Terdapat satu metafora yang sangat besar yang ingin disampaikan dalam filem pendek yang dilakonkan dua orang watak tersebut. Saya percaya kita semua berkongsi perasaan yang sama, bahawa dunia hari ini, di bawah pemerintahan barat, tidak pernah lekang dari konflik kemanusiaan.
Sekiranya boleh kita ajukan kepada orang tua tersebut akan latar tempat manakah rata-ratanya konflik dan permasalahan yang disiarkan oleh TV beliau, sudah pasti beliau akan menjawab di sekitar negara-negara penduduk Islam.
Inilah realitinya, peperangan antara etnik, penajajahan, kebuluran, jenayah kemanusiaan, krisis ekonomi, penindasan, dan pelbagai lagi masalah rata-ratanya dilatari oleh negara-negara yang majoritinya penduduk muslim.
Penajajahan di Palestin,
Penindasan di Pattani,
Diskriminasi di xinjiang,
Penafian hak kebebasan di Kosovo,
Penjajahan di Chechnya,
Penajajahan di Mindanao,
Perbalahan etnik di Darfur,
Penajajahan di Afghanistan,
Penjajahan di Iraq,
Krisis politik berdarah Uzbekistan,
Kecelaruan status di Kurdistan,
Tuduhan melindungi Al-Qaeda di Yaman,
Diskriminasi terhadap etnik Rohingya,
Krisis Ambon,
Penghapusan etnik di Bosnia
Inilah realiti dunia Islam,
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
Mari kita sama-sama menjadi seorang yang pro-aktif akan permasalahan dunia seperti lelaki muda dalam movie tersebut. Jangan hanya pandai bermain dengan fakta dan teori namun tiada usaha ke arah pengislahan dunia.
Ayuh Bangkit!
An-Nur: 55: "Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu Yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka."