Tuesday, March 16, 2010

Diari Seorang Muharrik

Diari Seorang Muharrik..

Ada ikhwah kate, setiap kali program, recordlah video dan dokumentasikan sebaiknya...insyaAllah kalau satu hari nanti futur, harap-harap dengan tengok video yang direcord boleh dapat semangat semula.

Ada juga pak cik-pak cik kate, dengan tengok semangat kita orang-orang muda sekarang, teringat zaman sewaktu mereka 'gila-gila' dalam aktivisme ini. Mereka pun terasa muda bila bersama dengan kita.

Ada ikhwah bercerita, dia masih lagi menyimpan surat lamaran beliau terhadap zaujahnya sehingga sekarang. Surat yang bukanlah dipenuhi ayat-ayat romantis ala Shakespeare sebaliknya surat yang penuh dengan titipan visi dan idealisme dakwahnya untuk hari-hari mendatang. Beliau menceritakan, setiap kali beliau membaca surat itu, bertambahlah semangatnya untuk terus thabat dan istiqamah di jalan dakwah ini.

Baru-baru ini juga, ada seorang ikhwah berkongsi di dalam satu sesi tertutup, bahwa beliau sangat merindui rakan-rakannya yang dahulunya berubah dan membesar bersamanya di medan dakwah ini ketika sedang study di luar negara. Mereka-mereka itu bukanlah futur, tetapi memilih jalan lain untuk memperjuangkan dakwah ini. Beliau menceritakan betapa rindunya beliau untuk berjuang bersama mereka-mereka semula. Beberapa ketika kemudian, zaujahnya yang duduk dibelakang mengangkat tangan menyatakan 'saya ada'.


Kenanganku Bersama Ikhwan.

Begitulah beberapa kisah mereka-mereka yang menggabungkan diri di dalam kafilah ini. Kafilah yang mereka di dalamnya saling memahami bahawa mereka ini perlu menjadi lebih baik demi membaikkan dunia yang kian hari kian karut dan bobrok. Terdapat seribu satu kisah lain yang boleh dikongsikan, namun biarlah 4 kisah ringkas itu sahaja buat masa ini.

Ikhwah, kita mungkin kurang mencoret peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan dakwah ini. Sedangkan, pengalaman yang 'hidup' sebeginilah yang diperlukan 'kita' untuk meningkatkan hi
mmah dalam dakwah ini. Ana sendiri sangat terkesan dengan 3 karya berbentuk coretan pengalam dijalan ini, karya yang 'hidup' dan dirasakan sangat dekat dengan kita;
  • Kenanganku bersama ikhwanul muslimin - Syeikh Qardhawi
  • Hari-Hari dalam Hidupku - Zainab al-Ghazali
  • Ikhwanul Muslimin dalam kenangan - Abbas As-Sisi
  • Jihad Anak Melayu Di Afghanistan - Zainon Ismail
Terdapat juga beberapa blog peribadi di ruang maya ini yang menceritakan tentang perjalan dakwah ikhwah dan akhwat, ikhlas bahawa saya sangat terkesan pabila membaca blog-blog sedemikian.

Menulislah, biar sejarah yang menentukannya

Mungkin blog ini akan menjadi bekal kenangan saya selamanya selama keberadaan saya di jalan ini. Ianya adalah diari buat saya (saya tidak pernah menulis diari) juga cermin buat diri ini akan 'milestone-milestone' yang telah dilalui. Terkadang, kita bisa senyum sendirian pabila membaca kembali tulisan-tulisan lalu, mengingatkan kita betapa naifnya kita pada ketika itu.

Saya lampirkan disini sebuah tulisan yang dikarang pada ketika saya masih lagi berjinak-jinak didalam dunia dakwah dan tabiyyah. Tarikhnya adalah 28/5/2006, ditulis sebelum wujudnya blog ini. Tulisan yang ditulis dan di'spam' ke seluruh mailing list pelajar melayu di UNIM ketika itu menggunakan sistem e-mail university. Tulisan yang memulakan dakwah usariah di Univesity of Nottingham Malaysia Campus.

___________________________________________________________________________________________________________

Assalamualaikum……

Saya percaya saudara-saudara banyak menghabiskan masa untuk membaca novel, bersukan, menonoton wayang, jamming, meneroka gunug-gunung dan gua-gua, bermain counter-strike, winning eleven, fifa dan battlefield serta membaca manga. Saya berharap saudara-saudara dapat memperuntukkan masa saudara-saudara sebentar untuk membaca artikel ini.

Al-Muqaddimah

Situasi umat islam pada dunia sekarang teramat teruk, Imam Hassan Al-Banna menggariskan tiga masalah utama umat islam pada hari in adalah penjajahan (minda dan fizikal), kejahilan dan kemiskinan. Sebahagian besar Negara-negara yang bernaung di bawah OIC tergolong di dalam senarai negara-negara yang termiskin di dunia. Benarlah kata-kata rasulullah pada kira-kira 1600 tahun dahulu bahawa umat islam pada akhir zaman adalah seperti buih-buih di lautan.

Saya mengajak saudara-saudara untuk berfikir sejenak di sini, apakah dengan keadaan islam zaman sekarang kita boleh duduk bersenang-senang tanpa melakukan satu kerja dan mengeluarkan setitik peluh. Konsepnya bukan begitu saudara, proses dakwah bermula dengan diri kita sendiri sebagai sebuah peribadi islam. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 143

Dan demikianlah ( sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami jadikan kamu satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia ( tentang yang benar dan batil) dan Rasulullah s.a.w pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

Rasulullah juga ada bersabda “sampaikanlah dariku walau dengan sepotong ayat” Maka mahu tidak mahu, malas atau rajin, kitalah umat yang bertanggungjawab untuk meletakkan kembali posisi islam ke tempat asalnya; sebagai rahmat-lil-alam.

Masalah dan Persoalan....

Terdapatnya sebahagian dari kita yang menyedari hakikat ini dan mula bergerak untuk merubah situasi ini, terdapat pula yang sedar akan tetapi hanya beromong kosong dan sekadar mengikut peredaran zaman, dan malangnya, terdapat sebahagian umat islam yang tidak pernah menyedari akan perkara ini. Perlulah diingat bahawa Allah s.w.t tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sekiranya kaum itu sendiri tidak berusaha untuk merubahnya.

Dalam situasi kita ( pelajar University of Nottingham ) sekarang, amatlah mencabar bagi kita seorang umat islam untuk mengekalkan status keimanan kita dan bergerak di atas landasan yang dianjurkan islam. Setiap hari mata kita disogok dengan wanita-wanita murahan yang tanpa segan silu mendedahkan aurat tubuh mereka, setiap minggu kita dapat menghadiri parti-parti maksiat dengan hanya membayara not bernilai Rm100, setiap tahun kita berhadapan dengan saudara-saudara kita yang merokok dan tanpa segan silu puasa di bulan Ramadhan dan banyak lagi kebatilan yang amat bertentangan dengan prinsip islam itu sendiri.

Saya mahu mengecilkan skop penulisan saya kepada masalah-masalah students MARA itu sendiri, mungkin nanti ada yang berkata-kata siapakah penulis untuk mengatakan ini semua sedangkan dia sendiri masih lagi terumbang-ambing. Benar saya sendiri masih lagi terumbang ambing tetapi sekurang-kurangnya saya mempunyai kemahuan untuk mempertingkan keimanan, amal dan ilmu diri ini dan saya bercita-cita untuk melihat islam sebagai rahmat-lil-alam semula.

Hari demi hari semakin ramai di antara kita yang berani mendedahkan aurat (rambut, kepala lutut, etc) kepada mereka-mereka yang tidak dibolehkan untuk melihatnya, semakin ramai yang tanpa segan silu memegang perkara-perkara yang haram bagi mereka, semakin ramai di antara kita yang meninggalkan solat, dan banyak lagi kemaksiatan-kemaksiatan yang kita sama-sama saksikan tetapi sekadar di jadikan santapan mata. Konsep menyaksikan sekadar untuk santapan mata ini amatlah bertentangan dengan kewajipan kita sebagai seorang umat islam yang sewajibnya menegur dan membanteras hal-hal yang batil ini.

Demi masa sesunguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran” Surah Al-Asr.

Sekiranya seorang umat islam itu melihat sesuatu maksiat di depan matanya dan beliau tidak menegurnya atau membencinya (serendah-rendah martabat tindakan terhadap kemaksiatan adalah dengan membenci dengan hati, seboleh-bolenya janganlah mengambil langkah terendah ini) maka jawablah kepada Allah di akhirat kelak akan sikap tidak ambil peduli anda itu.

Permasaalahnnya di sini adalah sesetengah dari kita melakukan maksiat itu atas dasar mereka sendiri tidak mengetahui bahwa perkara itu menyalahi hukum-hukum islam manakala pihak yang lain pula tidak mempunyai kekuatan atau tidak mempunyai cukup ilmu untuk berhujah untuk menegurnya. Oleh itu satu resolusi untuk mengatasi situasi ini perlulah di cari dan di jalankan secara constant.

Mengapa Usrah ?

Usrah itu bermaksud keluarga dan konsep perlaksanaanya juga adalah seperti keluarga iaitu melalui perbincangan dan pentarbiyahan yang harmoni, ceria dan saling memanfaatkan. Mungkin terdapat sesetengah golongan yang meragui keberkesanan usrah ini dalam mentarbiyahkan umat, tetapi percayalah, sekiranya anda benar-benar istiqamah dalam mengikutinya anda akan mendapat pelbagai manfaat darinya.

Usrah adalah satu kaedah berterusan di mana semua pihak dapat melontarkan pandangan mereka tentang sesuatu perkara, usrah juga dapat mengeratkan ukhwah islamiyah di antara kita, usrah dapat memberikan kita ilmu-ilmu yang bermanfaat, usrah dapat memberkati masa kita dengan mengelakkan kita melakukan perkara yang lagho dan banyak lagi kebaikan usrah yang saya anjurkan di sini untuk kita sama-sama nikmati.

Usrah juga disasarkan untuk menjaga nikmat islam dan iman yang telah dikurniakan allah kepada kita. Untuk menjaga kedua-dua nikmat terbesar yang telah Allah kurniakan ini, saya tidak menyatakan kepada anda bahwa anda harus membaca kitab-kitab yang tebal dan menghabiskan masa berpuluh-puluh tahun untuk itu, tetapi, disiplinkanlah diri saudara-saudara untuk menghdirkan diri-diri saudara ke majlis-majlis usrah yang hanya diadakan tidak sampai dua jam setiap minggu.

Terdapatnya berbagai teknik-teknik lain yang boleh digunapakai di samping usrah untuk di manfaatkan kita ( tabligh, ceramah mingguan dan lain-lain ) dan saudara-saudara bolehlah dianjurkan kepada jemaah untuk kita sama-sama manfaatkan, kerana matlamat kita bukanlah usrah tetapi usrah adalah kaedah atau teknik yang di gunapakai untuk kita menigkatkan iman, ilmu dan amal. Jadi andaikata terdapatnya satu kaedah atau teknik lain yang dirasakan boleh mencapai matlamat-matlamat ini maka saudara amatlah dialu-alukan untuk menganjurkannya dan insyaallah saya akan menyokongnya.

Dengan terlaksananya usrah ini, diharapkan segala ilmu-ilmu agama yang lopong atau rongak di dalam diri saudara akan terjawab. Usrah juga diharapkan akan dapat dijadikan langkah permulaan terhadap pembentukan sebuah jamaah yang berani, tegas dan berpengetahuan dalam mengatasi kebatilan-kebatilan yang berlaku. Diharapkan juga, jamaah ini akan menjadi tulang belakang terhadap penganjuran aktiviti-aktiviti yang bermanfaat di masa akan datang.

Dan dimanakah lagi saudara-saudara akan menemukan sebuah majlis agama yang berlaku dalam suasana muafakat sebegini dan dihadiri oleh naqib-naqib dari berpuluh-puluh kilometer jauhnya secara percuma? Mungkinkah ada masa lagi untuk pentarbiyahan seperti ini selepas saudara-saudara graduate? Sibuk mencari kerja, sibuk nak kahwin, nak hantar anak pergi sekolah, kena pergi outstation dan stuck dalam traffic jam mungkin jawapan yang akan saya dengar dari saudara-saudara selepas ini. Oleh itu manfaatkanlah peluang ini sebaik-baiknya.

Bergeraklah....

Saya menganjurkan anda untuk menyertai kami dalam aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan. Buat pengetahuan saudara-saudara, pelajar-pelajar lelaki telah memulakan usrahnya pada jumaat malam sabtu yang lepas dengan kehadiran seramai 23 orang pelajar manakala bagi pelajar wanita, mereka telah selesai dengan dua sesi. Buat masa sekarang usrah berjalan di rumah no.15 Jln TTS 2/4b, selepas isya’ pada hari Jumaat malam Sabtu bagi lelaki dan bagi wanita bolehlah di rujuk kepada wakil-wakil yang akan saya sebutkan nanti.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kami silalah hubungi mereka-mereka ini untuk bantuan;

Lelaki

Mohd Syukri b. Johari
Mohd Shazwan b. Ab. Halim

Wanita/Perempuan

Nur Diana Erma
Nik Nur Asyikin

Dan amal seorang lelaki itu adalah lebih baik dari kata-kata seribu orang lelaki


Mohd Shazwan b. Ab Halim
28/5/06
Rumah No.15 TTS2/4B


Tuesday, March 9, 2010

Hakikat Kerehatan


Ust. Mat : Ya akhi, letih ke ?

Ikhwah A: la (tersenyum, walhal jelas nampak keletihan dimukanya)

Ust. Mat : kerehatan tu berada di hati, sbb tu Rasulullah cakap “Wahai Bilal! (bangunlah untuk azan) rehatkan kami dengan solat.” (semasa perang Khandak), rehat tu dengan ketenangan hati. Sebab bila kita solat hati kita jadi tenang, hati yang tenang tu yang rehat sebenarnya. (ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang)

Ikhwah A : senyum mengiyakan

Ustaz Mat : Kita tidur 10 jam pun, tapi bangun-bangun letih jgak, sebab dia rehat tu sini (menunjuk ke hati)

*tulisan dalam kurungan adalah tambahan penulis

Begitulah perbualan yang berlaku di antara dua orang ikhwah senior di dalam lift di sebuah pusat peranginan tersohor. Ikhwah A baru sahaja sampai setelah berjam-jam menaiki flight dari negara asalnya. Alhamdulillah, walau perbualan berlaku dalam bahasa Arab, aku masih mampu menangkap beberapa maksud perkataan yang dibualkan. Harap-harap apa yang dititpkan ini bertepatan dengan isi perbualan dua orang ikhwah tersebut. Apa kondisinya pun, insyaAllah terdapat pengajaran yang boleh diperoleh darinya.

"Sebaik-baik perkara ialah, perkara yang lembut yang dikeluarkan dari lautan yang dalam daripada lidah seorang yang lemah lembut" - Yahya bin Mu'az