Sunday, February 8, 2009

Masih ada lagikah hati budi mereka ini ?

Masih ada lagikah hati budi mereka ini ?




Federal Reserve Unit (FRU) fires several rounds of tear gas as more than 3,000 Pakatan Rakyat supporters converge for a protest march at the Ubudiah mosque - about 1km from Istana Iskandariah in Kuala Kangsar.

___________________________________________________________________

Aku melihat video diatas dengan perasaan yang sangat sayu dan sedih. Apa sudah jadi dengan polis ? apa sudah jadi dengan FRU ? adakah sudah tidak ada belas kasihan dalam hati mereka ? Boleh dikatakan perhimpunan ini adalah perhimpunan aman pada asalnya..tetapi pihak polislah yang menghuru-harakannya.

Pakcik-pakcik dan makcik-makcik dalam video diatas adalah mereka2 yang baru sahaja pulang dari menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran, tiada niat di dalam hati mereka untuk mencederakan sesiapa, tiada niat didalam hati mereka untuk memusnahkan apa-apa juga tiada niat dalam hati mereka untuk memanjat pagar istana untuk mengancam keselamatan sultan. Mereka semua rata2nya memakai kain pelikat dan kopiah di atas kepala dan di hati mereka hanya satu! Menyampaikan mesej kepada Yang Mulia Sultan untuk membubarkan Parlimen.

Barisan Nasional, ejen-ejennya dan media-media (bahan salakan) sudah melampau! tidak ubah umpama melihat video kekejaman zionist memukul umat Islam di Palestin...Tiadakah walau secebis rasa kasihan apabila melihat makcik makcik dan pakcik pakcik itu..biadapnya mereka, tergamaknya mereka melakukan perkara sedemikian rupa!

Dan Gas pemedih mata, walau perhimpunan sudah pun bersurai, mengapakah masih dilancarkan ? apa rasionalnya ? dan makcik makcik yang ditoalk dengan raifal itu, apakah ancaman mereka ?

Sudah pasti perkara-perkara begini tidak disiarkan dalam utusan meloya, berita hairan mahupun tibi3 dan penyalak2 propaganda kerajaan yang lain...Nilailah dengan mata hati anda sahabatku...

Ya Allah, Selamatkanlah Malaysia tanah airku

Wednesday, February 4, 2009

BN miliki majoriti dalam DUN Perak: Datuk Seri Najib Razak + Ulasan

BN miliki majoriti dalam DUN Perak: Datuk Seri Najib Razak


mengumumkan Barisan Nasional (BN) kini memiliki majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Perak untuk membentuk kerajaan negeri. Timbalan Perdana Menteri berkata, ini berikutan keputusan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu; dan Adun Jelapang dari DAP, Hee Yit Foong, keluar parti hari ini. "Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim, pula menyatakan pendirian kembali menyertai Umno," katanya pada sidang media di pejabtanya, di sini, sebenta tadi.


Berikutan itu, BN memiliki 28 kerusi dengan tiga Adun Bebas yang menyokongnya, manakala Pakatan Rakyat hanya tinggal 28 kerusi
_
________________________________________________________

Beberapa point aku nk sentuh disini

  • BN yang memang dh famous dengan politik wang dan korupsi tanpa segan silu "menyedut" 2 ahli PKR yang juga sedang dibicarakan atas tuduhan korupsi. Adakah ini membuktikan BN memang tidak berniat untuk memerangi korupsi sama sekali ? ....oooo lupa, itu budaya mereka, darah daging mereka, sudah sebati

  • Kita lihat dan perhatikan sahaja, andai dua ahli PKR ini dibebaskan dari tuduhan mereka di mahkamah nanti, maka ada sesuatu yg xkena ~hmmmm

  • Klu btul nk keluar PKR atas inisiatif sendiri kenapa menghilangkan diri lama2 n xnak dihubungi langsung oleh rakan2 dalam pakatan ? macam mana boleh ada date dengan Najib plak...hmm sumting wrong here

  • Try "beli" Kelantan r kalu ade bran! kecut punya olang

Monday, February 2, 2009

Solidariti Untuk Gaza / Palestin

Solidariti Untuk Gaza / Palestin
Anak kecil ini pn tidak mahu melepaskan peluang mereka

Berarak menuju ke kedutaan US, kali ini kurang mendapat sambutan akibat kurang promosi

Srikandi-srikandi


The Conspiracy start here - Mubarak, another traitor of Muslim world, another Zionist dog


Burn...as our heart burn


Burn...let it burn...let them see the black flame in our heart


Ismael Haniyya there~ also Imam Khomeini