita dahulu hanyalah setitis air yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah makhluk kompleks dan bijak. Cuba kita lihat lopak-lopak air di jalanan dan bayangkan satu hari ia akan menjadi sebuah makhluk kompleks yang boleh berfikir, mendengar, bercakap, melihat dan berinteraksi dengan makhluk-makhluk lain yang asalnya dari lopak air itu juga.
  2. Bagaimana dahulu sperma yang menjadi asas diri kita itu mampu mencari ovum yang tidak pernah di ketahuinya sebelum ini bagaimanakah rupanya, bentuknya dan baunya…maha suci Allah, bukan sahaja sperma itu mengetahui lokasinya malah tahu apa yang patut dilakukannya….dimana sperma-sperma ini dipersekolahkan ?
  3. Bahawa kita ketika kecil dahulu asalnya menempel pada rahim ibu kita yang sentiasa bergerak, bergoyang dan bergetar dek kerana aktiviti-aktiviti seharian, tetapi tidak pernah pula gugur atau terjatuh dari tempat bergantung itu. Siapakah yang mencipta satu sistem unik ini ? hatta buah anggur yang ringan sekalipun akan gugur dari tangkainya jika ditiup angina, ini kan lagi kita!
  4. Bahawa system suria ini dahulunya bermula dengan satu letupan maha-dahsyat yang akhirnya tersusun rapi dan kukuh di tempat masing-masing. Jikalau halaju letupan terkebelakang satu detik, maka runtuhlah system ini, jika terkehadapan satu detik, maka alam ini sudah lama berakhir…siapakah yang menentukan waktu letupan itu sehingga ianya begitu tepat dan harmoni ? Siapakah tukang kira untuk jumlah tenaga untuk dibekalkan pada alam semesta ini sehingga ianya begitu tepat ?
  5. Bahawa bumi ini diciptakan lengkap dengan sumber-sumber untuk makhluk-makhluk di dalamnya hidup dan berkembang biak. Bayangkan jika di dunia ini ketiadaan unsure zinc, tentulah bayi-bayi baru tidak dapat dihasilkan. Bayakngkan pula jika di dunia ini tiada air, nescaya tidak akan mampu hidup segala hidupan didalamnya. Jadi siapakah yang menciptakan makhluk dan system yang begitu hebat ini ?

Gunakanlah mata hati wahai saudaraku! ………La hau la wala quwwata illa bil aliyyul ‘azim

Ada O.r.A.n.G kata

ada orang kata....


Ada orang kata…

Priority kita adalah – Implement the law then it can boost the da’wah


Rashid Ridha, Hassan Al-Banna, Syed Qutb kata

Priority kita adalah – reforming the society first, then the system will come automatically


Tapi…

Rasulullah dulu tolak tawaran pemimpin-pemimpin Quraisy untuk pimpin mekah,

Rasulullah dulu mendapat Madinah atas suara minority yg kuat dan berpengaruh, bukan majority

Rasulullah dahulu buka Mekah dengan memenangi hati bukan dengan penguatkuasaan

So…

Which one is the priority?

Reforming the society or implementing the law ?

“jangan memetik buah sebelum ianya ranum (nnti hilang manis hilang buah)” – Asy-syahid Hassan Al-banna


whatever answer that you give...

Jangan tinggal da'wah