Sunday, February 8, 2009

Masih ada lagikah hati budi mereka ini ?

Masih ada lagikah hati budi mereka ini ?




Federal Reserve Unit (FRU) fires several rounds of tear gas as more than 3,000 Pakatan Rakyat supporters converge for a protest march at the Ubudiah mosque - about 1km from Istana Iskandariah in Kuala Kangsar.

___________________________________________________________________

Aku melihat video diatas dengan perasaan yang sangat sayu dan sedih. Apa sudah jadi dengan polis ? apa sudah jadi dengan FRU ? adakah sudah tidak ada belas kasihan dalam hati mereka ? Boleh dikatakan perhimpunan ini adalah perhimpunan aman pada asalnya..tetapi pihak polislah yang menghuru-harakannya.

Pakcik-pakcik dan makcik-makcik dalam video diatas adalah mereka2 yang baru sahaja pulang dari menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran, tiada niat di dalam hati mereka untuk mencederakan sesiapa, tiada niat didalam hati mereka untuk memusnahkan apa-apa juga tiada niat dalam hati mereka untuk memanjat pagar istana untuk mengancam keselamatan sultan. Mereka semua rata2nya memakai kain pelikat dan kopiah di atas kepala dan di hati mereka hanya satu! Menyampaikan mesej kepada Yang Mulia Sultan untuk membubarkan Parlimen.

Barisan Nasional, ejen-ejennya dan media-media (bahan salakan) sudah melampau! tidak ubah umpama melihat video kekejaman zionist memukul umat Islam di Palestin...Tiadakah walau secebis rasa kasihan apabila melihat makcik makcik dan pakcik pakcik itu..biadapnya mereka, tergamaknya mereka melakukan perkara sedemikian rupa!

Dan Gas pemedih mata, walau perhimpunan sudah pun bersurai, mengapakah masih dilancarkan ? apa rasionalnya ? dan makcik makcik yang ditoalk dengan raifal itu, apakah ancaman mereka ?

Sudah pasti perkara-perkara begini tidak disiarkan dalam utusan meloya, berita hairan mahupun tibi3 dan penyalak2 propaganda kerajaan yang lain...Nilailah dengan mata hati anda sahabatku...

Ya Allah, Selamatkanlah Malaysia tanah airku

0 comments: