Friday, March 13, 2009
Melayu (memang) mudah lupa
Tidak sampai setahun pun serangan kejam dan zalim rejim Zionist ke atas Gaza, umat Islam (dalam konteks Malaysia) kelihatannya seperti telah lupa akan apakah yang berlaku kepada saudara-saudara kita d tanah suci sana.
Jika dahulu berkobar-kobar mereka, ada yang sampai mengalir air mata melihat penderitaan saudara kita di Palestin, tidak kurang yang penuh semangat turun berdemo dan ada juga yang sanggup mengorbankan wang ringgit untuk membantu meringankan penderitaan saudara-saudara kita di Palestin, semoga Allah memberkati kita dan mereka-mereka.
Kempen boycott yang disarankan ngo-ngo walau disambut dengan agak tawar dan berat hati oleh rakyat Malaysia (eh betul ke ? ke muslim je ?) masih mampu memberikan impak yang besar dimana syarikat-syarikat seperti McDonald mula menurunkan harga makanan mereka (yg mahal gile) hingga separuh dari harga asal (wah! hahahaha) dan mengelurakan iklan bahawa mereka menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Coca Cola pula diwar-warkan tidak akan menyambung lesennya selepas 2010 (xpasti), namun jika benar berita ini, maka satu berita baik untuk kita. Nestle juga menyiarkan iklan secara besar-besaran bahwa mereka bukan hanya melabur di Israel namun tetap mencurahkan modal mereka ke negara-negara Arab, dan Malaysia juga. Masih juga saya ingat Vincent Tan merayu supaya rakyat Malaysia tidak memboycott starbucks.
Inilah impaknya jika umat Islam (spatutnya seluruh manusia yang waras) bersatu untuk satu tujuan dan satu matlamat. Kita sebenarnya kuat, kita sebenarnya hebar, kita sebenarnya mampu, namun syaitan-syaitan yang berselindung itu lebih kuat tarikan mereka.
Sedihnya!
Kecewanya!
Bencinya!
Elergiknya!
xsampai beberapa bulan pn, kita sudah mula tertarik akan pujukan McDonald, kita mula rindukan 12 sudu gula Coca-Cola, kita mula mahu merasa gah dan glamour dengan lepak di Starbucks, kita mula menggiurkan Maggie yang xseberapa sedap itu....Lemah sungguh iman kita!
Pasti! satu sebab sahaja..kerana gagal memahami isu Palestin dengan kadar yang sepatutnya, kita memahami isu Palestin sebagai isu yang bermusim, sebagai isu saudara kita dan KITA, sebagai perjuangan KITA...andailah kita dapat membayangkan setiap titisan Coke itu adalah titisan darah emak ayah kita, kalaulah kita dapat menggambarkan setiap Doubel Cheeseburger itu adalah missile Head yang akan membedil rumah kita, kalaulah kita dapat mengimaginasikan Maggie itu umpama rambut -rambut adik kita yang terbakar akibat bedilah bom fosforus zionst bangsat maka.................
Isu ini bukan isu bermusim, perjuangan ini bukan perjuangan Palestinian semata, penderitaan ini penderitaan kita juga...KITA ADALAH MEREKA MEREKA ADALAH KITA!
(Masih lagi elergik dan benci akan muka-muka (bahagia) yang sedang menikmati makanan-makanan di McD tanpa rasa bersalah sedikit pn)
Isteriku seorang artis…
Malangnya isterimu seorang artis
Dia sentiasa sibuk, jadualnya padat
Dia tiada masa untukmu
Ada latihan, ada ‘shooting’, ada promosi
Ada ‘show’, ada ‘meeting’, ada ‘dinner’
Tinggallah engkau bersama anak-anak
Malangnya isterimu seorang artis
Ke mana-mana pergi dia jadi perhatian orang
Kalau berjalan bersama,
engkau disangkakan drebar ataupun ‘bodyguard’
Dia lebih sibuk tandatangan autograf
Lebih sibuk membalas ‘hello’ dan lambaian peminat
Daripada mendengar perkataan-perkataanmu
Malangnya isterimu seorang artis
Di mata umum dan di pentas
Wajah dan tubuhnya disolek
Senyumnya tidak putus berjam-jam demi menjaga peminat
Tapi di rumah…
Mana kawan nak ‘make-up’
‘Make-up’ saja sudah satu jam
Padahal dia balik ke rumah hendak berehat
Mana kawan hendak senyum
Kan tadi sudah memaksa senyum dua tiga jam depan televisyen?
Tentulah lenguh otot-otot muka dan minda
Maka buruklah mukanya di rumah
Cantik dan senyumnya untuk orang
Buruk dan letihnya untukmu
Padahal engkau suaminya
Malangnya isterimu seorang artis
Peminat menonton seluruh tubuhnya
Peminat bercerita tentang ‘perhiasan-perhiasannya’
Ada bahagian yang dipuji dan ada bahagian yang dikeji
Padahal suami memiliki kesemua perhiasan isteri
Yang engkau pula, dengan orang ramai terpaksa berkongsi
Apakah engkau tidak terkilan di hati?
Malangnya isterimu seorang artis
Di depan lensa dia berlakon pelbagai watak
Ada watak yang sopan ada watak yang tidak bermaruah
Filem mahukan dia bersentuhan dengan lelaki,
dia kena lakukan
Filem mahu dia berlakon adegan atas katil bersama lelaki lain,
melakonkan watak mama dan papa,
dia kena lakukan
Filem mahu dia beraksi sebagai mangsa yang sedang ataupun cuba dirogol
Dia kena lakukan
Wah, isterimu jadi hidangan ramai rupanya
Malangnya isterimu seorang artis
Wangnya banyak pengaruhnya besar
Dia lebih kaya daripadamu, engkau di bawah telunjuknya
Wang hasil pekerjaannya itu diberi makan anak-anak
Engkau yakinkah halalnya, berkatnya?
Malangnya isterimu seorang artis
Dia pujaan ramai
Anak-anak lebih berbangga dengannya berbanding denganmu
Dialah hero mereka, bukan engkau
Dia dilihat lebih berjaya daripada engkau
Maka anak-anak lebih mendengar cakapnya
Lebih sayang kepadanya
Dia idola mereka
Mereka pun bercita-cita nak jadi sepertinya
Aduh…
Malangnya isterimu seorang artis
Dosanya bertabarruj di khalayak ramai
dia tanggung engkaupun tanggung
Jika dia bertaubatpun suatu hari nanti
Kalian tetap akan berasa terkilan dan tidak senang duduk
Kerana media masih menayangkan filem-filem lakonannya
Lagu-lagu nyanyiannya
Ketika dia tidak menutup aurat dulu.
Anak cucu cicit akan terus melihat aib isterimu
Malangnya…
Isterimu seorang artis
(Dipetik dari muntalaq.wordpress.com)
Dakwah Kita
Dakwah itu milik Allah semata,
Dakwah itu untuk Allah semata,
Allah jualah penentu natijahnya,
Allah jualah yang memilih ahli-ahlinya
Kita hanya penyambung,
Rangkaian para anbiya' yang mulia,
warisan para Rasul yang besar jiwanya,
dari Jibrail yang taat seluruhnya,
Risalah ini risalah sempurna,
Risalah ini risalah mulia,
Untuk manusia seluruhnya,
xkenal bangsa xkenal usia,
Gerhana itu sementara,
Yakinlah,
kan bernyala semula,
menerangi seluruh alam semesta,
Selayaknya....... =)
Thursday, March 12, 2009
Kehidupan seorang muslim yang ideal
- Bangun di awal2 pagi dan solat qiam tanda syukur kita pada Yang Esa,
- Mandi ,
- Solat Subuh berjemaah di surau dan jangan lupa untuk memberikan senyuman dan salam pada para jemaah lain,
- Berzikir atau membaca Al-Quran dalam 15 hingga 30 minit,
- Sarapan pagi dengan makanan yang berkhasiat sambil membaca atau menonton berita dari sumber-sumber yang adil.
- Pergi awal ke kerja/kelas
- Tunaikan solat dhuha
- Buat kerja sebaik mungkin / Belajar bersungguh2
- Cuba sedaya upaya memberikan pertolongan terbaik kepada rakan2 yang memerlukan
- Sentiasa berikan senyuman dan salam kepada rakan sekerja/sekolej/sekelas
- Memberikan sedekah kepada fakir miskin atau insan-insan yang memerlukan
- Riadhah di petang hari sebagai langkah untuk menunaikan haq kepada tubuh badan kita
- membaca Al-Quran selepas solat Maghrib
- Hadiri sesi ceramah/usrah/membaca selepas solat Isya'
- Solat sunat dua rakaat sebelum tidur
Wallahua'lam