Wednesday, October 20, 2010

20/10/2010 – Mengenang 74 Tahun Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

20/10/2010 – Mengenang 74 Tahun Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck


“Tidak ada terlihat indah oleh dua orang yang menjalin cinta kasih selain nikah” HR Ibn Majah

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan diantaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar-Ruum:21)

Maha Suci Allah yang mempertautkan dua hati dan membungakan perasaan kasih didalamnya.

“Orang yang makan buah pauh yang lemak manis saja tahu macam mana lemaak dan maniisnya buah pauh tu” – Pak Cik Surau

Usah berselindung lagi, tanyakan sahaja pasangan yang baru berkahwin bagaimana perasaan mereka,

Tanyakan saja
Tanyakan saja pada mereka


Samakah dengan perasaan memiliki kereta baru
Samakah dengan perasaan mendapat straight A’s dalam peperiksaan
Samakah dengan perasaan berconvocation
Samakah dengan perasaan melihat pasukan Kelantan membenam Selangor 3-0 atau Manchester United membenam AS Roma 7-1
Samakah dengan kegembiraan melihat arus tsunami politik 2008

Tidak, tidak dan tidak!
Tanyakan saja
Tanyakan saja pada mereka

Mungkin kerana itu bernikah itu diumpakan seperti menyempurnakan separuh agama
Mungkin kerana itu Adam dikurniakan Hawa disebelahnya
Mungkin kerana itu pernikahan itu dianggap sunnah para-para nabi

Maha Suci Allah yang menciptakan bahagia dan kebahagiaan

Namun, sehebat manapun kebahagiaan itu..Terbandingkah dengan kebahagiaan di syurga sana ?

Kebahagiaan apabila buku amalan diserahkan ke tangan kanan,
Yang kemudiannya
Bersahabat dan berjiran dengan orang-orang saleh yang berhati suci dan berperibadi mulia belaka
Yang kemudiannya
Dikurniakan bidadari-bidadari yang muda dan comel-comel belaka didalam istana yang tidak terjangkau luasnya dan tidak tergambar keindahannya
Dan yang kemudiannya
Dibukakan hijab untuk melihat wajah Rabb pencipta bahagia, penyemai kasih sayang dan pemberi segala kenikmatan

Allah Azzawajalla

Mungkin itulah kemuncak kebahagaian dan kenikmatan.


Dengan itu, Pernikahan di dunia itu seharusnya dijadikan wasilah untuk membuka kemuncak kebahagian dan kenikmatan di syurga sana. Kemuncak kebahagiaan dan kenikmatan yang PASTI dari Allah yang tidak pernah memungkiri janjinya

Pernikahan di dunia itu seharusnya adalah satu sinergi yang memantapkan kedua-dua pasangan dalam memenuhi tujuan penciptaan mereka. Tugas ibadah dan khalifah yang telah diamanahkan kepada kita

Kerna Kita Tahu

Kerna Kita Tahu
Tak selamanya hidup akan setenang riak arus Danau Toba,

Dan kita tahu Hari mendatang itu menjanjikan keserabutan Kota Medan,
Disitu Kita akan terus teguh,
Umpama Sibayat dan Sinabung,
Setia memasak kota Medan,
Dan memberi kesuburan kepada sekelilingnya

20/10/2010 – 10 Days of Shazwan & Aiza Diha, doakan semoga sampai syurga

Tuesday, October 5, 2010

NAK PERGI!!

NAK PERGI!!




Tengok kiri, tengok kanan, xde orang....lap sikit air mata huhu (xmacho langsung)

Let's Revive This Ummah!

Tuesday, September 7, 2010

Ini Soal Cinta!

Ini Soal Cinta!

“ikhwah adalah individu yang penuh pengorbanan, kesabaran & sentiasa bergerak menggenggam al-haq.” – Kata-kata seorang

Seperti yang pernah saya bicarakan sebelum ini, tiada cinta tanpa pengorban. Kerana harus kita faham bahwa sifat iman itu bukanlah sekadar dengan meyakini dengan hati, tetapi lebih dari itu, ianya perlu dilafazkan dengan ucapan dan dibuktikan dengan perbuatan.

Bagaimana mungkin kita kata kita beriman, malah lebih dari itu, bagai mungkinkita kata kita cinta andai perbuatan/amal kita tidak langsung menunjukkan banyaknya pengorbanan yang kita lakukan untuk orang subjek yang kita cinta itu ?

Seorang sahabat karib saya di sekolah menengah dahulu, kerana cintanya pada muzik dan gitar, beliau sanggup makan Maggie satu sem demi hanya kerana mahu membeli sebutir/sebiji/selaras gitar yang harganya hamper sama dengan peruntukan kewangan yang diberi.

Dinner terakhir sekolah menengah saya dahulu, ada 2 kugiran (kumpulan gitar rancak) yang terdiri dari para pelajar akan membuat persembahan. Tempat jamming agak jauh dari sekolah untuk mereka-mereka berlatih/reherseal lagu yang bakal mereka dendangkan. Nak dijadikan cerita, terdapat seorang drummer dari sebuah band terbabit nekad berjalan kaki lebih 5KM dalam panas terik tengahhari hanya untuk menyertai latihan/reherseal terbabit.

Seorang sahabat saya juga, beliau belajar di luar negara. Sayangnya beliau, cintanya beliau pada aweknya menyebabkan beliau sanggup berulang setiap hari dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu hanya kerana mahu menggunakan sepenuhnya masa cutinya di Malaysia untuk bertemu aweknya itu.

Saya juga teringat ketika zaman sekolah menengah dahulu, bulannya senang untuk kami ‘fly’ dari pagar sekolah. Tapi kerana itu sajalah caranya untuk para smokers mendapatkan stock mereka, mereka sanggup menahan mengantuk, meredah kegelapan malam dan berjalan berkilometer jauhnya hanya untuk mendapatkan sebatang dua ‘Suria 20Sen’.

Seorang mat rempit bila mana mereka melakukan willy, wikang, superman ataupun lap maut, mereka mungkin sahaja sudah bersedia untuk mengorbankan nyawa mereka untuk aksi-aksi ‘cool’ dan ‘hati kering’ tadi


Ini persoalan cinta!

“Baiknya/terpilihnya semasa Islam, Baiknya/terpilihnya semasa jahiliyyah, sekiranya mereka faham” – Hadith Logam

Ikhwah mungkin mual atau sudah lali dengan kisah pengorbanan Abu Bakar dan Umar tikamana Rasulullah mengarahkan para sahabat menginfakkan harta mereka, mungkin juga kisah Suhaib Ar-Rumi yang meninggalkanseluruh hartanya sebagai syarat untuk beliau berhijrah sudah menjadi melodi dalam telinga antum. Mungkin juga kisah Syed Qutb dan Salman Al-Audah mengorbankan nyawa mereka untuk mempertahankan prinsip hidup mereka sudah menjadi irama sebelum lelap antum.

Mungkin juga bagi para akhwat, kisah Ummu Sulaim memaharkan keislaman Abu Talhah adalah cerita-cerita gossip antunna, kalau saya ceritakan kisah kisah Saiditina Khadijah memanjat bukit bukau untuk menghantar makanan untuk Rasulullah di Gua Hira’, antunna mungkin muntah. Apatah lagi kalau saya ceritakan kisah syahidnya Sumayyah.

Oleh itu mari saya ceritakan beberapa kisah menarik yang sempat saya dengar sepanjang keberadaan saya dalam dunia dakwah dan tarbiyyah ini. Kisah pengorbanan para ikhwah untuk Islam dan dakwah yang mereka cintai. Kisah ikhwah Malaysia yang diceritakan sendiri kepada saya.

Seorang ikhwah berbasikal 40KM sambil membawa barang jualannya untuk menghadiri sesi usrah…

Seorang akhwat sanggup ke Irian Jaya untuk mengahwini ketua puak disana dengan niat hanyasahanya untuk menyampaikan Islam kepada puak asli terbabit…

Ya, itu kisah di tanah seberang sana, kisah kita ?


Kisah 1001 Malam

Seorang ikhwah, boleh saya katakan orang pertama yang menyambut seruan dakwah usariah di university saya. Tiba satu saat yang ditentukan, beliau terpaksa menyambung pelajaran di sebuah IPT laen yang bersempadanan dengan negeri Perak. Berpindahnya beliau ke sana tidak sama sekali mematahkan semangat beliau untuk terus mengikuti tarbiyyah dan melakukan dakwah. Malangnya, tiada murabbi yang sanggup kesana, akhirnya beliau terpaksa kesini (Serdang). Al-kisahnya beliau sanggup menunggang motosikal Honda Wave nya yang tidaklah berapa laju sangat itu setiap minggu dari IPTnya ke Serdang. Pernah dulu kami pergi menziarahi beliau dengan menaiki, ketika itu betapa kami faham betapa besarnya pengorbanan beliau, jalan di sana gelap, penuh dengan selekoh tajam dan lori-lori laju dan jaraknya cukup untuk membuatkan dirver pada hari tersebut mengeluh ‘huh jauhnye!’


Seorang murabbi, beliau saya kira sangat special. Sehingga hari ini saya tidak menemukan seseorang yang seperti beliau di dalam dunia dakwah ini. Beliau pulang dari tanah tarbiyyahnya dan belum mendapat sebarang pekerjaan .Baki simpanannya semasa beliau study di luar negara digunakan beliau untuk perjalanan dakwah beliau di KMB, KYUEM, UNIM, Al-Amin Bangi dan KMS. Cuba kira sahaja berapa banyak usrah yang dibawa dalam masa seminggu dan berapa banyak wang yang dikeluarkan untuk perjalanan beliau ke setiap lokaliti terbabit. Dan kalau anda rajin, tolong kirakan kilometer perjalanannya untuk setiap minggu. Alhamdulillah, majority ikhwah binaan beliau yang saya kenal masih thabat dan istiqamah.


Akhuna, beliau mempunyai agak banyak jawatan di IPTnya, kelab itu kelab ini, kolej itu kolej ini. Jawatan-jawatan yang tidak menyumbang malah boleh membantutkan dakwahnya (mungkin pada ketika itu) jika mengikut murabbinya. Lantas murabbinya menyuruh beliau melepaskan segala jenis jawatannya itu untuk dakwah. Alhamdulillah, beliau thiqah pada pertimbangan murabbinya dan Alhamdulillah dakwahnya agak berjaya sekarang.


Di awal pergerakan kami di IPT, agak banyak program bersifat umum untuk tajmik yang dilakukan. Bertolak dari kata-kata seorang pak cik tabligh, “Kalau nk isi hati diorang, isi perut diorang sekali, baru senang”, kami bertekad untuk menyediakan makanan untuk mereka-mereka yang hadir pada setiap program. Permasalahan yang paling besar adalah ketiadaan bekas untuk mengisi makanan dan minuman. Alhamdulillah, seorang akh yang dengan hanya RM365 nilai scholar (ketika itu) telah bertindak membeli 10 talam (yang setiap satu berharga RM10) dan dua bekas minuman besar untuk kegunaan ikhwah dan akhwat. Berapa agaknya baki scholar untuk beliau gunakan untuk bulan itu ?.


2 tahun lepas, WAMY Malaysia menganjurkan majlis korban perdana, lantas saya mengajak beberapa orang rakan untuk membantu memotong daging, mengerat tulang dan membawa balik daging pada program tersebut. Setelah menyumbang beberapa kerat tenaga di WAMY Center Jalan Ampang itu, kami pulang dengan berbekalkan baju WAMY putih bersaiz XXL dan tiga plastic berisi daging korban. Rakan kami di uni yang tahu kami membawa balik daging mencadangkan kami membakar daging-daging itu bersama-sama. Kami yang memang tidak banyak songeh setuju saja. Malam tersebut, seorang ikhwah ada sesi usrah, tanpa menghiraukan daging korban hasil potongannya tadi yang enak, panas dan lembut, beliau bermujahadah meninggalkan majlis bakar-bakar tadi kerana keyakinan mereka bahawa manfaat yang mereka perolehi dengan menghadiri usrah adalah lebih besar.


Seorang ustaz, jarang sekali beliau travel menggunakan flight jika beliau diundang untuk mengisi program di luar lokalitinya. Hanya untuk men’DF’ seorang pemuda yang beliau “tersepak entah celah mane”, beliau sanggup menawarkan tiket penerbangan kepada pemuda tersebut dengan harapan pemuda tersebut dapat menghadiri program anjuran beliau. Saya masih ketika itu beliau sering berulang dengan keretanya yang tidaklah berapa bagus sangat kondisinya kerana sering di’torture’ akhwat.


InsyaAllah, saya percaya terdapat banyak lagi di luar sana kisah pengorbanan ikhwah/akhwat yang lebih besar, lebih hebat dan lebih syadid dari apa yang saya sampaikan disini. Bismillah, diharapkan terdapat ibrah yang boleh di ambil pembaca dari penulisan naïf ini.


Sekadar mana sangat pengorbanan kita untuk dakwah ini ?

“Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya? .Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya)” (As-Saff : 10-11)

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.” (At-Taubah:111)

Wallahua’lam

"I'm flying with both wings =b"

Thursday, July 15, 2010

The Technician

The Technician



Terdapat satu metafora yang sangat besar yang ingin disampaikan dalam filem pendek yang dilakonkan dua orang watak tersebut. Saya percaya kita semua berkongsi perasaan yang sama, bahawa dunia hari ini, di bawah pemerintahan barat, tidak pernah lekang dari konflik kemanusiaan.

Sekiranya boleh kita ajukan kepada orang tua tersebut akan latar tempat manakah rata-ratanya konflik dan permasalahan yang disiarkan oleh TV beliau, sudah pasti beliau akan menjawab di sekitar negara-negara penduduk Islam.

Inilah realitinya, peperangan antara etnik, penajajahan, kebuluran, jenayah kemanusiaan, krisis ekonomi, penindasan, dan pelbagai lagi masalah rata-ratanya dilatari oleh negara-negara yang majoritinya penduduk muslim.

Penajajahan di Palestin,
Penindasan di Pattani,

Diskriminasi di xinjiang,

Penafian hak kebebasan di Kosovo,

Penjajahan di Chechnya,

Penajajahan di Mindanao,

Perbalahan etnik di Darfur,

Penajajahan di Afghanistan,

Penjajahan di Iraq,
Krisis politik berdarah Uzbekistan,

Kecelaruan status di Kurdistan,
Tuduhan melindungi Al-Qaeda di Yaman,

Diskriminasi terhadap etnik Rohingya,

Krisis Ambon,

Penghapusan etnik di Bosnia


Inilah realiti dunia Islam,

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

Mari kita sama-sama menjadi seorang yang pro-aktif akan permasalahan dunia seperti lelaki muda dalam movie tersebut. Jangan hanya pandai bermain dengan fakta dan teori namun tiada usaha ke arah pengislahan dunia.

Ayuh Bangkit!

An-Nur: 55: "Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu Yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka."


Friday, July 9, 2010

Drive-Thru 24 hours

Drive-Thru 24 hours

Lokasi : Surau Garden Avenue, Seremban 2
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tarikh : Malam perlawanan antara England dan German

Semasa jemaah sedang sibuk menyarungkan selipar, sandal dan terompah masing-masing..

Pak Cik A : Malam ni sokong mane jang ?
Pak Cik B : England la, ade Rooney
Pak Cik A : Ape sokong England, penjajah tu..Diorangla yang dok buat masuk Yahudi kat dalam Palestine dulu, Sokong Germanla, Nazi dulu bunuh Yahudi

Majoriti ahli jemaah bergelak ketawa mendengarkan jenaka pak cik A tadi...

Beberapa saat kemudian, Pak Cik A selesai menyarung selipar dan bergerak ke MyVi hitamnya, tertera di windscreen kereta pelekat M besar Drive-Thru 24 hours.

"Caba
ran kita adalah memberi kefahaman Islam kepada masyarakat dengan cara yang mudah difahami mereka" - Ustaz Fadzil saleh



Monday, May 10, 2010

Bersiap-siagalah

Bersiap-siagalah



Pernahkah antum perasan atau amati akan loga al-ikhwan al-muslimin ?

Sekiranya antum amati, antum akan menemui sepotong perkataan dari bahasa arab yang berbunyi ‘wa’a’iddu’ pada bahagian bawah logo tersebut yang sekiranya diterjemahkan kedalam bahasa melayu (atau Malaysia) akan ditafsirkan sebagai ‘bersiapsiagalah’ atau ‘bersiap-sedialah’.

Perkataan ini dipilih oleh asy’syahid Hassan al-Banna bersandarkan sepotong ayat Qur’an dari surah al-Anfal ayat ke 60

60. Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

Ketika pertama kali saya mengamati ayat ini, terasa sedikit kejanggalan akan mengapa asy-syahid memilih sepotong perkataan dari ayat ini untuk diletakkan di dalam logo al-ikhwan yang semestinya menjadi bahan kibaran rasmi bagi anggota al-ikhwanul muslimin di seluruh pelusuk dunia. Terdapat lebih 6000 ayat lain yang boleh dipilih, semestinya terdapat sesuatu yang spesial yang ingin disampaikan asy-syahid disebalik pemilihan ayat ini.

Tambahan lagi, ayat tersebut mengarahkan kita menyiapkan diri dengan kekuatan persenjataan yang dapat menggerunkan pihak musuh, satu langkah yang semestinya hanya akan diambil sekiranya terdirinya sebuah daulah jika mengikut kefahaman manhaj al-ikhwan. Apakah signifikannya ayat ini untuk sebuah jamaah baru yang belum memiliki walau seinci daulah sekalipun semasa ianya didirikan ?

Namun, begitulah proses tarbiyyah ini mengajar kita, terkadang kita diberi bahan-bahan yang tidak terjangkau oleh aqal fikiran kita pada tika tersebut. Namun, para syuyukh berkata terimalah dahulu, biarkan ianya berlegar-legar disekitar “subconcious mind” kita terlebih dahulu, lambat laun, pabila meningkatnya usia kita di dunia tarbiyyah ini, fahamlah kita.

Al-Fahmu, aspek pertama yang diletakkan asy-syahid didalam rukun bai’ah. Kita boleh cuba membentuk kefahaman, namun, jarang sekali kita dapat meluruskan kefahaman. Setiap kader mempunyai kemampuan aqal masing-masing dan latar pengalaman masing-masing yang semestinya akan membentuk aspek kefahaman mereka. Mesejnya disini, saya menulis artikel ini berdasarkan kefahaman saya.


Super-Sub Player

Being not the best player in the field menjadikan kita seorang yang sering dipanggil ketika saat-saat yang diperlukan , ketika player utama injured, ketika player utama exhausted atau sekiranya terdapat perubahan strategi di saat-saat akhir. Itulah amal jama’I, itulah juga aspek takafful yang harus kita fahami. Apa yang penting, kesungguhan dalam menyelesaikan sesuatu tugas, bukan sekadar melepaskan batuk ditangga.

Pemain gantian pasti dipandang enteng oleh sesetengah penyokong dan pasukan lawan, mereka sering dianggap 2nd grade player. Namun, sejarah membuktikan bahawa Ole Gunnar Solsjaer pernah memberikan kemenangan kepada pasukannya dengan menyumbat 4 gol dalam masa 11 minit yang pada penghujung kareernya, beliau diberikan taraf ‘legend’ oleh penyokong Manchester United walau hanya dengan bermian sebagai penyerang ke-3 pasukan sepanjang kareernya. Sejarah juga membuktikan Roger Milla, seorang pemain penyerang Cameroon berjaya menyumbang 2 gol ketika pasukannya ketinggalan 1 gol dibelakang England setelah dimasukkan pada separuh masa ke-2, beliau akhirnya diangkat sebagai ‘Best African Player of the Century”.

Menjadi pemain gantian memerlukan kita mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi. Boleh sahaja kita dipanggil untuk mengisi daurah 2 hari sehari sebelum program kerana penceramah asal ‘injured;, boleh sahaja juga kita diminta untuk mengisi satu tajuk yang mana kita sendiri belum pernah melaluinya secara formal dan mungkin juga kita akan tiba-tiba di’sms’ untuk mengisi program pada pagi hari itu juga kerana pengurus program ‘terlupa’ untuk memaklumkan lebih awal kepada kita.


SMS yang Menyedihkan

“Akhi, brngkali prmintaan ini prmintaan yg agak mustahil , tapi ana gagahkan juga menaip sms ini untuk brtanya jga pd nta ..kerana ana brkeyakinan pd pertolongan Allah,masih ada secebis pgharapan utk kami..ana dh hmpir putus asa sbenarnya..selama smggu ana mcari pganti pnceramah program daurah sehinggalah ke saat ini..smpaikan kpala ana brat/sakit utk memikirkannya lg..tp demi kebaikan adik2 XXX, Lillahita’ala, ana gagahkan juga..ana hanya nmpak, nta shjalah harapan TERAKHIR ana yg ada talent tuk smpaikan..bleh ke anta prepare utk smpaikan pada pagi esk hingga malam esk ? Boleh ke akh ? Maaf akh, ana dh pasrah, that’s y ayat sms ana camni..adeh”

Begitulah terbebannya ikhwah tersebut dalam usaha memenuhi tanggungjawabnya sebagai mas’ul program. Saya yakin pembaca sendiri dapat merasainya dengan hanya membaca SMS tersebut

Namun,

Program pagi esk…dan kerja terdapat 5 proposal dan 2 tender yang perlu disiapkan sebelum 5.45pm. Malam ini ada program ikhwah di UNIM sehingga pagi esk, memang agak mustahil untuk dipenuhi. Bukan kerana malas, tapi takut menzalimi pendengar yang semestinya mempunyai expectation tinggi terhadap program. Tambahan lagi, persediaan dari sudut ruhi dan fikri adalah ‘zero’.

Alhamdulillah, berkat connection yang ada, berjaya juga akhirnya menemui seorang ikhwah super yang sanggup menggantikan diri ini. Alhamdulillah terlepas juga beban saudara kita tersebut. Didoakan supaya program berjalan lancar dan berjaya mencapai matlamat

LA Tahzan Innallah ma’ana

"Dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa meringankan seseorang Muslim dari salah satu kesedihan dunianya, maka Allah akan meringankan salah satu kesedihan di akhirat nanti. Barangsiapa memudahkan jalan bagi orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan jalan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa menutupi rahasia seorang Muslim, maka Allah akan menutupi celanya di dunia dan di akhirat. Dan Allah tetap menolong seseorang selama seseorang itu menolong saudaranya." (HR MUSLIM)

Wa’a’iddu – Teguran untuk Mohd Shazwan b. Ab Halim

Great Power Comes Great Responsibility

Kita ditarbiyyah untuk memounyai power,

Bayangkan sekiranya SuperMan terlupa untuk membawa costumenya ketika berlakunya rompakan bank di Metropolis, atau cuba bayangkan juga sekiranya Batman terlupa untuk mengisi minyak Batmobile kepunyaannya ketika Joker sedang cuba meracuni punca bekalan air di Gotham City.

Namun ternyata bahawa semua superhero ciptaan barat ini sentiasa mempunyai kesiapsigaan yang tinggi terhadap tugas mereka. Leka sesaat, mungkin sahaja kisah mereka berakhir dengan pengakhiran yang memilukan bagi penggemar wayang gambar.

Begitulah tarbiyyah ini, kita ditarbiyyah dari ‘zero’ untuk menjadi seorang ‘superhero’ yang sentiasa perlu bersiapsiaga walau dalam apa situasi dalam usaha menyelamatkan umat ini. Tiada istilah tidak bersedia baik dari sudut fikri, ruhi atau jasadi. Kenangkan saja kisah Handzalah yang menyahut seruan jihad pada malam perkahwinannya, kenangkan juga kisah Umar bin Abdul Aziz tikamana beliau diangkat sebagai khalifah kerajaan umayyah walau tanpa ada persiapaan sedikit pun dari dirinya untuk mendokong posisi itu sebelumnya dan ambillah ibrah dari kisah Ali karramallahuwajhah dalam kisah penghijarahan Rasulullah s.a.w, beliau senantiasa bersiap-siaga menghadapi sebarang kemungkinan dalam menegakkan deen-al-haq ini.

Syaitan, jahiliyyah dan thaghut, kombinasi musuh yang nampak dan tidak nampak ini tidak pernah berhenti dan letih dari menjalankan tugas mereka mewarnakan dunia ini dengan kegelapan dan menjauhkan manusia dari Allah s.w.t, dengan itu, para da’ie sentiasa perlu mempunyai keisapsiagaan yang tinggi pada setiap saat untuk mengalahkan musuh agama Allah ini dan meletakkan kembali Islam sebagai rahmatan-lil-alamin.

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan jahat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya” – (al-hijr 15:39)

Di dalam satu permainan bola sepak, walaupun terdapat seorang pemain dari satu pasukan yang tidak cukup cergas dan tidak bersedia dalam menghadapi perlawanan itu, tentulah permainan itu menjadi 10 melawan 11 kerana ketidakcergasan seorang pemain di dalam padang hanya membawa malapetaka kepada sesebuah pasukan tersebut sekiranya pemain tersebut tidak ditukar.


Ghuraba’ dan Realiti Masyarakat

Islam adalah satu manhaj inqilab, ianya membawa manusia dari satu fasa jahiliyyah kepada fasa ma’rifah. Fasa ma’rifah yang membawa individu tersebut mengenal segalanya; penciptanya, tujuan penciptaannya, pengakhirannya dan tabiat kehidupan seluruhnya.

Manhaj inqilab ini akan membawa manusia berbeza dari manusia yang belum mengadaptasikan sepenuhnya konsep manhaj ini kedalam kehidupan mereka justeru membawa mereka sedikit berbeza dengan mereka-mereka diluar sana (konsep bola besi)

“Sesungguhnya Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka thuuba (beruntunglah) orang-orang yang asing” (HR Muslim).

Sungguh, tarbiyyah ini bukanlah mengkehendakkan kita mengasingkan diri dengan mereka-mereka diluar sana, namun tabi’inya, cara pengurusan masa kita, pengurusan pembahagian kewangan kita, minat kita dan prinsip kita akhirnya akan membataskan kita dengan mereka.

Disinilah titik dimana masyarakat mula sedar tentang siapakah kita sebenarnya, dan disinilah titiknya dimana ikhwah dan akhwat mula dipikulkan tanggungjawab bahawa kita telahpun dipilih masyrakat secara tidak formal sebagai ‘ustaz’ atau ‘ustazah’ walau tidak bertauliah.

Mungkin sahaja kita akan dilamar untuk menjadi AJK Ketua Pemuda Masjid,

Mungkin sahaja kita akan dilantik sebagai pakar rujuk dalam bidang agama dikalangan rakan kita,

Mungkin sahaja kita akan di suruh untuk memimpin majlis bacaan doa selamat dan solat hajat pejabat kita,

Mungkin sahaja kita akan dipanggil tikamana rakan sekolej kita dirasuk jin

Mungkin sahaja kita akan dipanggil untuk membacakan doa pengantin kerana ustaz yang sepatutnya membaca lewat hadir

Mungkin sahaja kita akan diminta untuk memberi tazkirah ketika permulaan mesyuarat,

Mungkin sahaja kita dipilih sebulat suara untuk mendokong jawatan exco-agama pejabat kita,

Segalanya mungkin,

Kerana sedarlah ikhwah, apabila kita berbeza, kita sudah pun menjadi perhatian masyarakat.

Oleh itu, Wa’u’iddu! Bersiapsiagalah!


Disclaimer

Artikel ditulis dengan kefahaman penulis berdasarkan pengalaman dan marhalah tarbiyyah yang sedang beliau lalui sekarang.